Mangsa cuba lari, namun tidak berjaya dan dipaksa masuk ke pondok
Seorang pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini tampil membuat laporan polis mendakwa dirogol teman lelakinya yang juga merupakan rakan sekolah.
Kejadian didakwa berlaku pada petang Selasa lalu di sebuah pondok kosong di kawasan Batu Satu, Kuala Baram.
Menurut mangsa, 17, ketika berada di rumah sekitar jam 4 petang hari tersebut, dia menerima panggilan telefon daripada teman lelakinya yang mengajaknya berjumpa kerana ingin memberikan sesuatu barang.
Setelah bersetuju, mangsa telah dibawa oleh teman lelakinya ke kawasan Batu 1, Kuala Baram dan setibanya di lokasi berkenaan mereka telah bertengkar menyebabkan mangsa ditampar oleh suspek beberapa kali.
Mangsa kemudian melarikan diri, namun tidak berjaya setelah ditangkap oleh suspek dan kemudian dipaksa masuk ke sebuah pondok kosong yang terletak di kawasan berhampiran.
Tidak cukup dengan itu, mangsa turut dipaksa melakukan hubungan seks dan sekiranya menolak, suspek mengugut akan membunuh ibunya.
Berikutan itu, sekitar jam 12.30 tengah hari semalam, mangsa sambil ditemani ibunya telah membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri.
Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Miri untuk tujuan pemeriksaan kesihatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri ACP Gan Tian Kee ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan polis berhubung kes tersebut.
Sehubungan itu katanya, satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
“Setakat ini, kita masih menunggu laporan perubatan mangsa untuk mengesahkan sama ada dakwaannya betul atau sebaliknya sebelum tindakan seterusnya diambil,” katanya.
-djkupang.com
Bagikan
Berita Sarawak : Pelajar dakwa dirogol teman lelaki di MIRI
4/
5
Oleh
admin
"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"