Showing posts with label Pendatang Tanpa Izin. Show all posts
Showing posts with label Pendatang Tanpa Izin. Show all posts

6 Nov 2014

SIJIL LAHIR : Jabatan Pendidikan Negeri Sabah AKUR

KOTA KINABALU: Jabatan Pendidikan Negeri Sabah akur dengan langkah kerajaan memberikan sijil lahir kepada kanak-kanak tanpa kewarganegaraan.

djkupang & Friends
Pengarahnya Datuk Jame Alip berkata, pemberian sijil lahir kepada kanak-kanak berkenaan akan memudahkan mereka mengurus persekolahan.

“Pendidikan adalah untuk semua, kita tidak boleh menghalang mereka daripada menerima pendidikan sekiranya mereka berminat untuk bersekolah.

“Bagaimanapun bagi mereka yang kedua-dua ibu bapa adalah warga asing, mereka terpaksa membayar yuran iaitu RM240 setahun. Dengan syarat kedua-dua ibu bapa itu mempunyai dokumen yang sah.

“Manakala bagi mereka yang salah seorang daripada ibu atau bapa adalah warga tempatan, mereka layak mendaftar di sekolah-sekolah kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Karnival Budaya Serumpun Peringkat Antarabangsa 2014, di Sabah Trade Centre, di sini, kelmarin.

Karnival yang julung kalinya dianjurkan oleh Sekolah Kebangsaan Sri Gaya, sekolah berprestasi tinggi Kota Kinabalu itu, disertai tujuh buah sekolah termasuk Sekolah Indonesia Kota Kinabalu, SK Ulu Lubai Limbang Sarawak, SK Zainab 2, Kota Bahru Kelantan, SK Tengku Ampuan Intan Kuala Berang Terengganu, SK Minden Height Gelugor Pulau Pinang dan SK Convent Kota Taiping Perak.

Jame berkata, pihaknya sentiasa memantau sekolah-sekolah swasta di negeri ini bagi memastikan para pelajar mereka sentiasa menghormati undang-undang negara ini.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Putrajaya bakal memberikan sijil kelahiran bagi tujuan persekolahan kepada kanak-kanak tanpa kewarganegaraan di Sabah atas dasar kemanusiaan.

Beliau dipetik sebagai berkata, JPN akan berkerjasama dengan Kementerian Pendidikan dalam menguruskan isu kanak-kanak tanpa kewarganegaraan yang ingin bersekolah.

Ahmad Zahid berkata, permasalahan mengenai status kanak-kanak tanpa warganegara dapat ditangani dalam pembentangan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Pendatang Asing Tanpa Izin Sabah tidak lama lagi.


LAWAK !!! HARITH ISKANDAR KENAKAN MANGSANYA 
Baca selengkapnya

22 Oct 2014

IPD PAPAR : OPERASI BERSEPADU PENDATANG TANPA IZIN (PATI) DI KINARUT

djkupang & Friends
OPERASI BERSEPADU PENDATANG TANPA IZIN (PATI) DI KINARUT
Satu Operasi Bersepadu yang Polis Diraja Malaysia IPD Papar hari ini di pekan lama Kinarut, Papar membawa kepada penahanan 13 orang Pendatang Asing Tanpa Izin.

Operasi yang disertai oleh 2 Pegawai dan 20 orang anggota itu bermula pada jam 3.00 pagi dan berakhir 0600 pagi. Semua tangkapan dibawa ke IPD PAPAR untuk tindakan lanjut. -djkupang.com

MODEL KERETA TERBAIK DARI TOYOTA !!
Baca selengkapnya

5 Jul 2014

Berita Sabah : 123 saman, lima PATI ditangkap dalam Ops Cantas Khas Trafik

Berita Sabah : 123 saman, lima PATI ditangkap dalam Ops Cantas Khas Trafik

KENINGAU: Sebanyak 123 saman dikeluarkan dan lima lagi tangkapan Pendatang Asin Tanpa Izin (PATI) dilakukan dalam satu operasi Ops Cantas Khas Trafik iaitu (Ops Kereta Sapu) di sekitar daerah ini yang bermula dari 2 sehingga 4 Julai.

Operasi yang dijalankan dianggotai 3 pegawai, 10 anggota trafik IPD Keningau dan dibantu oleh seorang lagi pegawai dan tiga lagi penguatkuasa trafik IPK Sabah diketuai oleh ASP Parum ak Niot (ASP Penguatkuasa Trafik IPK Sabah).

Menurut Ketua Polis Daerah Keningau DSP Robert Solisip @ David, operasi ini memberi tumpuan terhadap kegiatan kereta sapu yang dijalankan di daerah ini, dimana ia merupakan salah satu kegiatan yang menyalahi undang-undang dalam seksyen 33 (ALPKP) Akta Lembaga Pelesenan kenderaan Perdagangan 1987 iaitu Larangan ke atas penggunaan kenderaan perkhidmatan awam yang tidak berlesen.

Katanya,tertakluk kepada akta ini, tiada seorang pun boleh menggunakan sesuatu kenderaan motor digunakan sebagai satu kenderaan perkhidmatan awam melainkan jika ada berkuat kuasa berkenaan dengan kenderaan itu suatu lesen yang telah diberikan di bawah akta tersebut yang membenarkan penggunaan sedemikian iaitu membawa penumpang tanpa permit yang sah”.

“Sekiranya disabit kesalahan, pesalah boleh didenda tidak kurang dari RM1,000 dan tidak lebih RM10, 000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya”

Bagaimanapun, seseorang itu tidak boleh disabit kesalahan jika dia dapat membuktikan sehingga mahkamah berpuashati bahawa dia menggunakan kenderaan motor yang menjadi subjek pertuduhan itu dalam sesuatu kecemasan, ujar beliau ketika ditemui dalam Operasi itu.

Hadir sama dalam operasi itu, Ketua Trafik Cawangan Keningau Inspektor Runaidi Jaffar dan Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor James Ding

Robert menambah, Ops Cantas Khas Trafik ini juga menjalankan penguatkuasaan terhadap kenderaan yang membawa muatan lebih / merbahaya terutamanya keatas lori-lori balak dan juga lori yang mengangkut buah kelapa sawit.

Sehubungan dengan itu, “kita juga turut menjalankan OPS Mabuk di sekitar Pekan Keningau dan operasi ini akan diterukan dari masa kesemasa” jelasnya lagi.

Beliau menasihatkan agar masyarakat di daerah ini supaya tidak menjalankan kegiatan yang menyalahi undang-undang.
Baca selengkapnya

27 Jun 2014

Sandakan : Polis Buru Lelaki Filipina melarikan diri Pusat Tahanan Sementara

SANDAKAN - Polis masih menjejaki seorang lelaki warga Filipina yang melarikan diri daripada Pusat Tahanan Sementara (PTS) Sibuga Batu 5 dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Rowell Marong berkata, lelaki itu dikenali sebagai Patak Palong, 32, berambut pendek kerinting dengan ketinggian 165 sentimeter dan berkulit cerah.

Katanya, kejadian berlaku pukul 6.25 petang ketika pengawal keselamatan di pusat tahanan itu mengeluarkan 20 tahanan kumpulan pertama dari blok tahanan yang mempunyai 193 penghuni untuk mengambil air wuduk di luar blok tahanan itu.

Beliau berkata, seorang daripada tahanan iaitu suspek kemudiannya memotong barisan dengan bertindak lari keluar dari pintu blok sebelum menuju ke belakang blok berkenaan dan memanjat zink tembok di pusat tahanan itu.

"Pengawal keselamatan yang bertugas telah mengunci semula pintu tahanan blok tersebut sebelum mengejar suspek tetapi gagal mengesan suspek," katanya di sini hari ini.

Rowell berkata, setelah menerima laporan, operasi mengesan suspek dilakukan dan dia dipercayai masih berada di daerah ini.

Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat seorang lelaki yang mencurigakan agar memaklumkan kepada polis. - Bernama
Baca selengkapnya

Ops Cantas Khas : Seramai 126 Pendatang Tanpa Izin (PTI) ditahan

TAWAU,( 26 Jun) — Polis menahan 126 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Ops Cantas Khas di Kampung Hidayat Batu 4, Jalan Apas, di sini, Khamis.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Awang Besar Dullah berkata dalam operasi selama empat jam bermula pukul 4 pagi itu, sebanyak 61 lelaki dan 65 wanita berumur antara dua dan 70 tahun ditahan.

“Dalam operasi yang turut disertai Jabatan Imigresen, kami turut menahan empat lelaki berumur antara 30 dan 40 tahun kerana posifif dadah,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, dalam Ops Cantas Khas, yang melibatkan 113 anggota penguatkuasa termasuk daripada Jabatan Pendaftaran Negara, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan RELA, pihaknya turut merampas empat buah motosikal dan sebuah kereta atas kesalahan tertentu.

Kesemua mereka yang ditahan itu diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut, katanya.– BERNAMA
Baca selengkapnya

26 Jun 2014

Kunak, Sabah : Sultan Muedzul Lail Tan Kiram diCekup

Kuala Lumpur: Enam pengikut setia Sultan Muedzul Lail Tan Kiram yang juga saudara kepada Sultan Jamalul Kiram dicekup pasukan polis cawangan khas di Kunak, Sabah, awal pagi tadi.

Kumpulan terbabit diburu pasukan keselamatan Malaysia kerana dipercayai bergiat aktif mempromosikan tuntutan Sabah kepada kesultanan Sulu sebelum dicekup dalam operasi yang dilakukan pasukan cawangan Khas dari Bukit Aman dan Kontinjen Sabah antara jam 2 hingga 6.30 pagi itu.

Menurut sumber, enam individu yang terdiri daripada lima warga tempatan dan seorang warga sulu Filipina itu ditahan berasingan di tiga kampung iaitu Kampung Nelayan, Kampung Bakau dan Kampung Basilan.

“Semua mereka ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). Siasatan lanjut sedang dilakukan,” katanya.

Selain penahanan itu, beberapa laras senjata api jenis M16 turut dirampas dalam operasi berkenaan, katanya.

Sumber : Semuanya Panas
Baca selengkapnya

22 Jun 2014

PTI Menyamar Rakyat Tempatan Salurkan Maklumat Kepada Penculik

KUALA LUMPUR 22 Jun - Golongan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dipercayai menjadi dalang kegiatan penculikan bersiri di kawasan Pantai Timur Sabah.

Pengarah Bahagian Perisikan Keselamatan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Ahmad Nadzer Nordin berkata, terdapat golongan PATI yang menyamar sebagai rakyat tempatan, menetap dan bekerja di kawasan pantai berkenaan.

Beliau berkata berdasarkan maklumat, kemasukan penculik-penculik terbabit ke Sabah, yang bertujuan memeras ugut wang tebusan, dipercayai mendapat maklumat daripada PATI berkenaan.

"Ada di antara mereka yang bekerja di pusat peranginan dan kawasan ternakan ikan," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata susulan maklumat itu, Esscom telah memberi amaran kepada pemilik pusat-pusat peranginan termasuk pengusaha syarikat ternakan ikan agar tidak mengambil pekerja tanpa dokumen pengenalan diri yang sah.

Ahmad Nadzer turut mendedahkan sebanyak tujuh cubaan penculikan oleh pihak tertentu dapat ditumpaskan selepas Esscom ditubuhkan.

Berdasarkan maklumat risikan, katanya terdapat 14 kumpulan penculik berasal dari selatan Filipina dan sekurang-kurangnya empat anggota kumpulan itu pernah melakukan kegiatan itu di Sabah.

``Kita telah kenal pasti kumpulan ini ...bagaimanapun siasatan lanjut perlu dijalankan termasuk mendapatkan kerjasama daripada orang awam untuk mengecam anggota kumpulan ini termasuk pihak berkuasa Filipina sebelum mereka ditahan,'' katanya.

Tahun ini, sebanyak tiga kes penculikan dilaporkan berlaku di Pantai Timur Sabah iaitu pada 2 April lepas, seorang lelaki warga China dan seorang pekerja wanita warga Filipina diculik di Singamata Adventures Reef and Resort di Semporna oleh sekumpulan tujuh lelaki bersenjata.

Pada 6 Mei pula, lima lelaki bersenjata menculik seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar warga China di Pulau Baik, Lahad Datu dan kejadian terbaharu ialah pada Isnin lepas yang menyaksikan dua lelaki dilarikan dua lelaki bersenjata di Kampung Sapang, barat Pulau Timbun Mata, Kunak.

Dalam usaha `membersihkan' lambakan PATI, Ahmad Nadzer berkata Ops Gasak dilancarkan di seluruh 10 daerah di wilayah Esszone termasuk di pusat peranginan.

``Dalam operasi yang telah dijalankan sejak Mac lepas, sebanyak 4,000 orang telah diperiksa dan daripada jumlah itu, sebanyak 1,500 orang didapati tidak mempunyai dokumen dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk dihantar pulang ke Manila,'' katanya.

Beliau berkata operasi bersepadu itu turut melibatkan polis, tentera, Jabatan Pendaftaran Negara serta Jabatan Imigresen.

Menurutnya Ops Gasak juga boleh dilaksanakan di seluruh Sabah memandangkan negeri itu berhadapan dengan masalah kebanjiran PATI.

- BERNAMA 
Baca selengkapnya

20 Jun 2014

Sabah : Polis Tahan Warga Asing serta Rampas dua laras Bakakuk

Sekadar Gambar Hiasan
LAHAD DATU: Polis menahan seorang lelaki warga asing dan merampas dua laras senjata api buatan sendiri dipercayai jenis ‘bakakuk’ dalam satu serbuan yang dilakukan ke atas sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Talibas, Buang Sayang, Jalan Segama, di sini awal pagi kelmarin.

Turut dirampas lima buah motosikal bersama beberapa komponen enjin.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Shamsudin Mat ketika dihubungi berkata, bertindak atas risikan sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Lahad Datu yang diketuai oleh ASP Ladamah Sulaiman mengadakan Ops Cantas Khas bagi menjejak dan menangkap suspek.

“Dalam serbuan di rumah terbabit pada jam 6.15 pagi itu, kita berjaya menahan suspek berumur 37 tahun di dalam bilik tidurnya, yang mana ketika penahanan dilakukan, suspek yang menyedari kehadiran polis telah bertindak agresif sehingga berlaku pergelutan sebelum dia berjaya ditangkap,” katanya sambil menambah, turut ditahan isteri dan anak suspek berumur 22 dan 4 tahun kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut di dalam bilik suspek, polis menjumpai dua laras senjata api buatan sendiri yang telah dileraikan dan disembunyikan di dalam sarung kusyen tempat duduk.

“Selain senjata api, kita juga berjaya merampas lima buah motosikal bersama beberapa komponen injin yang disimpan didalam dan dibawah rumah suspek,” katanya.

Jelasnya lagi, suspek juga turut didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine. Suspek dan barang rampasan kemudiannya di bawa balik ke IPD untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sehubungan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjatapi 1960, sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10 ribu atau kedua-dua sekali.
Baca selengkapnya

19 Jun 2014

Labuan : Wanita Filipina dipaksa Jadi Pelacur diselamatkan Polis

Gambar Hiasan Sahaja
LABUAN: Nasib lima wanita Filipina yang dipaksa bekerja sebagai pelayan seks (diperdagangkan) bagi memuaskan pelanggan mereka di sebuah pusat hiburan di sini berjaya diselamatkan oleh polis, pada Selasa.

Menurut Kenyataan media oleh Ketua Polis Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Adzhar Othman kesemua wanita yang berumur antara 18 hingga 20 tahun itu telahpun dipaksa bekerja untuk memuaskan nafsu kepada pelanggan mereka sejak sebulan lalu.

“Hasil siasatan awal polis mendapati selain dipaksa melayan pelanggan mereka juga tidak pernah dibayar gaji, malah segala perbelanjaan mereka juga ditanggung sendiri serta dikurung dalam sebuah bilik dan hanya keluar apabila tiba masa mereka bekerja” katanya.

Adzhar berkata, bertindak atas maklumat dan risikan anggotanya, beliau telah mengarahkan sepasukan anggotanya yang diketuai oleh ASP Hasnan Abidin untuk membuat serbuan ke pusat hiburan tersebut dan berjaya menemui ke lima-lima wanita untuk diselamatkan.

Turut ditahan dalam serbuan itu ialah seorang lelaki keturunan cina yang dipercayai sebagai pengurus pusat hiburan berkenaan. Suspek direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan.

Adzhar berkata, pihaknya juga telah mendapat maklumat awal kesemua mereka (mangsa) telah dibawa masuk oleh seorang agen dari Filipina yang dikenali sebagi Rona dan telahpun berjaya ditangkap oleh pihak berkuasa Filipina.

Sementara itu, semua mangsa akan ditempatkan di ‘Rumah Selamat’ di Kota Kinabalu.

Selain itu, polis juga katanya telah memohon kepada pihak makamah untuk mendapatkan perintah penyiasatan lanjut Interim Protection Order (IPO) selama 14 hari sekiranya terdapat unsur-unsur Pemerdagangan Manusia. Sementra itu, kes disiasat di bawah kesalahan Seksyen 13 ANTISOM (Anti Human Trafficking And Smuggling Of Imigrant) 2007.

Adzhar seterusnya berkata, tangkapan yang dilakukan pada malam kelmarin itu merupakan kejayaan terbesar pihaknya yang melibatkan kes pemerdagangan orang pada tahun ini.

Beliau turut menegaskan, pihak polis tidak akan teragak-agak untuk menangkap dan mendakwa mana-mana pengusaha pusat hiburan yang terlibat dalam aktiviti ‘Pemerdagangan Orang'
Baca selengkapnya

27 May 2014

1,296 Pati Ditahan Di Esszone Dalam Ops Gasak Sejak November Lepas

LAHAD DATU, 27 Mei (Bernama) -- Sebanyak 1,296 individu dipercayai pendatang tanpa izin (Pati) ditahan menerusi 17 Ops Gasak yang diselaraskan oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) sejak 24 Nov lepas di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Pengarah Operasi Esscom Datuk Abdul Rashid Harun berkata mereka antara 3,323 individu yang diperiksa dalam operasi bersepadu melibatkan pelbagai agensi termasuk polis, tentera, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, imgresen dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Kesemua mereka ditahan kerana tidak memiliki dokumen yang sah atau memiliki dokumen yang meragukan, katanya dalam kenyataan, di sini Selasa.

Menurut Abdul Rashid, Esscom akan memperhebat Ops Gasak dalam usaha membersihkan Esszone daripada Pati, sekali gus menunjukkan kerajaan serius dalam menangani masalah pendatang tanpa izin dan jenayah rentas sempadan di Sabah.

Selain pulau peranginan dan perkampungan pesisir pantai, Abdul Rashid berkata Ops Gasak juga dilancarkan di beberapa pusat menternak ikan di dalam sangkar susulan insiden penculikan di Pulau Baik, berhampiran pekan Lahad Datu pada 6 Mei lepas.

Dalam kejadian itu seorang pengurus syarikat ternakan ikan di dalam sangkar diculik lima lelaki bersenjata yang menaiki sebuah bot.

Sementara itu, Abdul Rashid berkata 62 Pati termasuk 31 wanita ditahan dalam Ops Gasak 17 di Kampung Lok Bikin, Pulau Sakar, dekat sini semalam.

Katanya operasi itu berlangsung hampir tiga jam bermula pukul 3.30 petang.

BERNAMA
Baca selengkapnya

26 May 2014

OPS TANDUK : 451 PATI ditahan di Kota Marudu dan Kudat


KOTA KINABALU, 26 Mei (Bernama) -- Sebanyak 451 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Ops Tanduk yang dijalankan di daerah Kota Marudu dan Kudat Sabtu lepas.


Pengarah Pasukan Petugas Khas Persekutuan Sabah dan Labuan Datuk Suhaimi Mohd Salleh berkata daripada jumlah itu, 258 ditahan di Kudat dan 193 di Kota Marudu.

Mereka yang ditahan itu berumur antara empat hingga 56 tahun, kata beliau dalam sidang akhbar mengenai tangkapan itu, di sini hari ini.

Suhaimi berkata operasi bersepadu tersebut melibatkan 77 anggota dari Pasukan Petugas Khas Persekutuan, Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Ketua Menteri Sabah dan Jabatan Pendaftaran Negara.

"Sepanjang Ops Tanduk yang telah dijalankan tahun ini, seramai 3,611 PATI ditangkap yang mana 2,577 daripada jumlah itu adalah warga Filipina, Indonesia (713) dan lain-lain seramai 321 orang," katanya.

Beliau juga berkata seramai 5,427 PATI masih ditahan di tiga Pusat Tahanan Sementara (PTS) iaitu di Tawau, Sandakan dan Papar.

-- BERNAMA

Baca selengkapnya

23 May 2014

Warga Filipina ditahan orang ramai kerana rompak dipenjara, sebat

KOTA KINABALU: Dua warga Filipina yang merompak seorang pelajar wanita tetapi berjaya ditahan oleh sekumpulan orang ramai yang prihatin menerima hukuman penjara lebih lama kelmarin.

Timhar Abdul, 21, dan Ben Katang, 22, menangis apabila hakim Mahkamah Sesyen Azhaniz Teh Azman Teh menjatuhi hukuman penjara tujuh tahun terhadap mereka.

Mereka juga diarahkan untuk menerima sebatan rotan lima kali dan perlu dihantar pulang selepas menjalani hukuman.

Warga asing yang tidak mempunyai pekerjaan ini yang kegiatan mereka dimuat turun dalam laman sosial Facebook merompak beg pelajar berusia 19 tahun yang mengandungi MyKad, kad kad ATM dan wang tunai RM100 kira-kira jam 3.30 petang di tepi jalan raya berdepan papan tanda KK Land di Taman Kingfisher pada 14 Mei.

Kedua-dua mereka bersalah di bawah Seksyen 395 Kanun Kesiksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda dan juga boleh dikenakan rotan.

Mahkamah diberitahu mangsa sedang berjalan keseorangan untuk pulang ke hostelnya apabila kejadian itu berlaku.

Mangsa berhenti sebentar di tepi jalan raya di hadapan papan tanda itu berdekatan Jambatan Kingfisher untuk membetulkan tudungnya. Tiba-tiba perompak ini yang memakai baju kuning meragut begnya dan cuba melarikan diri menaiki motosikal yang ditunggang oleh rakannya berbaju t-hitam.

Mangsa berteriak dan pergelutan itu dilihat seorang pemandu lelaki yang sedang memandu kereta Honda Citynya yang dengan berani menghalang motosikal itu.

Pemandunya dengan bantuan mereka yang menyaksikan kejadian itu mengejar kedua-dua mereka dan berjaya menahannya sebelum menyerahkannya kepada polis.

Semasa rayuan, kedua-dua lelaki itu meminta hukuman diringankan dengan Timhar berkata isterinya kini sedang mengandung tujuh bulan dan berjanji tidak akan melakukan sebarang jenayah lagi manakala Ben pula berkata dia mempunyai anak kecil untuk disara.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin meminta mahkamah menjatuhkan hukuman berat kerana kedua-dua tertuduh melakukan kesalahan yang serius.

Wan berkata rompakan sering berlaku dan dalam hubungan ini, kedua-dua itu telah melakukan rompakan di siang hari.

Dalam kenyataannya, mangsa berkata dia berasa trauma dengan kejadian itu.

SABAHTIMES

Baca selengkapnya

20 May 2014

OPS TANDUK : Lagi Pendatang Tanpa Izin (PTI) Ditangkap Daerah Keningau dan Tenom

Sejumlah 510 PTI di Keningau dan Tenom ditangkap pada Ops Tanduk

KENINGAU: Sejumlah 510 pendatang tanpa izin (PTI) ditangkap sempena Ops Tanduk siri 10-11 yang dijalankan oleh Pasukan Petugas Khas Persekutuan (PPKP) di sini dan Tenom pada 17-18 Mei lalu.

Daripada jumlah itu, selepas melalui pemeriksaan, seramai 342 orang ditahan untuk tindakan lanjut, kata Pengarah PPKP Sabah dan Labuan Dato Suhaimi Haji Mohd Salleh, di sini Ahad lepas.

Katanya, operasi berakhir pada malam Ahad dan kesemua PTI yang ditahan dihantar ke pusat tahanan sementara sebelum dihantar pulang ke negara asal mereka.

“Setakat ini, seramai 5,250 orang PTI di negeri ini berjaya diusir seawal bulan Mei tahun ini di mana 4,444 orang daripadanya adalah warga Filipina, 795 warga Indonesia dan 98 lagi warga China, Pakistan dan lain-lain,” katanya.

Suhaimi berkata, seramai 81 anggota keselamatan terlibat dalam Ops Tanduk dua hari itu terdiri PPKP, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara dan Polis Diraja Malaysia dari daerah ini dan Tenom.

Katanya, kesemua PTI yang diperiksa dan tidak ada memiliki sebarang dokumen sah dihantar ke Pusat Tahanan Sementara di Papar dengan jumlah 2,115 orang, Tawau 1,550 orang dan Sibuga Sandakan seramai 1,183 orang.

“Pada kebiasaannya, apabila di antara tiga buah pusat ini mengalami kesesakan, kita akan menempatkan tahanan ke PTS yang kurang sesak, namun begitu pada ketika ini ketiga-tiga PTS yang ada semuanya sesak,” katanya.

Suhaimi berkata, bagi menangani masalah itu penghantaran dilakukan pada setiap masa iaitu dua kali seminggu ke dua tempat yang berasingan iaitu di Zamboanga dan Nunukan.



Baca selengkapnya