Sejumlah 510 PTI di Keningau dan Tenom ditangkap pada Ops Tanduk
KENINGAU: Sejumlah 510 pendatang tanpa izin (PTI) ditangkap sempena Ops Tanduk siri 10-11 yang dijalankan oleh Pasukan Petugas Khas Persekutuan (PPKP) di sini dan Tenom pada 17-18 Mei lalu.
Daripada jumlah itu, selepas melalui pemeriksaan, seramai 342 orang ditahan untuk tindakan lanjut, kata Pengarah PPKP Sabah dan Labuan Dato Suhaimi Haji Mohd Salleh, di sini Ahad lepas.
Katanya, operasi berakhir pada malam Ahad dan kesemua PTI yang ditahan dihantar ke pusat tahanan sementara sebelum dihantar pulang ke negara asal mereka.
“Setakat ini, seramai 5,250 orang PTI di negeri ini berjaya diusir seawal bulan Mei tahun ini di mana 4,444 orang daripadanya adalah warga Filipina, 795 warga Indonesia dan 98 lagi warga China, Pakistan dan lain-lain,” katanya.
Suhaimi berkata, seramai 81 anggota keselamatan terlibat dalam Ops Tanduk dua hari itu terdiri PPKP, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara dan Polis Diraja Malaysia dari daerah ini dan Tenom.
Katanya, kesemua PTI yang diperiksa dan tidak ada memiliki sebarang dokumen sah dihantar ke Pusat Tahanan Sementara di Papar dengan jumlah 2,115 orang, Tawau 1,550 orang dan Sibuga Sandakan seramai 1,183 orang.
“Pada kebiasaannya, apabila di antara tiga buah pusat ini mengalami kesesakan, kita akan menempatkan tahanan ke PTS yang kurang sesak, namun begitu pada ketika ini ketiga-tiga PTS yang ada semuanya sesak,” katanya.
Suhaimi berkata, bagi menangani masalah itu penghantaran dilakukan pada setiap masa iaitu dua kali seminggu ke dua tempat yang berasingan iaitu di Zamboanga dan Nunukan.
Bagikan
OPS TANDUK : Lagi Pendatang Tanpa Izin (PTI) Ditangkap Daerah Keningau dan Tenom
4/
5
Oleh
admin