26 May 2014

OPS TANDUK : 451 PATI ditahan di Kota Marudu dan Kudat


KOTA KINABALU, 26 Mei (Bernama) -- Sebanyak 451 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Ops Tanduk yang dijalankan di daerah Kota Marudu dan Kudat Sabtu lepas.


Pengarah Pasukan Petugas Khas Persekutuan Sabah dan Labuan Datuk Suhaimi Mohd Salleh berkata daripada jumlah itu, 258 ditahan di Kudat dan 193 di Kota Marudu.

Mereka yang ditahan itu berumur antara empat hingga 56 tahun, kata beliau dalam sidang akhbar mengenai tangkapan itu, di sini hari ini.

Suhaimi berkata operasi bersepadu tersebut melibatkan 77 anggota dari Pasukan Petugas Khas Persekutuan, Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Ketua Menteri Sabah dan Jabatan Pendaftaran Negara.

"Sepanjang Ops Tanduk yang telah dijalankan tahun ini, seramai 3,611 PATI ditangkap yang mana 2,577 daripada jumlah itu adalah warga Filipina, Indonesia (713) dan lain-lain seramai 321 orang," katanya.

Beliau juga berkata seramai 5,427 PATI masih ditahan di tiga Pusat Tahanan Sementara (PTS) iaitu di Tawau, Sandakan dan Papar.

-- BERNAMA

Bagikan

Jangan lewatkan

OPS TANDUK : 451 PATI ditahan di Kota Marudu dan Kudat
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.