Showing posts with label Berita Sarawak. Show all posts
Showing posts with label Berita Sarawak. Show all posts

6 Nov 2014

ANGGOTA POLIS POSITIF DADAH DITAHAN

Tiada kompromi termasuk terhadap polis jika terlibat aktiviti langgar undang-undang

djkupang & Friends
ANGGOTA POLIS POSITIF DADAH DITAHAN
Tiga anggota polis berpangkat koperal termasuk dua Polis Gerakan Am (PGA) ditahan selepas dipercayai positif dadah jenis Methamphetamine dalam operasi Sistem Kawalan Disiplin Narkotik (SKDN) di sini, semalam.

Dalam operasi yang dijalankan sepasukan anggota polis Bahagian Narkotik daerah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang, seorang anggota PGA berusia 35 tahun ditahan pada jam 9.15 pagi.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata, seorang lagi anggota PGA berusia 30 tahun ditahan pada jam 9.50 pagi.

“Yang ketiga, polis di IPD Limbang berusia 35 tahun ditahan sekitar jam 12.25 pagi semalam di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Limbang di bawah kesalahan sama.

“Ketiga-tiga suspek berpangkat koperal dipercayai positif dadah jenis Methamphetamine selepas ujian saringan awal dilakukan,” katanya lagi.

Mohd Bukhori berkata, kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 15 (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 ( Pin.1980).

Tegasnya, pihaknya tidak berkompromi dengan mana-mana individu termasuk anggota polis yang terlibat aktiviti bertentangan undang-undang dan penyalahgunaan dadah.

“Operasi ini akan diterus dari semasa ke semasa dalam usaha kita memerangi gejala dadah di daerah ini,” katanya lagi.

SAKSIKAN HARITH ISKANDAR KENAKAN MANGSANYA
Baca selengkapnya

31 Oct 2014

Ditumbuk dan Diacu Senapang Selepas Kemalangan

Seorang pemandu lori menumbuk seorang pelajar universiti swasta dan mengacu senapang kepada kakak pelajar itu selepas berlaku kemalangan kecil antara kenderaan mereka di Jalan Foochow No 1 di sini, Jumaat.

djkupang & Friends
Senapang Angin
Sumber polis berkata, insiden itu berlaku selepas cermin sisi kereta yang dipandu pelajar berusia 19 tahun itu bersama kakaknya dilapor dilanggar lori berkenaan.

Beliau berkata, pelajar itu dan kakaknya keluar dari kereta mereka untuk berbincang dengan pemandu lori tersebut, namun pemandu lori terbabit dikatakan menyerang pelajar itu dan masuk semula ke dalam lorinya dan melanggar bahagian hadapan kereta pelajar terbabit.

Dalam masa yang sama, pemandu lori itu mengeluarkan senapang angin dan mengacunya ke arah kakak pelajar berkenaan sebelum melepaskan tembakan ke udara, dan kemudian melarikan diri dengan lorinya.

Sumber itu berkata, pemandu lori berusia 50 tahun itu sudah di kenal pasti.

Baca selengkapnya

26 Oct 2014

Samseng Jalanan : Lelaki Ditumbuk dan Diperas Ugut

djkupang & Friends
Beralasan tidak berpuas hati selepas motosikalnya dipintas motosikal lain, seorang lelaki bertindak mengejar motosikal tersebut dan memeras ugut penunggangnya semalam.

Insiden dilaporkan menimpa seorang lelaki, 27, yang dikatakan dalam perjalanan menuju ke tempat kerjanya di tHe Spring, Jalan Simpang Tiga di sini.

Menurut mangsa, dia ketika itu menunggang motosikal dari rumahnya di Taman Samarindah, Kota Samarahan sebelum memintas motosikal yang ditunggangi oleh suspek di bulatan Tabuan Jaya sekitar jam 12.30 tengah hari.

“Selepas saya memintas motosikal dia (suspek), saya menyedari dia terus mengekori saya sehingga di Jalan Wan Alwi. Saya terus memasuki satu simpang perumahan untuk bersembunyi.

“Bagaimanapun, dia (suspek) berjaya mengejar saya dan mengarahkan saya berhenti. Dia terus memarahi saya kerana katanya, saya berlagak ketika memintas motosikalnya.

“Bukan itu sahaja, dia turut menyuruh saya menyerahkan telefon bimbit saya kepadanya, tapi saya tidak mahu menyebabkan dia terus menumbuk saya dan kemudian meminta saya membayar ganti rugi,” kata mangsa.

Tambahnya, suspek hanya beredar dari tempat kejadian selepas dia menyerahkan wang RM40 kepadanya.

Mangsa yang risau akan berlaku perkara tidak diingini kemudian pergi ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan.

SUDAHKAH ANDA MELIHAT MODEL TERBARU TOYOTA ?
Baca selengkapnya

23 Oct 2014

CEDERA DITIKAM RAKAN SENDIRI

Seorang lelaki cedera di bahagian dada dan leher selepas bergaduh dengan rakan sendiri di sebuah kedai kopi di Jalan Sentral di sini petang kelmarin.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Hong, 41, cedera di bahagian tangan, leher dan dada.

Suspek, 44, yang dipercayai mencederakan mangsa berjaya ditahan polis.

Suspek telah direman selama tiga hari bermula semalam.

Sementara itu dalam kejadian berasingan, seorang lelaki berbangsa Cina nekad menamatkan riwayatnya dengan menggantung diri di tingkap bilik tidur sebuah rumah di Lorong Permai 14B 4 di sini, petang kelmarin.

Mangsa dikenali sebagai Sia See Kian, 49, ditemui dalam keadaan tergantung pada tingkap bilik tidur oleh anak perempuannya pada jam 6 petang.

Pihak polis yang menerima panggilan daripada anak perempuannya, 24, bergegas ke lokasi kejadian untuk melakukan siasatan.

Mangsa dipercayai berselisih faham dengan isterinya sebelum kejadian itu.

Ambulans dan pembantu perubatan yang melakukan pemeriksaan mendapati mangsa sudah tidak bernyawa dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut. UTUSAN BORNEO

MODEL TOYOTA PALING DIMINATI
Baca selengkapnya

GEMPAR !! ULAR SAWA BESAR DIJUMPAI DIANGKUT GUNA JENGKAUT DI SARAWAK

ULAR SAWA BESAR DI SARAWAK DIJUMPAI, GAMBAR ULAR SAWA DIANGKAT MENGGUNAKAN JENGKAUT

Berita Sarawak Ular Sawa Besar Ditangkap
Sekumpulan pekerja pembersihan tanah untuk ladang kelapa sawit gempar apabila terserempak dengan seekor ular sawa sepanjang lebih lima meter kelmarin.

Salah seorang pekerja dikenali sebagai Nia berkata, ketika itu mereka sedang membersih ladang di Selangau dan terkejut apabila terserempak dengan ular sawa yang sangat besar.

“Ketika asyik bekerja, salah seorang rakan saya tiba-tiba menjerit apabila ternampak ular sawa itu,” ujarnya kepada Utusan Borneo, semalam.

Nia yang bekerja di ladang itu bersama suaminya sebagai pemandu jengkaut menjelaskan, ular sawa itu tidak dapat bergerak akibat kekenyangan.

Melihat keadaan perut dan beratnya kira-kira 100 kilogram, difahamkan ular itu kenyang selepas membaham binatang buas.

“Kami kemudian menggunakan jengkaut untuk menangkap serta menarik ular sawa itu keluar dari dalam semak,” jelasnya yang sempat merakamkan gambar ular sawa itu menggunakan telefon bimbitnya.

djkupang & Friends
ULAR SAWA BESAR
Beliau menambah, ini bukan kali pertama mereka terserempak dengan reptilia itu semasa menjalankan kerja-kerja membersihkan hutan.

Namun, katanya, ini merupakan ular sawa terpanjang dan terbesar pernah mereka temui setakat ini.

SUDAHKAH KAMU LIHAT MODEL TERBARU TOYOTA ?
Baca selengkapnya

20 Oct 2014

SEMASA : Seorang Lelaki Buat Perangai Cuba Rogol Adiknya

Insiden sekitar jam 10 malam itu berlaku apabila suspek berusia 22 tahun yang dikatakan di bawah pengaruh alkohol cuba menarik adik angkatnya ke kawasan semak untuk mengadakan hubungan seks namun ditolak oleh gadis tersebut.

Baharu genap sebulan diambil menjadi anak angkat oleh sebuah keluarga dari Petra Jaya, seorang lelaki mula buat perangai apabila cuba merogol adiknya di Panggung Udara, Jalan Budaya, kelmarin.

Insiden sekitar jam 10 malam itu berlaku apabila suspek berusia 22 tahun yang dikatakan di bawah pengaruh alkohol cuba menarik adik angkatnya ke kawasan semak untuk mengadakan hubungan seks namun ditolak oleh gadis tersebut.

Berang pelawaan ditolak, suspek kemudian bertindak agresif lalu menikam lengan mangsa dengan botol kaca.

Seorang lagi abang angkat mangsa yang turut berada di tempat kejadian menghubungi bapanya untuk mendapatkan bantuan.

Gadis itu telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk mendapatkan rawatan dan laporan polis telah dibuat berhubung kejadian itu.

Difahamkan, suspek dari Gita itu diambil menjadi anak angkat dalam tempoh lebih kurang sebulan.

Dalam kes berasingan, cubaan seorang pelajar tingkatan tiga untuk membawa lari sebuah motosikal di pasar Kota Sentosa, Batu Tujuh gagal apabila disedari orang awam, kelmarin.

MODEL TOYOTA TERBARU PALING GEMPAK !!!

Baca selengkapnya

18 Oct 2014

GEMPAR : FENOMENA "BELALAI AIR" DI SARAWAK HARI INI

Fenomena 'belalai air' iaitu pusaran angin yang hanya berlaku di permukaan air melanda kawasan pesisiran utara Sarawak iaitu di Bandar Bintulu dan Bandaraya Miri, hari ini.

djkupang & Friends
[GAMBAR] GEMPAR : FENOMENA "BELALAI AIR" DI SARAWAK HARI INI
Fenomena yang pada mula menimbulkan keresahan penduduk di sekitar kawasan terbabit, sehinggakan ramai yang berkongsi gambar dalam media sosial seperti Facebook serta Twitter, berakhir dengan kelegaan apabila tiada kerosakan harta benda dan kemalangan jiwa dilaporkan.

Belalai air paling jelas dapat dilihat di Bintulu manakala di Miri hanya dapat dilihat di kawasan Niah dan mengikut saksi, fenomena belalai air di Bintulu berlaku antara 8.30 pagi dan 10 pagi.

Francis Ngu, 39, yang telah menetap di Bintulu lebih 20 tahun berkata, ketika kejadian cuaca amat gelap dan kebanyakan orang berkejar ke Kidurong untuk melihat sendiri fenomena berkenaan.


"Saya dimaklumkan oleh rakan serta melihat gambar dikongsi dalam media sosial dan saya terus memandu ke Kidurong untuk melihat sendiri fenomena tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama.

Francis berkata, fenomena itu berlaku dalam tempoh tidak sampai 20 minit namun mengakui ia pengalaman menakutkan kerana bimbang ia akan berlanjutan ke darat dan membahayakan penduduk.

"Saya dah lama menetap di Bintulu dan ini pertama kali saya menyaksikan kejadian ini," katanya.

Mohd Zaidi Amri, 40, yang sedang dalam perjalanan pulang ke Miri dari Sibu turut menyaksikan fenomena tersebut dan menganggap ia pengalaman menakutkan.

"Saya selalu tengok cerita kat televisyen, kejadian ini tak sangka boleh berlaku kat sini," kata bapa kepada tiga anak itu.

VIDEO KEJADIAN FENOMENA AIR HARI INI DI BINTULU SARAWAK


LIHAT VIDEO DI YOUTUBE ---->> VIDEO PUSARAN ANGIN DI SARAWAK

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Di-Hata Gobel, berkata setakat petang ini, tiada laporan kemalangan jiwa dilaporkan berkaitan fenomena berkenaan.

Jurucakap Jabatan Meteorologi di Kuching, ketika dihubungi, berkata belalai air atau puting beliung kecil biasanya berlaku di kawasan pesisiran pantai dan ia akan hilang apabila menghampiri permukaan darat dan tidak membawa bencana.- BERNAMA

- Model TERBARU Paling 'Meletup' Abad Ini -
Baca selengkapnya

16 Oct 2014

ROGOL : Wanita Dakwa Dirogol Pemeriksa Tiket bas

djkupang & Friends
ROGOL : Wanita Dakwa Dirogol Pemeriksa Tiket bas
SIBU : Seorang wanita berusia 21 tahun dari Rantau Panjang di sini mendakwa dirinya dirogol seorang pemeriksa tiket bas pada 10 Oktober lalu.
Kejadian itu didakwanya berlaku dua kali, pertama di dalam kereta suspek berusia 30-an dan kali kedua di bilik yang disewanya di Jalan Pedada di sini pada hari sama.
Semasa kejadian, mangsa dikatakan sedang menunggu rakannya berhampiran sebuah kedai di Jalan Pedada untuk membawanya pulang ke Rantau Panjang sekitar jam 9.30 malam dan secara kebetulan suspek difahamkan datang dengan keretanya.
Suspek dikatakan menghantar mangsa pulang selepas dia merogolnya.
Mangsa tampil membuat laporan polis di sini, kelmarin.
Mangsa dikatakan mengenali suspek kerana dia kerap berulang-alik ke rumah menggunakan bas.
UTUSAN BORNEO

- Model TERBARU Paling 'Meletup' Abad Ini -
Baca selengkapnya

6 Oct 2014

GEMPAR !! Rokok Elektronik Meletup Bunuh Lelaki di Sarawak

GEMPAR !! Rokok Elektronik Meletup Bunuh Lelaki di Sarawak

Malang Tidak Berbau. Hasrat seorang lelaki bersama rakannya ke sebuah kedai kopi untuk minum bersama tidak kesampaian apabila ketika berjalan di kawasan pejalan kaki di hadapan Tamu Bintulu, mangsa maut selepas rokok elektroniknya meletup secara tiba-tiba pagi semalam.

djkupang & Friends
Rokok Elektronik Meletup Bunuh Lelaki di Sarawak
Sumber berkata, mangsa yang merupakan seorang pemandu van dikenali sebagai Lau, 53, ketika kejadian berhasrat mengambil penumpang tetapi kerana masa masih lama, dia mengajak kawannya berjalan kaki menuju ke sebuah kedai kopi.

Semasa berjalan tanpa diduga rokok elektronik mangsa tiba-tiba meletup dan dipercayai bateri pada rokok elektronik itu terkeluar dan terkena dada mangsa menyebabkan mangsa rebah.


Baca selengkapnya

9 Sept 2014

Remaja 15 Tahun, Dua Kali Dirogol Lelaki Tidak Dikenali Bagai Dipukau

Percaya ataupun tidak tetapi itulah pengakuan seorang remaja 15 tahun yang dirogol oleh lelaki tak dikenali sebanyak dua kali. Selanjutanya..

semasa blog djkupang
Remaja 15 Tahun, Dua Kali Dirogol Lelaki Tidak Dikenali Bagai Dipukau
Seorang remaja mendakwa dirogol seorang lelaki tidak dikenali sebanyak dua kali pada minggu lepas.

Ibu mangsa yang dalam lingkungan usia 40-an memberitahu, anaknya berusia 15 tahun hanya menceritakan kejadian itu kepadanya pada malam Ahad lalu.

Bagaikan dipukau katanya, anaknya mendakwa tidak mengenali lelaki yang mengambilnya di sekolah dan membawanya ke sebuah rumah sebanyak dua kali pada minggu lepas.


Baca selengkapnya

5 Sept 2014

Piala Malaysia 2014 | Penyokong Perak Menyerang Penyokong Sarawak di Ipoh

Lima penyokong Sarawak daripada 'GB13' kumpulan itu telah didakwa diserang di luar perkarangan Stadium Perak pada malam Rabu, menurut akaun kipas dan video di media sosial. 

Photo Kredit: GB13 Fan, screenshot dari Facebook 
Serangan dan nama-panggilan yang berlaku selepas perlawanan Piala Malaysia yang hilang 2-0 Sarawak, dipercayai telah dicetuskan oleh salah satu kumpulan penyokong berpengaruh Perak FA (PAFA) di tempat letak kereta stadium apabila pelawat Sarawak kira-kira untuk meninggalkan.

Menurut seorang daripada mangsa, Hifadhi Fatha Sarbini, 22, yang bekerja di Sarawak Ampang, mereka akan meninggalkan stadium secara aman apabila salah seorang penyerang yang didakwa dilihat menjerit sopan dan penyalahgunaan kaum pada mereka di tempat letak kereta. 

"Saya melihat dia dari jauh dan telah didatangi oleh salah seorang penyokong rumah menjelaskan keadaan apabila saat kemudian, rumah lain (Perak) penyokong berlari ke arah saya dan melemparkan tumbukan ke kepala saya dan (saya) yang ditendang di badan saya," katanya. "Mereka menjerit 'balik la..ini Ipoh' ('Pergi rumah, ini adalah Ipoh'), 'Sarawak reti tak utama (Sarawak tidak tahu bagaimana untuk bermain' dan 'bodoh Melayu dan Iban Sarawak' ('Melayu dan Iban di Sarawak bodoh ') pada kita apabila mereka menguasai kita, "kata Hifadhi. 

Beliau kemudiannya menggesa pihak polis dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mengambil tindakan terhadap Perak AFA kerana gagal menyediakan keselamatan yang mencukupi kepada peminat melawat. 

"Saya telah membuat laporan polis hari ini dan saya berharap polis akan menjalankan siasatan secara menyeluruh," katanya. 

Satu lagi mangsa, Charles Steve, 25, berkata, dia diserang sebelum melarikan diri untuk perlindungan di tempat letak kereta. 

"Bagaimanapun, seorang lagi penyokong rumah tiba-tiba datang dari belakang dan menendang saya di pinggang," kata Charles yang menambah bahawa Sarawak lagi mengalami pendarahan hidung berikutan serangan itu. 

"Ia mengecewakan saya untuk mempunyai pengalaman ini di Perak kerana ini adalah perjalanan pertama saya pernah ke Ipoh," katanya. 


"Apa yang telah kita lakukan salah? Ada kami merawat penyokong di luar teruk sebelum ini? Adakah ini yang FAM mahu berlaku dalam Liga Malaysia? Sesuatu perlu dilakukan untuk memastikan orang-orang yang bertindak sebagai 'samseng kampung' ('samseng kampung') tidak menyerang orang lain juga, "katanya. 

Dua video yang dirakam oleh seorang saksi pergi virus di media sosial di mana yang pertama, satu video 15 saat menunjukkan seorang lelaki yang memakai baju T berwarna hitam dilihat menumbuk seorang daripada mangsa, manakala satu lagi video 1 minit menunjukkan regu pemilik menjerit di Sarawak "kembali ". 

Yang meremehkan kaum terhadap Sarawak juga berlaku di atas padang sebagai pemain import Sarawak Junior Eldstal dalam akaun Twitternya semalam membayangkan ucapan perkauman dilemparkan kepada seorang lagi pemain Sarawak semasa perlawanan. 

"Masih sangat meluat dan kecewa mendengar perkauman dibuat ke arah rakan sepasukan saya #SayNoToRacism saya" menulis sebarang tweet beliau. 

Eldstal bagaimanapun tidak menamakan pemain yang menyatakan perkara itu.

Artikel asal dalam bahasa English. Penulis Sudah Translate ke Melayu. 
Kredit : Sabah Column
Baca selengkapnya

VIDEO | KEMASKINI RUSUHAN PENYOKONG SARAWAK DI STADIUM KUCHING 30 OGOS 2014

PELAJAR IPTA ANTARA SUSPEK TERBABIT  DALAM RUSUHAN DI STADIUM NEGERI 30 OGOS 2014

Blog djkupang
Antara Suspek yang akan didakwa
Sebelum ini saya sudah kongsikan 10 gambar mengenai Rusuhan Penyokong Setia Sarawak di Stadium Negeri Kuching kerana Keputusan Pengadil yang didakwa berat sebelah. Untuk makluman

Lima remaja, termasuk dua pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan terbabit dalam rusuhan di Stadium Negeri, Sabtu lalu.

Semua tertuduh yang berusia antara 17 hingga 20 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Portia Tham Ong Leng.

Mahkamah mengarahkan mereka diikat jamin RM10,000 seorang dengan ibu bapa masing masing sebagai penjamin.

Kes berkenaan akan disebut semula 7 Oktober ini manakala 18 dan 19 November sebagai tarikh perbicaraan.





Baca selengkapnya

31 Aug 2014

10 GAMBAR RUSUHAN PENYOKONG SARAWAK DI STADIUM KUCHING 30 OGOS 2014

Piala Malaysia 2014 | Sarawak VS Perak, Stadium Negeri Kuching Sarawak, 30 OGOS 2014

Berikut dikongsikan kepada umum 10 Gambar yang diperolehi daripada pelbagai sumber carian di Media Sosial dan laman Blog di Malaysia.


djkupang












Menurut Laporan akhbar tempatan Punca Penyokong Sarawak atau dikenali sebagai pasukan Bujang Senang adalah kerana mereka tidak berpuas hati dengan keputusan Penolong Pengadil Perlawanan.

Namun begitu, saya ada terbaca tentang penyokong pasukan Sarawak yang dihina dan dipukul oleh penyokong Perak ketika perlawanan di Ipoh. Lima penyokong Sarawak dari kelab penyokong ‘GB13’ dipercayai dibelasah oleh penyokong Perak di Ipoh pada perlawanan lalu.


Info dan Berita serta Gambar & Video akan dikemaskini kemudian.

Semua info di atas adalah melalui carian sendiri oleh penulis. 

KEMASKINI RUSUHAN PENYOKONG SARAWAK DI STADIUM KUCHING 30 OGOS 2014

Baca selengkapnya

21 Jul 2014

Berita Sarawak : Pelajar Tingkatan Tiga dakwa menjadi mangsa Rogol Bekas Guru

djkupang - Guru  didakwa merogol bekas pelajar sehingga mengandung

Seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di sini mendakwa dirinya menjadi mangsa rogol seorang lelaki yang merupakan bekas gurunya.

Berdasarkan siasatan awal, suspek yang berusia 34 tahun pernah menjadi guru mangsa di ketika di sekolah rendah dan kini suspek bertugas sebagai Penolong Penyelia Unit Kokurikulum di Pejabat Pendidikan Daerah Sarikei.

Menurut mangsa, dia dipaksa oleh suspek mengadakan hubungan seks sebanyak enam kali sejak 2012 dan kali terakhir pada Tahun Baharu Cina lalu.

Pada Oktober 2013, lebih kurang jam 10 malam mangsa diajak suspek pergi ke sebuah rumah rakannya di Jalan Lajung di sini.

Suspek mengajak mangsa melakukan hubungan seks di dalam sebuah bilik di rumah terbabit.

Pada Januari 2014, mangsa menyedari dirinya telah mengandung dan memberitahu perkara tersebut kepada suspek.

Namun, suspek mengarahkan mangsa menggugurkan kandungannya.

Mangsa yang kini mengandung hampir lapan bulan tidak bersetuju dengan tindakan suspek tampil membuat laporan polis.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan (rogol) dan suspek ditahan kelmarin bagi membantu siasatan.

Sementara itu, mangsa turut dibawa ke Hospital Sarikei untuk menjalani pemeriksaan.
Baca selengkapnya

Berita Sarawak : Akibat Selisih Faham Dua Rakan Ditikam

djkupang - dua ditikam rakan di Sibu

SIBU: Dua pekerja tapak pembinaan dipercayai ditikam sehingga mati dengan senjata tajam oleh seorang rakan di sebuah rumah yang sedang dalam pembinaan di Jalan Kwong Ann di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 10 pagi itu, dua mangsa dikenali Ngu Soon Hiew, 61, dan Law Pang Chii, 73, yang dikatakan sedang melakukan kerja-kerja pengubahsuaian rumah itu didatangi oleh suspek, 64.

Menurut laporan, satu perselisihan faham berlaku di antara mereka sehingga suspek bertindak menikam mangsa pertama (Ngu) di rusuk, pinggang dan siku kiri, sebelum menikam mangsa kedua (Law) di dada kiri dengan menggunakan objek tajam.

Suspek kemudiannya melarikan diri sambil dikejar oleh dua pekerja lain, namun berjaya meloloskan diri menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha berwarna merah.

Mangsa pertama yang berlumuran darah cuba keluar dari rumah itu, namun rebah.

Rakan-rakan sekerja lain kemudiannya cuba men­gangkat mangsa masuk se­mula ke dalam rumah namun gagal berbuat apa-apa untuk menyelamatkan kedua-dua mangsa yang mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Polis yang dimaklumkan mengenai kejadian oleh orang awam bertindak menjejaki suspek, namun diberitahu bahawa suspek terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Lorong 35, Jalan Oya di sini pada jam 11.30 pagi dan dipercayai mengalami cedera ringan.

Suspek terus beredar dari situ dan meninggalkan mo­tosikalnya.

Tidak lama kemudian, polis dimaklumkan bahawa suspek sekali lagi terlibat dalam kemalangan di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Tunku Abdul Rahman, di sini.

Suspek dipercayai cuba membunuh diri selepas dia dilanggar oleh sebuah lori pikap di kawasan tersebut.

Suspek dikejarkan ke Hospital Sibu dan meneri­ma rawatan kecemasan di Unit Kemalangan dan Trauma selepas menga­lami kecederaan parah di kepala.

Keadaan suspek dilaporkan kritikal dan sehingga ber­ita ini ditulis suspek masih menerima rawatan.
Utusan Borneo
-djkupang.com
Baca selengkapnya

Berita Sarawak : Dibelasah Sampai Mati

djkupang- Selepas Mengamuk, Menembak dan Menetak Pekerja Ladang 


MIRI: Seorang lelaki warga Indonesia dipercayai dibelasah hingga mati setelah mengamuk, menembak dan menetak pekerja ladang dalam kejadian di Jalan 33, Blok 3, Ladang Sungai Tangit Bekenu, di sini pagi semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Risal, 30- an, dipercayai dipukul sekumpulan lelaki untuk mengelak mangsa mencederakan pekerja ladang.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Gan Tian Kee mengesahkan kes berkenaan yang berlaku sekitar jam 11.55 pagi.

Sebelum kejadian, Risal melepaskan dua das tembakan menggunakan senapang patah ke arah pekerja-pekerja ladang yang sedang sibuk mengambil buah kelapa sawit.

Risal juga dipercayai menetak kepala salah seorang pekerja warga Indonesia yang dikenali Baharuddin ketika pekerja bertempiaran lari ketakutan.

Seorang pekerja Indonesia yang dikenali Ilham, 24, kemudiannya dipercayai memukul kepala Risal menggunakan batang dahan kelapa sawit ketika dia cuba mengisi peluru ke dalam senapangnya.

Sekumpulan lelaki lain kemudiannya dipercayai bertindak memukul dan menyepak Risal yang jatuh sehingga meninggal dunia di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan serius di kepala.

Gan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 324 Ka­nun Keseksaan dan Risal merupakan suspek dalam kes mendatangkan kecederaan menggunakan senapang patah buatan sendiri.

Selain senapang, polis turut menemui sebutir peluru pen­abur yang belum digunakan, sebilah pedang dan sebatang dahan sawit.

Polis kini mengesan dua ke­longsong peluru yang dilepas oleh Risal, justeru mengenal pasti dua suspek dan berusaha mengesan suspek-suspek lain.
UTUSAN BORNEO
-djkupang.com
Baca selengkapnya

18 Jul 2014

Berita Sarawak : Pelajar dakwa dirogol teman lelaki di MIRI

Mangsa cuba lari, namun tidak berjaya dan dipaksa masuk ke pondok


Seorang pelajar ting­katan lima sebuah sekolah menengah di sini tampil membuat laporan polis mendakwa dirogol teman lelakinya yang juga merupa­kan rakan sekolah.

Kejadian didakwa berlaku pada petang Selasa lalu di sebuah pondok kosong di kawasan Batu Satu, Kuala Baram.

Menurut mangsa, 17, ke­tika berada di rumah sekitar jam 4 petang hari tersebut, dia menerima panggilan telefon daripada teman lelakinya yang mengajaknya berjumpa kerana ingin memberikan sesuatu barang.

Setelah bersetuju, mangsa telah dibawa oleh teman lelakinya ke kawasan Batu 1, Kuala Baram dan setibanya di lokasi berkenaan mereka telah bertengkar menyebabkan mangsa ditampar oleh suspek beberapa kali.

Mangsa kemudian melari­kan diri, namun tidak berjaya setelah ditangkap oleh suspek dan kemudian dipaksa masuk ke sebuah pondok kosong yang terletak di kawasan berhampiran.

Tidak cukup dengan itu, mangsa turut dipaksa melaku­kan hubungan seks dan sekiranya menolak, suspek mengugut akan membunuh ibunya.

Berikutan itu, sekitar jam 12.30 tengah hari semalam, mangsa sambil ditemani ibun­ya telah membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri.

Mangsa kemudian di­hantar ke Hospital Miri untuk tujuan pemeriksaan kesihatan.
Sementara itu, Ketua Po­lis Daerah Miri ACP Gan Tian Kee ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan polis berhubung kes tersebut.

Sehubungan itu katanya, satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Setakat ini, kita masih menunggu laporan perubatan mangsa untuk mengesahkan sama ada dakwaannya betul atau sebaliknya sebelum tin­dakan seterusnya diambil,” katanya. 
-djkupang.com
Baca selengkapnya

Berita Sarawak : Lelaki Bagaikan Dirasuk, Mengamuk, Bogel

Kuching, Sarawak Lelaki ditahan Polis

Bagaikan dirasuk, seorang lelaki mengamuk dan mencederakan ibunya sendiri sebelum dia dikatakan berbogel untuk mengelak ditahan polis yang tiba di tempat kejadian sebaik menerima laporan, awal pagi semalam.

Difahamkan, insiden dilaporkan berlaku di Taman Sukma di sini apabila lelaki berusia 21 tahun itu yang juga penuntut sebuah universiti tempatan dikatakan tiba-tiba mengamuk sekitar jam 3 pagi.

Dalam insiden itu, selain merosakkan peralatan di dalam rumah, dia juga dilaporkan bertindak membelasah ahli keluarganya termasuk ibunya yang berusia dalam lingkungan 60-an.

“Keluarganya terpaksa menghubungi pihak polis untuk bantuan selepas dia dikatakan terus bertindak agresif.

“Apabila menyedari kehadiran polis, dia segera bersembunyi di bilik tidurnya sebelum dikatakan berbogel apabila hendak ditahan anggota polis,” kata sumber.

Difahamkan, lelaki berkenaan berjaya ditahan selepas dikatakan cuba menyerang anggota polis dan dia kemudiannya dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan kesihatan.

“Sebaik sahaja berjaya ditahan, polis kemudian meminta keluarganya memakaikannya pakaian sebelum dia dihantar ke HUS untuk pemeriksaan,” kata sumber.

Ibu mangsa yang juga mengalami kecederaan turut dibawa ke HUS untuk mendapatkan rawatan. UTUSAN BORNEO
-djkupang.com
Baca selengkapnya

16 Jul 2014

SARAWAK : TOLONG CARI LIM AI NA Pelajar Tingkatan Dua Dilaporkan Tidak Pulang Rumah

TOLONG CARI LIM AI NA Pelajar Tingkatan Dua Dilaporkan Tidak Pulang Rumah

Lim Ai Na dilaporkan Tidak Balik Rumah
KUCHING: “Saya akan tidur di rumah kawan saya malam ini kerana kami perlu menyiapkan ‘folio.’ Cikgu mahu kami menaipnya menggunakan komputer dan ia perlu dihantar esok. Saya akan ke sekolah bersama Ling Sing esok. Ibu tak payah risau.”

Itulah sistem pesanan ringkas (SMS) terakhir yang diterima Cynthia Simen, ibu kepada Lim Ai Na, 14, pada petang Khamis, 10 Julai, pelajar tingkatan dua yang dilaporkan tidak pulang ke rumah sehingga semalam.

Inginkan kepastian, Cynthia cuba menghubungi Ai Na menerusi telefon bimbitnya tetapi anak gadisnya yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penrissen  di sini gagal dihubungi sehingga semalam.

“Saya sangat bimbang dengan keadaannya kerana selama ini Ai Na tidak pernah keluar rumah bersendirian dan tidak pernah menimbulkan masalah. Jadi saya dan suami pergi ke sekolah pada keesokan harinya, niat mahu berjumpa dengannya tetapi dia tidak ke sekolah.

“Kami bertanya kepada kawan dan guru kelasnya jika ada pelajar sekelasnya bernama Ling Sing, tetapi mereka memberitahu nama itu tidak wujud,” ujarnya pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Tindakan Demokratik (DAP) di sini semalam.

Pada sidang media itu, Cynthia ditemani suaminya Lim Heng Boon dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kawa, Christina Chiew.

Menurut Cynthia, pada pagi Khamis, 10 Julai lepas Ai Na pergi ke sekolah seperti biasa, bagaimanapun beliau dimaklumkan oleh pemandu van yang biasa dinaiki anak bongsunya itu bahawa Ai Na ada menghubunginya untuk memaklumkan dia tidak menaiki van, sebaliknya akan ke sekolah bersama kawan.

Cynthia juga memberitahu, hasil pertemuan dengan guru kelas anaknya, Ai Na didapati beberapa kali tidak ke sekolah terutama pada bulan Jun dan awal Julai.

“Kami diberitahu Ai Na tidak datang ke sekolah pada 10, 19, 26, 27 Jun dan 1 Julai tetapi peliknya dia bersiap untuk ke sekolah setiap hari dan kami tidak dimaklumkan oleh pihak sekolah mengenai perkara itu,” jelas Cynthia yang jelas sugul serta bingung dengan kehilangan anaknya itu.

Cynthia dan suami kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Kota Padawan pada 11 Julai 2014, selain meminta syarikat telekomunikasi mengeluarkan rekod panggilan dibuat anaknya itu sebelum dia gagal dihubungi.

Bagaimanapun, syarikat telekomunikasi berkenaan enggan mendedahkannya dengan alasan rekod panggilan serta SMS hanya boleh diserahkan kepada polis.

Sementara itu, Chiew memberitahu Pengerusi DAP negeri yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching Chong Chieng Jen telah menghantar surat rasmi kepada Ketua Polis Daerah (KPD) Padawan pada 12 Julai 2014 menggesa siasatan segera dilakukan.

Chong, kata Chiew ,turut menulis surat kepada syarikat telekomunikasi terbabit menggesa mereka membantu polis menyelesaikan masalah itu.

“Orang ramai yang tahu di mana Lim Ai Na diharap dapat menghubungi terus ibunya (Cynthia) di talian 010-9723628 atau bapanya (Lim Heng Boon) 019-8681399 atau memaklumkan kepada polis dengan segera,” katanya.
Baca selengkapnya

Semasa : Wanita Lapor Polis, Rakan Gemar Hantar Mesej Lucah

Gemar Hantar Mesej Lucah


MIRI: Geram dengan tindakan kawan yang gemar menghantar mesej lucah melalui sistem pesanan ringkas (SMS), seorang wanita nekad membuat laporan polis di Balai Polis Pusat (CPS) di sini semalam.

Menurut pengadu berusia 25 tahun, dia kenal dengan penghantar mesej tersebut kerana mereka pernah tinggal serumah semasa menuntut di sebuah universiti swasta di Kuching.

Pengadu yang enggan namanya disiarkan berkata, dia mula menerima pesanan berunsur lucah melalui SMS sejak menamatkan pengajian pada November 2012.

“Kami pernah tinggal serumah kira-kira dua tahun lebih dan tidak menyangka dia sanggup menghantar mesej seperti itu. Dia seorang yang normal sehinggalah saya tamat pengajian dan pulang ke Miri,” katanya di sini semalam.

Menurut pengadu, dia pernah memberi amaran agar tidak menghantar mesej seumpama itu namun tidak diperdulikan.

“Sebelum ini, saya mengambil langkah berdiam diri kerana memikirkan dia adalah kawan saya dan dia tidak selalu menghantar mesej seperti itu.

“Namun, saya terpaksa membuat laporan polis kerana dia menggunakan nama saya untuk menghantar mesej tersebut kepada kawan-kawan yang lain. Tindakan tersebut menjatuhkan maruah saya,” kata pengadu sambil menambah kawan-nya itu menggunakan nombor telefon berbeza untuk mengelak perbuatannya diketahui.
Baca selengkapnya