Showing posts with label Ular Sawa. Show all posts
Showing posts with label Ular Sawa. Show all posts

23 Oct 2014

ULAR SAWA SEPANJANG EMPAT METER MENGEJUTKAN PENDUDUK KAMPUNG

KUALA KRAI - Sekumpulan penduduk kampung yang sedang membersihkan kebun getah di Slow Temiang, di sini dikejutkan dengan penemuan ular sawa seberat 50 kilogram, tengah hari kelmarin.

ULAR SAWA SEPANJANG EMPAT METER MENGEJUTKAN PENDUDUK KAMPUNG
Ular sepanjang kira-kira empat meter ini dikatakan sedang bersembunyi di dalam batang kayu.

Kumpulan penduduk ini bernasib baik kerana sempat menyedari kehadiran ular yang sedang bersembunyi itu.

Ketika kejadian, Mohd Musmizi Ibrahim, 37, dan beberapa rakannya mengambil upah menebas kebun getah berkenaan sejak empat hari lalu, untuk kerja-kerja penanaman semula tidak lama lagi.


Menurutnya, ketika sedang menebas semak samun, mereka ternampak seekor ular di dalam batang kayu.

“Kami segera menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) kerana masing-masing tidak mempunyai kepakaran dan kelengkapan untuk menangkap ular tersebut

“Penemuan ular di kebun ini bukan pertama kali. Sebelum ini ular sawa juga pernah ditemui di kebun ini tetapi di lokasi yang berlainan,” katanya.

Penemuan ular sepanjang kira-kira empat meter itu menarik perhatian penduduk kerana jarang ditemui ular sawa sebesar itu sebelum dibawa pulang ke Pejabat JPAM Kuala Krai.

Sementara itu, Pegawai Operasi JPAM Kuala Krai, Sarjan (PA) Mohd Bakri Mohd Noor berkata, ular tersebut dapat ditangkap dalam masa 15 minit dengan kerjasama penduduk.

Menurutnya, ular itu dibawa balik ke pejabat dan akan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan untuk tindakan selanjutnya. -SINAR HARIAN

MODEL TOYOTA TERBARU PALING MANTAP
Baca selengkapnya

GEMPAR !! ULAR SAWA BESAR DIJUMPAI DIANGKUT GUNA JENGKAUT DI SARAWAK

ULAR SAWA BESAR DI SARAWAK DIJUMPAI, GAMBAR ULAR SAWA DIANGKAT MENGGUNAKAN JENGKAUT

Berita Sarawak Ular Sawa Besar Ditangkap
Sekumpulan pekerja pembersihan tanah untuk ladang kelapa sawit gempar apabila terserempak dengan seekor ular sawa sepanjang lebih lima meter kelmarin.

Salah seorang pekerja dikenali sebagai Nia berkata, ketika itu mereka sedang membersih ladang di Selangau dan terkejut apabila terserempak dengan ular sawa yang sangat besar.

“Ketika asyik bekerja, salah seorang rakan saya tiba-tiba menjerit apabila ternampak ular sawa itu,” ujarnya kepada Utusan Borneo, semalam.

Nia yang bekerja di ladang itu bersama suaminya sebagai pemandu jengkaut menjelaskan, ular sawa itu tidak dapat bergerak akibat kekenyangan.

Melihat keadaan perut dan beratnya kira-kira 100 kilogram, difahamkan ular itu kenyang selepas membaham binatang buas.

“Kami kemudian menggunakan jengkaut untuk menangkap serta menarik ular sawa itu keluar dari dalam semak,” jelasnya yang sempat merakamkan gambar ular sawa itu menggunakan telefon bimbitnya.

djkupang & Friends
ULAR SAWA BESAR
Beliau menambah, ini bukan kali pertama mereka terserempak dengan reptilia itu semasa menjalankan kerja-kerja membersihkan hutan.

Namun, katanya, ini merupakan ular sawa terpanjang dan terbesar pernah mereka temui setakat ini.

SUDAHKAH KAMU LIHAT MODEL TERBARU TOYOTA ?
Baca selengkapnya