21 Jul 2014

Berita Sarawak : Akibat Selisih Faham Dua Rakan Ditikam

djkupang - dua ditikam rakan di Sibu

SIBU: Dua pekerja tapak pembinaan dipercayai ditikam sehingga mati dengan senjata tajam oleh seorang rakan di sebuah rumah yang sedang dalam pembinaan di Jalan Kwong Ann di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 10 pagi itu, dua mangsa dikenali Ngu Soon Hiew, 61, dan Law Pang Chii, 73, yang dikatakan sedang melakukan kerja-kerja pengubahsuaian rumah itu didatangi oleh suspek, 64.

Menurut laporan, satu perselisihan faham berlaku di antara mereka sehingga suspek bertindak menikam mangsa pertama (Ngu) di rusuk, pinggang dan siku kiri, sebelum menikam mangsa kedua (Law) di dada kiri dengan menggunakan objek tajam.

Suspek kemudiannya melarikan diri sambil dikejar oleh dua pekerja lain, namun berjaya meloloskan diri menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha berwarna merah.

Mangsa pertama yang berlumuran darah cuba keluar dari rumah itu, namun rebah.

Rakan-rakan sekerja lain kemudiannya cuba men­gangkat mangsa masuk se­mula ke dalam rumah namun gagal berbuat apa-apa untuk menyelamatkan kedua-dua mangsa yang mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Polis yang dimaklumkan mengenai kejadian oleh orang awam bertindak menjejaki suspek, namun diberitahu bahawa suspek terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Lorong 35, Jalan Oya di sini pada jam 11.30 pagi dan dipercayai mengalami cedera ringan.

Suspek terus beredar dari situ dan meninggalkan mo­tosikalnya.

Tidak lama kemudian, polis dimaklumkan bahawa suspek sekali lagi terlibat dalam kemalangan di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Tunku Abdul Rahman, di sini.

Suspek dipercayai cuba membunuh diri selepas dia dilanggar oleh sebuah lori pikap di kawasan tersebut.

Suspek dikejarkan ke Hospital Sibu dan meneri­ma rawatan kecemasan di Unit Kemalangan dan Trauma selepas menga­lami kecederaan parah di kepala.

Keadaan suspek dilaporkan kritikal dan sehingga ber­ita ini ditulis suspek masih menerima rawatan.
Utusan Borneo
-djkupang.com

Bagikan

Jangan lewatkan

Berita Sarawak : Akibat Selisih Faham Dua Rakan Ditikam
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"