21/07/2014 Terkini - Kiki dihadapkan ek Mahkamah Majistret Selasa ini
WANITA PEMBULI JALANAN- Siti Fairrah Asyikin Kamaruddin, 30, atau dikenali sebagai Kiki yang didakwa bertindak ganas dengan membuli seorang warga emas Isnin lalu akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, Selasa ini.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, wanita berkenaan yang bertindak menyerang Sim Siak Heong, 68, dengan mengetuk kereta mangsa menggunakan pengunci stereng kereta akan didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana merosakkan harta benda awam.
"Jika sabit kesalahan, Kiki bakal berdepan dengan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
"Dia ditahan pada pukul 4 petang Khamis lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini dan dibebaskan dengan jaminan pada lewat malam hari yang sama," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Abdul Aziz, sehingga kini pihaknya masih belum menemui pengunci stereng kereta yang dibuang wanita berkenaan di kawasan Pasar Besar Kuantan di sini pada hari kejadian tersebut.
Terdahulu, kejadian pada pukul 1.10 petang berhampiran Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini itu dirakam oleh orang awam sebelum rakaman berdurasi 2.33 minit dimuat naik ke laman-laman sosial.
Rakaman itu kemudiannya menjadi viral sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai terhadap Kiki yang dilihat membuli lelaki berkenaan selepas dikatakan warga emas itu melanggar keretanya.
Kiki dilihat mengetuk beberapa kali kereta warga emas itu dengan menggunakan pengunci stereng kereta yang juga milik lelaki berkenaan sambil mengeluarkan kata-kata kesat.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memandang serius kejadian itu dan mengakui terkejut dengan tindakan wanita berkenaan sebelum mengarahkan siasatan lanjut dilakukan.
UTUSAN ONLINE
Bagikan
TERKINI Buli Warga Tua : Kiki dihadapkan ek Mahkamah Majistret Selasa ini
4/
5
Oleh
admin
"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"