Showing posts with label Negeri Sabah. Show all posts
Showing posts with label Negeri Sabah. Show all posts

13 Jun 2014

Banjaran Crocker Sabah : Kawasan Rizab Biosfera diiktiraf UNESCO

Melalui Banjaran Crocker ke Daerah Keningau merasai udara nyaman
KUALA LUMPUR: Kawasan perlindungan terbesar di Sabah, Banjaran Crocker, diiktiraf sebagai Rizab Biosfera oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada Rabu.

Menurut kenyataan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Banjaran Crocker merupakan tapak kedua yang mendapat pengiktirafan itu selepas Tasik Chini di Pahang pada 2009. 

Banjaran Crocker, yang berkeluasan 350,584 hektar, terdiri daripada hutan terpelihara dan dihuni komuniti tempatan selain merupakan kawasan tadahan air, sumber alam semula jadi dan kaya dengan budaya. 

"Penyenaraian Banjaran Crocker (sebagai rizab biosfera) akan menonjolkannya sebagai tapak pembelajaran untuk pembangunan mampan, menghalang kehilangan biodiversiti dan budaya masyarakat, membolehkan pertukaran kepakaran dan perkongsian maklumat serta promosi sebagai kawasan ekopelancongan," katanya. 

Sehingga kini, terdapat 621 rizab biosfera dalam jaringan rizab biosfera dunia yang merangkumi 117 negara. 

Pencalonan Banjaran Crocker dikemukakan tahun lepas dan ia menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam mewujudkan keseimbangan antara penjagaan alam sekitar dan aktiviti pembangunan melalui pendekatan pembangunan secara mampan. 

Pada Rabu, UNESCO melalui International Coordination Council (ICC) dan Man and Biosphere (MAB) pada mesyuarat ke-26 di Jonkoping City, Sweden menerima permohonan itu.

Malaysia juga menerima kejayaan berganda apabila dipilih menganggotai ICC dan MAB bagi tempoh empat tahun iaitu 2014-2017 mewakili rantau Asia dan Pasifik. 

Pencapaian ini merupakan pengiktirafan antarabangsa kepada Malaysia atas komitmen yang ditunjukkan dalam memulihara biodiversiti nasional dan menyokong inisiatif antarangsa.

UNESCO melancarkan MAB pada 1971 iaitu program antara kerajaan yang menetapkan asas saintifik bagi memperbaiki pertalian manusia dengan alam sekitar.
Baca selengkapnya

Sabah Sunset Music Festival : Simpang Mengayau Kudat



KOTA KINABALU, 12 Jun (Bernama) -- Dua belas artis tempatan dan antarabangsa akan memeriahkan Festival Muzik Matahari Terbenam anjuran Pejabat Pelancongan Sabah Malaysia di Tanjung Simpang Mengayau, Kudat pada 20 dan 21 Jun ini.

Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Sabah Datuk Irene Charuruks berkata festival yang bermula pada jam 5 petang itu akan menampilkan persembahan artis seperti Syafinaz Selamat, Rhythm of Borneo, Rey Kimara dan Orkestra Pop Filipina(Philpops).

Sempena festival itu, pelbagai acara menarik disusun termasuk pertandingan bot naga, pertandingan memasak biskut tradisional, persembahan melukis batik dan pertandingan membuat kraftangan berasaskan kelapa, katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Irene berkata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Seri Masidi Manjun dijangka hadir memeriahkan acara tersebut.

Tiket bagi sehari berharga RM50 dan dua hari RM80 yang boleh diperoleh di Pejabat Tourism Malaysia Sabah dan Sri Pelancongan di talian 088-232121 atau laman web www.sunset musicfest.my.
Baca selengkapnya

12 Jun 2014

Kilauan Emas 4 : Sabah menang tempat ketiga

Tahniah diucapkan kepada BEN, Peserta yang mewakili negeri Sabah di atas kejayaan meraih tempat ketiga dalam Pertandingan Akhir Kilauan Emas 4 yang berlangsung malam tadi.

Ben yang berasal dari Lahad Datu, menyampaikan 3 buah lagu iaitu lagu pertama sebuah lagu Inggeris yang bertajuk don't want to talk about it. Kemudian tampil dengan lagu rock yang dipopularkan oleh kumplan May iaitu Sketsa sebuah cinta. Lagu  terakhir adalah lagu duet bersama dengan Alyah bertajuk Hati ini telah dilukai yang dinyanyikan oleh Ajai dan Nurul.

Pada usia 60 tahun ditambah dengan kesihatan yang tidak mengizinkan ternyata BEN masih mampu untuk membuat persembahan yang baik. Walaupun tidak sehebat pada musim yang sebelumnya tetapi tetap tidak menghampakan peminantnya yang datang menyaksikan dan yang menonton di rumah.

Semoga BEN akan terus maju jaya dalam bidang yang diceburi.



Baca selengkapnya

11 Jun 2014

Juara Kilauan Emas 4 : BEN mewakili Negeri Sabah

Biodata BEN Kilauan Emas 4



  • Nama Penuh : Benasil Kundong
  • Berumur 65 tahun.
  • Berasal dari Lahat Datu, Sabah.
  • Mempunyai 5 orang cahaya mata.
  • Berkebolehan untuk menulis lagu dan bercita - cita untuk merakamkan album menggunakan lagu - lagu hasil karya sendiri.
  • Merupakan seorang penyanyi.
  • Sering berulang-alik dari Sabah ke Semenanjung untuk kerjaya nyanyian

BEN wakil tunggal peserta mewakili negeri Sabah untuk beraksi di Pentas Final pada malam ini. Sokongan dari seluruh warga Sabah amatlah diperlukan agar beliau mencapai impiannya.

Cara mudah untuk mengundi BEN :




Kalau Bukan Kita Siapa Lagi
Baca selengkapnya

3 Jun 2014

Keputusan Unduk Ngadau 2014



Keputusan Penuh untuk Pertandingan Unduk Ngadau 2014

MISS POPULAR : LAHAD DATU

JOHAN 2014 : DBKK/KOTA KINABALU

NAIB JOHAN 2014 : KOTA MARUDU

KETIGA 2014 : JOHOR 

KEEMPAT : PUTATAN

KELIMA : TUARAN 

KEENAM : PAPAR

KETUJUH : KLANG VALLEY

Ketika berlangsung sesi pengenalan peserta melalui videografi (video yang ditayangkan melalui skrin gergasi di pentas utama) berlaku sedikit masalah teknikal sehingga menyebabkan pihak penganjur terpaksa mengulang kembali sesi memperkenalkan diri sebentar tadi. Saya akan kongsikan video kepada anda semua. 


Baca selengkapnya

28 May 2014

Pemenang Unduk Ngadau 2014 : Senarai Akhir Peserta yang bertanding Mewakili daerah Sabah

Info Unduk Ngadau :

Unduk Ngadau merujuk kepada semangat Huminodun. Unduk Ngadau berasal dari perkataan “runduk tadau”, yang bermakna “gadis yang dimahkotakan sinaran cahaya matahari”.
Dikatakan, selepas Huminodun dikorbankan oleh Kinoringan, selepas tujuh hari Unduk Ngadau muncul dari kakanan dan dipercayai sebagai jelmaan semangat Huminodun. Unduk Ngadau juga dikatakan sebagai orang yang pertama mengajar Bobohizan mentera yang diamalkan sehingga sekarang.
Semenjak itu perkataan Unduk Ngadau digunakan bagi melambangkan kecantikan dan kebaikan budi bahasa Huminodun. Pertandingan ratu cantik Unduk Ngadau akan diadakan pada perayaan Tadau Kaamatan.


hover_share





Pic Kredit : Nelson Photography
Yang manakah bakal menjadi pilihan kamu?
Baca selengkapnya

Sabah Terima RM15.4 Juta Untuk Naik Taraf, Baik Pulih Sekolah Daif, Rosak

TAWAU, 27 Mei (Bernama) -- Sabah memperoleh RM15.4 juta daripada kerajaan pusat bagi menaik taraf dan membaik pulih sekolah rosak akibat kebakaran dan banjir termasuk 640 sekolah daif, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata daripada jumlah itu, RM5 juta diperuntukkan untuk membaiki sekolah yang rosak akibat kebakaran dan banjir baru-baru ini.

"Jabatan Pendidikan Sabah sudah membuat laporan dan guru besar serta pengetua sudah diarahkan mengenal pasti bahagian sekolah mereka yang perlu dibaiki," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan Hari Guru peringkat negeri di sini Selasa.

Musa juga berkata kerajaan negeri akan terus memohon peruntukan daripada kerajaan pusat bagi membaiki sekolah-sekolah lain yang mengalami kerosakan.

"Kita perlu jaga sekolah kita seperti kita jaga rumah sendiri kerana sekolah adalah tempat anak-anak kita belajar dan kita perlu pastikan sekolah berada dalam keadaan selamat untuk anak-anak kita," tambahnya.

Berkenaan guru, Musa berkata kerajaan negeri akan sentiasa memastikan golongan profesional tersebut terus disokong dan dibantu dalam mendidik dan melahirkan modal insan berguna.

Pada majlis itu, Awang Mohdzar Abdul Samad, 74, anak kelahiran Sindumin, Sipitang dan Aron @ Anifah Warso, 64, dari Kampung Kalampunan, Keningau dinobatkan sebagai Tokoh Guru Negeri Sabah 2014.

Sementara itu pada majlis sambutan Hari Guru Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) di Kota Kinabalu, Musa meminta jabatan itu menggalakkan budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan tenaga pengajarnya.

Beliau berkata langkah itu bukan sahaja membolehkan kaedah serta teknologi pengajaran dan pembelajaran baharu ditemui dan diguna pakai, malah ia juga akan memperkasa lagi mutu pendidikan di negeri ini.

"Perkembangan ini pastinya menuntut para guru bukan setakat mengajar, tetapi juga harus berpandangan jauh, membudayakan kreativiti dan inovasi bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik serta menyeronokkan," kata Musa.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah Datuk Ariffin Arif.

-- BERNAMA

Baca selengkapnya