13 Jun 2014

Sabah Sunset Music Festival : Simpang Mengayau Kudat



KOTA KINABALU, 12 Jun (Bernama) -- Dua belas artis tempatan dan antarabangsa akan memeriahkan Festival Muzik Matahari Terbenam anjuran Pejabat Pelancongan Sabah Malaysia di Tanjung Simpang Mengayau, Kudat pada 20 dan 21 Jun ini.

Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Sabah Datuk Irene Charuruks berkata festival yang bermula pada jam 5 petang itu akan menampilkan persembahan artis seperti Syafinaz Selamat, Rhythm of Borneo, Rey Kimara dan Orkestra Pop Filipina(Philpops).

Sempena festival itu, pelbagai acara menarik disusun termasuk pertandingan bot naga, pertandingan memasak biskut tradisional, persembahan melukis batik dan pertandingan membuat kraftangan berasaskan kelapa, katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Irene berkata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Seri Masidi Manjun dijangka hadir memeriahkan acara tersebut.

Tiket bagi sehari berharga RM50 dan dua hari RM80 yang boleh diperoleh di Pejabat Tourism Malaysia Sabah dan Sri Pelancongan di talian 088-232121 atau laman web www.sunset musicfest.my.

Bagikan

Jangan lewatkan

Sabah Sunset Music Festival : Simpang Mengayau Kudat
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"