Showing posts with label Sabah Tourism. Show all posts
Showing posts with label Sabah Tourism. Show all posts

18 Jun 2014

INFO SABAH : PESTA KELAPA DIJENAMAKAN SEMULA MENJADI FESTIVAL KUDAT


Keputusan Mesyuarat JawatanKuasa Pelaksana Pesta Kelapa yang telah bermesyuarat pada 16 April 2014 telah memutuskan 'PESTA KELAPA" kini telah di Jenamakan semula kepada 'FESTIVAL KUDAT'.

Ini bermakna pertandingan 'Juara Fesyen Berasaskan Kelapa' seperti yang sinonim diadakan pada setiap tahun di daerah kudat kini di ganti dengan pertandingan 'Pakaian Tradisi Kreatif Berasaskan Manik'.

Walaubagaimanapn acara yang lain masih dikekalkan seperti Pertandingan Aneka Bakat, Pertandingan kraftangan,Pertandingan Lumba Perahu Naga, Pertandingan Tarik Tali, Pertandingan Strongman dan Auto-show.

Juga menarik pada tahun 2014 ini acara baru seperti Pertandingan Memancing. Festival Kudat juga turut diwarnai dengan Persembahan Bunga api, konsert dan lain-lain acara yang baru dicadangkan. 

kepada peminat 'Juara Fesyen Kelapa' , Jom beralih ke Pertandingan 'Pakaian Tradisi Kreatif'. 

*Terbaru, Semua acara akan diadakan di Esplanade Sidek.

*Bukan lagi di Dataran Tomborungus dan Padang Bandaran.

Info: Urusetia, Pejabat Daerah Kudat
Baca selengkapnya

Aturcara Festival Kudat 2014 yang berlangsung pada 19-22 JUN


 

Sapdin Ibrahim Pegawai Daerah Kudat yang baru melalui Laman Sosial Facebook menjemput seluruh warga Sabah untuk sama-sama memeriahkan Festival Kudat 2014.

Di bawah ini dikongsikan kepada anda aturcara yang dikongsikan melalui media sosial. Caranya simpan gambar terlebih dahulu kemudian baru buka dan ZOOM jika tak nampak.  



Kita jumpa di KUDAT !!
Baca selengkapnya

13 Jun 2014

Sabah Sunset Music Festival : Simpang Mengayau Kudat



KOTA KINABALU, 12 Jun (Bernama) -- Dua belas artis tempatan dan antarabangsa akan memeriahkan Festival Muzik Matahari Terbenam anjuran Pejabat Pelancongan Sabah Malaysia di Tanjung Simpang Mengayau, Kudat pada 20 dan 21 Jun ini.

Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Sabah Datuk Irene Charuruks berkata festival yang bermula pada jam 5 petang itu akan menampilkan persembahan artis seperti Syafinaz Selamat, Rhythm of Borneo, Rey Kimara dan Orkestra Pop Filipina(Philpops).

Sempena festival itu, pelbagai acara menarik disusun termasuk pertandingan bot naga, pertandingan memasak biskut tradisional, persembahan melukis batik dan pertandingan membuat kraftangan berasaskan kelapa, katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Irene berkata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Seri Masidi Manjun dijangka hadir memeriahkan acara tersebut.

Tiket bagi sehari berharga RM50 dan dua hari RM80 yang boleh diperoleh di Pejabat Tourism Malaysia Sabah dan Sri Pelancongan di talian 088-232121 atau laman web www.sunset musicfest.my.
Baca selengkapnya

28 May 2014

Pemenang Unduk Ngadau 2014 : Senarai Akhir Peserta yang bertanding Mewakili daerah Sabah

Info Unduk Ngadau :

Unduk Ngadau merujuk kepada semangat Huminodun. Unduk Ngadau berasal dari perkataan “runduk tadau”, yang bermakna “gadis yang dimahkotakan sinaran cahaya matahari”.
Dikatakan, selepas Huminodun dikorbankan oleh Kinoringan, selepas tujuh hari Unduk Ngadau muncul dari kakanan dan dipercayai sebagai jelmaan semangat Huminodun. Unduk Ngadau juga dikatakan sebagai orang yang pertama mengajar Bobohizan mentera yang diamalkan sehingga sekarang.
Semenjak itu perkataan Unduk Ngadau digunakan bagi melambangkan kecantikan dan kebaikan budi bahasa Huminodun. Pertandingan ratu cantik Unduk Ngadau akan diadakan pada perayaan Tadau Kaamatan.


hover_share





Pic Kredit : Nelson Photography
Yang manakah bakal menjadi pilihan kamu?
Baca selengkapnya

23 May 2014

Rozita Unduk Ngadau Daerah Nabawan

NABAWAN: Rozita Richard 23, dimahkotakan sebagai Unduk Ngadau Kaaamatan Peringkat Daerah Nabawan yang berlangsung di pentas terbuka Tamu Pekan di sini pada Rabu.

Rozita yang sudah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Kejururawatan di Nilai International University Collage menewaskan sembilan peserta lain yang layak ke pertandingan akhir.

Anak kelahiran Kg. Fontas Nabawan itu bercita-cita menjadi jururawat dan hobinya melancong dan melayari internet untuk menambah ilmu pengetahuan serta berbakat menyanyi.

Selain bertutur dalam dialek Bahasa Murut, Rozita juga fasih bertutur dalam Bahasan Melayu dan Bahasa Inggeris.

Sementara itu, tempat kedua dan ketiga masing-masing disandang oleh Jeannieva James 18, dan Meralin Jeffarin 18.

Jeannieva lepasan SPM yang berasal dari Kg. Bahagia Nabawan bercita-cita menjadi Polis manakala Meralin yang juga dari kampung yang sama pula bercita-cita menjadi Pegawai Polis.

Pemahkotaan Unduk Ngadau Kaamatan Nabawan disempurnakan oleh Suzanah Wong isteri Pegawai Daerah Nabawan Fredian Gan.

Suzanah yang juga Pengerusi Puspanita Daerah Nabawan sekali gus menyempurnakan hadiah kepada pemenang tempat kedua dan ketiga.

SABAHTIMES
Baca selengkapnya

SABAH : Pesta Kaamatan jalin perpaduan kaum

NABAWAN: Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Bobbey A. Suan, berkata Pesta Kaamatan yang diraikan setiap tahun merupakan salah satu pesta yang menjalinkan perpaduan kaum khususnya Kadazan Dusun dan Murut (KDM) dan kaum lain yang turut merayakannya.

Katanya, Pesta Kaamatan menjadi jambatan mengeratkan persaudaraan dan sikap saling menghormati budaya serta pemangkin kepada perpaduan pelbagai kaum dan kepercayaan di negara ini khususnya di Sabah.

“Justeru itu, rakyat perlu mendalami konsep keamatan kerana ia bukan sahaja yang menjurus kepada perayaan untuk mensyukuri hasil yang diperolehi sepanjang tahun dan menjadi warisan dari nenek moyang tetapi makna yang paling besar adalah memupuk semangat perpaduan dan persaudaraan di kalangan masyarakat pelbagai kaum dan kepercayaan,” katanya semasa berucap merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Nabawan di yang berlangsung di pentas terbuka Tamu Pekan Nabawan di sini pada Rabu.

Bobbey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan berkata, dengan tema keamatan tahun ini ‘Kebudayaan Asas Keamanan dan Persahabatan’, maka rakyat hendaklah mengutamakan keamanan sebagai asas perpaduan kaum dan kepercayaan bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian rakyat di negeri ini yang sudah sedia terjalin.

Dalam masa yang sama Bobbey turut menggesa masyarakat di daerah ini supaya mengamalkan perbelanjaan berhemah yang telah disyorkan oleh kerajaan kepada mana-mana jabatan dan agensi kerajaan.

Katanya, masyarakat khususnya golongan petani juga perlu berhemah apabila berbelanja bagi membolehkan mereka membelanjakan kewangan bagi keperluan-keperluan keluarga sahaja.

Hadir Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Radin Malleh; Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Ellron Alfred Angin; Senator Datuk Dr. Lucas Umbol; mantan Ahli Parlimen Pensiangan, Datuk Taimin Lumaing; Pegawai Daerah Nabawan, Fredian Gan, selaku Pengerusi sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah, Ketua Daerah Nabawan, OKK Sayau Tangkap; Timbalan Ketua Umno Bahagian Pensiangan, Abie Wednes Gamboi; Ketua Pegawai Perhunungan Parlimen Pensiangan, Rayner Udong; Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Tenom, Ampalang Payu, ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

Sambutan pesta keamatan itu diserikan dengan persembahan kebudayaan dan lagu-lagu oleh artis-artis tempatan selain pertandingan Unduk Ngadau yang menjadi acara kemuncak

SABAHTIMES
Baca selengkapnya

SABAH : Sambut Pesta Kaamatan Tak Semestinya Ada Ratu

TANDEK: Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kota Marudu, Datuk George Sangkin berkata menyambut kedatangan Pesta Kaamatan tidak semestinya mengadakan pertandingan ratu cantik atau unduk ngadau.

Katanya, menyambut bulan tersebut sebagai tanda kesyukuran golongan petani kepada Tuhan kerana telah memberikan rezeki yang berlipat ganda melalui penanaman padi yang mereka usahakan.

Katanya, dengan adanya rezeki yang berlebihan itu maka para petani mengadakan pelbagai acara majlis meraikan kegembiraan diatas kejayaan usaha mereka yang membuahkan hasil yang berlipat ganda.

“Sehubungan itu, saya menyarankan kepada pengusaha tanaman padi, kelapa, kelapa sawit, pisang, nenas dan sebagainya agar terus memperluaskan aktiviti mereka kearah menjadikan diri mereka sebagai pengusaha tanaman tersebut yang tersohor didaerah ini khasnya.” katanya.

Tambahnya Kota Marudu merupakan daerah kedua terbesar dalam pengeluaran padi selepas daerah Kota Belud. George antara lain berkata demikian di Majlis Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kota Marudu di Kediamannya Kampung Kuranji dekat sini baru-baru ini.

Berucap merasmikan majlis tersebut Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Puan Anita Baranting menyeru kepada semua ahli-ahli Peladang didaerah Kota Marudu khasnya agar meneruskan bidang kerajaya sebagai petani, penternak dan nelayan atau bekerja sendiri disamping tidak melupakan hari-hari kebesaran mereka masing-masing.

Katanya, bulan Mei setiap tahun merupakan hari bersejarah bagi para petani menyambut perayaan pesta kaamatan atau pesta menuai padi, katanya saya bersetuju menganjurkan majlis Kaamatan tidak semestinya diadakan pertandingan unduk ngadau atau ratu cantik dan sebagainya sebaliknya mengadakan majlis makan, minum bersama sanak saudara dan rakan taulan merupakan yang terbaik untuk menyambut perayaan seumpama ini seperti juga hari raya, tahun baru cina dan sebagainya.

Anita yang juga Adun Tandek menyeru jika sekiranya terdapat tanah kosong yang terbiar hendaklah diusahakan dengan menanam pelbagai jenis tanaman yang mendatang hasil yang cepat seperti yang laris diniagakan dipasar-pasar tani didaerah ini.

Tambahnya, dengan mengamalkan kerja-kerja sedemikian peniaga boleh mengaut keuntungan yang besar disamping meningkatkan taraf ekonomi dari masa kesemasa.

Penganjuran sambutan perayaan Kaamatan PPK Kota Marudu kali ini memfokuskan dua jenis sukan rakyat atau tradisi yang hampir pupus kerana tidak dibudayakan, pertama sukan melastik dan kedua pertandingan mengupas kelapa kedua-dua sukan tradisi ini amat terkenal dan penting sekitar tahun-tahun 60 dan 70an.

Hadir sama dimajlis itu Penolong Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Sabah, Mohd. Shukri Majalin, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Tandek, Jelius Redani, Pengurus Besar PPK Kota Marudu, Rushdy Platui, Pengerusi PPK Pitas, Ng Loi Teck, Pengerusi PPK Kudat, Janis Kansirong, pemimpin parti komponan BN Parlimen Kota Marudu dan warga PPK Kota Marudu.

SABAHTIMES
Baca selengkapnya

18 May 2014

Kapal Nakhoda Supirak, Kg Malubang, Daerah Pitas



Kapal Nakhoda Supirak sangat terkenal dalam cerita rakyat Malubang. Pulau batu ini benar-benar menyerupai sebuah kapal. Dikatakan terdapat objek seperti manusia, tali, meja yang telah bertukar menjadi batu.
Baca selengkapnya