23 May 2014

SABAH : Sambut Pesta Kaamatan Tak Semestinya Ada Ratu

TANDEK: Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kota Marudu, Datuk George Sangkin berkata menyambut kedatangan Pesta Kaamatan tidak semestinya mengadakan pertandingan ratu cantik atau unduk ngadau.

Katanya, menyambut bulan tersebut sebagai tanda kesyukuran golongan petani kepada Tuhan kerana telah memberikan rezeki yang berlipat ganda melalui penanaman padi yang mereka usahakan.

Katanya, dengan adanya rezeki yang berlebihan itu maka para petani mengadakan pelbagai acara majlis meraikan kegembiraan diatas kejayaan usaha mereka yang membuahkan hasil yang berlipat ganda.

“Sehubungan itu, saya menyarankan kepada pengusaha tanaman padi, kelapa, kelapa sawit, pisang, nenas dan sebagainya agar terus memperluaskan aktiviti mereka kearah menjadikan diri mereka sebagai pengusaha tanaman tersebut yang tersohor didaerah ini khasnya.” katanya.

Tambahnya Kota Marudu merupakan daerah kedua terbesar dalam pengeluaran padi selepas daerah Kota Belud. George antara lain berkata demikian di Majlis Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kota Marudu di Kediamannya Kampung Kuranji dekat sini baru-baru ini.

Berucap merasmikan majlis tersebut Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Puan Anita Baranting menyeru kepada semua ahli-ahli Peladang didaerah Kota Marudu khasnya agar meneruskan bidang kerajaya sebagai petani, penternak dan nelayan atau bekerja sendiri disamping tidak melupakan hari-hari kebesaran mereka masing-masing.

Katanya, bulan Mei setiap tahun merupakan hari bersejarah bagi para petani menyambut perayaan pesta kaamatan atau pesta menuai padi, katanya saya bersetuju menganjurkan majlis Kaamatan tidak semestinya diadakan pertandingan unduk ngadau atau ratu cantik dan sebagainya sebaliknya mengadakan majlis makan, minum bersama sanak saudara dan rakan taulan merupakan yang terbaik untuk menyambut perayaan seumpama ini seperti juga hari raya, tahun baru cina dan sebagainya.

Anita yang juga Adun Tandek menyeru jika sekiranya terdapat tanah kosong yang terbiar hendaklah diusahakan dengan menanam pelbagai jenis tanaman yang mendatang hasil yang cepat seperti yang laris diniagakan dipasar-pasar tani didaerah ini.

Tambahnya, dengan mengamalkan kerja-kerja sedemikian peniaga boleh mengaut keuntungan yang besar disamping meningkatkan taraf ekonomi dari masa kesemasa.

Penganjuran sambutan perayaan Kaamatan PPK Kota Marudu kali ini memfokuskan dua jenis sukan rakyat atau tradisi yang hampir pupus kerana tidak dibudayakan, pertama sukan melastik dan kedua pertandingan mengupas kelapa kedua-dua sukan tradisi ini amat terkenal dan penting sekitar tahun-tahun 60 dan 70an.

Hadir sama dimajlis itu Penolong Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Sabah, Mohd. Shukri Majalin, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Tandek, Jelius Redani, Pengurus Besar PPK Kota Marudu, Rushdy Platui, Pengerusi PPK Pitas, Ng Loi Teck, Pengerusi PPK Kudat, Janis Kansirong, pemimpin parti komponan BN Parlimen Kota Marudu dan warga PPK Kota Marudu.

SABAHTIMES

Bagikan

Jangan lewatkan

SABAH : Sambut Pesta Kaamatan Tak Semestinya Ada Ratu
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.