Showing posts with label Berita Sabah. Show all posts
Showing posts with label Berita Sabah. Show all posts

26 Oct 2014

SEMASA : Pelajar UMS Mati Dipercayai Dibunuh Adik Kandung

Seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) berusia 22 tahun ditemui mati di rumah keluarganya awal pagi ini dan dipercayai dibunuh adik kandungnya sendiri.

djkupang & friends

Toh Wei Teen, pelajar tahun tiga jurusan Sains Makanan pada mulanya dipercayai membunuh diri selepas pihak polis menerima panggilan 999 kira-kira pada pukul 3 pagi daripada seorang lelaki yang mendakwa sebagai jiran, memberitahu mangsa cuba untuk membunuh diri.

Bagaimanapun setelah tiba di rumah mangsa yang terletak di Kemuning Utama, Shah Alam, pihak polis diberitahu oleh pasukan keselamatan dari Hospital Klang yang Wei Teen mati akibat kecederaan di leher.

Pemeriksaan di tempat kejadian kemudiannya menemui mangsa yang memakai baju tidur terbaring di hadapan pintu bilik tidurnya berlumuran darah.

Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, adik kandung mangsa yang berusia 18 tahun ditemui dalam keadaan mabuk dan merupakan orang yang bertanggungjawab mengejutkan ibu bapa mereka yang masih tidur.

“Suspek yang sepatutnya mendaftar masuk ke sebuah kolej swasta di Subang, Selangor pada tahun depan memberitahu ibu bapanya yang kakaknya mati akibat bunuh diri.

“Kami kemudiannya membawa suspek ke Hospital Klang bagi mendapatkan rawatan dan menahan suspek sementara siasatan dijalankan,” katanya.

Polis kemudiannya menemui sebilah pisau, sebotol minuman keras beserta kotak di tempat kejadian.

Motif di sebalik pembunuhan itu masih belum diketahui, walaupun mereka dikatakan berkelahi sebelum suspek dipercayai membunuh mangsa.

“Kami mengetahui suspek mabuk pada ketika itu dan mereka telah berkelahi antara satu sama lain tetapi punca perkelahian berkenaan masih belum diketahui,” ujar Azisman.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori. -THERAKYAT POST

INI ADALAH MODEL TOYOTA PALING DIMINATI
Baca selengkapnya

BERITA SABAH : Terkini ESSCOM Tembak Mati Penjenayah di Perairan Bangau Bangau

"Apabila cuba dihampiri, suspek terus melarikan diri dan setelah berjaya dikejar, suspek bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis," katanya dalam sidang media di sini, Ahad.

djkupang & Friends

KEMASKINI BERITA SABAH 26/10/2014

SEMPORNA: Seorang suspek lelaki dipercayai penjenayah rentas sempadan ditembak mati dalam operasi oleh pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) di kawasan perairan Bangau Bangau, di sini awal pagi Ahad.

Komander ESSCom Datuk Abdul Rashid Harun berkata suspek yang belum dikenal pasti identitinya itu ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di perairan berkenaan kira-kira pukul 2.15 pagi.

Beliau berkata ketika kejadian, pasukan peronda terserempak dengan sebuah bot berwarna biru dan mempunyai garisan merah di bahagian atas bot yang dikemudi seorang lelaki.

"Apabila cuba dihampiri, suspek terus melarikan diri dan setelah berjaya dikejar, suspek bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis," katanya dalam sidang media di sini, Ahad.

Beliau berkata selepas insiden berbalas tembakan, pihaknya terus menghampiri bot berkenaan dan mendapati suspek terbaring berlumurah darah serta dipercayai telah meninggal dunia.

Abdul Rashid berkata hasil pemeriksaan, sepucuk pistol bersama dua kelongsong peluru dan tiga butir peluru hidup di dalam silinder dijumpai di tempat kejadian.

"Tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai dan suspek dipercayai berusia 40-an," katanya.

Beliau berkata terdapat dua kesan tembakan di bahagian kiri bot yang dinaiki pasukan peronda, bagaimanapun pasukan peronda tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat suspek dihantar ke Hospital Semporna dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat empat kesan tembakan di belakang kepala dan ada kesan luka di bahagian hadapan kepala, katanya.

Beliau berkata susulan kejadian itu, pihak ESSCom melakukan operasi di beberapa buah perkampungan air di sekitar Semporna kira-kira pukul 10 pagi ini.

"Hasil daripada operasi itu, kami menahan tujuh lelaki dan dua wanita berusia 30 hingga 40 tahun. Mereka yang ditahan dipercayai dapat membantu siasatan berhubung kes tembakan itu," kata Abdul Rashid.

Beliau berkata pada masa sama, pihaknya sedang mengesan enam lelaki berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun yang dipercayai dapat membantu siasatan berhubung kes jenayah rentas sempadan.

"Mereka dikenali sebagai Badong, Bocai, Wahab, Ali, Nilson dan Alex. Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan diminta menghubungi pihak ESSCom di talian 089-863181 atau balai polis berhampiran," katanya.

Sementara itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, yang ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka Deepavali MIC Sabah di Kota Kinabalu, berkata beliau telahpun diberi taklimat tentang kejadian itu oleh ESSCom.

Beliau merakamkan penghargaan kepada pasukan keselamatan yang bertindak pantas dalam mengendalikan keadaan dan menasihati penduduk di Semporna supaya tidak panik memandangkan keadaan terkawal.

"Paling penting adalah perlu ada kerjasama dan sokongan (kepada pasukan keselamatan) daripada penduduk di kawasan berkenaan (Semporna)," katanya.

SUMBER : mstar online

SUDAHKAH ANDA MENONTON MODEL TOYOTA PALING DIMINATI ?
Baca selengkapnya

BERITA SABAH : Polis Tembak Mati Lelaki Dikehendaki di Semporna

BERITA SABAH : Polis Tembak Mati Lelaki Dikehendaki di Semporna

djkupang & Friends
Berita sabah lelaki ditembak di semporna [Sekadar Gambar Hiasan]
KOTA KINABALU : Pasukan keselamatan menembak mati seorang suspek lelaki yang dikehendaki polis dalam satu kejadian tembak-menembak di Semporna pada awal pagi Ahad.
Difahamkan pasukan keselamatan sedang mengenal pasti lelaki berkenaan yang ditemui tanpa sebarang dokumen pengenalan diri selepas insiden itu.
Keterangan dari polis marin yang bertugas turut dirakamkan.
Komander Pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Abdul Rashid dijangka akan mengeluarkan butiran mengenai kejadian itu dalam satu sidang media yang akan diadakan pada Ahad. 
SUMBER : MSTAR ONLINE

TIP TOP MODEL TOYOTA PALING HANGAT
Baca selengkapnya

24 Oct 2014

Gempa Bumi Pulau Banggi

KOTA KINABALU: Satu gempa bumi lemah berukuran 4.4 skala Richter berlaku di Pulau Banggi, kira-kira 60 kilometer di timur laut Pitas, utara Sabah, kira-kira jam 1.40 tengah hari tadi.

Menurut kenyataan Pusat Gempa Bumi dan Tsunami Nasional, Jabatan Meteorologi, kedudukan gempa dikesan di 7.19 darjah utara dan 117.31 darjah timur.

Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan. -BERNAMA

MODEL TERBARU TOYOTA
Baca selengkapnya

PENAMPANG BANJIR LAGI KALI KETIGA 24/10/2014

BERITA TERKINI DI NEGERI SABAH : KEADAAN TERKINI DI DAERAH PENAMPANG TERUS DILANDA BANJIR LAGI UNTUK KALI KETIGA

23/10/2014 Daerah Penampang sekali lagi dilanda banjir untuk kali ketiga pada tahun ini. Walaupun hujan yang turun tidak berterusan seperti yang berlaku sebelum ini namun tetap berlaku banjir kilat di sini.

Memetik daripada satu sumber di laman sosial facebook menyebut kawasan yang paling terjejas adalah mereka yang tinggal di tepi Sungai MoyogIni berikutan air SUNGAI MOYOG yang dikatakan cepat sekali naik .

Pihak yang berkenaan digesa supaya dapat melakukan sesuatu demi memastikan keselamatan dan keselesaan masyarakat di negeri sabah khususnya di kawasan Penampang dan daerah yang berpotensi dilanda banjir kilat agar dapat merancang dan melaksanakan bantuan yang diperlukan di kawasan tersebut.

Banjir di Penampang Semalam
Dikemaskini
Baca selengkapnya

23 Oct 2014

Video Hujan Ais Berlaku di Kolombong, Inanam Sabah 23/10/2014

Video Hujan Ais Berlaku di Kolombong, Inanam Sabah 23/10/2014. Video Asal daripada salah seorang laman sosial Facebook Judet Peter. Bagaimanapun bagi penduduk yang berada di daerah yang sama  sedikit menimbulkan tanda tanya kerana mereka mendakwa tidak berlaku kejadian yang sama di kawasan mereka.

Walaubagaimanapun kejadian hujan ais atau air batu ini bukanlah yang pertama dilaporkan kerana sebelum ini kejadian yang sama berlaku di daerah Tambunan iaitu pada bulan Ogos yang lalu.


Tingu Sini




TONTON VIDEO di YOUTUBE :  <----------- SILA KLIK SINI
Rakaman Asal Video yang dikongsi di Page 1SABAH
Sedikit INFO yang penulis petik dari WIKIPEDIA  mengenai Fenomena hujan Air Batu hanya sekadar perkongsian sahaja.

Hujan air batu merupakan sejenis kerpasan yang terdiri dari ketulan atau bola air batu dengan diameter purata 5 mm–50 mm. Hujan ini cuma boleh terjadi dari awan kumulonimbus (awan petir). Salah satu proses pembentukannya adalah melalui kondensasi wap air lewat dingin di atmosfera pada lapisan di atas freezing level. Air batu yang terjadi dengan proses ini biasanya berukuran besar. Kerana ukurannya, walaupun telah turun ke aras yang lebih rendah dengan suhu yang lebih hangat tidak semuanya mencair. Hujan air batu tidak hanya terjadi di negara sub-tropika, tapi boleh juga terjadi di kawasan khatulistiwa.
Proses lain yang dapat menyebabkan hujan adalah riming, di mana wap air lewat dingin tertarik ke permukaan benih-benih air batu. Kerana terjadi pengembunan yang mendadak maka terjadilah air batu dengan ukuran yang besar.
TONTON  MODEL TERKINI TOYOTA PALING LARIS
Baca selengkapnya

Berita Sabah : ESSCOM Tahan 3 Lelaki dipercayai mata-mata Penjenayah

BERITA SABAH : ESSCOM TAHAN 3 LELAKI DIPERCAYAI TALI BARUT PENJENAYAH

3 Lelaki ditahan di Lahad Datu Disyaki Pemberi Maklumat
Tiga lelaki yang dipercayai pemberi maklumat kepada penjenayah rentas sempadan dari negara jiran ditahan pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) di perairan Pulau Mabul, Semporna dekat sini malam tadi.

Komander Esscom, Datuk Abdul Rashid Harun berkata, ketiga-tiga lelaki berusia antara 14 hingga 29 tahun itu ditahan selepas empat anggota keselamatan yang menjalankan tugas operasi mengesan kehadiran sebuah bot yang melintasi kawasan jeti Smart Bangalow Resort, Pulau Mabul kira-kira pukul 8.30 malam.

"Pemeriksaan mendapati bot tersebut dinaiki tiga lelaki dan kesemua suspek kemudian ditahan kerana berada di kawasan perairan di mana perintah berkurung dikuatkuasakan," katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati terdapat mesej mencurigakan yang dihantar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) oleh salah seorang suspek berkenaan yang memberi amaran kepada orang lain - jangan masuk kerana ada pasukan keselamatan di perairan ini. - KOSMO !!

SUDAHKAH ANDA MENONTON MODEL TERBARU TOYOTA ?
Baca selengkapnya

22 Oct 2014

DAERAH KINABATANGAN : LELAKI TEMPATAN DITAHAN DALAM TANDAS PEJABAT PENDIDIKAN

BERITA SABAH : PENCURI DITAHAN DI KINABATANGAN

Hasrat seorang lelaki tempatan untuk mencuri digagalkan selepas ditahan oleh pihak polis di dalam tandas tingkat satu bangunan Pejabat Pendidikan Daerah Kinabatangan, awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Superintenden A Sahak Rahmat berkata, seorang pengawal keselamatan bangunan pejabat berkenaan ternampak kelibat seorang lelaki berada dalam bangunan melalui CCTV di pondok pengawal kira-kira jam 3.25 pagi.

DJKUPANG & FRIENDS
[GAMBAR HIASAN] BERITA SABAH : KES CURI DI KINABATANGAN
Pengawal keselamatan berusia 56 tahun itu kemudiannya menghubungi 999 bagi memaklumkan kejadian itu, katanya.

Beliau berkata, pihak polis yang sedang membuat rondaan menerima maklumat berkenaan dan bergegas ke bangunan pejabat itu.

“Semasa pemeriksaan dijalankan dalam bangunan itu, pihak polis telah ternampak suspek di dalam tandas di tingkat satu.

“Suspek berumur 29 tahun itu ditahan bersama beberapa barang yang dipercayai dicuri dari bangunan pejabat berkenaan.

“Polis juga merampas enam helai baju sukan, tiga helai seluar pendek, satu set DVD writer jenama Samsung, sebilah gunting dan satu beg galas warna hitam,” katanya.

Sahak berkata, pihak polis turut mengarahkan pengawal keselamatan menghubungi pegawai pendidikan daerah untuk mendapatkan maklumat barang-barang yang hilang di dalam pejabat sebelum membuat laporan polis.

KERETA TOYOTA TREND TERKINI
Baca selengkapnya