Showing posts with label Aktiviti Utarafm. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Utarafm. Show all posts

1 Jul 2014

DJ Kupang Utara.FM Kongsi Pentas dengan Mus May

Siapa yang tidak terpegun dengan penyanyi yang memang dikenali kehebatan vokalnya apabila menyanyikan lagu bernada tinggi. Malah, tidak keterlaluan dikatakan vokal penyanyi May ini masih mantap jika dibandingkan dengan vokalis kumpulan rock seusia dengannya. Pengalaman bersama dengan Otai Rockers Malaysia ini menjadi inspirasi kepada saya apabila berada di atas pentas.

Mus bergandingan dengan Deejay Kupang sebagai 'Emcee' pada persembahan yang disaksikan oleh lebih 500 orang peminat setianya. Kupang yang juga dikenali sebagai pengulas bolasepak di Stadium Likas mengakui agak gemuruh berkongsi pentas dengan penyanyi yang terkenal dengan lagu "Cintamu Mekar Di Hati" ini. "Bukan mudah bekerja dengan rockers yang mempunyai ramai pengikut ini kerana kita perlu menyesuaikan diri dengan kehendak peminatnya. Mujur abang Mus banyak memberikan dorongan dan tips ketika berada atas pentas yang sama", kata djkupang.

Bro Mus seorang yang ramah dan tidak sombong melayan peminatnya kerana pada malam itu ada seorang makcik yang mahu bergambar dengannya tetapi agak uzur tidak dapat naik ke atas pentas, abang Mus sanggup turun ke bawah semata-mata untuk memenuhi permintaan peminatnya", tambah DJ Kupang menceritakan pengalamannya bersama Mus.

Pada malam itu Mus mendendangkan lapan buah lagu bermula dengan lagu gadis bertudung putih dan melabuhkan tirai persembahannya dengan menyampaikan lagu pelayaran yang dipetik dari album "Hakikat (1989)". Semua orang berpuas hati dengan persembahan Mus pada malam itu kerana mereka memang sudah lama menanti kemunculan Mus di tempat mereka. 

"Bro Kupang, kalau panjang umur kita  jumpa lagi sebab gua memang suka buat persembahan di Sabah jika diberi peluang lagi," Kata Mus penyanyi yang berasal dari Perak ketika Deejay Kupang menghantarnya balik ke hotel penginapannya.


dipetik dari Utarafm.net
-djkupang.com
Baca selengkapnya

5 May 2014

'Live' Kini tiada lagi yang mustahil | Kempen Pemerkasaan Pendidikan dan Kesedaran Pengguna

Ketika menyiarkan secara langsung Kempen Pemerkasaan Pendidikan dan Kesedaran Pengguna
Utarafm adalah satu-satunya radio online di Sabah yang masih bertahan sejak 2008 dengan kini semakin aktif bergerak bersama NGO di negeri Sabah. Bertepatan dengan lafaz pelancaran oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-5 sebagai Radio Online Rasmi Gabungan NGO negeri Sabah pada 25 Julai 2009 bertempat di Rumah Rehat Lohan, Ranau.

Ini adalah disebabkan oleh komitmen semua penyampai radio  yang tidak pernah jemu untuk terus menghiburkan para pendengar setianya. Kesan daripada perkembangan yang positif ini maka tertubuhlah satu kelab iaitu Kelab Pendengar dan Peminat Setia Utarafm Sabah yang mana kelab ini sebenarnya banyak menyumbang terutama untuk memperkenalkan Utarafm kepada umum.

Pada tahun 2011/2012 Utarafm diberi kepercayaan untuk membuat ulasan perlawanan bolasepak di stadium Likas, Kota Kinabalu cuma bersebelahan bilik dengan Radio Sabahfm. Utarafm mempunyai identitinya tersendiri ketika membuat ulasan kerana lebih banyak menggunakan bahasa baku Sabah (slang sabah) dan ulasan lebih memihak kepada pasukan Sabah untuk memberi semangat kepada penyokong setia Sabah yang tidak dapat turun ke stadium. 

Terima kasih kepada semua pihak yang terus memberi peluang dan kepercayaan kepada kami yang masih belajar walaupun usia Utarafm sudah masuk tahun ke-6. Buat masa ini, Utarafm adalah Media Online Rasmi Persatuan Barisan Pengguna Sabah (Cfos). Setiap program yang dijalankan oleh Cfos akan kami siarkan secara langsung terus kepada pendengar melalui laman web kami [KLIK SINI].

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Utarafm boleh terus melayari Laman utama kami.

Untuk berinterksi secara langsung kepada kami :
Group di FB [KLIK SINI]
Fan page di FB [KLIK SINI]


Baca selengkapnya

27 May 2011

Pengulas Perlawanan Liga Super Sabah VS KL Felda utd|Stadium Likas

Sabah menang ke atas KL Felda United dengan gol 2-1 melalui jaringan Zainizam Marjan dan Shahrul Azhar Ture. Walaupun Sabah ketinggalan di separuh masa pertama tetapi mereka bangkit di separuh masa yang kedua selepas percaturan jurulatih Sabah, Justin Ganai memasukkan Md. Rozaimi Abd Rahman mengubah corak permainan Sabah.



Tahniah Sabahawks. Teruskan bermain dengan rentak kemenangan. Kami sentiasa menyokong kamu semua tidak kira menang atau kalah. "main kau burung".
Baca selengkapnya

19 Apr 2011

PROGRAM JELAJAH UTARA.FM BERSAMA PENDENGAR (Daerah Papar)


Kali ini UtaraFm akan beramah mesra dengan pendengar di sekitar kawasan Papar. Perancangan awal program ini akan dilangsungkan pada :

  • Tarikh : 30 April 2011
  • Masa : 7.00 mlm - 11.00 mlm
  • Tempat : Restoran SELERA KITA, Papar
Seperti juga program yang sama yang dibuat di daerah Kota Marudu, banyak aktiviti akan dibuat antaranya perlawanan persahabatan Futsal UtaraFM dan Pemuda Umno Papar, hiburan kepada semua dan banyak lagi kejutan yang akan dibuat nanti. Jadi mendaftarlah sekarang dan kita jumpa di sana.

P/S : Untuk maklumat lanjut KLIK SINI.
Baca selengkapnya

11 Apr 2011

Kemenangan Sabah ke atas Perak hadiah hari jadi ke-60 Presiden SAFA

Tahniah kepada pasukan Sabah yang telah berjaya memecahkan rekod tanpa kalah Perak dengan jaringan 2 - 1 di Stadium Likas. Kemarau pujian kepada pasukan Sabah kini disirami dengan hujan gembira dan semestinya jutaan terima kasih kepada sokongan padu hawksters yang tetap setia menjadi penyokong fanatik Sabah dalam apa juga keadaan. Walaupun ketinggalan 0-1 kepada perak di separuh masa yang pertama tetapi itu tidak mematahkan semangat juang pemain Sabah untuk mencipta kejayaan.

Kemenangan ini adalah hadiah hari jadi yang ke-60 kepada YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Presiden SAFA yang juga merupakan orang No. 1 Sabah.

Teruskan dengan semarak-maraknya menyokong Sabah. Go! Sabahawks !!!








Baca selengkapnya

4 Apr 2011

Program Mesra UtaraFM bersama Pendengar

Potong Kek.. Penaung dan Penerbit UtaraFM merasmikan program tersebut


Barisan Penyampai UtaraFM yang hadir

Alhamdulillah majlis berlangsung dalam suasana yang cukup meriah dengan kehadiran penyampai UtaraFM dan pendengar setia. Majlis yang diadakan di Restoran Cahaya Murni di Kota Marudu ini turut dihadiri oleh Penaung UtaraFM, Tuan Androd Sadian (Tuan Sanguru).

Gambar kenangan Penyampai bersama sebahagian Pendengar yang hadir

UtaraFm sememangnya aktif mengadakan perjumpaan bersama dengan pendengar dan program seumpama ini adalah yang pertama diadakan bagi tahun 2011. "Majlis seperti ini mampu mendekatkan kami dengan pendengar setia. Sebelum ini kami lebih banyak bersembang di alam maya di laman sesawang UtaraFM" kata Pengasas dan Penerbit UFM, Mohd. Jasni Ahmad Shukri (DJrumputt).

Sempat lagi Posing...

Pelbagai aktiviti disusun agar program ini dapat dikenang oleh pendengar yang hadir. Salah satu daripadanya ialah sesi ujibakat pendengar untuk bersiaran secara langsung di radio di mana kepada mereka yang layak ditawarkan sebagai penyampai di UtaraFM. Aktiviti lain ialah cabutan bertuah, sesi suaikenal bersama penyampai dan pertunjukan "Kereta berapi" dari penyampai UtaraFM.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini..

P/s : InsyaAllah majlis seumpama ini akan diadakan di Kawasan Kota Kinabalu pula nanti.




Baca selengkapnya

21 Feb 2011

Menemubual Timbalan Ketua Menteri Sabah : YB Datuk Seri Yahya Hussin

Pengalaman Temubual Live di Khalayak Ramai
Ini adalah pengalaman pertama kali untuk menemubual YB Datuk Seri Panglima Yahya Hussin, Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah secara langsung melalui Radio Online Sabah UtaraFM sempena perlawanan akhir antara pasukan Putatan FC dan White Sand dalam Pertandingan Bola Sepak Remaja Putatan yang diadakan di Stadium Penampang. Terima kasih kepada Kelab Penyokong Bolasepak Sabah kerana memberikan kepercayaan kepada UtaraFM untuk menjadi Media Online Rasmi.

YB Datuk Seri Yahya Hussin diberi sedikit penerangan tentang aduan penduduk setempat.
Datuk yahya Hussin menarik perhatian wartawan

Radio Online Sabah Utara.FM


Baca selengkapnya

17 Feb 2011

Pengulas bolasepak Live at Stadium Likas Sabah|Liga Super

Gambar ihsan ReeBrOs (Jurugambar Sabahawks)
dari kiri : djkupang, Djrumputt, DJLUGU, Felix AF3, DJ AK, DJLM dan Wady
Sebahagian aksi mengulas ketika berada di Bilik Media Stadium Likas

Boleh dikatakan ini adalah pengalaman baru saya di dalam penyiaran Radio Online apabila UtaraFM, Media Online Rasmi Sabahawks Fan Club diberi peluang untuk menjadi mengulas perlawanan yang melibatkan pasukan Sabah di Stadium Likas.

Saya bersama beberapa orang Penyampai di UtaraFM iaitu rumputt, LUGU, LM dan Teknikal kami Wady pertama kali menjejakkan kaki ke dalam bilik Media Stadium Likas pada 12 Februari 2011 telah mencuba untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua penyokong Pasukan Sabah tidak kira walau di mana juga mereka berada untuk terus mengikuti Secara Langsung perkembangan terkini pasukan Sabah semasa perlawanan.

Perlawanan pertama Sabah di Stadium Likas adalah bertemu Kedah di mana Sabah berjaya menundukkan Skuad Sang Kenari itu dengan kelebihan 1-0. Sementara perlawanan kedua, Sabah tewas kepada Johor FC 0-1. Kami di UtaraFM mengharapkan agar semua orang yang mengikuti siaran kami akan terhibur dan berasa puas. Kami akan cuba untuk memperbaiki sebarang kelemahan kami di perlawanan yang akan datang iaitu pada 15 Mac 2011 di mana Sabah akan menanti kunjungan pasukan Kelantan.

Terima kasih kepada Tuan Mohd. Joh Hj. Wid Pengerusi Kelab Penyokong Sabahawks kerana memberikan kepercayaan ini kepada kami. Kepada semua yang ada mendengarkan kami terima kasih atas sokongan anda kepada Pasukan Sabah.

P/S : Mari kita datang beramai-ramai ke Stadium Likas untuk menyuntik semangat pemain Sabah.
Baca selengkapnya

12 Feb 2011

Diam bukan bererti diam...


Banyak cerita yang ingin saya kongsikan kepada semua rakan-rakan tetapi disebabkan kekangan masa maka saya terpaksa menangguhkan sehingga betul-betul dapat menumpukan perhatian untuk menulis di ruangan ini.. Antara perkara yang saya kongsikan kepada anda adalah perjalanan saya bersama Djrumputt, DJLugu dan Wady sewaktu berada di Pantai Pimping sempena Karnival Alam Sekitar bersama PETRONAS dan Gabungan NGO Membakut.

Selain daripada itu saya juga akan kongsikan acara penutupan Sambutan Tahun Baru Cina di Kg. Salimpodon Laut dan terbaru pengalaman masuk ke Konti KKFM sewaktu rakaman dalam segmen Online radio Live at KKFM bersama DJ Lugu dan DJ Mamik yang boleh didengar melalui gelombang 91.1 mhz. Malam ini pula kami akan membuat liputan perlawanan pasukan Sabah menentang Kedah dan ini pastinya menjadi pengalaman baru penyampai UtaraFM apabila menjadi pengulas perlawanan.

P/S : Ngantuk suda...
Baca selengkapnya

2 Feb 2011

Karnival Alam Sekitar|Pantai Pimping Membakut


Mari datang beramai-ramai ke Pantai Pimping Membakut pada 4 & 5 Februari 2011 untuk sama-sama memeriahkan Karnival Alam Sekitar bersama Petronas dan Gabungan NGO Membakut. Pastinya pelbagai aktiviti menarik yang telah dirancang oleh pihak penganjur (Klik Gambar di atas) termasuk persembahan gandingan artis baru dan artis lama iaitu Felix Agus AF3 dan Dato Ahmad Jais.

Krew-krew Radio Online Sabah UtaraFM juga akan berada di sana untuk membuat liputan dan pastikan anda terus mendengar Radio Online Sabah Utara.Fm untuk mengikuti perkembangannya ataupun layari MesraOnline (KLIK SINI).
Baca selengkapnya

1 Feb 2011

Aturcara Pesta Tahun Baru Cina 2011|Kg. Salimpodon Laut, Pitas


Bermula hari ini 1 Februari 2011 hingga 6 Februari 2011 Pesta sambutan Tahun Baru Cina diadakan di Kampung Salimpodon Laut Pitas. Kepada mereka yang tinggal berhampiran, dijemput datang beramai-ramai untuk memeriahkan dan berpeluang untuk mengikuti aktiviti yang dirancang kerana menjanjikan hadiah berbentuk wang tunai.

Radio Online Sabah UtaraFM akan membawakan secara langsung pada 6 Februari 2011, acara penutupan dan persembahan artis seperti Ebi Kornelis, Marsha AF, Alex RajaLawak dan artis-artis tempatan Sabah.

P/S : Kita jumpa di sana...
Baca selengkapnya

31 Jan 2011

DJ UtaraFM bakal menjadi pengulas bolasepak|Stadium Likas, Sabah


Pada 12 Februari 2011 ini Radio Online Sabah UtaraFm akan mencipta sejarahnya sendiri apabila akan bersiaran di bilik Media Stadium Likas di bawah kelolaan Sabahawks Fan Club untuk membuat ulasan perlawanan yang melibatkan Pasukan Sabah dan Kedah pada jam 4.45 petang.

DJ Aldusuni dan DJ Siiputt ketika menemubual Ketua Menteri Sabah

Ini bakal menjadi pengalaman baru kepada penyampai-penyampai di Radio Online Sabah UtaraFm yang juga adalah Media Online Rasmi sewaktu Majlis Pelancaran Kelab Rasmi Penyokong Bolasepak Sabah. UtaraFM sempat menemubual Ketua Menteri Sabah, Y.A.B Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman yang juga merupakan Presiden Sabah F.A pada majlis tersebut.

Dalam perkembangan lain, UtaraFm yang kini bernaung di bawah Konsortium Radio Online Sabah (KROS) berkemungkinan akan membuka peluang ini kepada semua Radio Online Sabah yang menyertai KROS. Walaubagaimanapun hal ini akan diberitahu nanti melalui KROS selepas perbincangan dengan pihak Sabahawaks Fan Club.

Nantikan kemunculan penyampai UtaraFM beraksi di Stadium Likas bukan sebagai pemain bolasepak tetapi pengulas bagi perlawanan yang melibatkan Pasukan Sabah.


Baca selengkapnya

Penyampai Radio Online beraksi di Konti radio berfrekuensi?


Salah satu impian bagi penyampai Radio atas talian (online) adalah untuk menjadi penyampai di radio yang sebenar yang mempunyai frekuensi sendiri seperti KKFM dengan membawakan tagline 'Bukan Sekadar Muzik' yang boleh didengar melalui frekuensi 91.1 mhz di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu.

Peluang kini sudah dibuka apabila pihak KKFM membuat segmen terbaru awal Februari 2011 iaitu Online Radio At KKFM yang mana setiap penyertaan haruslah melalui Konsortium Radio Online Sabah (KROS) kerana pihak KKFM memberikan kepercayaan kepada KROS untuk menguruskannya bagi melancarkan setiap kali segmen ini ke udara bermula dari jam 6.00 pagi sehingga 10.00 pagi setiap hari Sabtu. Hanya Radio Online yang menghantar permohonan kepada KROS dan menghadiri Bengkel Penerbitan Radio yang akan diberi peluang bersiaran untuk Fasa pertama selama 6 bulan.

Penaung KROS Tuan Jelani Hamdan ketika ditemubual di KKFM

Penyampai Radio Online melawat Konti KKFM

Bengkel Penerbitan Radio yang dianjurkan oleh KKFM dengan kerjasama KROS yang diadakan baru-baru ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada penyampai-panyampai di radio online sebelum mereka diberi peluang untuk duduk di Konti KKFM. Selain mendengar ceramah, mereka yang terlibat juga berpeluang untuk melihat sendiri Konti KKFM.

Nantikan kemunculan penyampai-penyampai radio online di KKFM yang boleh juga didengar secara online KLIK SINI. Untuk mengetahui lebih lanjut lawati KROS.


Gambar-gambar adalah daripada Sang Semut Hijau, Illie Jaymon dan Nazri Aldusuni penyampai dari Radio Online Sabah UtaraFM "macam biasa juga bah.


Baca selengkapnya

28 Jan 2011

Bengkel Asas Penerbitan Radio-KKFM

Satu Bengkel Asas Penerbitan Radio akan diadakan yang mana mereka yang terlibat akan berpeluang untuk bersiaran dari Konti KKFM (dengar melalui frekuensi 91.1) bagi mereka yang tinggal di kawasan Kota Kinabalu.

Tujuan bengkel ini diadakan antara lain adalah untuk memberi peluang kepada radio-radio online yang bertapak di negeri ini untuk mengembangkan pengetahuan mereka dalam bidang ini. Mereka yang terlibat akan diberi tunjuk ajar untuk menyelia sistem ketika berada di dalam konti yang sebenar.

Hanya mereka yang berdaftar di bawah Konsortium Radio Online Sabah yang layak mengikuti bengkel ini. Konsortium ini ditubuhkan untuk menyatukan semua radio online Sabah di dalam satu rumpun. Berikut adalah beberapa faedah yang dinikmati apabila menjadi sebahagian daripada Konsortium :

  1. Merasai sendiri menjadi penyampai di radio komersil.
  2. Belajar teknik sebagai penyampai.
  3. Berpeluang bermain dengan sistem radio komersil.
  4. Menaiktaraf kredebiliti radio online sendiri.
  5. Menimba ilmu dalam dunia penyiaran radio.
Berikut adalah masa yang telah ditetapkan :

Tarikh : 29 Januari 2011
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Konti KKFM, UMS Kota Kinabalu

Baca selengkapnya

24 Jan 2011

Temui Alex RajaLawak, Marsha AF3 dan Ebi Kornelis (AF5) di Kg. Salimpodon Laut, PITAS


Kg. Salimpodon Laut, Pitas sekali lagi akan menjadi perhatian penduduk sekitarnya menjelang Sambutan perayaan Tahun Baru Cina 2011 bermula 1 februari 2011 sehingga 6 februari 2011 anjuran En. Ruddy Awah (BK) dan keluarga. Acara tahunan yang dianggap turun temurun ini pastinya sangat dinantikan lebih-lebih lagi apabila En. Ruddy Awah membawa artis-artis terkenal untuk menghiburkan tetamu yang datang.

Clarice J. Matha, En. Ruddy Awah dan Adam AF2
di kediaman beliau di Kg. Salimpodon

Jika tahun lepas En. Ruddy Awah membawa ADAM AF2 ke Kg. Salimpodon Laut Pitas, tahun ini beliau dengan sifat pemurahnya mengajak para tetamu untuk menyaksikan persembahan Alex RajaLawak, Marsha dan Ebi Kornelis di samping beberapa lagi artis tempatan Sabah di Pentas Kg, Salimpodon secara PERCUMA pada 6 Februari 2011.


En. Ruddy Awah bersama Isterinya

Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk mengisi program yang berlangsung selama 1 minggu ini antaranya pertandingan nyanyian yang dipecahkan kepada beberapa kategori, acara sukaneka, pertandingan tarik tali, persembahan kebudayaan, pertandingan melawak dan yang paling digemari juga adalah pertandingan "Battle Of The Band". Hadiah-hadiah disumbangkan sendiri oleh En. Ruddy Awah berupa hamper, tropi dan wang tunai.

Dengarkan Radio Online Sabahan UtaraFM yang akan membawakan secara langsung acara penutupan melalui www.utarafm.net pada 6hb Februari 2011.
Baca selengkapnya

8 Dec 2010

Sambutan Pesta Jagung 2010 - Kota Marudu Sabah

Alhamdulillah pada tahun ini berkesempatan lagi bertemu dengan rakan-rakan dari Radio Online Sabahan Utara.FM dan Shine PhotoVideo untuk bersama di Pesta Jagung 2010 yang berlangsung selama 3 hari bermula 3 Disember 2010 dan berakhir pada 5 Disember 2010. Acara perasmian disempurnakan oleh MP P 168 Bandau, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia.

Menariknya pada kali ini satu rekod Malaysia telah tercipta di sini iaitu Rekod memakan Jagung (Largest Corn Eating Simultaeously) sebanyak 2010 tongkol jagung yang telah direkodkan dalam The Malaysia World Book Of Recod.

Selain daripada itu satu lagi acara yang menjadi tumpuan ialah Pertandingan Ratu Jagung. Kehadiran Miss Malaysia Tourism Queen 2009 iaitu Cassandra Patrick sedikit sebanyak memberikan keyakinan kepada peserta yang mengambil bahagian kali ini di mana beliau adalah antara juri bertanggungjawab untuk menentukan Ratu Jagung kali ini.

Tidak ketinggalan juga kepada krew-krew Utara.Fm yang berusaha untuk membawakan acara ini secara langsung melalui Radio Online Sabahan Utara.FM (www.utarafm.net). Tahniah diucapkan kepada semua.

Saya sertakan gambar untuk tontonan rakan-rakan. Terima kasih ShinePhotoVideo.






Baca selengkapnya

19 Oct 2009

10 Oct 2009

PELANCARAN ALBUM W.O.R.M DI SHENANIGAN'S, HYATT HOTEL




Kumpulan ini kini menjadi rakan artis Utara.FM dan menjadikan Utara.FM sebagai penyiar rasmi. Pelancaran album mereka akan berlangsung pada 8 November 2009 bertempat di Shenanigan's Fun Pub, Hyatt Regency Hotel, Kota Kinabalu, Sabah. Kepada rakan-rakan yang berada berhampiran Kota Kinabalu, jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama dengan kumpulan W.OR.M dan juga utara.FM.
Maklumat Lanjut : W.O.R.M.'s "Album Launching"
Baca selengkapnya

Battle of the Band Sempena Pesta Kobis, Kundasang SABAH



Cabaran Battle of The Bands ini akan berlangsung mulai 22 Oktober 2009 (Khamis) - Acara Saringan 1 dan Acara Final pada 24 Oktober 2009 (Sabtu). Untuk keterangan lanjut sila hubungi:

1. Johari H/P: 0138772900, 2. Japiril H/P: 0198201714, 3. Sahidin H/P: 068304707, 3. Kohadie @ Coach H/P: 0198011790, 4. Yuesri H/P: 0198990212, 5. Shahril H/P: 0148500110.

Hadiah lumayan yang bakal ditawarkan adalah:-
1. Johan - Wang Tunai RM1,000 + Piala + Sijil Penyertaan
2. Naib Johan - Wang Tunai RM750.00 + Piala + Sijil Penyertaan
3. Ketiga - Wang Tunai RM500 + Piala + Sijil Penyertaan
4. Hadiah Saguhati - Piala + Sijil Penyertaan
Anugerah Kategori Khas seperti berikut:
1. Pemain Gitar Terbaik - Sebuah Gitar (Bakal mendapat tandatangan istimewa oleh Sam Kamikaze)
2. Pemain Drum Terbaik - Peralatan Stick & Snare
3. Vokalis Terbaik - Peralatan Microphone


Baca selengkapnya