Showing posts with label pemberitahuan. Show all posts
Showing posts with label pemberitahuan. Show all posts

19 Jun 2014

Perokok dari kalangan Remaja Usaha Membendung ditingkatkan

Penguatkuasaan perlu dipertingkatkan lagi bagi membendung perokok di kalangan remaja di negara ini, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Sehubungan itu, beliau berkata, penjualan rokok di kedai harus diperketatkan supaya tidak dijual kepada remaja dan mereka yang di bawah umur.

“Saya tahu banyak kedai yang tidak kisah langsung dan sanggup menjual kepada remaja yang di bawah umur. Di samping itu, penguatkuasaan dari segi rokok yang diseludup (secara haram) di mana ini masih lagi menjadi masalah besar. Saya difahamkan berbilion ringgit cukai tidak dapat dikutip kerana rokok diseludup.

“Rokok seludup ini didapati dijual di kedai dan warung yang tidak mempunyai lesen. Oleh kerana rokok seludup ini dijual pada harga yang murah maka ia menjadi tarikan kepada remaja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan karnival kerjaya berfokuskan sektor 2014 anjuran TalentCorp Malaysia di Universiti Nilai di sini, kelmarin.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp Malaysia Johan Mahmood Merican dan Naib Canselor Universiti Nilai Prof Datuk Megat Burhainuddin Megat Abdul Rahman.

Beliau mengulas laporan kajian Kementerian Kesihatan semalam yang mendapati 23 peratus remaja berusia antara 15 hingga 18 tahun di negara ini merokok dengan jumlah perokok dalam kalangan gadis remaja meningkat pada kadar yang amat membimbangkan.

Menurut menterinya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam, terdapat kira-kira 500,000 remaja merokok di negara ini, dengan membelanjakan jutaan ringgit untuk membeli rokok setiap hari.

Tabiat merokok dalam kalangan remaja jika tidak dibendung akan menjejaskan matlamat kerajaan untuk mengurangkan kadar perokok remaja kepada 16 peratus menjelang 2025.

Khairy berkata angka yang besar itu adalah satu kebimbangan sebab ia memberi kesan negatif kepada gejala sosial dan kesihatan.

“Pada pandangan saya selain daripada kesedaran dan pendidikan, penguatkuasaan perlu ditingkatkan lagi dalam menangani perkara ini,” katanya.

Mengenai karnival kerjaya itu, Khairy berkata beliau sentiasa menyokong karnival kerjaya yang dibuat oleh TalentCorp Malaysia sebab ini adalah cara terbaik mendedahkan mahasiswa kepada dunia kerjaya dan membuat persiapan sewajarnya.

“Usaha ini juga merupakan cara terbaik untuk kita wujudkan landasan supaya mahasiswa dapat melihat sendiri apa yang dikehendaki sektor swasta. Sebab banyak yang kita dengar siswazah tidak mendapat kerja yang sesuai dengan kelayakan mereka,” katanya.
Baca selengkapnya

18 Jun 2014

PERHATIAN : Amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama


Tiupan angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama) di kawasan perairan Langkawi, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Kudat serta Pantai Barat di Sabah diramal berterusan sehingga Ahad ini. 

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata, keadaan angin dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (km/j) dan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter itu berbahaya kepada bot kecil, aktiviti rekreasi dan sukan laut. 

Menurut kenyataan itu, ribut petir turut diramalkan di kawasan perairan Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan Miri sehingga awal pagi esok. 

Sementara itu, keadaan cuaca yang sama juga dijangka melanda perairan Phuket, Selat Melaka Utara, Samui, Condore, Reef North, Layang-layang dan Pahlawan dijangka berterusan sehingga Ahad ini.

Angin dijangka bertiup kencang antara 40 hingga 50 km/j serta ombak setinggi 3.5 meter dan berbahaya kepada aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri di kawasan-kawasan terlibat. - BERNAMA
Baca selengkapnya

17 Jun 2014

Pelanggan Kecewa Kebersihan Kedai Makan Kota Kinabalu

Kedai makan di Kota Kinabalu sila ambil perhatian dan tingkatkan kebersihan kedai makan anda. Aduan ini diterima melalui peti inbox di Page 1SABAH dari seseorang yang terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu.

Berikut di bawah adalah catatan yang dihantar kepada Page 1SABAH
sekadar berkongsi..oder tomyam yang agak mengecewakan..sdh la menggunakan kualiti udang dan sotong yang kurang segar dan berbau..itu msh blh d maafkan..yang tidak dipuas hati jumpa pula ulat yg ada ekor dalam tomyam tu..bluwekkkk..stop mkn..terus komplen panggil pekerja dia..nasib tuan kedai xda..
skrg bkn masalah duit..tp masalah kebersihan..sekadar berkongsi cerita..#kdaimknkksabah




Di Bawah ini adalah print Screen daripada pengadu yang saya kongsikan kepada umum.


Buat masa ini pengadu masih belum menyatakan nama kedai makan terbabit dan perkongsian ini adalah sebagai peringatan kepada semua kedai makan yang beroperasi di Kota Kinabalu supaya meningkatkan tahap kebersihan di kedai mereka. Jika Pengadu sudah bersedia untuk menyatakan nama kedai tersebut saya akan kongsikan kepada umum.

TERKINI dikemaskini pada 17.06.2014, 16:24

Utk makluman restoran yang dimaksudkan di sekitar harbour city. Bagaimanapun nama restoran tidak akan didedahkan sehingga pengadu selesai membuat laporan rasmi kepada pihak yang berkenaan. Harap Maklum
Baca selengkapnya

16 Jun 2014

OPS WARTA : PDRM Lancar Operasi besar-besaran

Kuala Lumpur: Bermula hari ini, tumpuan Op Warta terarah kepada kesalahan nombor plat tidak mengikut spesifikasi, penggunaan lampu mata arah dan mengesan pemandu yang mempunyai waran tangkap.

Op Warta dilakukan bagi mengesan dua juta pesalah trafik yang masih berdegil dan belum melunaskan tunggakan saman termasuk memiliki waran tangkap atas pelbagai kesalahan seperti memandu tanpa lesen, kenderaan tidak mempunyai perlindungan insurans, cukai jalan tamat tempoh, tidak menggunakan tali pinggang keledar dan topi keledar. Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff berkata, Op Warta bermula hari ini memberi tumpuan kepada beberapa kesalahan seperti nombor plat tidak mengikut spesifikasi, penggunaan lampu mata arah dan mengesan pemandu yang memiliki waran tangkap.

Beliau berkata, dalam Op Warta ini, PDRM melancarkan operasi besar-besaran mengesan pesalah trafik yang enggan menyelesaikan RM1.9 juta saman tertunggak dan waran tangkap belum diselesaikan.

“Op Nombor Pendaftaran pula bertujuan mengawal penggunaan nombor pendaftaran kenderaan tidak mengikut spesifikasi yang berleluasa sekarang.

“Selain itu, pemilik kenderaan yang menggunakan lampu mata arah dinasihatkan menanggal atau menghentikan penggunaannya berikutan ia dilarang mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Menurutnya, tindakan ke atas cermin gelap yang melebihi kadar ketelusan cahaya diluluskan pula ditangguhkan buat sementara waktu sehingga keputusan kajian Kementerian Pengangkutan.
Baca selengkapnya

29 May 2014

WAJIB TENGOK : Teknik Mengesan Makanan digoreng Campur Plastik


Sungguh memeranjatkan apabila mengetahui taktik mencampurkan plastik dalam minyak masakan yang popular di Indonesia ini sudah mula menular di Malaysia.

Sebelum ini, kita dikejutkan dengan pengakuan seorang peniaga ayam goreng rangup dari Indonesia yang telah membuat pengakuan mencampurkan plastik atau paket minyak itu sendiri ke dalam minyak masakannya untuk menghasilkan ayam goreng rangup dan tahan lebih lama.

Namun, ketidakjujuran ini akan mengakibatkan pelanggan mengalami masalah kesihatan terutama kepada organ dalaman.
                                   
Cara mengetahui samada ayam goreng atau goreng pisang dicampur plastik:

  1. Bawa bahan kajian anda balik ke rumah (ayam atau pisang dan sebagainya).
  2. Ambil mancis dan bakar ayam atau pisang tersebut.
  3. Sekiranya terhasil nyalaan, besar kemungkinan ayam atau pisang terbabit dicampur plastik.
  4. Segera laporkan kepada pihak berwajib untuk tindakan lanjut.

                                           

TONTON VIDEO BAGAIMANA AYAM GORENG RANGUP DIHASILKAN DI BAWAH.


Kira-kira 4 tahun lepas ada juga mendengar pasal pisang goreng yang garing dicampur dengan plastik. 
'SHARE' kepada keluarga atau rakan-rakan anda.
Baca selengkapnya

23 May 2014

Juraian Hujan Meteor di Malaysia | Peluang Melihat Sebelum Jam 3 Pagi



KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan juraian hujan meteor buruj Camelopardalis dari 2 hingga 4 petang bermula hari ini dan esok.

Menurut Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dalam satu kenyataan, hujan meteor tersebut boleh dilihat dengan mata kasar kira-kira 100 hingga 400 meteor sejam.

"Titik hujan meteor ini adalah daripada buruj Camelopardalis di langit utara dan dijangka masa puncak hujan meteor ini adalah pada 6UTC hingga 8UTC iaitu dari 2 petang hingga 4 petang waktu tempatan," kata Angkasa dalam kenyataanya pada 9 Mei.

Hujan meteor itu boleh dilihat di kawasan yang kurang mengalami pencemaran cahaya dan bergantung kepada keadaan cuaca langit malam kawasan itu.

Selain itu, kebarangkalian untuk menyaksikan meteor itu berkurangan sedikit kerana terdapat bulan sabit tua yang akan terbit kira-kira 3 pagi pada hari ini dan esok.

Justeru itu, orang ramai yang ingin melihat hujan meteor disaran berbuat demikian sebelum pukul 3 pagi kedua-dua hari berkenaan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Planetarium Negara di talian 03-22734303 atau Observatori Negara Langkawi di talian 04-9668870.

Namun begitu pihak pengurusan Planetarium Negara tidak mengadakan sebarang aktiviti melihat kejadian hujan meteor pada 23 dan 24 Mei ini.
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan juraian hujan meteor buruj Camelopardalis dari 2 hingga 4 petang bermula hari ini dan esok.

Menurut Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dalam satu kenyataan, hujan meteor tersebut boleh dilihat dengan mata kasar kira-kira 100 hingga 400 meteor sejam.

"Titik hujan meteor ini adalah daripada buruj Camelopardalis di langit utara dan dijangka masa puncak hujan meteor ini adalah pada 6UTC hingga 8UTC iaitu dari 2 petang hingga 4 petang waktu tempatan," kata Angkasa dalam kenyataanya pada 9 Mei.

Hujan meteor itu boleh dilihat di kawasan yang kurang mengalami pencemaran cahaya dan bergantung kepada keadaan cuaca langit malam kawasan itu.

Selain itu, kebarangkalian untuk menyaksikan meteor itu berkurangan sedikit kerana terdapat bulan sabit tua yang akan terbit kira-kira 3 pagi pada hari ini dan esok.

Justeru itu, orang ramai yang ingin melihat hujan meteor disaran berbuat demikian sebelum pukul 3 pagi kedua-dua hari berkenaan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Planetarium Negara di talian 03-22734303 atau Observatori Negara Langkawi di talian 04-9668870.

Namun begitu pihak pengurusan Planetarium Negara tidak mengadakan sebarang aktiviti melihat kejadian hujan meteor pada 23 dan 24 Mei ini.

ASTRO AWANI
Baca selengkapnya

12 May 2014

Polis adakan Komuniti Policing secara berterusan

KUDAT: Polis akan mengadakan Komuniti Policing kepada awam secara berterusan bertujuan mengingatkan masyarakat agar terus bekerjasama mencegah dalam jenayah.

Ketua Polis Daerah (KPD) Supt. Dawi Ossen berkata demikian semasa merasmikan Perhimpunan Bulanan Polis di sini Rabu lalu.

Sejak awal tahun ini hingga kelmarin pegawai kanan polis telah mengadakan Komuniti Policing di beberapa kampung seperti Kg Tanjung Kapor, Kg Bahagia, Kg Landung Ayang dan Kg Pengaraban.

Beliau berkata setiap sesi yang diadakan dihadiri lebih 400 penduduk kampung. “Ini menunjukkan penduduk kampung prihatin dengan kesungguhan polis untuk mengurangkan kadar jenayah dalam kawasan kampung mereka,” kata Dawi.

Dawi berkata program rakan corp juga akan diadakan secara berterusan di kalangan pelajar sekolah menengah dan awam sepanjang tahun ini.

“Kami akan menambah bilangan ahli rakan corp bagi membendung kegiatan pelbagai jenayah dalam daerah ini secara berkesan,” tambah Dawi.

Menjawab satu soalan, Dawi berkata keseluruhan jenayah yang dilaporkan dalam masa empat bulan pertama bulan ini berbanding empat bulan tahun lalu menurun sebanyak 26.31 peratus.

“Dua kes rogol dilaporkan dalam masa empat bulan pertama tahun ini, pada masa yang sama tahun lalu kami juga menerima dua laporan kes rogol,” kata beliau.


Dawi berkata satu daripada kes rogol yang dilaporkan melibatkan seorang peljar sekolah menengah dan yang satu lagi melibatkan sumbang mahram.

“Kedua-dua kes yang dilaporkan telah selesai dan suspek yang terlibat dalam kes sumbang mahram telah dihadapkan ke Mahkamah dan telah dihukum penjara selama 11 tahun, sementara suspek kes yang seorang lagi akan di hadapkan ke mahkamah tidak lama lagi,” kata Dawi.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang telah memberikan kerjasama sehingga polis berjaya menangkap penjenayah yang dikehendaki dalam daerah itu selama ini.

“Saya berharap kerjasama erat sedemikian akan berterusan untuk memastikan kegiatan jenayah di Kudat terus berkurangan,” kata Dawi.

Sumber : [KLIK SINI]
Baca selengkapnya

Polis kaji dakwa bapa kanak- kanak hilang di Kota Kinabalu


KOTA KINABALU: Polis sedang mengkaji untuk mendakwa bapa kepada kanak- kanak lelaki berusia tiga tahun yang dilarikan bersama kenderaan Hilux-Vigo yang ditinggalkan bapanya di sebuah stesen minyak di Kampung Air, di sini, awal pagi Jumaat lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pihaknya berkemungkinan akan menyiasat bapa kanak-kanak itu, Low Yee Shang, 31, di bawah Akta Kanak- Kanak kerana kecuaian meninggalkan anaknya di dalam kenderaan pacuan empat roda dengan enjin masih hidup.

“Kanak-kanak itu masih belum (dapat) dikesan dan saya mengarahkan pihak OCCI mengkaji siasatan. “Mungkin mendakwa (si bapa) di bawah akta kanak- kanak atas kecuaiannya meninggalkan anak yang masih kecil dalam kenderaan dengan enjin hidup dan pergi ke tandas,” katanya kepada pemberita di sini, kelmarin.

Hamza berkata polis menjalankan ‘Op Tutup’ bagi menjejaki kanak-kanak itu di seluruh negeri termasuk di terminal bas dan laluan sempadan negeri Sarawak.

“Berdasarkan maklumat setakat ini tiada perkembangan terbaharu dan kita masih menjejaki kanak-kanak itu ke seluruh negeri,” katanya.

Dalam kejadian pada kira- kira pukul 6 pagi itu, mangsa berpakaian t-shirt putih dan berseluar pendek difahamkan sedang lena tidur di dalam kenderaan berkenaan sebelum polis menemui kenderaan itu di Menara Jam, Bukit Bendera pada kira-kira pukul 9.30 pagi, Jumaat lepas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengurung dengan sulit atau dengan salah yang boleh dipenjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi talian 088-529270, 088-529207 atau menghubungi pegawai penyiasat di talian 016-3572935.

Sumber : [KLIK SINI]
Baca selengkapnya

11 May 2014

Polis belum temui kanak-kanak tiga tahun di Kota Kinabalu


KOTA KINABALU: Polis masih belum menemui sebarang petunjuk berhubung kehilangan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang dilarikan bersama kenderaan Hilux-Vigo yang ditinggalkan bapanya di sebuah stesen minyak di Kampung Air, di sini, awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Kota Kinabalu, ACP Jauteh Dikun berkata gerakan mencari mangsa, Low Min You, masih giat dilakukan termasuk mempertingkatkan pencarian di seluruh negeri termasuk mengadakan sekatan jalan di beberapa laluan di pusat bandar bagi mengesan mangsa.

“Polis belum mempunyai perkembangan berhubung kes itu. Tiada sebarang penemuan jejak dan lokasi terakhir mangsa setakat petang ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, semalam.

Beliau berkata polis juga mengambil keterangan beberapa anggota keluarga mangsa bagi membantu siasatan kes.

Menurutnya, orang awam yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi talian 088-529270, 088-529207 atau menghubungi pegawai penyiasat di talian 016-3572935.

Dalam kejadian berlaku pada kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa berpakaian baju-T putih dan berseluar pendek difahamkan sedang lena tidur di dalam kenderaan pacuan empat roda itu sebelum polis menemui kenderaan berkenaan di Menara Jam, Bukit Bendera pada kira-kira jam 9.30 pagi kelmarin.

Kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengurung dengan sulit atau dengan salah yang boleh dipenjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan. — Bernama.
Baca selengkapnya

[11 MEI 2014] Kenyataan Media : Kementerian Kesihatan Malaysia | Kematian Jemaah Umrah

Berikut adalah Kenyataan Media, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkaitan Kes Kematian Jemaah Umrah Dalam Pesawat dari Jeddah bukan disebabkan MERV COV





Baca selengkapnya

10 May 2014

TARIKH SAMBUTAN HARI IBU 2014 DI MALAYSIA

Selagi Masih Ada Hargailah Ibu Kita

TARIKH SAMBUTAN HARI IBU DI MALAYSIA ADALAH 11 MEI 2014 

Seperti yang kita ketahui tarikh sambutan hari ibu pada tahun ini adalah pada 11 Mei 2014. Bagaimana tarikh sambutan hari ibu ditetapkan? Sambutan ini dietapkan pada setiap Ahad minggu kedua pada bulan Mei. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menggambarkan kasih sayang kita terhadap ibu kita yang telah melahirkan kita kedunia ini.

Terdapat beberapa pendapat yang menggambarkan sambutan hari ibu tidak perlu memandangkan kita harus meraikan ibu pada setiap hari dengan doa dan perhatian serta tanggungjawab dari kita. Menggembirakan dan menyenangkan hati ibu kita adalah wajib dilakukan setiap hari termasuk kepada bapa.

Perkongsian kepada beragama Islam sebagai Panduan :

  • Sambutan yang sederhana dan tidak membazir.
  • Sambutan yang menzahirkan rasa syukur atau takziah jika ditimpa musibah.
  • Sebaik-baik sambutan ialah solat jemaah, majlis tahlil, doa selamat dan sebagainya.
Baca selengkapnya

HUJAN METEOR 2014 : Penduduk Malaysia Berpeluang untuk Melihat


KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan juraian hujan meteor daripada Komet 209P/Linear pada 23 dan 24 Mei ini.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) menyatakan kira-kira 100 hingga 400 meteor sejam dapat dilihat dengan mata kasar pada malam itu.

"Titik hujan meteor ini adalah daripada buruj Camelopardalis di langit utara dan dijangka masa puncak hujan meteor ini adalah pada 6UTC hingga 8UTC iaitu dari 2 petang hingga 4 petang waktu tempatan," kataAngkasa dalam kenyataan hari ini.

Hujan meteor itu boleh dilihat di kawasan yang kurang mengalami pencemaran cahaya dan bergantung kepada keadaan cuaca langit malam kawasan itu.

Selain keadaan cuaca dan awan tebal, kebarangkalian untuk menyaksikan meteor itu berkurangan sedikit kerana terdapat bulan sabit tua yang akan terbit kira-kira 3 pagi pada tarikh hujan meteor itu.

Justeru itu, orang ramai yang ingin melihat hujan meteor disaran berbuat demikian sebelum bulan terbit iaitu sebelum 3 pagi kedua-dua hari berkenaan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Planetarium Negara di talian 03-22734303 atau Observatori Negara Langkawi di talian 04-9668870.
Baca selengkapnya

28 Apr 2014

Blog Dj Kupang Berwajah Baru

Paparan sebelum ini

Assalammualaikum dan Salam Perpaduan. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Terima kasih kepada semua yang mengunjungi blog ini samaada disengajakan atau tidak.

Selepas lebih 3 tahun kini barulah berpeluang untuk 'update' blog sendiri sesuai dengan peredaran masa mengikut citarasa masakini. Semoga anda semua akan selesa dan terhibur apabila bersama dengan kami.

Baca selengkapnya

2 Feb 2011

Karnival Alam Sekitar|Pantai Pimping Membakut


Mari datang beramai-ramai ke Pantai Pimping Membakut pada 4 & 5 Februari 2011 untuk sama-sama memeriahkan Karnival Alam Sekitar bersama Petronas dan Gabungan NGO Membakut. Pastinya pelbagai aktiviti menarik yang telah dirancang oleh pihak penganjur (Klik Gambar di atas) termasuk persembahan gandingan artis baru dan artis lama iaitu Felix Agus AF3 dan Dato Ahmad Jais.

Krew-krew Radio Online Sabah UtaraFM juga akan berada di sana untuk membuat liputan dan pastikan anda terus mendengar Radio Online Sabah Utara.Fm untuk mengikuti perkembangannya ataupun layari MesraOnline (KLIK SINI).
Baca selengkapnya

10 Jan 2011

Biodata Juara AJL 25 - Anna Raffali (Tolong Ingatkan Aku)


Keputusan AJL 25 :

Persembahan Terbaik : Faizal Tahir - Hanyut

Vokal Terbaik : Hafiz - Noktah Cinta

Ketiga AJL 25 : Hafiz - Noktah Cinta

Naib Juara AJL 25 : Black Feat MUH - Drama King

Juara AJL 25 :
Anna Raffali - Tolong ingatkan AKU


Biodata Ringkas Juara AJL 25 :


NAMA PENUH: Ana Nur Hidayah Mohd Raffali

NAMA SINGKATAN: Ana Raffali

TARIKH LAHIR: 4 November 1985

TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur

ADIK-BERADIK: Anak ke sembilan daripada 11 beradik

KARIER: Penyanyi dan penggubah lagu

PENDIDIKAN: Graduan Kelas Pertama Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL (Kepujian), Universiti Teknologi Mara (UiTM)

MUZIK YANG DIGEMARI: Rock, alternatif, pop & klasik

ALAT MUZIK: Gitar Martin & Co 000-15

IDOLA: M Nasir dan Datuk Siti Nurhaliza
Baca selengkapnya

10 Oct 2009

Battle of the Band Sempena Pesta Kobis, Kundasang SABAH



Cabaran Battle of The Bands ini akan berlangsung mulai 22 Oktober 2009 (Khamis) - Acara Saringan 1 dan Acara Final pada 24 Oktober 2009 (Sabtu). Untuk keterangan lanjut sila hubungi:

1. Johari H/P: 0138772900, 2. Japiril H/P: 0198201714, 3. Sahidin H/P: 068304707, 3. Kohadie @ Coach H/P: 0198011790, 4. Yuesri H/P: 0198990212, 5. Shahril H/P: 0148500110.

Hadiah lumayan yang bakal ditawarkan adalah:-
1. Johan - Wang Tunai RM1,000 + Piala + Sijil Penyertaan
2. Naib Johan - Wang Tunai RM750.00 + Piala + Sijil Penyertaan
3. Ketiga - Wang Tunai RM500 + Piala + Sijil Penyertaan
4. Hadiah Saguhati - Piala + Sijil Penyertaan
Anugerah Kategori Khas seperti berikut:
1. Pemain Gitar Terbaik - Sebuah Gitar (Bakal mendapat tandatangan istimewa oleh Sam Kamikaze)
2. Pemain Drum Terbaik - Peralatan Stick & Snare
3. Vokalis Terbaik - Peralatan Microphone


Baca selengkapnya

9 Oct 2009

Tahniah kRew UtaraFM

Tahniah kRew UtaraFM





7 Oktober 2009, Ranau : Program Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah mengiringi misi KUBNET menjadi penyebar info di Sabah dan menjadikan Utara.FM sebagai radio online yang semakin mantap di Sabah. Tahniah diucapkan kepada krew-krew Utara.FM iaitu DJ Aldusuni, DJ PP, DJ siiputt dan Wady yang dengan serba kekurangan telah berjaya menyiarkan program ini secara langsung melalui internet. Sejuta penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Datuk Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaa dan Alam Sekitar Sabah dan pihak Dewan Bahasa Sabah dan Pustaka yang diterajui oleh pengarahnya iaitu Encik Zubaidi Abas.

Baca selengkapnya