16 Jun 2014

OPS WARTA : PDRM Lancar Operasi besar-besaran

Kuala Lumpur: Bermula hari ini, tumpuan Op Warta terarah kepada kesalahan nombor plat tidak mengikut spesifikasi, penggunaan lampu mata arah dan mengesan pemandu yang mempunyai waran tangkap.

Op Warta dilakukan bagi mengesan dua juta pesalah trafik yang masih berdegil dan belum melunaskan tunggakan saman termasuk memiliki waran tangkap atas pelbagai kesalahan seperti memandu tanpa lesen, kenderaan tidak mempunyai perlindungan insurans, cukai jalan tamat tempoh, tidak menggunakan tali pinggang keledar dan topi keledar. Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff berkata, Op Warta bermula hari ini memberi tumpuan kepada beberapa kesalahan seperti nombor plat tidak mengikut spesifikasi, penggunaan lampu mata arah dan mengesan pemandu yang memiliki waran tangkap.

Beliau berkata, dalam Op Warta ini, PDRM melancarkan operasi besar-besaran mengesan pesalah trafik yang enggan menyelesaikan RM1.9 juta saman tertunggak dan waran tangkap belum diselesaikan.

“Op Nombor Pendaftaran pula bertujuan mengawal penggunaan nombor pendaftaran kenderaan tidak mengikut spesifikasi yang berleluasa sekarang.

“Selain itu, pemilik kenderaan yang menggunakan lampu mata arah dinasihatkan menanggal atau menghentikan penggunaannya berikutan ia dilarang mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Menurutnya, tindakan ke atas cermin gelap yang melebihi kadar ketelusan cahaya diluluskan pula ditangguhkan buat sementara waktu sehingga keputusan kajian Kementerian Pengangkutan.

Bagikan

Jangan lewatkan

OPS WARTA : PDRM Lancar Operasi besar-besaran
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"