18 Jun 2014

PERHATIAN : Amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama


Tiupan angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama) di kawasan perairan Langkawi, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Kudat serta Pantai Barat di Sabah diramal berterusan sehingga Ahad ini. 

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata, keadaan angin dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (km/j) dan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter itu berbahaya kepada bot kecil, aktiviti rekreasi dan sukan laut. 

Menurut kenyataan itu, ribut petir turut diramalkan di kawasan perairan Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan Miri sehingga awal pagi esok. 

Sementara itu, keadaan cuaca yang sama juga dijangka melanda perairan Phuket, Selat Melaka Utara, Samui, Condore, Reef North, Layang-layang dan Pahlawan dijangka berterusan sehingga Ahad ini.

Angin dijangka bertiup kencang antara 40 hingga 50 km/j serta ombak setinggi 3.5 meter dan berbahaya kepada aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri di kawasan-kawasan terlibat. - BERNAMA

Bagikan

Jangan lewatkan

PERHATIAN : Amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"