18 Jun 2014

Piala Dunia 2014 : Mexico Leburkan Rekod Brazil Menang 10 Perlawanan


FORTALEZA: Penjaga gol Mexico, Guillermo Ochoa tampil menyelamatkan dua kali percubaan bahaya Neymar membantu Mexico seri 0-0 ketika menentang Brazil dalam perlawanan Kumpulan A di Stadium Castelao, Fortaleza sebentar tadi - sekali gus menamatkan rentetan 10 kemenangan berturut-turut pasukan tuan rumah.

Ochoa bertindak tangkas untuk menafikan tandukan Neymar pada babak pertama, menghalang satu rembatan daripada penyerang pada babak kedua sebelum menghalang satu lagi tandukan daripada kapten Brazil, Thiago Silva pada lewat babak permainan. 

Keputusan ini menyaksikan kedua-dua pasukan mengutip empat mata selepas dua perlawanan untuk terus menerajui kumpulan berkenaan. 

Mexico jelas berjaya mendominasi permainan khasnya pada babak kedua dan andai lebih tajam dalam percubaan ke arah pintu gol mereka mungkin sudah mengutip semua mata awal pagi tadi. - REUTERS

Bagikan

Jangan lewatkan

Piala Dunia 2014 : Mexico Leburkan Rekod Brazil Menang 10 Perlawanan
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"