Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

6 Nov 2014

SIJIL LAHIR : Jabatan Pendidikan Negeri Sabah AKUR

KOTA KINABALU: Jabatan Pendidikan Negeri Sabah akur dengan langkah kerajaan memberikan sijil lahir kepada kanak-kanak tanpa kewarganegaraan.

djkupang & Friends
Pengarahnya Datuk Jame Alip berkata, pemberian sijil lahir kepada kanak-kanak berkenaan akan memudahkan mereka mengurus persekolahan.

“Pendidikan adalah untuk semua, kita tidak boleh menghalang mereka daripada menerima pendidikan sekiranya mereka berminat untuk bersekolah.

“Bagaimanapun bagi mereka yang kedua-dua ibu bapa adalah warga asing, mereka terpaksa membayar yuran iaitu RM240 setahun. Dengan syarat kedua-dua ibu bapa itu mempunyai dokumen yang sah.

“Manakala bagi mereka yang salah seorang daripada ibu atau bapa adalah warga tempatan, mereka layak mendaftar di sekolah-sekolah kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Karnival Budaya Serumpun Peringkat Antarabangsa 2014, di Sabah Trade Centre, di sini, kelmarin.

Karnival yang julung kalinya dianjurkan oleh Sekolah Kebangsaan Sri Gaya, sekolah berprestasi tinggi Kota Kinabalu itu, disertai tujuh buah sekolah termasuk Sekolah Indonesia Kota Kinabalu, SK Ulu Lubai Limbang Sarawak, SK Zainab 2, Kota Bahru Kelantan, SK Tengku Ampuan Intan Kuala Berang Terengganu, SK Minden Height Gelugor Pulau Pinang dan SK Convent Kota Taiping Perak.

Jame berkata, pihaknya sentiasa memantau sekolah-sekolah swasta di negeri ini bagi memastikan para pelajar mereka sentiasa menghormati undang-undang negara ini.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Putrajaya bakal memberikan sijil kelahiran bagi tujuan persekolahan kepada kanak-kanak tanpa kewarganegaraan di Sabah atas dasar kemanusiaan.

Beliau dipetik sebagai berkata, JPN akan berkerjasama dengan Kementerian Pendidikan dalam menguruskan isu kanak-kanak tanpa kewarganegaraan yang ingin bersekolah.

Ahmad Zahid berkata, permasalahan mengenai status kanak-kanak tanpa warganegara dapat ditangani dalam pembentangan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Pendatang Asing Tanpa Izin Sabah tidak lama lagi.


LAWAK !!! HARITH ISKANDAR KENAKAN MANGSANYA 
Baca selengkapnya

17 Jul 2014

Berita Sabah : Anggota Keselamatan Waspada Tangani Sebarang Ancaman Kumpulan Bersenjata Sulu

Anggota Keselamatan Waspada Tangani Sebarang Ancaman Kumpulan Bersenjata Sulu 

KOTA KINABALU: Pasukan keselamatan Malaysia berada dalam keadaan waspada bagi menangani sebarang kemungkinan berlakunya serangan yang dilancarkan oleh kumpulan bersenjata Sulu di Sabah.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata pasukan keselamatan kini bersiap sedia untuk menangani apa jua keadaan.


"Pada masa sama, rakyat Sabah sepatutnya tidak mengendahkan khabar angin yang tersebar bertujuan untuk mencetuskan kebimbangan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.


Jalaluddin berkata situasi di Sabah terutamanya dalam Zon Keselamatan Timur Sabah (Esszone), adalah aman dan terkawal.


Kenyataan itu dibuat berikutan surat yang dihantar kepada anggota keselamatan di pantai timur Sabah yang tersebar menerusi aplikasi WhatsApp.


Surat tersebut memaklumkan anggota keselamatan supaya berwaspada susulan laporan sekurang-kurangnya dua kumpulan bersenjata Sulu sedang berusaha untuk memasuki Sabah.


Satu lagi, mesej WhatsApp yang diedarkan secara meluas menyatakan bahawa seramai 17,000 lelaki bersenjata Sulu sudah berada di Sabah dan bersedia untuk melancarkan serangan. -mstar Online
Baca selengkapnya

15 Jul 2014

Serangan Pulau Mabul : Ada kaitan Dengan Nur Misuari

Berita Sabah : Pencerobohan di Mabul Ada kaitan Dengan Nur Misuari?

KUALA LUMPUR 14 Julai - Insiden serangan di Pulau Mabul, Semporna, Sabah, kelmarin yang mengorbankan seorang anggota polis marin manakala seorang lagi diculik didakwa ada kaitan dengan kumpulan yang setia dengan pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor berkata, mereka mengambil tindakan itu kerana tidak berpuas hati apabila dipinggirkan daripada proses rundingan damai dengan kerajaan Filipina sehingga membawa kepada pembentukan wilayah autonomi Bangsamoro.

Menurut beliau, kumpulan terbabit juga kecewa kerana kerajaan Malaysia tidak lagi memberi sokongan kepada mereka malah sebaliknya mengambil pendirian menyebelahi Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

"Kumpulan Nur Misuari ini tidak sehaluan dan cemburu dengan pemimpin yang terlibat dalam wilayah autonomi Bangsamoro. Mereka juga berlumba-lumba untuk mendapatkan pengaruh.

"Sebagai tindakan balas, mereka sentiasa berusaha menggugat keamanan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) bagi menunjukkan rasa tidak puas hati kepada kerajaan Malaysia yang menjadi fasilitator dalam proses rundingan damai antara MNLF dan Presiden Filipina, Benigno Aquino III," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Abdul Rahim mengulas serangan yang mengakibatkan Koperal Ab. Rajah Jamuan, 32, terbunuh manakala Konstabel Zakiah Alep, 26, masih hilang.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menyarankan pegawai kanan Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Sabah dilibatkan secara langsung dalam struktur organisasi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Beliau memberitahu, langkah itu perlu memandangkan kawalan keselamatan di Esscom masih berteraskan kepada kepolisan dalam keadaan aman dan bukannya kawasan darurat.

"Pada pandangan saya, kaedah terbaik bagi melaksanakan langkah ini adalah dengan melantik Komander Esscom, Datuk Abd. Rashid Harun sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah yang kedua," ujarnya.

Abdul Rahim menambah, pada masa ini, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman tidak dilibatkan secara langsung di dalam struktur Esscom dan keadaan itu dikhuatiri akan mewujudkan senario `satu kapal dua nakhoda' di negeri tersebut.

"Bagi saya, perkara ini tidak produktif dan tidak munasabah. Akibatnya, anggota polis yang bertugas di Sabah khususnya di Esszone akan keliru sama ada mereka perlu memberi keutamaan kepada arahan Esscom atau IPK Sabah," katanya. UTUSAN ONLINE
Baca selengkapnya

14 Jul 2014

[SILA BACA] Fakta Yang Patut Kita Tahu Konflik Palestin-Israel

[SILA BACA] Fakta Yang Patut Kita Tahu Konflik Palestin-Israel 

MALAYSIA mengutuk sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel terhadap umat Islam di Palestin kerana ia merupakan tindakan zalim mengikut nafsu dan berniat jahat.

Tindakan tidak bertanggungjawab itu telah lama berlarutan walupun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Majlis Keselamatan PBB telah membuat ketetapan supaya Israel menghentikan kekejaman dan keganasan ke atas rakyat Palestin.

Namun,ramai yang masih tidak tahu fakta-fakta penting disebalik konflik yang telah mengakibatkan kemusnahan serta kehilangan nyawa kanak-kanak dan wanita yang tidak berdosa,bermula tahun 1948.

1. Gaza (termasuk Tebing Barat dan Timur Jerusalem) diperakui di bawah undang-undang dunia serta mahkamah tertinggi dunia iaitu Mahkamah Antarabangsa Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai wilayah sah milik Palestin.

2. Setiap bangsa Yahudi seluruh dunia menjadi warganegara Israel secara automatik. Sementara warga Palestin yang dilahirkan di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir keluar daripada Palestin.

3. Penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kendaraan dengan cat dan warna khusus untuk membezakan antara kaum yahudi dan bukan yahudi.

4. Jerusalem Timur, Tebing Barat, Gaza dan dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat Barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan bahagian dari Israel.

5. Israel menyalurkan 85% air bersih hanya untuk kaum yahudi dan membagikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel. Secara realitinya, Israel menyalurkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya disalurkan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu.

6. Amerika Syarikat (AS) memberi dana sebanyak 5 juta USD setiap tahun untuk Israel.

7. AS boleh diumpamakan bagai lembu dicucuk hidung kerana terpaksa memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebesar USD18 juta setiap tahun. Paling memalukan,jumlah itu adalah sama dengan sumbangan Amerika kepada keseluruhan benua Afrika yang masih hidup serba kedaifan hingga kini.

8. Israel juga menunggu bantuan perang tambahan sebesar USD4 juta daripada AS yang terdiri daripada pesawat tempur F16, Apache dan Blackhawk. Oleh kerana AS merupakan sekutu utama bagi Israel, maka mereka dengan rela hati memberikan semua kemudahan yang diminta Israel untuk menjamin kemandirian hubungan dwi-lateral mereka.

9. Majoriti pemimpin AS membantah penggunaan senjata tentera Israel, khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 ketika pertempuran di Lebanon dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.

10. Israel adalah satu-satunya negara di Timur Tengah yang menolak untuk menandatangani larangan penambahan senjata nuklear. Mereka juga tidak membenarkan pasukan penyiasatan PBB untuk memeriksa tempat penyimpanan nuklear mereka.

11. Jeneral Tertinggi Israel mengakui secara terang-terangan bahawa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan.

12.Tahukah anda bahawa Israel telah meledakkan kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika, Liberty di perairan antarabangsa pada tahun 1967. Walaupun serangan itu mengorbankan 33 tentera Amerika dan mencederakan 177 yang lainnya, tetapi Amerika tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Israel hanya dengan alasan bahawa tentara Israel tersalah sasaran. Sekarang, bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh negara Islam?

13. Israel merupakan negara yang paling banyak mengabaikan resolusi PBB. Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel mencapai 69 buah. Bayangkan seandainya satu negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB?

14. Mahkamah Agung Israel telah meletakkan Perdana Menteri Ariel Sharon sebagai suspek di dalam kes pembunuhan ramai – ramai Shabra dan Syatilla pada 16 September 1982 di Lebanon yang mengorbankan lebih dari 5000 orang Palestin terdiri dari kanak-kanak, wanita dan orang tua.

15. Pada satu peristiwa 20 Mei 1990, seorang tentera Israel menyuruh para buruh Palestin yang yang sedang menunggu bas di sebuah perhentian untuk duduk berbaris di atas tanah, kemudiannya menembak mereka dari jarak setengah meter. Pemimpin Israel menyatakan tentera itu tidak bersalah dan bahkan mendapat penghargaan khas dari pemerintah Israel!

16. Tahukah anda bahawa Kedutaan Luar Negeri Israel membayar 6 syarikat media Amerika untuk menyiarkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah.

17. Perdana Menteri Israel pertama iaitu David Ben Gorion bersepakat dalam pengusiran secara paksa terhadap semua bangsa Arab daripada Israel.

18. Rahib besar Israel, Ofadya Yosef yang juga pemimpin Parti Syas (parti terbesar ketiga di Israel) menyokong tentera Israel untuk ‘membersihkan’ Semenanjung Gaza dari warga Palestin. Bahkan beliau mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya Paskah yang lalu didalam wawancaranya disebuah radio terbesar Israel:-

“Tuhan akan membalas semua kejahatan warga Arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan siksaan yang pedih. Oleh itu, dilarang semua bangsa Yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga Arab, dan wajib bagi setiap Yahudi untuk menembak dan mengacukan senjatanya ke arah dada dan kepala setiap warga Arab untuk membunuhnya, kerana mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk.”

19. Walaupun Israel terus mengganggu proses pembelajaran dan merosakkan prasarana pendidikan Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi negara yang mempunyai bilangan doktor dan pakar perubatan terbanyak di dunia.

20. Majoriti buku sejarah dunia mengatakan negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967, padahal fakta yang sebenarnya adalah sebaliknya. Tetapi mereka tetap menegaskan bahawa serangan itu adalah serangan untuk mempertahankan diri.

21. Israel adalah satu–satunya negara penjajah yang tidak terikat dengan konvensyen Geneva untuk menjaga hak-hak dan keselamatan warga asal Palestin.

22. Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsa dan Shakhratul Qubra (Dome Of Rock) sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya.  SUMBER  MYNEWSHUB
Baca selengkapnya

30 Jun 2014

Berita Remaja OKU : Isteri anggota Imigresen Buka Cerita


Fatanah Shahreezad yang juga isteri kepada salah seorang anggota Imigresen berkongsi kisah sebenar apa yang lebih teruk dari apa yang kita sedia maklum selama ini berkenaan adik Muhammad Firdaus, remaja OKU yang dikurung di dalam sebuah bilik bersama sampah dan najis.
Menurutnya, rumah yang didiami adik Firdaus ini jauh dari kejiranan orang Melayu di mana kiri dan kanannya hanya bangsa asing seperti Negro, Bangla dan Nepal. Tidak hairanlah mengapa Imigresen memecah masuk rumah ini tempohari untuk serbuan.


Keadaan adik Muhammad Firdaus ketika dijumpai.

Menurutnya Fatanah lagi, rumah yang didiami Firdaus ini sangatlah busuk kerana disitulah dia kencing dan berak manakala bila malam menjelma, rumah tersebut gelap gelita dan tinggallah Firdaus berkeseorangan di dalamnya dengan pintu rumah yang bermangga.

Lebih mengejutkan, Fatanah memberitahu yang Lola tidak tinggal di dalam rumah yang sama tetapi menyewa di kawasan yang sama tapi blok yang berlainan.  Sewaktu Firdaus ditemui juga, dia berada dalam keadaan yang teramat lapar hinggakan makan kertas dan juga najisnya sendiri.



Sejauh mana kebenaran akan kenyataan yang ditulis wanita ini, itu biarlah pihak mahkamah yang putuskan nanti dalam perbicaraannya yang akan datang..
OH Media 
Baca selengkapnya

28 Jun 2014

Berita Terkini : Wanita OKU dikurung lebih 10 tahun diselamatkan

Nazitah Dipercayai dikurung 10 Tahun 
Kota Bharu: Lagi orang kurang upaya (OKU) diabaikan dan kali ini membabitkan seorang wanita yang dipercayai tinggal seorang diri serta dikurung dalam sebuah bilik di bawah rumah lebih 10 tahun lalu.

Wanita berusia 30-an dikenali sebagai Nazitah itu ditemui dalam keadaan menyayat hati dengan badan kurus kering, berbau busuk serta tiada kemudahan elektrik di Kampung Pasir Pekan Hulu, di sini, semalam. 

Dia berjaya diselamatkan pihak polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) apabila ditemui pada kira-kira jam 3.30 petang. Bilik yang tidak ubah sepertilokap itu dikunci dari luar turut mempunyai katil usang dan bilik mandi. Beberapa bungkusan makanan ringan dan botol kosong juga kelihatan berada berhampiran katil mangsa. 


Penemuan wanita malang itu hasil maklumat Ketua Pemuda Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), Aiman Yusri Mohd Yusof, yang memaklumkannya kepada pihak polis dan JKM, sebelum pemeriksaan dijalankan.

Pasukan penyelamat dan pihak media yang tiba di lokasi kejadian sempat mendengar rintihan wanita berkenaan, yang mendakwa lapar kerana tidak makan seharian.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharuddin Rasip, yang ditemui di lokasi kejadian berkata, pihaknya menjalankan pemeriksaan terhadap kediaman berkenaan selepas mendapat maklumat.
Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, polis terkejut melihat keadaan wanita malang yang dikurung itu dalam keadaan gelap dan tidak terurus.
Berita Harian -djkupang.com
Baca selengkapnya

30 May 2014

Kerajaan Sabah Bersedia Hadapi Bencana Alam Termasuk Kesan El-Nino



KOTA KINABALU, 29 Mei (Bernama) -- Kerajaan negeri Sabah sentiasa bersiap siaga untuk menghadapi sebarang bentuk bencana alam termasuk kesan El-Nino yang dijangka melanda kawasan Asia Tenggara pertengahan bulan depan, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin.

Yahya yang juga Menteri Petanian dan Industri Makanan Sabah berkata jawatankuasa bencana alam peringkat negeri yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri dan jawatankuasa yang sama di peringkat daerah dipengerusikan Pegawai Daerah berperanan memantau sebarang kemungkinan.

"Kepada petani dan penternak, mereka perlu mengambil kira perkara yang mungkin berlaku. Kata orang sediakan payung sebelum hujan. Jangan nanti sudah berlaku baru kita terkial-kial untuk mencari jalan atau cara mengatasinya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Bicara Gemilang anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas Sabah di sini Khamis.

Beliau berkata jawatankuasa bencana negeri dan daerah sebelum ini telah melaksanakan tugasan mereka dengan baik termasuk dari segi logistik ketika menghadapi bencana alam seperti peristiwa banjir besar yang melanda daerah Beaufort, Tenom, Keningau dan Kota Belud.

Dalam perkembangan lain, Yahya meminta semua agensi kerajaan supaya meneruskan usaha memperjelaskan sebarang isu semasa sama ada yang bersifat tempatan, nasional dan antarabangsa agar difahami dengan baik oleh rakyat.

Kata Yahya kefahaman yang baik terhadap isu semasa seperti berkaitan agama, keselamatan, pendidikan, Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) serta rasionalisasi subsidi, akan membolehkan rakyat membuat keputusan bijak dan menerima secara rasional dasar-dasar yang diperkenalkan kerajaan.

"Program Wacana Ilmu Negara ini amat dialu-alukan dan perlu pada masa ini ketika kita menghadapi pelbagai cabaran termasuk di peringkat global, dalam negara kita Malaysia dan di Sabah ini.

"Ini (isu) amat baik untuk kita bincang. Melalui program ini, kita juga dapat menerangkan dasar-dasar kerajaan yang tidak difahami atau sengaja tidak (mahu) mengerti atau sengaja diselewengkan untuk kepentingan peribadi dan politik," katanya.



-- BERNAMA
Baca selengkapnya

25 May 2014

Cermin Gelap : Tiada Operasi besar-besaran - Ketua pengarah JPJ

RAWANG, 25 Mei (Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak akan melaksanakan operasi cermin gelap secara besar-besaran buat masa ini, namun operasi berkala tetap dilakukan seperti biasa.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Ismail Ahmad turut menafikan mereka tidak membenarkan langsung penggunaan cermin gelap pada kenderaan.

"JPJ hanya mahu mahu memastikan semua penggunaan cermin gelap itu diluluskan mengikut peraturan yang telah ditetapkan, itu sahaja," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuang di sini Ahad.

Beliau mengulas kerisauan orang ramai berhubung operasi cermin gelap secara besar-besaran bermula 16 Jun ini, seperti yang diumum Polis Diraja Malaysia (PDRM).

PDRM sebelum ini dilapor memberi tempoh sehingga 15 Jun untuk pemilik menukar atau menanggalkan lapisan penebat haba yang terlalu gelap pada cermin kenderaan masing-masing-masing atau berdepan kompaun RM300.

Tempoh yang sama juga diberi kepada pemilik kenderaan menukar nombor plat kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi.

Ditanya kemungkinan undang-undang berkaitan cermin gelap akan dipinda, Ismail berkata perkara itu akan dikaji secara menyeluruh dalam satu bengkel khas bermula 2 Jun ini di Shah Alam.

"Semua pihak berkepentingan akan menyertai bengkel itu, contohnya PDRM akan tengok dari aspek jenayah mengenai tahap kegelapan yang sesuai, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pula akan tengok dari segi kalau gelap sangat ditakuti aktiviti yang tidak diingini di dalam kereta boleh berlaku, mengenai cuaca panas pun ada kebenarannya, jadi isu ini akan dikaji secara menyeluruh supaya keputusan yang dibuat nanti dapat memenuhi kehendak semua pihak," katanya.

Mengulas mengenai program SKSJ, Ismail berkata, program yang julung kali diadakan di Selangor itu bertujuan membantu masyarakat luar bandar, khususnya individu berumur 40 tahun ke atas mendapatkan lesen menunggang motosikal kelas B2.

"Kita sudah memutuskan untuk mengadakan program SKSJ di Selangor sebanyak tiga kali dalam setahun supaya lebih ramai golongan berumur 40 tahun ke atas di luar bandar berjaya memiliki lesen memandu motosikal kelas B2.

Program SKSJ dilaksanakan JPJ sejak 2009 untuk membantu golongan sasar yang tidak mahir menggunakan komputer serta kurang berkemampuan, mendapatkan lesen menunggang motosikal kelas B2 dengan bayaran serendah RM150.

Ismail berkata setakat ini hampir 70,000 peserta program SKSJ di seluruh negara berjaya memiliki lesen memandu kelas B2.

Dalam program selama dua hari yang bermula semalam, 273 individu berumur 40 tahun ke atas di DUN Kuang berjaya menamatkan kursus sekali gus melayakkan mereka memperoleh lesen memandu kelas B2.

-- BERNAMA
Baca selengkapnya

20 May 2014

PELEKAT LULUS CERMIN GELAP : Diberikan Kepada Orang-Orang Tertentu

PELEKAT LULUS CERMIN GELAP

Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ, berulang kali melaksanakan operasi menyaman pemilik kenderaan bercermin gelap.

Menurut  Kaedah 5(1) dan Kaedah 5(3) Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70% manakala cermin belakang dan tepi, telus cahaya tidak kurang 50%.

Jika pemilik kenderaan didapati melanggar kaedah itu, bagi kesalahan pertama, mereka boleh didenda RM500 atau dipenjarakan kurang 2 minggu. Pelaku kesalahan kali kedua, boleh didenda RM1,000 atau dipenjarakan kurang 2 bulan atau keduanya.

Mungkin pernah terlintas di fikiran kita sebagai pemilik kenderaan, siapakah sebenarnya individu berhak menggunakan cermin kenderaan gelap?

Berikut kenyataan saya petik daripada laman sesawang JPJ.

'Pemasangan kaca gelap diberikan kepada orang-orang tertentu seperti di bawah kaedah 11(a) dan 11(b), Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991. Mana-mana orang yang tidak termasuk dalam kaedah 11(a) dan 11(b) yang menghadapi masalah kesihatan kulit terdedah atau dengan ancaman keselamatan boleh memohon pengecualian khas untuk pemasangan khas untuk pemasangan cermin gelap'

Pada Oktober 2009, saya menghubungi pegawai JPJ di Putrajaya dan bertanyakan soalan, siapakah 'orang-orang tertentu' dimaksudkan?

Menurut beliau, berikut senarai individu berhak menggunakan kenderaan bercermin gelap. Senarai di bawah, katanya dimuatkan di dalam buku Akta Pengangkutan Jalan.

1. DYMM Baginda Yang Dipertuan Agong
2. Sultan
3. Tengku Mahkota
4. Raja Muda
5. Hakim Mahkamah Tinggi
6. Panglima Tentera Darat
7. Ketua Polis Negara
8. Perdana Menteri
9. Pesakit kulit disahkan oleh doktor pakar hospital kerajaan
10. Individu keselamatan terancam dan permohonan menggunakan cermin gelap disokong oleh Ketua Polis Negeri.

Merujuk senarai di atas, kenderaan Pengarah JPJ Negeri serta kakitangan, pegawai dan  anggota Pasukan Polis Diraja Malaysia, Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia, dilarang menggunakan cermin gelap TANPA kebenaran Ketua Pengarah JPJ dan disokong oleh Menteri Pengangkutan Malaysia.

Kakitangan (Pusat Kenderaan Berkomputer) PUSPAKOM juga wajib mendapatkan kelulusan sekiranya ingin menggunakan cermin gelap.

Jika kenyataan di atas kurang tepat, sila JPJ perbetulkan agar rakyat Malaysia tidak terkeliru.

Hemat saya, jika JPJ ingin menyaman kenderaan orang ramai bercermin gelap, agensi penguatkuasa kerajaan terbabit wajib menyelesaikan isu cermin gelap kenderaan impot, kini banyak dipandu di Malaysia.


MPV recon, Toyota Alphard, contoh terbaik. Cermin belakang dan sisi kenderaan dimpot dari Jepun itu sediakala gelap sewaktu dibawa masuk ke negara kita. Apakah kesudahan tindakan JPJ terhadap pemilik kenderaan itu?

Saya menghubungi kenalan memiliki Toyota Alphard.

"Penjual menukar cermin gelap kenderaan kepada cermin 100% telus cahaya, cerah, sebelum dihantar ke PUSPAKOM untuk pemeriksaan. Selesai lulus pemeriksaan dan didaftarkan, penjual kemudian menukar kembali ke cermin gelap sebelum diserahkan kepada pembeli. Pembeli tidak diberikan pilihan untuk menggunakan cermin cerah. Dalam kes ini, pengguna teraniaya. Harga cermin cerah Alphard bukan murah untuk dibeli sendiri," ujarnya.


Semalam, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye menyarankan pihak bertindak terhadap premis menjual material menggelapkan cermin tidak menepati spesifikasi ditetapkan oleh JPJ. Bagi saya, itu tidak lebih daripada satu saranan berulang.

Beliau juga berkata, cermin gelap bukan satu satunya kaedah mengekang haba untuk keselesaan pengguna kerana terdapat pelbagai lagi produk kalis haba di pasarkan.

Lee barangkali terlupa, kenderaan MPV tidak memiliki ruang menyimpan barang tersorok seperti dimiliki oleh kereta sedan. Penggunaan cermin gelap mengurangkan risiko penjenayah melihat pelbagai barang diletakkan di bahagian belakang lalu menceroboh kenderaan terbabit.

Pertengahan bulan Jun, JPJ bakal melaksanakan operasi besar-besaran menyaman kenderaan bercermin gelap.

Terbaca status rakan di facebook, katanya lebih molek jika penguatkuasa JPJ membuat operasi awal di pintu masuk ke pejabat JPJ di setiap negeri, memeriksa setiap cermin kenderaan kakitangan agensi itu  terlebih dahulu. Pastikan undang-undang diaplikasikan kepada pemandu awam, juga dipatuhi oleh pegawai serta anggota pihak berkuasa.


Operasi kemudian disusuli di beberapa lokasi lain seperti pintu masuk utama, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri, Ibu Pejabat Polis Daerah, Balai Polis, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Puspakom. Pastikan, tiada kakitangan penguatkuasa menggunakan cermin gelap tanpa kelulusan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad dan disokong oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hisahamuddin Hussein.

Periksa juga semua cermin kenderaan digunakan untuk menjalankan operasi. Jika tidak mendapat kelulusan bertulis, tentunya status kenderaan itu melanggar Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000.

JPJ usah lupa untuk memeriksa kenderaan orang kenamaan, seperti menteri, ahli parlimen, ketua jabatan, selain daripada individu disenaraikan berhak menggunakan cermin gelap. Kenderaan mewah dan berpemandu, bukan isyarat muktamad membuktikan cermin gelap kenderaan terbabit diluluskan. Ringkasnya, laksanakan undang-undang tanpa memilih bulu.

Jika tindakan itu tidak diimplementasikan, saya berasa amat khuatir. 

Kini orang ramai lazimnya memiliki telefon bimbit dilengkapi kamera. Jika mereka merakamkan gambar kenderaan pihak berkuasa bercermin gelap di jalanraya, pelbagai soalan bakal ditimbulkan. Spekulasi tercetus.

 Adakah penggunaan cermin gelap itu diluluskan?

Cadangan saya, wajar seandainya JPJ mengeluarkan pelekat khas, ditampal di cermin depan kenderaan diluluskan penggunaan cermin gelap,  'LULUS CERMIN GELAP'. Tindakan itu pasti membantu orang ramai untuk melontarlkan jauh tanggapan negatif, undang-undang hanya dilaksanakan di kalangan masyarakat marhaen sahaja.

Sekaligus, soalan berikut lebih mudah untuk dijawab.

"Mengapakah pihak berkuasa boleh menggunakan cermin gelap biarpun tanpa kelulusan sepatutnya, kami tidak?"

Sumber : Mazidul Akmal
Baca selengkapnya

16 May 2014

[Kanak-kanak Hilang di SABAH] Ibu Bapa Low Min You direman Polis

Kota Kinabalu – Pasangan suami isteri yang juga ibu-bapa kepada mangsa culik, Low Min You, 3, direman polis selama tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kes kecuaian di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.
Kedua-dua mereka berusia 31 dan 26 tahun dilihat dibawa ke Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, kira-kira jam 8 pagi sebelum beredar sambil diiringi anggota polis, kira-kira empat jam kemudian.

Difahamkan, permohonan itu dilakukan melalui pegawai penyiasat, Inspektor B Shreethran yang memohon pasangan itu direman selama tujuh hari selepas siasatan mendapati terdapat percanggahan rakaman kenyataan di antara mereka.

Menurut Shreethran, permohonan reman itu wajar berikutan kes kehilangan kanak-kanak terbabit menarik perhatian ramai, bukan saja penduduk di negeri ini, sebaliknya seluruh negara.

Bagaimanapun, peguam bela pasangan berkenaan, Ram Singh berkata, tiada kepentingan menahan pasangan itu untuk jangka masa lama kerana mereka memberi kerjasama baik kepada polis sejak hari pertama kehilangan anak mereka, lapor myMetro. djk
Baca selengkapnya

9 May 2014

[Keningau] 7 kali Tembakan (BAHAYA)

Apa yang ingin saya kongsikan ini adalah sumber dari seorang rakan yang berada di Keningau. Menurut sumber tersebut dia juga tiada bertanya bagaimana hal ini boleh berlaku tetapi katanya kejadian ini berlaku kelmarin di belakang kompleks Sukan Keningau.

Melihat kepada kesan cermin ini adakah kemungkinan dibaling menggunakan batu? Tetapi menurut sumber katanya peluru sesat (Mungkin pakai senapang angin kali).

Apapun kemungkinannya ini menunjukkan satu situasi yang tidak sihat sebab bukan sahaja membahayakan malah mungkin boleh mengancam nyawa. Cuba bayangkan kalau terkena di kepala, apa kesannya?

Mohon sahabat yang tahu untuk share cerita ini bersama-sama sebagai langkah untuk berjaga-jaga dan peringatan bersama.
Baca selengkapnya

11 Jan 2011

Facebook ditutup ? - No problem bah


Inilah berita hangat yang menjadi perbualan di kalangan rakan-rakan siang tadi bila terbaca artikel di page SAS. Tapi benarkah ini akan terjadi?

Secara peribadi saya mengatakan ini tidak. Kemungkinan untuk ditutup itu ada tetapi selepas itu Facebook akan dibuka semula tetapi kali ini pengguna yang sedia ada akan dikenakan bayaran tertentu untuk mengaktifkan kembali akaun mereka. Jika ini terjadi adakah kamu akan kembali menyertai Facebook? Tepuk dada tanya selera.

Jika Benar ditutup untuk selamanya lagi bagus dan saya sangat gembira mengenainya. Disebabkan kewujudan Facebook banyak masa dihabiskan untuk melayarinya sehingga terlupa akan kewujudan Laman WEB ciptaan anak tempatan walaupun tidak sehebat Facebook tetapi karya orang kita bah. Mari pakat dengan kawan-kawan mendaftar di sana sebagai persediaan jika FB betul-betul ditutup agar selepas ini hubungan kita dengan rakan yang dikenali di FB terus berpanjangan.

P/S : Kalau nda tutup kasi ngam juga...
Baca selengkapnya

13 Oct 2010

Mayat ditemui dikenal pasti sebagai Annie John


KOTA KINABALU: Kehilangan seorang jururawat selepas keluar dari rumah abangnya di Penampang untuk menghadiri kursus amali di Universiti Terbuka Malaysia (OUM) di sini, Sabtu lalu, terjawab apabila mayatnya ditemui dalam parit di Taman Kingfisher, Jalan Sulaman dekat sini, pagi semalam.
Mayat Annie John, 39, ditemui beberapa kanak-kanak yang mencari sayur di sekitar kawasan itu pada jam 11 pagi sebelum menghubungi polis.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Rowell Marong, berkata mayat mangsa ditemui dalam keadaan telentang tanpa kain atau seluar, manakala bahagian atas tubuhnya lengkap berpakaian.
“Wajah mangsa dalam keadaan tidak sempurna. Bagaimanapun, mangsa dicam oleh ahli keluarganya berdasarkan gelang, rantai dan cincin dipakainya,” katanya di sini, semalam.
Mangsa yang bertugas di Hospital Kudat dikatakan ke rumah abangnya di Kampung Mahandoi, Penampang untuk mengikuti kursus berkenaan selama dua minggu.
Annie yang belum berumah tangga, dikatakan keluar dari rumah abangnya kira-kira jam 3 petang, tetapi tidak pulang ke rumah, menyebabkan anggota keluarga keluar mencarinya.
Sumber : Klik sini
Takziah diucapkan kepada ahli keluarga mangsa. Harap Pihak berkuasa dapat menyiasat kes ini dengan teliti dan dapat menangkap orang yang bersalah. Mau tingu pembunuh tu.

Gambar ahli keluarga mangsa
Baca selengkapnya

21 Oct 2009

Facebook punca kemerosotan keputusan

Sebenarnya susah mau cakap juga. Semua dari sendiri juga kalau memang mahu berjaya tiada alasan. Walaubagaimanapun info ini sedikit sebanyak dapat membantu untuk mengingatkan saya dan kawan-kawan semua agar tidak terus leka dengan teknologi masakini.

P/S layan juga zynga poker di facebook tu.. haha


Baca selengkapnya

9 Oct 2009

BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2009



Maklumat Bulan Bahasa Kebangsaan di Hujung Jari Anda...

Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) bertujuan untuk memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia dengan menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan.


BAHASA JIWA BANGSA

Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita
Marilah Amalkan Ramai-ramai
Bahasalah Menyatukan Kita Semua
Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa
Marilah Mari Rakyat Semua
Buktikan Taat Setia dengan Satu Bahasa
Maju Bangsa dan Maju Negara
Megahkan Bahasa Kita
Bahasa Jiwa Bangsa
Lagu/Lirik: Dol Ramli

Baca selengkapnya