Kota Kinabalu – Pasangan suami isteri yang juga ibu-bapa kepada mangsa culik, Low Min You, 3, direman polis selama tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kes kecuaian di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.
Kedua-dua mereka berusia 31 dan 26 tahun dilihat dibawa ke Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, kira-kira jam 8 pagi sebelum beredar sambil diiringi anggota polis, kira-kira empat jam kemudian.
Difahamkan, permohonan itu dilakukan melalui pegawai penyiasat, Inspektor B Shreethran yang memohon pasangan itu direman selama tujuh hari selepas siasatan mendapati terdapat percanggahan rakaman kenyataan di antara mereka.
Menurut Shreethran, permohonan reman itu wajar berikutan kes kehilangan kanak-kanak terbabit menarik perhatian ramai, bukan saja penduduk di negeri ini, sebaliknya seluruh negara.
Bagaimanapun, peguam bela pasangan berkenaan, Ram Singh berkata, tiada kepentingan menahan pasangan itu untuk jangka masa lama kerana mereka memberi kerjasama baik kepada polis sejak hari pertama kehilangan anak mereka, lapor myMetro. djk
Bagikan
[Kanak-kanak Hilang di SABAH] Ibu Bapa Low Min You direman Polis
4/
5
Oleh
admin