Fatanah Shahreezad yang juga isteri kepada salah seorang anggota Imigresen berkongsi kisah sebenar apa yang lebih teruk dari apa yang kita sedia maklum selama ini berkenaan adik Muhammad Firdaus, remaja OKU yang dikurung di dalam sebuah bilik bersama sampah dan najis.
Menurutnya, rumah yang didiami adik Firdaus ini jauh dari kejiranan orang Melayu di mana kiri dan kanannya hanya bangsa asing seperti Negro, Bangla dan Nepal. Tidak hairanlah mengapa Imigresen memecah masuk rumah ini tempohari untuk serbuan.Keadaan adik Muhammad Firdaus ketika dijumpai. |
Menurutnya Fatanah lagi, rumah yang didiami Firdaus ini sangatlah busuk kerana disitulah dia kencing dan berak manakala bila malam menjelma, rumah tersebut gelap gelita dan tinggallah Firdaus berkeseorangan di dalamnya dengan pintu rumah yang bermangga.
Lebih mengejutkan, Fatanah memberitahu yang Lola tidak tinggal di dalam rumah yang sama tetapi menyewa di kawasan yang sama tapi blok yang berlainan. Sewaktu Firdaus ditemui juga, dia berada dalam keadaan yang teramat lapar hinggakan makan kertas dan juga najisnya sendiri.
Sejauh mana kebenaran akan kenyataan yang ditulis wanita ini, itu biarlah pihak mahkamah yang putuskan nanti dalam perbicaraannya yang akan datang..
OH Media
Bagikan
Berita Remaja OKU : Isteri anggota Imigresen Buka Cerita
4/
5
Oleh
admin
"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"