Showing posts with label Sabah Tourism. Show all posts
Showing posts with label Sabah Tourism. Show all posts

18 Jun 2014

INFO SABAH : PESTA KELAPA DIJENAMAKAN SEMULA MENJADI FESTIVAL KUDAT


Keputusan Mesyuarat JawatanKuasa Pelaksana Pesta Kelapa yang telah bermesyuarat pada 16 April 2014 telah memutuskan 'PESTA KELAPA" kini telah di Jenamakan semula kepada 'FESTIVAL KUDAT'.

Ini bermakna pertandingan 'Juara Fesyen Berasaskan Kelapa' seperti yang sinonim diadakan pada setiap tahun di daerah kudat kini di ganti dengan pertandingan 'Pakaian Tradisi Kreatif Berasaskan Manik'.

Walaubagaimanapn acara yang lain masih dikekalkan seperti Pertandingan Aneka Bakat, Pertandingan kraftangan,Pertandingan Lumba Perahu Naga, Pertandingan Tarik Tali, Pertandingan Strongman dan Auto-show.

Juga menarik pada tahun 2014 ini acara baru seperti Pertandingan Memancing. Festival Kudat juga turut diwarnai dengan Persembahan Bunga api, konsert dan lain-lain acara yang baru dicadangkan. 

kepada peminat 'Juara Fesyen Kelapa' , Jom beralih ke Pertandingan 'Pakaian Tradisi Kreatif'. 

*Terbaru, Semua acara akan diadakan di Esplanade Sidek.

*Bukan lagi di Dataran Tomborungus dan Padang Bandaran.

Info: Urusetia, Pejabat Daerah Kudat
Baca selengkapnya

Aturcara Festival Kudat 2014 yang berlangsung pada 19-22 JUN


 

Sapdin Ibrahim Pegawai Daerah Kudat yang baru melalui Laman Sosial Facebook menjemput seluruh warga Sabah untuk sama-sama memeriahkan Festival Kudat 2014.

Di bawah ini dikongsikan kepada anda aturcara yang dikongsikan melalui media sosial. Caranya simpan gambar terlebih dahulu kemudian baru buka dan ZOOM jika tak nampak.  



Kita jumpa di KUDAT !!
Baca selengkapnya

13 Jun 2014

Sabah Sunset Music Festival : Simpang Mengayau Kudat



KOTA KINABALU, 12 Jun (Bernama) -- Dua belas artis tempatan dan antarabangsa akan memeriahkan Festival Muzik Matahari Terbenam anjuran Pejabat Pelancongan Sabah Malaysia di Tanjung Simpang Mengayau, Kudat pada 20 dan 21 Jun ini.

Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Sabah Datuk Irene Charuruks berkata festival yang bermula pada jam 5 petang itu akan menampilkan persembahan artis seperti Syafinaz Selamat, Rhythm of Borneo, Rey Kimara dan Orkestra Pop Filipina(Philpops).

Sempena festival itu, pelbagai acara menarik disusun termasuk pertandingan bot naga, pertandingan memasak biskut tradisional, persembahan melukis batik dan pertandingan membuat kraftangan berasaskan kelapa, katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Irene berkata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Seri Masidi Manjun dijangka hadir memeriahkan acara tersebut.

Tiket bagi sehari berharga RM50 dan dua hari RM80 yang boleh diperoleh di Pejabat Tourism Malaysia Sabah dan Sri Pelancongan di talian 088-232121 atau laman web www.sunset musicfest.my.
Baca selengkapnya

28 May 2014

Pemenang Unduk Ngadau 2014 : Senarai Akhir Peserta yang bertanding Mewakili daerah Sabah

Info Unduk Ngadau :

Unduk Ngadau merujuk kepada semangat Huminodun. Unduk Ngadau berasal dari perkataan “runduk tadau”, yang bermakna “gadis yang dimahkotakan sinaran cahaya matahari”.
Dikatakan, selepas Huminodun dikorbankan oleh Kinoringan, selepas tujuh hari Unduk Ngadau muncul dari kakanan dan dipercayai sebagai jelmaan semangat Huminodun. Unduk Ngadau juga dikatakan sebagai orang yang pertama mengajar Bobohizan mentera yang diamalkan sehingga sekarang.
Semenjak itu perkataan Unduk Ngadau digunakan bagi melambangkan kecantikan dan kebaikan budi bahasa Huminodun. Pertandingan ratu cantik Unduk Ngadau akan diadakan pada perayaan Tadau Kaamatan.


hover_share





Pic Kredit : Nelson Photography
Yang manakah bakal menjadi pilihan kamu?
Baca selengkapnya

23 May 2014

Rozita Unduk Ngadau Daerah Nabawan

NABAWAN: Rozita Richard 23, dimahkotakan sebagai Unduk Ngadau Kaaamatan Peringkat Daerah Nabawan yang berlangsung di pentas terbuka Tamu Pekan di sini pada Rabu.

Rozita yang sudah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Kejururawatan di Nilai International University Collage menewaskan sembilan peserta lain yang layak ke pertandingan akhir.

Anak kelahiran Kg. Fontas Nabawan itu bercita-cita menjadi jururawat dan hobinya melancong dan melayari internet untuk menambah ilmu pengetahuan serta berbakat menyanyi.

Selain bertutur dalam dialek Bahasa Murut, Rozita juga fasih bertutur dalam Bahasan Melayu dan Bahasa Inggeris.

Sementara itu, tempat kedua dan ketiga masing-masing disandang oleh Jeannieva James 18, dan Meralin Jeffarin 18.

Jeannieva lepasan SPM yang berasal dari Kg. Bahagia Nabawan bercita-cita menjadi Polis manakala Meralin yang juga dari kampung yang sama pula bercita-cita menjadi Pegawai Polis.

Pemahkotaan Unduk Ngadau Kaamatan Nabawan disempurnakan oleh Suzanah Wong isteri Pegawai Daerah Nabawan Fredian Gan.

Suzanah yang juga Pengerusi Puspanita Daerah Nabawan sekali gus menyempurnakan hadiah kepada pemenang tempat kedua dan ketiga.

SABAHTIMES
Baca selengkapnya

SABAH : Pesta Kaamatan jalin perpaduan kaum

NABAWAN: Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Bobbey A. Suan, berkata Pesta Kaamatan yang diraikan setiap tahun merupakan salah satu pesta yang menjalinkan perpaduan kaum khususnya Kadazan Dusun dan Murut (KDM) dan kaum lain yang turut merayakannya.

Katanya, Pesta Kaamatan menjadi jambatan mengeratkan persaudaraan dan sikap saling menghormati budaya serta pemangkin kepada perpaduan pelbagai kaum dan kepercayaan di negara ini khususnya di Sabah.

“Justeru itu, rakyat perlu mendalami konsep keamatan kerana ia bukan sahaja yang menjurus kepada perayaan untuk mensyukuri hasil yang diperolehi sepanjang tahun dan menjadi warisan dari nenek moyang tetapi makna yang paling besar adalah memupuk semangat perpaduan dan persaudaraan di kalangan masyarakat pelbagai kaum dan kepercayaan,” katanya semasa berucap merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Nabawan di yang berlangsung di pentas terbuka Tamu Pekan Nabawan di sini pada Rabu.

Bobbey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan berkata, dengan tema keamatan tahun ini ‘Kebudayaan Asas Keamanan dan Persahabatan’, maka rakyat hendaklah mengutamakan keamanan sebagai asas perpaduan kaum dan kepercayaan bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian rakyat di negeri ini yang sudah sedia terjalin.

Dalam masa yang sama Bobbey turut menggesa masyarakat di daerah ini supaya mengamalkan perbelanjaan berhemah yang telah disyorkan oleh kerajaan kepada mana-mana jabatan dan agensi kerajaan.

Katanya, masyarakat khususnya golongan petani juga perlu berhemah apabila berbelanja bagi membolehkan mereka membelanjakan kewangan bagi keperluan-keperluan keluarga sahaja.

Hadir Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Radin Malleh; Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Ellron Alfred Angin; Senator Datuk Dr. Lucas Umbol; mantan Ahli Parlimen Pensiangan, Datuk Taimin Lumaing; Pegawai Daerah Nabawan, Fredian Gan, selaku Pengerusi sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah, Ketua Daerah Nabawan, OKK Sayau Tangkap; Timbalan Ketua Umno Bahagian Pensiangan, Abie Wednes Gamboi; Ketua Pegawai Perhunungan Parlimen Pensiangan, Rayner Udong; Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Tenom, Ampalang Payu, ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

Sambutan pesta keamatan itu diserikan dengan persembahan kebudayaan dan lagu-lagu oleh artis-artis tempatan selain pertandingan Unduk Ngadau yang menjadi acara kemuncak

SABAHTIMES
Baca selengkapnya

SABAH : Sambut Pesta Kaamatan Tak Semestinya Ada Ratu

TANDEK: Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kota Marudu, Datuk George Sangkin berkata menyambut kedatangan Pesta Kaamatan tidak semestinya mengadakan pertandingan ratu cantik atau unduk ngadau.

Katanya, menyambut bulan tersebut sebagai tanda kesyukuran golongan petani kepada Tuhan kerana telah memberikan rezeki yang berlipat ganda melalui penanaman padi yang mereka usahakan.

Katanya, dengan adanya rezeki yang berlebihan itu maka para petani mengadakan pelbagai acara majlis meraikan kegembiraan diatas kejayaan usaha mereka yang membuahkan hasil yang berlipat ganda.

“Sehubungan itu, saya menyarankan kepada pengusaha tanaman padi, kelapa, kelapa sawit, pisang, nenas dan sebagainya agar terus memperluaskan aktiviti mereka kearah menjadikan diri mereka sebagai pengusaha tanaman tersebut yang tersohor didaerah ini khasnya.” katanya.

Tambahnya Kota Marudu merupakan daerah kedua terbesar dalam pengeluaran padi selepas daerah Kota Belud. George antara lain berkata demikian di Majlis Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kota Marudu di Kediamannya Kampung Kuranji dekat sini baru-baru ini.

Berucap merasmikan majlis tersebut Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Puan Anita Baranting menyeru kepada semua ahli-ahli Peladang didaerah Kota Marudu khasnya agar meneruskan bidang kerajaya sebagai petani, penternak dan nelayan atau bekerja sendiri disamping tidak melupakan hari-hari kebesaran mereka masing-masing.

Katanya, bulan Mei setiap tahun merupakan hari bersejarah bagi para petani menyambut perayaan pesta kaamatan atau pesta menuai padi, katanya saya bersetuju menganjurkan majlis Kaamatan tidak semestinya diadakan pertandingan unduk ngadau atau ratu cantik dan sebagainya sebaliknya mengadakan majlis makan, minum bersama sanak saudara dan rakan taulan merupakan yang terbaik untuk menyambut perayaan seumpama ini seperti juga hari raya, tahun baru cina dan sebagainya.

Anita yang juga Adun Tandek menyeru jika sekiranya terdapat tanah kosong yang terbiar hendaklah diusahakan dengan menanam pelbagai jenis tanaman yang mendatang hasil yang cepat seperti yang laris diniagakan dipasar-pasar tani didaerah ini.

Tambahnya, dengan mengamalkan kerja-kerja sedemikian peniaga boleh mengaut keuntungan yang besar disamping meningkatkan taraf ekonomi dari masa kesemasa.

Penganjuran sambutan perayaan Kaamatan PPK Kota Marudu kali ini memfokuskan dua jenis sukan rakyat atau tradisi yang hampir pupus kerana tidak dibudayakan, pertama sukan melastik dan kedua pertandingan mengupas kelapa kedua-dua sukan tradisi ini amat terkenal dan penting sekitar tahun-tahun 60 dan 70an.

Hadir sama dimajlis itu Penolong Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Sabah, Mohd. Shukri Majalin, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Tandek, Jelius Redani, Pengurus Besar PPK Kota Marudu, Rushdy Platui, Pengerusi PPK Pitas, Ng Loi Teck, Pengerusi PPK Kudat, Janis Kansirong, pemimpin parti komponan BN Parlimen Kota Marudu dan warga PPK Kota Marudu.

SABAHTIMES
Baca selengkapnya

18 May 2014

Kapal Nakhoda Supirak, Kg Malubang, Daerah Pitas



Kapal Nakhoda Supirak sangat terkenal dalam cerita rakyat Malubang. Pulau batu ini benar-benar menyerupai sebuah kapal. Dikatakan terdapat objek seperti manusia, tali, meja yang telah bertukar menjadi batu.
Baca selengkapnya

Rasai urutan ikan di Kg. Luanti, Ranau SABAH


Fish Massage
Inginkan sesuatu yang berlainan daripada spa biasa yang kamu sering lakukan? Datanglah ke kampung Luanti Ranau untuk sesi "fish massage". Kampung Luanti Ranau terletak 131 kilometer dari Kota Kinablau dan 2 jam 40 minit pemanduan.

Dalam bahasa Kadazandusun, "tagal" bermaksud tidak boleh menangkap ikan dan sebarang hidupan di sungai. Ini adalah untuk menjaga alam sekitar dan juga ekosistem untuk kegunaan terhadap generasi pada masa akan datang. Jenis ikan yang popular yang terdapat di sini ialah,

Ikan Pelian yang berasal dari spesis Cyprinidae. Ikan ini dikatakan dapat menyembuhkan penyakit kulit seperti Psoriasis.
Sungai Moroli, Kg. Luanti, Ranau

Jika 'fish massage' tidak membuatkan anda teruja, anda boleh juga mencuba aktiviti lain seperti,

• Meredah Hutan (Jungle Trekking)
• Meredah Sungai (River Trekking)
• Berkhemah
• Karaoke
• Persembahan Tarian Tradisional
• Menaiki jambatan gantung
• "White Water Rafting"

Kampung Luanti juga menyediakan program Homestay yang membuatkan pelancong lebih selesa dan mendapat pengalaman baru tinggal bersama dengan orang lampung

Fancy something more unique than your average spa? Then head on to Kampung Luanti, Ranau for a fish massaging. Located 131 kilometers from Kota Kinabalu (2 hours and 40 minutes drive away).

In the Local Kadazandusun dialect, ‘tagal’ means ‘no fishing’ and forbid to catch any life habitats inside and arround the river. The main purpose of the‘tagal’ is to preserve the environmental as well as the ecosystem to benefit the future generation. The famous type of fish in this river is

‘Ikan Pelian’ or Malaysian Mahseer comes from the family of Cyprinidae. The fish massage is deemed to have a curative effect on those who suffers from psoriasis.

If the idea of fishes nibbling off your dead skin doesn’t thrill you, try other activities such as

• Jungle Trekking
• Camping
• Karaoke
• Cultural Performance
• Crossing the hanging bridge
• White Water Rafting.


We also provide a Homestay Programme to make visitors feel comfortable and get the new experience living in kampung style.



Baca selengkapnya

Sabah Agriculture Park

Taman Pertanian Sabah Berpotensi Jadi Produk Ekopelancongan Bertaraf Dunia
[ The Sabah Agriculture Park ]

The Sabah Agriculture Park (Taman Pertanian Sabah) is situated on a 200 hectare site and was developed and maintained by the Agriculture Department. It is a park that offers visitors both recreational and educational activities.

There are : 

Native Orchids -  There are at least 400 species with more than 1,500 collection being kept here, including many rare and endangered species such as the Elephant Ear orchid, the Rat-tail orchid  and also not forgetting the many species of Slipper orchids many of which endemic to Borneo.

Crops Museum - This is an 8-acre living museum of Crop Plants where there are some 400 species of plants systematically planted according to their uses.

Ornamental Garden - The Ornamental Garden comprises 21 distinct and well-landscaped gardens with each garden exhibiting its unique plants and flowers. 

Plant Evolution & Plant Adaptation Garden -  Get to see how plants adapt to the environments, from pond-life to semi-arid habitats. You will also get to see the amazing giant water lily from South America.

Model Garden - This garden has five smaller theme gardens to illustrate the different styels in which a garden can be modeled. 

Bee Centre and Museum - Sabah is home to five of the nine species of honey bees found in the world. The Bee Centre and Museum is a place where you can find them. 

Animal Park - The Animal Park is likened to a mini zoo and various animals and birds are put on display. 

Opening Hours
Tuesday to Sunday - 9.00 am - 4.30 pm
Closed on Monday ( unless a Public Holiday falls on a Monday)

Getting There
Visitors to the park can choose three routes to travel:

 Kota Kinabalu - Tambunan - Tenom : 3 hours
 Kota Kinabalu - Papar - Tenom : 2½ hours
 Kota Kinabalu - Sipitang - Tenom : 3 hours

Visitors can also travel by train to Tenom via Beaufort from Kota Kinabalu, a journey that will take four hours. There are taxis, buses and other forms of public transportation which you may wish to use and they are easily available in Kota Kinabalu.








Baca selengkapnya

Tanjung Simpang Mengayau - The Tip of Borneo


Kawasan yang cukup dramatik ini menggambarkan penghujung barat laut tanah Borneo. Tanjung yang terletak di Semenanjung Kudat, kira-kira tiga jam setengah pemanduan atau sejauh 215 kilometer dari Bandaraya Kota Kinabalu. 

Diterjemahkan sebagai ‘Simpang yang berpanjangan’, Simpang Mengayau menjanjikan pemandangan memukau yang melepasi Laut China Selatan. Alam semula jadinya cukup mempesonakan dengan pecahan batuan pasir yang membentuk pusaran dan tetingkat. Anda juga dapat menyaksikan rumah api di Pulau Kalampunian. 

Di sebelah kiri anda dapat menyaksikan Pantai Kalampunian, iaitu pantai yang tercantik di Kudat. Kesemua tarikan ini memerlukan sedikit tenaga kerana anda kena berjalan untuk pergi ke pancang bendera raksasa dan Glob dan akhirnya ke batuan singkapan granit. Turut tersedia gerai-gerai yang menjual minuman, cenderamata dan juga kemudahan tandas yang terletak di kawasan meletak kereta.
Baca selengkapnya

17 May 2014

Kraftangan Malaysia Sasar RM60 Juta Jualan Produk Kraf Di Sabah

KOTA KINABALU, 16 Mei (Bernama) -- Kraftangan Malaysia menyasarkan hasil jualan produk kraf Sabah sepanjang tahun ini mencecah sehingga RM60 juta.

Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia Datuk Mohd Kamil Mohd Ali berkata ini berikutan bilangan usahawan di Sabah kini mencecah 4,000 orang dengan pelbagai aktiviti dan promosi kraf diadakan sepanjang tahun di negeri ini.

Beliau berkata pihaknya menyasarkan perolehan nilai jualan sebanyak RM400,000 sepanjang 17 hari kempen promosi Kraf Malaysia sempena sambutan Pesta Kaamatan bermula Jumaat.

"Sasaran itu berdasarkan kedudukan lokasi di pusat beli-belah Suria Sabah yang menjadi tumpuan para pengunjung serta pelancong memandangkan promosi ini julung kali diadakan di pusat beli-belah ini," katanya pada sidang akhbar di sini Jumaat.

Mohd Kamil berkata promosi itu disertai 70 usahawan termasuk lima dari Semenanjung merangkumi pelbagai bidang kraf termasuk sembilan usahawan daripada bidang kraf tekstil manakala 61 daripada bidang lain seperti hasil rimba, logam dan aneka kraf.

Beliau berkata enam aktiviti demonstrasi kraf sambil menjual daripada bidang anyaman turut diadakan iaitu pembuatan produk sompoton, anyaman bemban, anyaman buluh, anyaman buluh (produk nyiru) dan anyaman rumbia.

Di samping itu, kata Mohd Kamil, persembahan kesenian juga diadakan sebagai aktiviti sokongan bagi mengetengahkan seni dan budaya masyarakat Sabah seperti muzik gambus, tarian masyarakat tradisional, peragaan fesyen, cabutan bertuah, kuiz dan pertandingan bintang kraf Kaamatan.

"Sejumlah 200 orang dari pelbagai jabatan serta agensi kerajaan dan pertubuhan terlibat bagi program lawatan berpandu sempena promosi kraf ini," katanya.

Beliau berkata kempen itu, antara lain bertujuan memberi peluang kepada pengusaha kraf memasarkan produk kraf negara selain menjadi tempat pertemuan peniaga, pengusaha dan pemborong kraf dari seluruh negara.

Mohd Kamil berharap warga Kota Kinabalu dapat bersama-sama memeriah dan menjayakan pameran dan kempen promosi kraf Malaysia peringkat negeri sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

-- BERNAMA
Baca selengkapnya

15 May 2014

Menyingkap MISTERI Maliau Basin 'The Lost World'

Oleh : AMMAR JAZLAN MAD LELA

JANGAN lupa, merakamkan detik-detik indah melalui lensa kamera tatkala melalui titian gantung.

Ia pernah digelar The Lost World. Semuanya disebabkan misteri alam semula jadi yang dianggarkan berusia jutaan tahun yang masih belum terungkai sehingga kini.

Itulah keistimewaan Lembangan Maliau atau lebih dikenali sebagai Maliau Basin yang sememangnya menjadi syurga kepada para penyelidik dan pencinta flora dan fauna di Sabah.

Meliputi keseluruhan kawasan seluas 588.4 kilometer persegi, Maliau Basin yang dikatakan berbentuk seperti sebuah besen disempadani oleh tebing yang menjangkau ketinggian 1,675 meter dari aras laut.

Pada asalnya, lembangan itu merupakan sebahagian daripada kawasan konsesi balak milik Yayasan Sabah.

Menyedari keunikan kawasan itu, pada tahun 1981, pihak yayasan telah menjadikannya sebagai kawasan pemuliharaan dengan tujuan penyelidikan, pendidikan dan latihan seiring dengan Kawasan Pemuliharaan Lembah Danum.

Pada tahun 1997, kerajaan Sabah mewartakan lembah sungai itu sebagai kawasan Hutan Simpan Dilindungi (Kelas 1) iaitu ia tidak boleh diteroka pada masa kini dan masa depan.

Maliau yang membawa maksud ‘susu atau kelam’ dalam bahasa suku kaum Murut merujuk kepada air Sungai Maliau yang berwarna gelap berikutan keadaan fosil batuannya.

Terletak jauh di selatan Sabah, kira-kira 40 kilometer di utara sempadan Kalimantan, lembangan itu menceritakan segalanya mengenai flora dan fauna hidupan prasejarah yang wujud di dalamnya.

Hutan utamanya adalah daripada spesies pokok agathis megah, hutan rawa gunung dan hutan dipterokap bukit yang menjulang tinggi hingga 1,800 meter di atas paras laut.

Diversiti Maliau

KEUNIKAN flora dan fauna yang masih terpelihara di Maliau Basin turut menarik pelancong asing ke sana.

Melalui beberapa ekspedisi utama yang dijalankan penyelidik telah menemui flora yang berbeza daripada lebih 1,800 spesies.

Antaranya termasuk enam spesies periuk kera dan lebih 80 spesies orkid. Di samping itu, terdapat juga spesies rafflesia yang jarang dijumpai.

Sementara itu, kepelbagaian fauna di Maliau Basin juga tidak kurang hebatnya kerana menyimpan pelbagai spesies hidupan liar terancam yang jarang ditemui.

Badak sumbu Sumatera, orang utan, monyet proboscis, harimau dahan, beruang Malaya dan gajah paling kecil di dunia - borneo pygmy elephant adalah antara spesies haiwan yang boleh ditemui di situ.

Malah, kawasan itu juga menjadi habitat kepada 290 spesies burung termasuk bekia dan burung Jambul selain lebih 35 spesies amfibia, ikan, ketam dan kumbang air.

Satu lagi keistimewaan lembangan itu adalah kawasan tadahan airnya yang besar yang dialir dari Sungai Maliau sebelum berakhir di Sungai Kinabatangan.

Maliau Basin juga merupakan kawasan paling banyak air terjun di negara ini. Sehingga kini lebih 40 buah air terjun telah ditemui termasuk yang paling terkenal iaitu air terjun tujuh tingkat setinggi 28 meter terletak di Sungai Maliau.

Biarpun terletak jauh dari jalan utama, Maliau Basin juga lengkap dengan pelbagai kemudahan dan infrastruktur untuk kemudahan penyelidik dan pengunjung yang mahu menikmati kepelbagaian biodiversiti di dalamnya.
PELBAGAI infrastruktur turut dibina bagi kemudahan dan keselesaan penyelidik dan pengunjung ke sini.  Pusat Pembelajaran Lembangan Maliau yang dibina pada tahun 1999 misalnya, dilengkapi dengan bangunan pejabat, bilik seminar, teater mini dan perpustakaan. Pada masa yang sama, ia turut mempunyai kemudahan asrama yang mampu menampung sehingga 64 orang pada satu-satu masa.

Selain ideal untuk penyelidikan dan pendidikan alam sekitar, Maliau Basin juga sesuai untuk pengunjung yang gemarkan meneroka kehidupan di tengah-tengah hutan belantara yang masih belum terusik sepenuhunya.

Saat di sana, jangan ketinggalan mencuba pengalaman menggunakan jambatan gantung merentasi Sungai Maliau sambil merakamkan detik-detik indah melalui lensa kamera dari menara tinjau yang tersedia.

Sumber
Baca selengkapnya