Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

17 Oct 2014

TERKINI : Malaysia dipilih sebagai Anggota Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

djkupang & Friends
Malaysia Terpilih Ahli Tidak Tetap Majlis PBB

PETALING JAYA: Malaysia dipilih sebagai satu daripada lima anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) selepas meraih 187 undi.

Proses pengundian itu bermula pada 10 pagi Khamis waktu tempatan (pukul 10 malam waktu Malaysia).

Malaysia yang mewakili Asia Pasifik adalah antara negara yang dicalonkan bagi menduduki kerusi itu selain Angola yang mewakili benua Afrika dan Venezuela yang mewakili Amerika Selatan dan Caribbean. 

Venezuela dan Angola, sama seperti Malaysia, merupakan anggota Pergerakan Negara Berkecuali (NAM).

Pada pengundian itu, sebanyak 193 wakil negara anggota pertubuhan badan dunia itu, akan mengundi secara tertutup memilih negara pilihan mereka untuk menduduki kerusi berkenaan.

Malaysia memerlukan kira-kira 130 undi dari 193 negara untuk membolehkannya menduduki kerusi itu.

Baca selengkapnya

15 Jul 2014

LOGO dan TEMA Hari Kemerdekaan Malaysia 2014, Kali Ke -57

Malaysia, Disini Lahirnya Sebuah Cinta

Tema Hari Kemerdekaan 2014 Ke 57

“Malaysia, Disini Lahirnya Sebuah Cinta”


Malaysia, Disini Lahirnya Sebuah Cinta
Logo Hari Kemerdekaan 2014,  Tema Malaysia, Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Baca selengkapnya

3 Jul 2014

INFO : Tarikh Pembayaran Bonus Aidilfitri 2014 Untuk Penjawat Awam

Tarikh pembayaran bonus Hari Raya Aidilfitri 2014 bagi kakitangan awam di Malaysia.


Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak telah mengumumkan pembayaran bantuan khas kewangan sempena hari raya akan dibuat pada 15 Julai 2014

Dalam kenyataan itu, semua penjawat awam gred 1 sehingga gred 54 akan menerima bantuan khas raya bernilai RM500 manakala pesara kerajaan RM250. 

Tujuan utama pemberian bonus raya itu adalah untuk mengurangkan beban penjawat awam ketika membuat persiapan musim perayaan Aidilfitri yang jatuh pada 28 Julai 2014.

Tarikh: Selasa 15 julai 2014

Nilai Bantuan Bonus Raya:

RM500 Penjawat Awam
RM250 Pesara Kerajaan
-djkupang.com
Baca selengkapnya

30 Jun 2014

Berita Semasa : Wanita Ditangkap Khalwat, Suami Datang Bawa Pulang

Wanita Ditangkap Khalwat, Suami Datang Bawa Pulang

Sekadar gambar Hiasan
ALOR GAJAH - Seorang wanita sanggup mengaku janda dan tunangan kepada lelaki yang dicekup bersamanya ketika Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) membuat serbuan di sebuah hotel bajet, di Rembia di sini, kelmarin.

Ketua Penguatkuasanya, Rahimin Bani berkata, wanita berusia 33 tahun dan pasangan mudanya berusia 26 tahun itu ditahan ketika serbuan kira-kira jam 11 pagi.

“Wanita itu ditemui berdua-duaan di dalam salah satu bilik di hotel berkenaan selepas pintu dibuka lelaki kira-kira 20 minit diarahkan berbuat demikian.

“Mereka yang berpakaian lengkap mengaku sudah bertunang ketika disoal mengenai status dan hubungan antara mereka," katanya di sini, semalam.

Rahimin berkata, rahsia wanita tersebut isteri orang hanya terbongkar apabila suaminya sendiri datang ke pejabat penguatkuasa Jaim di Bukit Palah, malam kelmarin.

“Suaminya seorang tentera dan mereka yang mempunyai dua anak kini menetap di negeri ini datang ke pejabat kira-kira jam 11 malam.

“Maklumat lelaki berkenaan diambil bagi membantu siasatan terhadap isterinya yang ditangkap berkhalwat dengan pasangan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991,” katanya.

Seramai tiga pegawai dan dua anggota polis terlibat dalam pemeriksaan terhadap wanita yang berasal daripada Negeri Sembilan dan pasangannya yang berniaga sendiri, berasal dari Kelantan. 
-djkupang.com
Baca selengkapnya

Sedia Sekat Laman Sosial baibtkan aktiviti Militan - SKMM

KUALA LUMPUR 29 Jun - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersedia membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari segi teknikal mahupun forensik bagi menyekat penggunaan laman sosial membabitkan aktiviti militan.

Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaannya, Zulkarnain Mohd Yasin berkata, bagaimanapun penglibatan pihaknya dalam memantau serta menyekat kegiatan itu hanya dapat dilakukan dengan persetujuan polis kerana tertakluk di bawah bidang kuasa polis.

“Aktiviti militan atau pengganas boleh disiasat mengikut Seksyen 130 Kanun Keseksaan. Namun, setakat ini, SKMM belum menerima sebarang permohonan sekatan laman web daripada pihak polis mahupun Jabatan Agama Islam berkaitan perkara ini," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar pada Jumaat lepas tentang keterbukaan militan Malaysia di Syria berkongsi pengalaman berjihad di negara itu dalam laman sosial kebelakangan ini.

Bagaimanapun Zulkarnain menegaskan, penyekatan itu terhad kerana setiap laman sosial seperti Facebook dan YouTube mempunyai terma dan syarat penggunaan tersendiri.

“Kandungan yang dimuat naik melalui Facebook atau YouTube tidak boleh disekat keseluruhannya kerana boleh menjejaskan keseluruhan kandungan lain yang terdapat dalam laman web tersebut untuk pengguna yang lain," katanya.

Namun begitu, tindakan tegas boleh diambil oleh pihak pentadbir laman media sosial terhadap pemilik akaun yang memuat naik kandungan yang berunsur militan.

Justeru, orang ramai juga digalakkan untuk melapor terus kepada Facebook dan YouTube bagi akaun media sosial yang melanggar syarat dan terma penggunaannya.

Jumaat lepas, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dipetik sebagai berkata, polis sedang menjejaki laman-laman web dan blog yang mempromosikan pergerakan jihad palsu dan militan kepada umum.

Menurutnya, polis akan memantau ketat laman-laman web itu terutama media sosial yang digunakan untuk merekrut anggota-anggota militan ke Syria dan Iraq
BERNAMA -djkupang.com

Baca selengkapnya

27 Jun 2014

Berita Semasa : Maki Polis Bodoh, Lelaki Didenda RM2,000 & Penjara 4 Hari

Goh Guo Quan, 22, didakwa sengaja menghalang tugas polis berkenaan dengan tidak memberhentikan keretanya ketika ditahan oleh anggota polis trafik selepas mendapati dia tidak memakai tali pinggang keledar ketika memandu.

Kesalahan itu dilakukan di Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya jam 3 petang pada 22 Jun 2014.

Fakta Kes:

Ketika melakukan rondaan di Jalan Merdeka, pengadu menahan kereta tertuduh. Kereta itu kemudiannya memecut sebelum diekori dan ditahan semula di hadapn sebuah pejabat di Taman Melaka Raya.

Selepas diberitahu akan kesalahannya tidak memakai tali pinggang keledar dan tidak berhenti ketika ditahan, tertuduh dengan nada tinggi berkata:

"Cepat tulis! Jangan Bising! sebelum keluar dari kereta ke arah pengadu serta memaki pengadu dengan perkataan 'Bodoh'.

Mahkamah menjatuhkan hukuman agar dijadikan sebagai iktibar bagi pengguna jalan raya yang lain agar tidak sewenang-wenangnya bersikap kasar dengan penjawat awam yang menjalankan tugas.

Baca selengkapnya

21 Jun 2014

Tawau Rampasan Rokok Bernilai 148,000

TAWAU - Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau merampas rokok pelbagai jenis tanpa cukai bernilai kira-kira RM148,000 dalam operasi di perairan daerah ini, semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Madun berkata, rokok itu dirampas dalam operasi pada kira-kira pukul empat petang di kawasan Tanjung Batu.

"Ketika operasi itu, pasukan peronda terserempak dengan sebuah bot yang mencurigakan. Apabila bot itu diperiksa kami menjumpai rokok tersebut," kata beliau dalam satu kenyataan.

Seorang lelaki warga tempatan berusia 19 tahun turut ditahan.

Mohamad berkata, rokok itu yang diseludup masuk dari negara jiran adalah untuk pasaran di sekitar Daerah Tawau. - Bernama
Baca selengkapnya

Berita Semasa : Berita Muhyiddin Yassin Letak Jawatan Hanyalah Khabar Angin - Najib

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata laporan media sosial bahawa timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin akan berundur daripada kabinet hanyalah ‘rekaan politik’ pihak tertentu.

Najib berkata ini kerana beliau mempunyai hubungan dan persefahaman yang amat baik dengan timbalannya itu.

“Sebagai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sentiasa mendukung dan telah menjayakan segala dasar dan agenda pembangunan nasional terutama yang berkait dengan rancangan transformasi negara yang dibawa saya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Najib berkata sebagai Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) pula, Muhyiddin sentiasa bersama-sama dalam segala usaha memperkukuh dan memantapkan perjuangan Umno dan BN dan ini merupakan satu usaha berterusan dan masih banyak perlu dilakukan antara beliau dan Muhyiddin.

“Dengan adanya hubungan dan persefahaman yang amat baik di antara saya dengan Muhyiddin, saya yakin kita dapat menghadapi segala cabaran untuk membangunkan negara seterusnya meningkatkan lagi kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan BN,” katanya.

Laman blog dan media sosial melaporkan kemungkinan Muhyiddin berundur bagi memberi perhatian kepada usaha memulihkan Umno.

Ia juga timbul berikutan desas-desus rombakan Kabinet yang mungkin dilakukan Perdana Menteri khususnya untuk membawa masuk pemimpin daripada parti komponen BN iaitu MCA dan Gerakan.

Bagaimanapun semalam, Muhyiddin berkata beliau akan terus berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri selagi khidmatnya diperlukan dan memberitahu setakat ini tidak ada apa-apa perkara dibangkitkan berhubung kedudukannya itu. — BERNAMA
Baca selengkapnya

19 Jun 2014

Terkini Tongkang Karam Kuala Langat : 12 disahkan Maut


KUALA LANGAT - Satu lagi mayat mangsa tongkang karam di perairan Sungai Air Hitam berhampiran Pulau Carey dekat sini dijumpai menjadikan 12 disahkan mati setakat ini.

Mayat lelaki dewasa itu dijumpai nelayan di Pantai Morib di sini pada pukul 11.40 pagi.

Tongkang yang membawa seramai 97 warga Indonesia itu berlepas dari Pulau Carey menuju ke Tanjung Balai, Indonesia pada pukul 11 malam kelmarin sebelum karam kira-kira sejam kemudian.

Setakat ini 12 disahkan mati, 24 masih hilang dan 61 mangsa berjaya diselamatkan. - KOSMO!

Baca selengkapnya

KELDAI DADAH: JANGAN JADI MANGSA


Keldai dadah ialah frasa yang merujuk kepada seseorang yang secara rela atau diperdaya untuk menjadi kurier, membawa dadah atau barang seludup ke negara lain. 

Wanita tempatan sering dijadikan sasaran sebagai keldai dadah. Mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk pelajar, golongan profesional, wanita sosial dan ada juga di kalangan ibu tunggal. 

Taktik yang digunakan amat licik dan berkesan sekali iaitu mereka akan dilayan dengan baik sekali sepanjang tempoh berteman atau bercinta. 

Wanita ini akan dilayan dengan pemberian hadiah yang lumayan atau barang-barang mewah serta akan dibawa melancong ke luar negara. 

Setelah yakin dengan wanita terbabit mempercayai mereka, anggota sindiket akan mengambil kesempatan itu memperdayakan mangsa untuk membawa dadah ke luar negara dengan pelbagai tipu helah sehingga akhirnya tertangkap dan meringkuk dalam penjara. 

Jika didapati bersalah, mereka yang mengedar dan menyeludup dadah akan dijatuhkan hukuman MATI !!!
Baca selengkapnya

15 Jun 2014

Kerajaan Tidak Kompromi dengan Anggota Tentera terbabit Jenayah dan Militan

KUALA LUMPUR: Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana anggota tentera yang didapati terbabit dalam jenayah atau kumpulan militan. 

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri, berkata kerajaan tidak akan berkompromi terhadap anggota pasukan keselamatan yang terbabit dalam jenayah yang jelas boleh mengancam keselamatan negara. 

"Institusi ketenteraan adalah tunggak pertahanan dan keselamatan negara, saya minta semua pegawai dan anggota meningkatkan khidmat profesionalisme ke tahap tertinggi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Tentera ke-49 di Kem Sungai Buloh, dekat sini, hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang penahanan seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Sandakan, Sabah dua hari lalu selepas disyaki terbabit dalam kegiatan militan. 

"Kes ini masih dalam siasatan pihak polis... kenal pasti jenis kesalahan yang dilakukan dan sekiranya ada baru pihak kementerian melalui TLDM akan ambil tindakan selanjutnya," katanya. 

Abdul Rahim meminta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meningkatkan pemantauan terhadap pegawai dan anggota ketiga-tiga cabang perkhidmatannya bagi mengelakkan mereka terbabit dalam perbuatan jenayah atau terbabit dalam kumpulan militan. 

Beliau berkata, meskipun keupayaan perisikan Polis Diraja Malaysia terutamanya dalam menangani kegiatan militan tidak boleh dipertikaikan, namun ATM sendiri perlu memantau pegawai dan anggotanya. 
"Risikan yang dimiliki polis mencukupi untuk membuat pemantauan terhadap kegiatan militan, tetapi kita juga minta setiap perkhidmatan pantau anggota masing-masing sama ada terbabit dengan masalah disiplin dan tingkah laku yang tidak bersesuaian,” katanya. - BERNAMA
Baca selengkapnya

Lee Chong Wei Tundukkan Pemain Hong Kong Juarai Terbuka Jepun


Datuk Lee Chong Wei merangkul gelaran kelima Siri Super selepas menundukkan pemain Hong Kong, Hu Yun pada final badminton Terbuka Jepun dengan 21-14, 21-12 di Gimnasium Metropolitan Tokyo, sebentar tadi. 

Tahniah Teruskan Mencipta Kejayaan !!!
Malaysia Boleh !!!

Baca selengkapnya

Malaysia Disenarai Penduduk Paling Biadab


READER’s Digest sekali lagi meletakkan kita sebagai negara yang penduduknya paling biadab di dunia. Enam tahun lalu kita diletakkan oleh majalah berkenaan di tangga ke-33. Kali ini pun masih di tangga yang sama daripada 34 negara yang disenaraikan.

Bagi sesetengah daripada kita, kajian dan penyelidikan daripada majalah ataupun agensi dalam dan luar negara, kita selalunya mengambil sikap tidak ambil pusing kerana menganggap ia satu penyelidikan yang dibuat secara rambang dan tidak menyeluruh, maka kita tidak percaya dan sangsi dengan hasil kajian itu.

Bagaimanapun ada asas juga untuk melihat apa hasilnya, lebih-lebih lagi penemuan kajian berkenaan sememangnya ‘dekat’ dengan kita.

Kebiadapan itu dinilai melalui kes kemalangan jalan raya yang direkodkan oleh pihak polis menunjukkan sebanyak 20 peratus daripada 1.3 juta kes kemalangan setiap tahun di negara ini berpunca daripada sikap biadab di jalan raya.

Selain itu, rakyat kita merokok di zonlarangan merokok, menjawab telefon di dalam panggung wayang, lewat datang untuk temu janji, tidak mengucapkan “terima kasih” dan meninggalkan troli selepas membeli-belah di tempat meletak kereta begitu sahaja dan merempuh masuk ke dalam lif, tren dan bas sebelum penumpang keluar.

Memang banyak kebenarannya. Apa yang disenaraikan memang sering berlaku di depan mata kita dan sudah tentu sebagai rakyat Malaysia kita boleh menyenaraikan lebih banyak lagi perbuatan yang boleh dimasukkan dalam kategori biadab yang seolah-olah sudah menjadi ‘makan dan minum’ sebahagian daripada orang kita.

Kita semua sudah pasti melalui keadaan di mana apabila berbaris panjang untuk membayar barangan di kedai runcit atau pasar raya atau mendapatkan perkhidmatan, ada yang dengan muka selamba memotong masuk barisan tanpa rasa bersalah. Bagi yang bekerja di kaunter pembayaran pula akan menunjukkan ‘muka ketat’ apabila pembeli tidak ada wang kecil, seolah-olah pembeli telah melakukan ‘dosa besar’ kerana tidak membayar dengan wang kecil.

Dan sudah pastinya kebiadapan yang dimaksudkan itu akan lebih terserlah apabila melayari laman-laman sosial di alam maya. Kita boleh membaca ayat-ayat yang digunakan apabila membuat komen mengenai sesuatu isu terutamanya apabila ia membabitkan hal-hal politik. Dan tidak kurang pula dalam satu-satu isu yang tiada kaitan dengan isu politik pun, akhirnya dikaitkan dengan politik dan berlakulah pergaduhan siber.

Yang peliknya, orang kita boleh menghabiskan masa yang lama melayari laman sosial ini untuk bercakap hal-hal politik, tidak mengira waktu, entah masa bila mereka melakukan kerja-kerja ‘hakiki’ mereka.

Yang peliknya, orang kita boleh menghabiskan masa yang lama melayari laman sosial ini untuk bercakap hal-hal politik, tidak mengira waktu, entah masa bila mereka melakukan kerja-kerja ‘hakiki’ mereka.

Bagi saya apabila terlalu banyak politiking, semua perkara hendak dikaitkan dengan politik, membuatkan semua benda yang dibuat ada saja tidak kena dan dipandang tidak betul, akhirnya berbalah sesama kita, yang sudah pasti tidak membawa sebarang keuntungan selain mencari musuh. Ada yang hilang kawan, saudara-mara dan isteri! semuanya sebab terlalu banyak politiking.

Sikap biadab ini juga ditunjukkan oleh segelintir anak muda kita dalam himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka pada malam ambang merdeka yang lalu, yang bertindak memijak gambar pemimpin negara dan melondehkan seluar untuk menayangkan punggung dan mahu menukar bendera negara Jalur Gemilang dengan bendera baru. Ini belum lagi kita masukkan aksi-aksi biadab dalam demonstrasi-demonstrasi sebelum ini.

Dan kalau kita langsung tidak menganggap perlakuan sebegini sebagai biadab atau melampau, tentu ada yang sesuatu yang tidak kena dengan kita.

Jadi apabila negara ini diletakkan dalam kategori rakyatnya paling biadab walaupun bukan di tangga juara, kita sewajarnya melihat sendiri apa yang berlaku di sekeliling kita. Bukan terus mengatakan bahawa Reader’s Digest itu tidak cukup ‘digest’ dalam membuat kajiannya.

Adakah sebilangan dari kita mahu berterusan bersikap biadab dan mahu yang lain turut hidup dalam masyarakat yang dipenuhi oleh perlakuan biadab?

Kita sendiri amat takut dan malu apabila anak-anak kita dikata tidak tahu adab dan biadab. Jadi, sebenarnya ia bermula dari kita sendiri. Sewajarnyalah kitalah yang memberi contoh yang baik-baik kepada mereka. UTUSAN
Baca selengkapnya

30 May 2014

Kes 38 rogol dua pelajar: Tiga beranak turut direman

Pasir Mas: Tiga beranak adalah antara 14 suspek ditahan polis setakat ini, untuk siasatan kes dua pelajar yang didakwa dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki, dalam kejadian di Ketereh pada 20 Mei lalu. 

Suspek berusia 38 tahun itu bersama dua anak lelakinya masing-masing 15 dan 17 tahun, ditahan di Ketereh kelmarin, bagi membantu siasatan berhubung kejadian dan semua suspek kini direman seminggu. 

Terus buru suspek 

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Lai Yong Heng, berkata polis masih meneruskan operasi memburu individu lain, yang disyaki terbabit dalam kes itu. 

Dalam kejadian 20 Mei lalu, dua pelajar Tingkatan Tiga dirogol beramai-ramai oleh 38 lelaki dalamkejadian di sebuah rumah kosong di Ketereh, sehingga kemaluan mangsa cedera. 

Seorang rakan lelaki mangsa pula dipaksa menyaksikan perbuatan kejam itu oleh kumpulan lelaki berusia 20-an hingga 40-an terbabit. 

Mangsa tinggalkan rumah 
Sementara itu, gadis yang menjadi mangsa rogol 38 lelaki terbabit, sudah meninggalkan kediaman bersama keluarganya, sejurus keluar dari Hospital Kuala Krai, pada Isnin lalu. 

Mangsa yang dikatakan mengalami trauma teruk, menyebabkan keluarganya mengambil langkah meninggalkan rumah mereka di Kuala Krai, bagi mengelak diganggu mana-mana pihak. 

Malah, usaha pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ke hospital pada hari mangsa dirawat untuk menawarkan bantuan khidmat kaunseling kepada mereka sekeluarga, turut ditolak bapanya dengan alasan mahu menjaga sendiri mangsa. 

Sementara itu, dalam satu lagi kes rogol membabitkan mangsa berusia 12 tahun di Tawang, Bachok, pada Rabu minggu lalu, Yong Heng berkata, dua suspek sudah ditahan abang mangsa sebelum membelasah mereka. 

“Abang mangsa yang berang dengan kejadian rogol itu, menahan dua suspek terbabit di Tumpat dan Panji pada dua hari lalu sebelum membelasah mereka hingga cedera, menyebabkan seorang daripadanya masih dalam rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia. 

“Susulan kejadian itu, dua suspek terbabit kini disiasat polis mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. 

“Manakala abang mangsa yang berusia 20 tahun pula kini disiasat mengikut Seksyen 326 dan 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan,” katanya.

BERITA HARIAN
Baca selengkapnya

KEJAM : Budak perempuan dikelar hingga putus kepala

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan ditemui mati dalam keadaan kepalanya terpisah dari badan di tebing Sungai Klang berhampiran stesen komuter Jalan Hishamuddin, di sini, malam tadi.

Kanak-kanak yang berusia antara dua hingga tiga tahun itu ditemui orang awam kira-kira jam 9 malam dipercayai dikelar seorang lelaki warga asing yang sempat melarikan diri.


Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad, berkata mangsa dikatakan dibawa lari oleh suspek berkenaan dari sebuah pusat beli belah di Pudu Sentral ketika ditinggalkan bersama rakan ibunya.

"Polis sedang mengesan suspek yang melarikan diri sebaik menyedari tindakannya mengelar leher mangsa dilihat orang awam dan usaha mengesan lelaki warga asing berusia 30-an itu sedang giat dijalankan.

"Ibu bapa mangsa sudah dimaklumkan dan mereka sudah membuat pengecaman, namun belum disoal siasat berikutan keadaan ibunya yang hampir pengsan sebaik melihat keadaan anaknya," katanya.

Menurut Zainuddin, pemeriksaan di tempat kejadian menemui serpihan jubin berhampiran mayat namun belum dapat dipastikan sama ada ia digunakan untuk mengelar mangsa.

"Polis tidak menolak kemungkinan suspek menggunakan senjata tajam untuk mengelar leher mangsa berdasarkan kesan kelar berkenaan," katanya.
Motif sebenar kejadian itu belum dikenalpasti dan siasatan lanjut dijalankan mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan
Baca selengkapnya

29 May 2014

WAJIB TENGOK : Teknik Mengesan Makanan digoreng Campur Plastik


Sungguh memeranjatkan apabila mengetahui taktik mencampurkan plastik dalam minyak masakan yang popular di Indonesia ini sudah mula menular di Malaysia.

Sebelum ini, kita dikejutkan dengan pengakuan seorang peniaga ayam goreng rangup dari Indonesia yang telah membuat pengakuan mencampurkan plastik atau paket minyak itu sendiri ke dalam minyak masakannya untuk menghasilkan ayam goreng rangup dan tahan lebih lama.

Namun, ketidakjujuran ini akan mengakibatkan pelanggan mengalami masalah kesihatan terutama kepada organ dalaman.
                                   
Cara mengetahui samada ayam goreng atau goreng pisang dicampur plastik:

  1. Bawa bahan kajian anda balik ke rumah (ayam atau pisang dan sebagainya).
  2. Ambil mancis dan bakar ayam atau pisang tersebut.
  3. Sekiranya terhasil nyalaan, besar kemungkinan ayam atau pisang terbabit dicampur plastik.
  4. Segera laporkan kepada pihak berwajib untuk tindakan lanjut.

                                           

TONTON VIDEO BAGAIMANA AYAM GORENG RANGUP DIHASILKAN DI BAWAH.


Kira-kira 4 tahun lepas ada juga mendengar pasal pisang goreng yang garing dicampur dengan plastik. 
'SHARE' kepada keluarga atau rakan-rakan anda.
Baca selengkapnya

28 May 2014

Sultan Perak : Sultan Azlan Shah Mangkat

PETALING JAYA: Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada jam 1.30 tengah hari Rabu dan akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar, Khamis. 

Pengumuman itu dibuat Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.   Baginda yang telah memerintah Perak selama tiga dekad sejak ditabalkan pada 3 Februari 1984, akan disemayamkan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk penghormatan terakhir.  

"Penghormatan terakhir oleh pembesar-pembesar negeri akan dilakukan pada pukul 9 pagi Khamis, manakala bagi orang ramai pula antara pukul 11 pagi hingga 2 petang.  "Seterusnya, sultan-sultan, raja-raja dan pembesar negara asing boleh memberi penghormatan terakhir mulai pukul 2 petang hingga 3 petang," katanya menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 3.45 petang Rabu. 

Bagi menghormati istiadat pemakaman Almarhum baginda, Zambry berkata, kerajaan negeri Perak mengisytiharkan Khamis sebagai cuti umum di negeri berkenaan.  Beliau berkata, sepanjang tempoh berkabung selama 100 hari, bendera negeri akan dikibarkan separuh tiang bermula petang Rabu, manakala bendera Malaysia pula dikibarkan separuh tiang selama tujuh hari.  

"Sepanjang tempoh perkabungan tujuh hari tersebut, semua bentuk hiburan, keramaian dan perayaan adalah dibatalkan," katanya.  Zambry berkata, sesungguhnya seluruh rakyat di negeri Perak merasai kehilangan sultan yang dikasihi dan berjiwa rakyat.  

"Saya Dr Zambry bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan mewakili seluruh rakyat jelata negeri Perak Darul Ridzuan merafak sembah takziah dan mendoakan semoga roh Almarhum Tuanku dicucuri rahmat dan ditempatkan oleh Allah di kalangan para Anbiya, Syuhada dan Solihin," katanya dengan sebak. 

Baginda meninggalkan Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, seorang putera, Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah dan tiga puteri Raja Datuk Seri Azureen, Raja Datuk Seri Aleena dan Raja Datuk Seri Yong Sofia.  Anakanda ketiga baginda Raja Datuk Seri Ashman Shah mangkat pada 30 Mac 2012.

MSTAR
Baca selengkapnya

22 May 2014

Pelajar Tingkatan Dua Serah Mahkota Kepada Kekasih

HULU SELANGOR: Takut kekasih memutuskan hubungan, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun sanggup menyerahkan ‘mahkota’ dirinya kepada teman lelaki berusia 16 tahun, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa pelajar tingkatan dua sebuah sebuah sekolah menengah, di sini, dikatakan dibawa teman lelakinya itu iaitu pelajar tingkatan empat sekolah sama pulang ke rumahnya.

Menurut sumber, ketika dalam perjalanan berlaku pertengkaran menyebabkan teman lelaki mangsa mengugut untuk memutuskan hubungan mereka.

“Mangsa yang tidak mahu hubungan mereka berakhir cuba memujuk teman lelakinya sebelum mangsa dibawa pulang ke rumah teman lelakinya itu.

“Sebaik tiba di rumah, mangsa diajak masuk ke dalam bilik,” katanya.

Beliau berkata, mangsa hanya membiarkan teman lelakinya itu merogolnya.

Difahamkan, ketika kejadian ibu bapa pelajar lelaki itu tiada di rumah kerana keluar bekerja. Sumber berkata, mangsa dihantar pulang ke rumahnya sebelum keesokannya mangsa yang berasa tidak selesa menceritakan kejadian itu kepada rakan sekelasnya.

Berikutan itu, rakan mangsa yang ‘seronok’ mendengar pengakuan itu menceritakan semula kejadian itu kepada ibunya.

“Ibu rakan mangsa yang terkejut dengan cerita itu berjumpa ibu mangsa sebelum membuat laporan polis,” katanya.
Baca selengkapnya

POLIS : LARANGAN PENGGUNAAN CERMIN GELAP TIDAK RELEVAN

Ketua Penolong Pengarah Risikan, Operasi dan Rekod, Pasukan Polis Diraja Malaysia, PDRM Bukit Aman, Datuk Abdul Manaf Abdul Razak berkata, penggunaan cermin gelap bukan faktor melonjakkan kadar jenayah di Malaysia.


Malah PDRM tidak mempunyai statistik menunjukkan penjenayah menggunakan cermin gelap untuk melakukan kegiatan melanggari undang-undang. Tambah Manaf, pemakaian cermin gelap pada kenderaan, mengurangkan kes pecah cermin kereta.

Terima kasih datuk kerana bersuara untuk kepentingan rakyat, biarpun datuk bukan seorang ahli politik.


Berikutan itu Jabatan Pengangkutan Jalan bersama beberapa agensi penguat kuasa  lain akan bermesyuarat untuk meminda peraturan cermin gelap agar lebih praktikal.


Justeru, operasi besar-besaran untuk membanteras kenderaan bercermin gelap, diumumkan bermula pada 15 Jun ini harus ditangguhkan. Jangan menyaman pengguna jalanraya, RM300. Tunggu pindaan dibuat dan diimplementasikan  terlebih dahulu.

Lebih penting lagi, sebelun peraturan diaplikasikan kepada rakyat marhaen, SEMUA kakitangan pihak berkuasa tidak berhak menggunakan cermin gelap WAJIB mematuhi peraturan sama. 

Usah melaksanakan peraturan atau undang-undang secara selektif.

Baca selengkapnya

21 May 2014

KOS PASANGAN PANDA : Berapa Kos yang Ditanggung Malaysia


KUALA LUMPUR: Di sebalik ketibaan kedua panda Fu Wa dan Feng Yi ke Malaysia, pasangan panda atas dasar setiakawan serta pinjaman, ia turut membabitkan kos kepada Malaysia.

Untuk tempoh 10 tahun, Malaysia perlu membayar kepada China sekitar RM3 juta kepada China setiap tahun untuk membela haiwan berkenaan.

Perkara itu sepertimana dipersetujui dalam Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi yang ditandatangani antara Malaysia dan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China pada 15 Jun 2012.

Untuk menempatkan pasangan panda, dianggarkan RM25 juta dibelanjakan untuk membina kompleks panda gergasi di Zoo Negara melibatkan kawasan eksibit khas berkeluasan 1.6 hektar.

Sejumlah RM15 juta ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) manakala bakinya oleh kerajaan.

Kos penjagaan panda oleh Zoo Negara pula dianggarkan RM1.5 juta setahun.

Sekiranya kedua panda membiak, Malaysia perlu membayar China sebanyak RM2 juta dan hanya boleh menyimpan bayi panda itu untuk tempoh 2 tahun.

Kesediaan kerajaan China meminjamkan beruang panda itu disifat sebagai simbol keakraban hubungan kedua negara yang bakal meraikan ulang tahun ke-40 jalinan diplomatik sejak 1974.

Bantahan pinjaman

Dalam keterujaan menyambut panda ke Malaysia, ada pihak yang membantah tindakan haiwan terancam itu dipinjamkan ke Malaysia.

Tabung Alam Sedunia (WWF) Malaysia berpendapat keutamaan perlu diberikan memastikan survival haiwan itu di habitat liar.

Melainkan hasil perjanjian itu membawa pulangan positif kepada pemuliharaan panda dan hidupan liar, WWF melihat ia sebagai satu pembaziran kos.

Ini kerana kos RM3 juta setahun untuk membiayai kedua panda itu dilihat lebih baik digunakan untuk program pemuliharaan haiwan lain khususnya haiwan terancam di malaysia seperti harimau, penyu, orang utan dan badak Sumatra.

Bakal tarik pelancong

Namun jika dilihat skop lebih luas dahulunya Zoo Negara sepi sahaja kini dengan kehadiran panda, ia bakal menarik lebih ramai lagi pelancong.

Kejayaan zoo lain yang mempunyai panda membuktikan haiwan itu merupakan daya tarikan yang cukup memberangsangkan.

Daripada 300 ekor panda gergasi di dalam kurungan, lebih kurang 250 ekor di China manakala 47 ekor di negara-negara lain.

Menurut laporan The Guardian, Zoo Edinburgh berjaya memecah rekod pengunjung dengan kehadiran panda Tian Tian dan Yang Guang.

Pemiliknya Royal Zoological Society Of Scotland mendedahkan pulangan keuntungan zoo telah meningkat lebih daripada RM27 juta kepada RM81 juta pada tahun 2012.

Kedatangan pengunjung meningkat mendadak 51% dengan kehadiran panda pada 2011.

Zoo berkenaan yang mengalami defisit RM6.5 juta mencatatkan pulangan lebihan RM13 juta tahun lepas selepas ketibaan panda.

Menurut laporan itu, penjualan tiket dan barangan cenderamata sahaja mampu menampung kos menyimpan panda.

Selain itu, orang ramai juga dapat memahami hidupan liar dan belajar untuk memulihara mereka.


ASTRO AWANI
Baca selengkapnya