30 Jun 2014

Sedia Sekat Laman Sosial baibtkan aktiviti Militan - SKMM

KUALA LUMPUR 29 Jun - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersedia membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari segi teknikal mahupun forensik bagi menyekat penggunaan laman sosial membabitkan aktiviti militan.

Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaannya, Zulkarnain Mohd Yasin berkata, bagaimanapun penglibatan pihaknya dalam memantau serta menyekat kegiatan itu hanya dapat dilakukan dengan persetujuan polis kerana tertakluk di bawah bidang kuasa polis.

“Aktiviti militan atau pengganas boleh disiasat mengikut Seksyen 130 Kanun Keseksaan. Namun, setakat ini, SKMM belum menerima sebarang permohonan sekatan laman web daripada pihak polis mahupun Jabatan Agama Islam berkaitan perkara ini," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar pada Jumaat lepas tentang keterbukaan militan Malaysia di Syria berkongsi pengalaman berjihad di negara itu dalam laman sosial kebelakangan ini.

Bagaimanapun Zulkarnain menegaskan, penyekatan itu terhad kerana setiap laman sosial seperti Facebook dan YouTube mempunyai terma dan syarat penggunaan tersendiri.

“Kandungan yang dimuat naik melalui Facebook atau YouTube tidak boleh disekat keseluruhannya kerana boleh menjejaskan keseluruhan kandungan lain yang terdapat dalam laman web tersebut untuk pengguna yang lain," katanya.

Namun begitu, tindakan tegas boleh diambil oleh pihak pentadbir laman media sosial terhadap pemilik akaun yang memuat naik kandungan yang berunsur militan.

Justeru, orang ramai juga digalakkan untuk melapor terus kepada Facebook dan YouTube bagi akaun media sosial yang melanggar syarat dan terma penggunaannya.

Jumaat lepas, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dipetik sebagai berkata, polis sedang menjejaki laman-laman web dan blog yang mempromosikan pergerakan jihad palsu dan militan kepada umum.

Menurutnya, polis akan memantau ketat laman-laman web itu terutama media sosial yang digunakan untuk merekrut anggota-anggota militan ke Syria dan Iraq
BERNAMA -djkupang.com

Bagikan

Jangan lewatkan

Sedia Sekat Laman Sosial baibtkan aktiviti Militan - SKMM
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"