Perkongsian : Manfaat Seuncang Teh
Rahsia lagi kalau teh punya segudang manfaat bagi tubuh. Bahkan, kita bisa mendapatkan efek positif tersebut tanpa meminumnya. Contohnya, nih, hanya dengan menghirup aroma teh hangat, kita bisa merasa lebih tenang. Mau tahu manfaat lainnya? Ini beberapa di antaranya…
Teh bukan sahaja sedap di minum, malah ia juga salah satu minuman yang mampu menenangkan fikiran individu yang menikmati kesedapan dan aroma teh yang sangat harum.
Bukan itu sahaja, pelbagai manfaat yang ada pada secawan teh jadi jom ketahui apakah kebaikan yang ada dalam teh.
1) MENYIHATKAN RAMBUT
Bancuh teh hijau selama 20 minit, kemudian biarkan sehingga ia sejuk. Sebelum keramas rambut, bilas rambut menggunakan air bancuhan teh yang sejuk, urut lembut kulit kepala selama beberapa minit. Lalu biarkan air teh tersebut meresap di rambut. Akhir sekali syampu rambut seperti biasa. Amalan ini sangat bagus untuk mengurangkan masalah kelimumur dan rambut gugur.
2) MELEMBAPKAN BIBIR
Rendam teh uncang dengan air panas, lalu tempelkan uncang tersebut di bibir selama 10 minit. Kandungan teh uncang ini mampu mengekalkan kelembapan serta mengelakkan masalah bibir pecah.
3) MENGHILANGKAN BAU KAKI
Jangan terkejut, teh uncang bukan sahaja dapat menyerap bau kurang enak dalam kasut. Malah, ia juga boleh menghilangkan bau kaki. Caranya mudah sahaja, rendamkan teh uncang dengan menggunakan air suam, kemudian rendamkan kaki sekurang-kurangnya 30 minit. Ini kerana, kandungan dalam teh uncang boleh membunuh bakteria yang menyebabkan bau kurang enak di kaki.
4) MENGUBATI JERAWAT
Tempelkan teh uncang yang telah di rendamkan di dalam air panas di bahagian bermasalah. Biarkan selama 10 minit. Akhir sekali, jangan bilas untuk dapatkan hasil yang maksima. Lakukan tiga kali seminggu.
5) MENGHILANGKAN KESAN KULIT TERBAKAR
Mempunyai kulit terbakar memang sesuatu yang tidak menyeronokkan, tetapi jangan risau, dengan celupkan teh uncang di dalam air panas kemudian sejukkan ia di peti sejuk selama 30 minit. Tempelkan uncang tersebut di kulit yang terbakar selama 10 minit.
Karangkraf -djkupang.com
Karangkraf -djkupang.com
Bagikan
Perkongsian : Manfaat Seuncang Teh yang Patut Anda Tahu
4/
5
Oleh
admin
"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"