15 Jun 2014

Kerajaan Tidak Kompromi dengan Anggota Tentera terbabit Jenayah dan Militan

KUALA LUMPUR: Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana anggota tentera yang didapati terbabit dalam jenayah atau kumpulan militan. 

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri, berkata kerajaan tidak akan berkompromi terhadap anggota pasukan keselamatan yang terbabit dalam jenayah yang jelas boleh mengancam keselamatan negara. 

"Institusi ketenteraan adalah tunggak pertahanan dan keselamatan negara, saya minta semua pegawai dan anggota meningkatkan khidmat profesionalisme ke tahap tertinggi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Tentera ke-49 di Kem Sungai Buloh, dekat sini, hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang penahanan seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Sandakan, Sabah dua hari lalu selepas disyaki terbabit dalam kegiatan militan. 

"Kes ini masih dalam siasatan pihak polis... kenal pasti jenis kesalahan yang dilakukan dan sekiranya ada baru pihak kementerian melalui TLDM akan ambil tindakan selanjutnya," katanya. 

Abdul Rahim meminta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meningkatkan pemantauan terhadap pegawai dan anggota ketiga-tiga cabang perkhidmatannya bagi mengelakkan mereka terbabit dalam perbuatan jenayah atau terbabit dalam kumpulan militan. 

Beliau berkata, meskipun keupayaan perisikan Polis Diraja Malaysia terutamanya dalam menangani kegiatan militan tidak boleh dipertikaikan, namun ATM sendiri perlu memantau pegawai dan anggotanya. 
"Risikan yang dimiliki polis mencukupi untuk membuat pemantauan terhadap kegiatan militan, tetapi kita juga minta setiap perkhidmatan pantau anggota masing-masing sama ada terbabit dengan masalah disiplin dan tingkah laku yang tidak bersesuaian,” katanya. - BERNAMA

Bagikan

Jangan lewatkan

Kerajaan Tidak Kompromi dengan Anggota Tentera terbabit Jenayah dan Militan
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"