Showing posts with label Isu Sabah. Show all posts
Showing posts with label Isu Sabah. Show all posts

30 Aug 2014

PUNCA SEBENAR KOMEN "USTAZAH HINA SABAH" MENJADI VIRAL DI LAMAN SOSIAL

Punca Sebenar Komen Ustazah jadi Viral di Sabah




Pada minggu lepas kita dikejutkan dengan KOMEN daripada seorang Ustazah yang dikatakan memperlekehkan guru di negeri Sabah. Namun sebenarnya Komen itu bukanlah terkeluar disebabkan ayat  WHAT'S IN YOUR MIND ? yang biasa kita nampak bila buka FB.

(Gambar Bawah) Guru tersebut  dipanggil untuk penjelasan tentang kejadian tersebut.


GAMBAR DI BAWAH INI PULA YANG MENJADI VIRAL DI LAMAN SOSIAL PADA MINGGU LEPAS



SEMENTARA GAMBAR YANG TERAKHIR INI MUNGKIN ADA YANG TIDAK TAHU DAN SEBENTAR TADI POS INI TERSEBUT SUDAH KELIHATAN DI WALL "TUANNYA"

Djkupang Anak Sabah
Bukan semua guru dari MALAYA begitu
Saya yakin guru-guru lain yang dari semenanjung juga TIDAK BERSETUJU dengan komen Ustazah apatah lagi warga Sabah. Namun begitu kita semua bukanlah orang sempurna cuma masih "bernasib baik" kerana belum sampai masa kita melakukan kesilapan kemudian dicaci dan dimaki hamun.

Tulisan ini adalah pendapat peribadi penulis selepas membuat pencarian dan tujuan hanya mau berkongsi kepada semua. Jika terdapat maklumat KURANG TEPAT atau TIDAK BENAR Sila tegur dan betulkan. 

SOALAN BONUS :  Bila Negeri Sabah Merdeka ?
Baca selengkapnya

17 Jul 2014

Alhabsi Misaya, Pemimpin ABU SAYYAF rakam Tebusan Dipenggal Kepala

Maklumat terperinci mengenai Alhabsi Misaya, Pemimpin ABU SAYYAF 


PETALING JAYA: Maklumat terperinci mengenai Alhabsi Misaya, pemimpin Abu Sayyaf terkenal yang dikatakan menahan seorang anggota polis marin, Konstabel Zakia Aleip sebagai tebusan di selatan Filipina, mula tersebar.

Alhabsi adalah salah seorang lelaki bersenjata yang bertanggungjawab memenggal kepala tujuh pekerja kilang di Jolo, selatan Filipina pada 2007, seperti yang didedahkan dalam satu video secara talian.

Klip video berdurasi 14 minit itu direkodkan oleh Alhabsi sendiri, memperlihatkan sekumpulan lelaki membawa tebusan ke beberapa kawasan berbeza di dalam hutan sebelum bertindak kejam ke atas mereka.

Muka tebusan pertama dibiarkan tunduk dan kepalanya ditarik oleh salah seorang lelaki bersenjata sebelum dipenggal menggunakan sebilah pisau.

Beberapa orang tebusan kemudian dibawa ke kawasan yang terletak berberapa ratus meter sebelum menerima nasib yang sama.

Alhabsi dilihat ketawa kecil semasa tebusan diperlakukan seperti binatang.

Rakaman itu memperlihatkan pembunuhan kejam setiap pekerja secara terperinci dan pada satu ketika, Alhabsi memfokuskan secara dekat ke arah kepala yang dipenggal.

Kemudian, dia memfokuskan kamera ke arahnya sekaligus memperlihatkan wajahnya dengan jelas bahawa dia adalah lelaki yang dikenal pasti oleh pasukan perisikan Malaysia dan Filipina sebagai salah seorang pemimpin Abu Sayyaf.

Di akhir rakaman, lelaki bersenjata mendekati tebusan yang tinggal dan mengikat tangannya sambil bertanya beberapa soalan.

Tebusan itu kemudiannya dibawa masuk ke dalam hutan tetapi nasibnya tidak diketahui kerana rakaman tiba-tiba terhenti.

Kli video bertajuk 'Seven innocent people in Jolo, Sulu beheaded by Abu Sayyaf group' dimuat naik ke laman You Tube oleh Raymond Penny pada Julai tahun lalu dan ditonton lebih 5,000 orang setakat ini.

Tebusan tersebut yang bekerja di kilang papan lapis berdekatan, diculik dan kepala mereka dipenggal selepas syarikat tersebut enggan membayar wang peras ugut kepada Abu Sayyaf bagi menjalankan aktiviti pembalakan di kawasan tersebut.

Nama Alhabsi, ahli junior di dalam kumpulan tersebut, meningkat naik selepas melakukan beberapa penculikan di pantai timur Sabah yang membabitkan wang tebusan bernilai jutaan pesos. mstar online
Baca selengkapnya

Berita Sabah : Anggota Keselamatan Waspada Tangani Sebarang Ancaman Kumpulan Bersenjata Sulu

Anggota Keselamatan Waspada Tangani Sebarang Ancaman Kumpulan Bersenjata Sulu 

KOTA KINABALU: Pasukan keselamatan Malaysia berada dalam keadaan waspada bagi menangani sebarang kemungkinan berlakunya serangan yang dilancarkan oleh kumpulan bersenjata Sulu di Sabah.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata pasukan keselamatan kini bersiap sedia untuk menangani apa jua keadaan.


"Pada masa sama, rakyat Sabah sepatutnya tidak mengendahkan khabar angin yang tersebar bertujuan untuk mencetuskan kebimbangan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.


Jalaluddin berkata situasi di Sabah terutamanya dalam Zon Keselamatan Timur Sabah (Esszone), adalah aman dan terkawal.


Kenyataan itu dibuat berikutan surat yang dihantar kepada anggota keselamatan di pantai timur Sabah yang tersebar menerusi aplikasi WhatsApp.


Surat tersebut memaklumkan anggota keselamatan supaya berwaspada susulan laporan sekurang-kurangnya dua kumpulan bersenjata Sulu sedang berusaha untuk memasuki Sabah.


Satu lagi, mesej WhatsApp yang diedarkan secara meluas menyatakan bahawa seramai 17,000 lelaki bersenjata Sulu sudah berada di Sabah dan bersedia untuk melancarkan serangan. -mstar Online
Baca selengkapnya

17 Jun 2014

KES SABAH : PDRM, ATM DIMINTA PANTAU ANGGOTA SENDIRI ELAK JADI TALI BARUT MILITAN

KUALA LUMPUR, (17 Jun)– Kementerian Dalam Negeri meminta Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia dengan bantuan agensi-agensi perisikan peringkat antarabangsa memantau anggota masing-masing bagi mengelak wujudnya tali barut militan.

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ini kerana ‘orang dalam’ yang menjadi tali barut dikhuatiri menyalurkan maklumat risikan bagi aktiviti militan.

“Contoh kes terbaharu penangkapan seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Sandakan, Sabah yang disyaki terbabit dalam kegiatan militan.

“Ketika insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah seorang anggota polis Cawangan Khas ditangkap kerana dipercayai memberi maklumat dalaman,” katanya selepas program Ruang Bicara Bernama TV bertajuk ‘Cabaran Keselamatan Negara’ di Wisma Bernama di sini, Isnin malam.

Ahmad Zahid berkata pemantauan dan risikan dalam kalangan anggota pasukan keselamatan bertujuan mengelakkan kemungkinan adanya ‘musuh dalam selimut’.

Mengulas mengenai kadar jenayah terancang, beliau berkata terdapat penurunan antara 10 hingga 12.3 peratus, malah tahap keyakinan masyarakat terhadap polis juga meningkat kepada 19 peratus berdasarkan kajian syarikat perunding global Frost & Sullivan.

“Bagaimanapun pasukan keselamatan masih menghadapi kekangan dari segi anggota dan aset. Contohnya, di negara maju seorang anggota polis menjaga kira-kira 350 individu tetapi di negara ini secara puratanya seorang anggota polis menjaga kira-kira 3,600 orang penduduk,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata tugas membanteras jenayah dapat dilaksanakan jika masyarakat bekerjasama dan menganggotai badan-badan sukarela seperti Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), program kepolisan masyarakat, Askar Wataniah dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).—BERNAMA
Baca selengkapnya

20 May 2014

PPM Patahkan Cubaan seludup 4,000 Bungkus Rokok

LAHAD DATU: Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu menerusi Ops Gelora berjaya menumpaskan cubaan  menyeludup masuk sebanyak 4,000 bungkus rokok.

Rokok seludup jenis Astro merah dan hijau itu dianggarkan bernilai RM28,000. PPM juga menahan dua lelaki warga asing yang dipercayai terlibat dalam kegiatan itu, di perairan laut Sahabat 16, dekat sini awal pagi kelmarin.

Turut dirampas dalam operasi itu ialah sebuah bot laju, sebuah enjin pam bot dengan keupayaan 13 kuasa kuda (HP) dan sebuah lagi enjin dengan keupayaan 40HP, yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM17,000 yang digunakan untuk membawa muatan rokok seludup.

Timbalan Komander Pasukan Polis Marin PDRM Wilayah 4 Sabah, Superintenden Rosman Ismail dalam satu sidang media di Pangkalan Polis Marin Lahad Datu berkata, kehadiran bot itu dikesan pada jam 1.47 pagi semasa pasukan anggota PPM yang menggunakan botronda PA7 membuat rondaan Ops Gelora di kawasan perairan berkenaan.

“Ketika rondaan dijalankan, pasukan kita mengesan kehadiran sebuah bot yang mencurigakan menuju ke pantai Kampung Pangkalan Sahabat 16.

“Sebaik menyedari kehadiran PPM, kedua suspek terbabit cuba melarikan diri, bagaimanapun berjaya ditahan,”katanya sambil menambah, hasil pemeriksaan yang dijalankan dalam bot itu anggotanya menemui rokok-rokok yang dipercayai cuba diseludup masuk untuk pasaran di Sabah.

Katanya, siasatan awal juga mendapati kedua-dua suspek itu tidak mempunyai sebarang dokumen keterangan diri dan mereka juga mengaku sebagai warga Filipina.

Sehubungan itu, semua rampasan dan tangkapan dibawa balik ke Pangkalan Polis Marin Lahad Datu untuk tindakan lanjut.

Rosman berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967.

Katanya, sepanjang Januari hingga April tahun ini, PPM Wilayah Sabah berjaya menghasilkan sebanyak 351 kes tangkapan dengan melibatkan nilai rampasan sebanyak RM4,379,340.12 berbanding hanya 148 kes 
tangkapan bagi tempoh sama tahun lalu dengan melibatkan rampasan sebanyak RM1,728,283.66.

Bagi tangkapan di bawah Akta Kastam untuk tempoh Januari hingga April tahun ini juga katanya, PPM Wilayah Sabah berjaya menghasilkan 53 kes tangkapan melibatkan nilai rampasan sebanyak RM2,594,748 berbanding hanya 30 bagi tempoh sama tahun lalu dengan nilai rampasan sebanyak RM839,591.64.

“Pasukan PPM Lahad Datu telah melancarkan Op Gelora 01/2014 untuk membanteras aktiviti penyeludupan sama ada dari aspek penyeludupan manusia atau barangan pelbagai jenis yang menyalahi undang-undang.

“Sehubungan itu, kita amat mengalu-alukan orang ramai bagi menyalurkan maklumat mengenai aktiviti penyeludupan yang berlaku di sekeliling dalam usaha mencegah dan membanteras kegiatan ini,” katanya.

Baca selengkapnya

12 May 2014

483 PENDATANG TANPA IZIN DITAHAN DI LIMA KAMPUNG PESISIR PANTAI SEMPORNA

LAHAD DATU, (12 Mei) — Seramai 483 orang dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) yang majoritinya warga Filipina ditahan dalam Ops Gasak 8 yang diselaraskan oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di lima kampung pesisir pantai berhampiran pekan Semporna semalam.

Pengarah Bahagian Pertahanan ESSCOM, Mejar Jen. Datuk Masrani Paiman berkata kesemua mereka termasuk 221 wanita yang tidak memiliki dokumen sah itu telah diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

Baca selengkapnya

Polis percaya mangsa culik Pulau Baik masih hidup


KOTA KINABALU: Polis percaya pengurus syarikat ternakan ikan yang diculik di Pulau Baik, Lahad Datu pada Selasa lepas masih hidup.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata setakat ini tiada tangkapan baharu dilakukan dan polis memberi jaminan akan menyelesaikan kes itu.

“Saya ingin yakinkan bahawa pihak polis akan memastikan keselamatan Sabah terjamin dan apa yang berlaku adalah kes terpencil (penyeludup minyak) dan penculikan yang berlaku baru-baru ini di Pulau Baik.

“Ada yang menganggap keselamatan Sabah terancam adalah tidak betul kerana kita bertindak cepat,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Terdahulu beliau menghadiri kejohanan golf bersama Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin sempena peringatan Hari Polis ke-207 Kontinjen Sabah yang disertai 104 pemain dekat sini.

Kelmarin, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin dilaporkan berkata polis tidak menerima sebarang permintaan wang tebusan daripada sekumpulan lelaki yang menculik pengurus syarikat itu.

Setakat ini, polis juga masih menyiasat motif sebenar kejadian culik itu.
Dalam kejadian Selasa lepas, lima lelaki bersenjata menculik Yang Zai Lin, 34, yang berasal dari Guangzhou, China kira-kira jam 2.45 pagi.

Sebulan yang lepas, seorang pelancong wanita rakyat China dan seorang pekerja resort rakyat Filipina diculik oleh sekumpulan lelaki di sebuah resort di Semporna. — Bernama
Baca selengkapnya

11 May 2014

TLDM tambah aset perkukuh keselamatan di perairan Sabah

KUALA LUMPUR: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menambah aset dan logistik ketenteraan bagi memperkukuh kawalan keselamatan di perairan Sabah ekoran insiden penculikan. 

Penambahan itu antaranya merupakan pertambahan penempatan sistem 'sea-basing' iaitu penempatan bot pemintas, anggota dan pegawai serta pangkalan kecil TLDM di tengah laut. 

Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, berkata pihaknya telah mengemukakan cadangan kepada kerajaan dan perkara itu dijangka diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam tempoh terdekat. 

"Sistem sea-basing akan ditempatkan di kawasan strategik yang berpotensi berlaku penculikan serta bagi menghalang mana-mana pencerobohan. 

"Kita telah mempunyai aset tersebut cuma kurang strategik. Sea-basing merupakan penempatan bot-bot pemintas di tengah lautan yang berkeupayaan bertindak diluar jangkauan dengan tempoh yang cepat," katanya kepada pemberita sempena Hari Inovasi TLDM, di Kementerian Pertahanan di sini hari ini. 

Pada 6 Mei lepas, di Pulau Baik, Lahad Datu, lima lelaki bersenjata, dipercayai jenis M16, menculik Yang Zai Lin, 34, dari Guangzhao, China yang bekerja sebagai pengurus pusat penternakan ikan milik syarikat Wonderful Terrace Sdn Bhd, milik warga China dari Hong Kong. 

Penculikan itu merupakan kes kedua selepas insiden pertama pada 2 April lepas, apabila sekumpulan tujuh lelaki bersenjata menceroboh sebuah resot di Pulau Singgahmata dan melarikan dua wanita iaitu pelancong warga China, Gao Hua Yuan, 29, dan seorang pekerja resort warga Filipina, Marcy Dayawan, 40. 

Kedua-dua mereka masih menjadi tebusan dan penculik dilapor menuntut wang tebusan berjumlah RM36.4 juta. 

Dua insiden itu menimbulkan persoalan terhadap kawalan keselamatan setelah penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) pada tahun lepas sebagai perisai di Pantai Timur Sabah berikutan insiden pencerobohan sekumpulan militan bersenjata dari Selatan Filipina ke Lahad Datu pada 12 Februari 2013. 

Pencerobohan itu menyaksikan 10 anggota pasukan keselamatan negara terkorban dan dalam gerakan ofensif Op Daulat pasukan keselamatan menembak mati 68 pengganas serta 173 orang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dan 443 lagi atas pelbagai kesalahan lain. - BERNAMA 

Sumber : Berita Harian
Baca selengkapnya

9 May 2014

Status terakhir mangsa di FB Timbulkan Tanda Tanya Kepada Keluarga Mangsa

Assalammuaalaikum W.B.T dan Salam Perpaduan kepada semua. Terlebih dahulu bagi ayng beragama Islam marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada allahyarhamah HASRINA CHEE.

Apa yang ingin saya kongsikan di sini adalah sekadar perkongsian mungkin ada yang boleh membantu kepada keluarga mangsa. Petang tadi ada perbualan di antara Makciknya (Adik kepada bapa arwah) dengan sahabat saya berkaitan dengan updated status di facebook arwah yang kali terakhir pada jam 9.42 malam. Saya kongsikan kepada anda gambar yang diterima daripada makciknya (Saya sudah edit sikit)


Menurut makciknya dia dimaklumkan oleh rakan arwah tentang hal ini. Persoalan yang timbul adalah siapa Gulam Larkins ? Adakah individu ini yang menjadi penyebab ? 


Kotak berwarna merah itu adalah mesej daripada makciknya sementara yang berwarna biru itu pula adalah antara updated statusnya di FB.

MOHON kepada sahabat dan rakan -rakan arwah supaya dapat memberitahu kepada keluarganya jika ada apa-apa maklumat yang kamu tahu. Tak perlu bagitahu kami terus kepada keluarganya.

Baca selengkapnya

Kumpulan penculik boleh bertutur bahasa Melayu dengan lancar


Kumpulan penculik boleh bertutur bahasa Melayu dengan lancar

LAHAD DATU: “Mereka (kumpulan penculik) boleh bertutur menggunakan bahasa Melayu dengan lancar,”… demikian kata Nus,22, yang merupakan salah seorang pekerja di Syarikat Wonderful Sdn. Bhd. di Pulau Baik (Pulau Babi), Silam.

Nus memberitahu, beberapa suspek penculik terbabit bercakap dalam bahasa Melayu ketika ingin mengetahui lokasi pengurus mereka.

Katanya, perkara itu diceritakan oleh seorang rakannya yang telah dibawa penculik sebelum dilepaskan, yang mendakwa suspek boleh berbahasa Melayu dengan baik.

“Sewaktu menanyakan di mana bilik pengurus iaitu Yang Zai Lin, 34, rakan saya mendakwa mereka (suspek) bercakap dalam bahasa Melayu dengan lancar dan mudah untuk difahami,” katanya kepada pemberita ketika ditemui berhampiran kawasan perairan di pusat ternakan ikan itu, di sini, kelmarin.

Kelmarin beberapa pengamal media berpeluang membuat tinjauan di sekitar pusat ternakan itu dengan menaiki bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Bagaimanapun kata Nus, sewaktu kejadian dia sedang tidur selepas tamat kerja pada lewat petang dan hanya mengetahui mengenai kejadian itu pada kira-kira pukul 5 pagi.

Beliau berkata, pengurus mereka yang dilarikan suspek juga mempunyai perwatakan menarik, baik dan sentiasa menghormati para pekerja.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 pagi Selasa itu, Lima lelaki bersenjata menculik seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar Syarikat Wonderful Sdn.Bhd., Yang Zai Lin, 34, berasal dari Guangzhao, China di Pulau Baik yang terletak kira-kira 23 kilometer dari pekan Lahad Datu. 

Sumber : SABAHTIMES
Baca selengkapnya

6 May 2014

SABAH : Perintah Berkurung diumumkan

KOTA KINABALU: Susulan kejadian penculikan oleh kumpulan bersenjata di Sabah, satu perintah berkurung di kawasan tertentu telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri tersebut.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mengumumkan perkara berkenaan selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar Jawatankuasa Keselamatan Negeri Sabah (JKNN) hari ini.

Musa berkata, tidak ada pergerakan dibenarkan di kawasan perintah berkurung dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan meneliti secara mendalam pelaksanaan ini.

"Melaksanakan Curfew Area di kawasan berisiko di mana tidak ada pergerakan dibenarkan dan PDRM akan meneliti secara mendalam pelaksanaan ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain perintah berkurung, kerajaan Sabah juga menubuhkan kawasan kawalan yang menghadkan kemasukan mengikut masa, tempat dan keadaan tertentu.

"Tindakan drastik akan diambil dengan melaksanakan Control Area iaitu menghadkan kemasukan mengikut masa, tempat dan keadaan.

"Sesiapa yang memasuki kawasan kawalan perlu mendapat kebenaran dan permit daripada PDRM," katanya.

Kerajaan Sabah akan melaksanakan sembilan langkah utama untuk memastikan meningkatkan kawalan keselamatan di negeri tersebut.

  • Tindakan drastik akan diambil dengan melaksanakan Control Area iaitu menghadkan kemasukan mengikut masa, tempat dan keadaan. Sesiapa yang memasuki kawasan kawalan perlu mendapat kebenaran dan permit daripada PDRM. PDRM akan memberi perincian mengenai pelaksanaan Kawasan Kawalan ini.
  • Mewujudkan pangkalan hadapan atau Forward Base  di kawasan strategik untuk memantau keselamatan perairan Sabah.
  • Melaksanakan Kawasan Perintah Berkurung di kawasan berisiko di mana tidak ada pergerakan dibenarkan dan PDRM akan meneliti secara mendalam pelaksanaan ini.
  • Langkah jangka pendek, sederhana dan panjang akan dilaksanakan termasuklah membuat penyesuaian kepada organisasi, perjawatan dan pengisian pegawai dan anggota ESSCOM, mewujudkan radar berkeupayaan tinggi.
  • Meningkatkan keupayaan pasukan-pasukan keselamatan khususnya dari segi logistik seperti jumlah bot laju (Speed Boat) berkeupayaan tinggi di kawasan berisiko tinggi.
  • Mengukuhkan pelaksanaan gerak saraf dan  perang saraf untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan rakyat untuk menjadi barisan pertahanan di ESSCOM.
  • Memperbaiki segera saluran dan Standard Operating Procedure (SOP) komunikasi ESSCOM supaya maklumat segera  disalurkan dengan pantas kepada semua agensi keselamatan di lapangan.
  • Menguatkuasakan Designated Route dengan segera di kawasan-kawasan yang berisiko di mana pergerakan bot dan kapal mesti mengikut laluan yang dibenarkan sahaja.
  • Meningkatkan keupayaan logistik seperti mewujudkan sokongan logistik melalui konsep kapal induk untuk menjadi hab atau pelantar bagi pengisian minyak oleh bot laju tanpa perlu balik ke daratan yang mengambil masa dan kos.
Astro Awani

Baca selengkapnya

Kes Penculikan Terbaru Di Lahad Datu Ancaman Membimbangkan - Ketua Menteri Sabah

KOTA KINABALU, 6 Mei (Bernama) -- Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata kes penculikan terbaru melibatkan seorang pengurus sebuah syarikat pusat penternakan ikan di Pulau Baik, Lahad Datu adalah satu ancaman keselamatan membimbangkan.

Musa yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri (JKKN) berkata kejadian penculikan itu adalah serius dan perlu dibanteras secara habis-habisan.

"JKKN Sabah telah memberi perhatian serius dan usaha bersepadu akan dijalankan bagi mempertingkat lagi kawalan keselamatan terutama di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone)," katanya dalam kenyataan di sini hari Selasa.

Kira-kira pukul 2.45 pagi tadi, lima lelaki bersenjata, dipercayai jenis M16, menculik Yang Zai Lin, 34, dari Guangzhou, China yang telah bekerja selama tiga tahun di syarikat Wonderful Terrace Sdn Bhd, milik warga China dari Hongkong.

Sehubungan itu, Musa berkata langkah drastik akan diambil bagi membendung ancaman itu termasuk melaksanakan Kawasan Kawalan yang akan mengehadkan kemasukan mengikut masa, tempat dan keadaan dan sesiapa ingin memasuki kawasan itu perlu mendapat permit daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya JKKN juga akan mewujudkan pangkalan hadapan di kawasan strategik bagi memantau keselamatan perairan Sabah selain pelaksanaan 'Kawasan Berkurung' di kawasan berisiko iaitu tidak ada pergerakan dibenarkan. Perinciannya akan diteliti PDRM.

Menurut Musa langkah jangka pendek dan panjang juga akan dilaksanakan termasuk membuat penyesuaian kepada organisasi, perjawatan dan pengisian pegawai dan anggota Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) selain mewujudkan radar berkeupayaan tinggi.

Katanya keupayaan anggota keselamatan dari segi logistik seperti jumlah bot laju di kawasan berrisiko tinggi juga akan dipertingkatkan selain mengukuhkan pelaksanaan gerak saraf untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan rakyat untuk menjadi barisan pertahanan di Esscom.

Musa berkata Prosedur Operasi Standard (SOP) komunikasi Esscom juga akan diperbaiki supaya maklumat disalurkan dengan pantas kepada semua agensi keselamatan di lapangan serta menguatkuasakan 'laluan khas' dengan segera di kawasan berisiko iaitu pergerakan bot dan kapal mesti mengikut laluan yang dibenarkan sahaja.

Katanya JKKN akan meningkatkan keupayaan logistik seperti mewujudkan sokongan logistik melalui konsep 'kapal induk' untuk menjadi hab atau platform bagi pengisian minyak oleh bot-bot laju tanpa perlu balik ke daratan yang mengambil masa dan kos.

"Saya suka menegaskan bahawa sebagai Ketua Menteri dan Pengerusi JKKN, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan keselamatan rakyat dan para pengunjung di negeri ini sentiasa terpelihara.

"Justeru, JKKN menyeru supaya semua pihak, khususnya penduduk di kawasan pantai timur Sabah, sentiasa memberi kerjasama berterusan kepada pihak berkuasa untuk menjamin keselamatan di Sabah berada pada tahap tinggi," katanya.

-- BERNAMA

Kenyataan Akhbar

Baca selengkapnya