Showing posts with label Breaking News Sabah. Show all posts
Showing posts with label Breaking News Sabah. Show all posts

30 Jun 2014

BERITA SABAH : PERKASA LANCAR PERKASA DI TUARAN ?


Rakyat Sabah khususnya sebahagian   penduduk Tuaran menolak mentah-mentah kemasukan sayap PERKASA di daerah itu kerana badan NGO itu merupakan perasit yang boleh memecahbelahkan perpaduan pelbagai kaum di Sabah khasnya di Tuaran.

Baru-baru ini Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali telah melancarkan majlis penyerahan watikah pelantikan jawatan Pengerusi PERKASA Daerah Tuaran Haji Rekan Setan Gundul dikediamannya.

Menurut beberapa orang penduduk Kampung Panjut Tuaran memberi tahu kemasukan PERKASA di daerah Tuaran telah ditolak oleh 70 peratus penduduk-penduduk kampung tersebut baik kaum bumiputera Islam dan bukan Islam kerana mereka tidak mahu sebuah badan NGO yang terlalu racist anti cina anti india dan anti agama Kristian.

“Kami di Sabah khususnya di daerah Tuaran kini hidup dalam aman damai walaupun di kampung Panjut ini berbilang etnik dan mempunyai perbezaan anutan agama dan berlainan budaya boleh duduk makan minum bersama, tetapi apabila  adanya PERKASA di daerah ini rakyat macam kurang senang dengan kehadiran PERKASA yang merupakan NGO condong kepada keganasan” ujar seorang penduduk Richard Mangkui Tabaan.

Kata Mangkui buat apa kita menyertai PERKASA sedangkan kita tidak tahu apa perjuangan sebenarnya yang kita tahu dan sering terbaca dimedia-media cetak dan portal PERKASA selalu buat orang marah macam-macam perkara dibuatnya yang benar-benar menyinggung perasaan dan mengguris hati masyarakat bukan Islam.

“NGO macam ini kah patut kita sokong hanya orang-orang yang kecewa saja menjadi ahli PERKASA sebab sudah tiada tempat di mana-mana badan politik sama ada dalam BN/UMNO dan PAKATAN” ujarnya.

PERKASA baru-baru ini Kata Mangkui desak kepada kerajaan BN supaya menutup sekolah cina dan sekolah India kerana kedua-dua bangsa ini tidak layak duduk di bumi Malaysia.

Semuanya Panas -djkupang.com
Baca selengkapnya

PENGAIT DI SANDAKAN SABAH ?

PENGAIT DI SANDAKAN SABAH ?

SANDAKAN: Beberapa lokasi khususnya antaranya di Taman Perumahan Taman Sentosa  km 3.4 Jalan Utara telah dikejutkan  kononnya dua buah kereta berlegar-legar  (mundar mandir) di kawasan perumahan tersebut dalam beberapa hari ini dengan menggunakan kereta Light Blue Proton Aeroback Nombor Plat EAP 4545 dan sebuah lagi van berwarna putih yang tidak dapat dicam  nombor platnya.

Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai mereka itu adalah gang penculikan sama ada kanak-kanak atau orang dewasa untuk disembelih kemudian diambil organnya dan dijual di negara luar sama ada ke negara China ataupun India.

Jika benar dakwaan penduduk berkenaan mereka adalah sindiket culik mohon minta anggota polis sekiranya terlihat kereta nombor AEP4546 hendaklah menahan  kenderaan tersebut untuk disoal  sesiat jika benar perkara ini berlaku.

Mohon kepada semua penduduk di taman-taman perumahan supaya jangan membiarkan anak-anak mereka merayau-rayau berseorangan dikhuatiri perkara ini memang  benar-benar berlaku.

Menurut sumber itu lagi sekiranya mereka gagal menculik kanak-kanak yang tinggal di perumahan kemungkinan mereka beralih pandangan ke arah menculik anak-anak PATI Filipina yang terbiar gelandangan  di sana sini sama ada di kawasan perumahan setinggan atau di kawasan Bandar ini untuk memudahkan kerja-kerja mendapatkan organ-organ tersebut untuk dipasarkan keluar negara.

Semuanya Panas- djkupang.com
Kredit :OLEH CHARLES P ANDIANG (Free Sandakan Today)
Baca selengkapnya

28 Jun 2014

Sabah : Pendekatan holistik bagi tangani ancaman militan -Hisammuddin

TAWAU: Malaysia memerlukan pendekatan holistik untuk berganding-bahu dengan negara lain menangani ancaman militan yang kini menjadi isu global.

Menurut Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, hal itu meliputi kerjasama yang lebih luas dengan negara lain sebagai nilai tambah perancangan keselamatan sedia ada.


“Hal ini penting kerana ancaman militan bukan dihadapi di negara ini atau di Sabah sahaja, tetapi turut menyentuh negara-negara jiran seperti Filipina, Indonesia dan Brunei.

“Sebab itu, kita hendak mengadakan kerjasama rapat dengan negara lain bersama Brunei, Indonesia dan Filipina khususnya berhubung ancaman militan di Sabah,” katanya.

Hishammuddin berkata demikian di Markas Angkatan Tugas Bersama 2, Kem Kukusan di sini kelmarin selepas sesi taklimat bersama US Marines Force Pacific Commanding General, Lt General Terry Robbling.

Beliau akan mengunjungi Brunei berhubung perancangan rapi untuk memperluaskan lagi kaedah holistik antara negara yang terlibat.

“Kita memerlukan sebanyak mungkin perkara yang boleh membantu ketepatan rancangan berkaitan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dari segi perancangan, penempatan aset, latihan dan risikan.

“Jangan samakan isu penculikan atau penyeludupan dengan isu pencerobohan seperti keganasan militan yang pernah kita lalui di Lahad Datu sebelum ini,” katanya.

Hishammuddin berkata, rakyat Sabah perlu menyedari pihak yang boleh membantu memastikan keselamatan di negeri ini apabila berhadapan dunia tanpa sempadan dan kerakusan manusia.

Menyentuh mengenai kehadiran pegawai tertinggi tentera Amerika Syarikat, beliau berkata Robling diberi kesempatan melihat kerumitan tugas mengawal perairan sepanjang 1,700km di pantai timur negeri ini.

“Sekiranya kawasan ini tidak selamat, bukan sahaja empat negara berdekatan akan terjejas, tetapi seluruh dunia akan menjadi tidak stabil dan membawa kesan globalisasi,” katanya.
- Dj Kupang
Baca selengkapnya

Semasa : Budak 9 Tahun diculik dan dicabul

TANJUNG MALIM - Seorang murid perempuan berusia sembilan tahun berhadapan pengalaman menakutkan apabila dia diculik dan dicabul seorang lelaki yang melarikannya dari Stesen Bas Slim River di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, suspek berusia 57 tahun itu menghampiri mangsa dan berpura-pura bertanya sama ada dia mahu membeli buku sebelum mengajaknya menaiki kereta.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Othman Nanyan berkata, semasa berada di dalam kenderaan tersebut, suspek mengugut mangsa supaya tidak melarikan diri dan membawanya ke sebuah pondok di kawasan tanah perkuburan Cina di Jalan Slim Lama.

"Semasa berada di dalam pondok, suspek mengarahkan mangsa membuka kasut dan seluar sebelum mencabul kehormatannya. Bagaimanapun, selepas beberapa minit suspek beredar dan peluang itu digunakan oleh mangsa untuk melarikan diri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Othman, mangsa yang ketakutan telah dijumpai oleh seorang wanita yang memandu kereta di kawasan perkuburan itu pada pukul 1.50 petang dan telah dibawa ke Balai Polis Slim River.

Ujarnya, dua anggota kenderaan peronda polis (MPV) yang dimaklumkan mengenai kes itu berjaya mengesan kereta Proton Wira Aeroback milik suspek pada pukul 2.40 petang dan cuba menahannya namun lelaki itu enggan memberhentikan kenderaannya.

Katanya, lelaki tersebut kemudiannya memecut kenderaannya melalui Plaza Tol Slim River menghala ke Ipoh.

"Semasa di Lebuh Raya Utara-Selatan, polis terus mengejar suspek. Suspek yang memandu ke Plaza Tol Sungkai telah merempuh palang plaza tol berkenaan dan terus menghala ke pekan Sungkai.

"Semasa di pekan Sungkai, kenderaan suspek telah melanggar Proton Exora milik orang awam dan masih memandu sehingga ke Taman Desa Idaman.

"Bagaimanapun, MPV polis berjaya mengesan dan menghalang laluannya sebelum suspek bertindak melanggar kenderaan MPV polis di bahagian hadapan sisi kiri," ujarnya.

Mengulas lanjut, Othman berkata, dengan bantuan Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah Tanjung Malim dan Unit Rondaan Bermotosikal Slim River, suspek berjaya ditahan bersama isteri yang berusia 36 tahun serta anak lelakinya (dua tahun) dan mereka dibawa ke Balai Polis Sungkai untuk siasatan lanjut.

Tambahnya, siasatan awal percaya semasa menculik mangsa, suspek yang tiada pekerjaan telah meninggalkan isteri serta anaknya di pekan Slim River dan mengambil mereka semula selepas itu.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 363 dan 354 Kanun Keseksaan. Mangsa yang masih trauma dihantar ke Hospital Slim River dan pemeriksaan mendapati tiada kesan diperkosa atau suntikan pelali padanya. Suspek pula ditahan reman selama empat hari sehingga 29 Jun ini," katanya.

Utusan Malaysia
-djkupang.com
Baca selengkapnya

27 Jun 2014

Pengarah Kastam Sabah rugi RM70, 000 Rumah Dipecah Masuk

KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah, Datuk Dr Janathan Kandok kerugian kira-kira RM70,000 termasuk sebuah kenderaan jabatan dilarikan setelah rumahnya di Taman Ujana Kingfisher di sini dipecah masuk, awal pagi tadi.

Ketika kejadian, Janathan dan anggota keluarganya sedang tidur dan pembantu rumah mereka menyedari kejadian itu kira-kira 3 pagi.
Laporan polis dibuat di Balai Polis Inanam pada jam 7.50 pagi.

Antara barangan yang dilarikan ialah Proton Inspira, komputer riba dan tablet iPhone.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun mengesahkan kejadian itu dan berkata polis turut menemui sebatang paip PVC yang dipatahkan yang dipercayai digunakan untuk memasuki rumah itu.

Beliau berkata pihak polis tidak menolak kemungkinan suspek yang terlibat lebih daripada seorang.

Ini adalah insiden pecah masuk kedua selepas rumah Pengarah Kesihatan Negeri Dr Christina Rundi kerugian kira-kira RM15,000 setelah rumahnya di Taman Tuan Huatt, Kepayan Ridge di sini dipecah masuk Rabu lepas.

- BERNAMA 
Baca selengkapnya

Sandakan : Polis Buru Lelaki Filipina melarikan diri Pusat Tahanan Sementara

SANDAKAN - Polis masih menjejaki seorang lelaki warga Filipina yang melarikan diri daripada Pusat Tahanan Sementara (PTS) Sibuga Batu 5 dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Rowell Marong berkata, lelaki itu dikenali sebagai Patak Palong, 32, berambut pendek kerinting dengan ketinggian 165 sentimeter dan berkulit cerah.

Katanya, kejadian berlaku pukul 6.25 petang ketika pengawal keselamatan di pusat tahanan itu mengeluarkan 20 tahanan kumpulan pertama dari blok tahanan yang mempunyai 193 penghuni untuk mengambil air wuduk di luar blok tahanan itu.

Beliau berkata, seorang daripada tahanan iaitu suspek kemudiannya memotong barisan dengan bertindak lari keluar dari pintu blok sebelum menuju ke belakang blok berkenaan dan memanjat zink tembok di pusat tahanan itu.

"Pengawal keselamatan yang bertugas telah mengunci semula pintu tahanan blok tersebut sebelum mengejar suspek tetapi gagal mengesan suspek," katanya di sini hari ini.

Rowell berkata, setelah menerima laporan, operasi mengesan suspek dilakukan dan dia dipercayai masih berada di daerah ini.

Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat seorang lelaki yang mencurigakan agar memaklumkan kepada polis. - Bernama
Baca selengkapnya

Ops Cantas Khas : Seramai 126 Pendatang Tanpa Izin (PTI) ditahan

TAWAU,( 26 Jun) — Polis menahan 126 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Ops Cantas Khas di Kampung Hidayat Batu 4, Jalan Apas, di sini, Khamis.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Awang Besar Dullah berkata dalam operasi selama empat jam bermula pukul 4 pagi itu, sebanyak 61 lelaki dan 65 wanita berumur antara dua dan 70 tahun ditahan.

“Dalam operasi yang turut disertai Jabatan Imigresen, kami turut menahan empat lelaki berumur antara 30 dan 40 tahun kerana posifif dadah,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, dalam Ops Cantas Khas, yang melibatkan 113 anggota penguatkuasa termasuk daripada Jabatan Pendaftaran Negara, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan RELA, pihaknya turut merampas empat buah motosikal dan sebuah kereta atas kesalahan tertentu.

Kesemua mereka yang ditahan itu diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut, katanya.– BERNAMA
Baca selengkapnya

Berita Sabah : Pecat Ketua kampung, JKKK 24 jam jika didapati Subahat - Ongkili

KOTA MARUDU, (26 Jun) Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mahu pihak berkuasa melucutkan jawatan dalam tempoh 24 jam mana-mana ketua kampung dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang didapati bersekongkol atau melindungi pendatang tanpa izin (PTI) termasuk pengganas di Sabah.

Beliau berkata ini penting bagi memastikan kes suspek pengganas Sulu yang bersembunyi di sekitar Kunak semalam tidak berulang terutama di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

“Kes seperti ini (ketua kampung melindungi PATI) tidak begitu banyak kerana pihak unit pemimpin kemajuan rakyat sentiasa memantau dan mana-mana yang bersuhabat akhirnya akan diketahui awam.

“Apa yang penting ialah apabila ada kes terjadi, tindakan tegas harus diambil terhadapmereka….lucutkan jawatan mereka dalam tempoh 24 jam. Kalau tidak mereka akan terus berpura-pura,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Komuniti Belia ESSZONE Daerah Kota Marudu di Dewan Komuniti Kota Marudu, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Haji Mohammad bin Mentek dan pegawai daerah Kota Marudu Sualim Sanan.

Ongkili berkata berkata demikian ketika diminta mengulas bentuk tindakan yang perlu diambil terhadap mana-mana ketua kampung dan pengerusi JKKK yang menyorok PATI atau penjenayah ekoran insiden terbaru di Kunak.

Dalam insiden itu, enam suspek pengganas Sulu termasuk seorang wanita ditahan Cawangan Khas Bukit Aman dan pasukan ESSCOM dalam operasi khas sekitar Kunak di pantai timur Sabah, dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dipetik sebagai berkata tangkapan terbaru itu adalah susulan daripada insiden pencerobohan di Lahad Datu pada Februari tahun lalu.

Beliau berkata ketua kampung dan pengerusi JKKK perlu bertindak sebagai “pemain utama” dalam menangani masalah PATI di Sabah.

Katanya walaupun kerajaan telah mewujudkan ESSCOM sebagai penyelaras operasi pelbagai agensi keselamatan dan pertahanan di ESSZONE namun faktor pengumpulan maklumat yang tepat atau perisikan peringkat akar umbi perlu diberi perhatian.

“Disinilah ketua kampung dan pengerusi JKKK memainkan peranan yang penting terutama menyalurkan maklumat mengenai kehadiran PATI ataupun penjenayah di kawasan masing-masing.

“Kita perlukan maklumat orang awam di peringkat akar umbi. Sebab itu, amat penting bagi pemimpin masyarakat sentiasa berhubung dan gunakan saluran yang ada untuk bagi maklumat dan laporan terkini kepada pihak berkuasa keselamatan.

“Mereka juga perlu menasihatkan penduduk kampung supaya tidak melindungi PATI atau bersubahat dengan PATI. Pada masa yang sama, mereka perlu menggalakan rondaan bersama rukun tetanga di kawasan perkampungan mereka, sekaligus memastikan keselamatan di negeri ini sentiasa terjamin.

Terdahulu, dalam ucapannya, Ongkili menyambut baik usaha ESSCOM mengadakan program Komuniti Belia ESSZONE bagi meningkatkan kefahaman semua lapisan masyarakat khususnya golongan belia mengenai peranan dan tanggungjawab ESSCOM.

Katanya program seumpama itu dapat mendedahkan golongan belia dengan hala tuju ESSCOM dalam mengekalkan keamanan dan keselamatan khususnya di kawasan Timur Sabah, selaras dengan visi dan misi ESSCOM.

Sehubungan itu, Ongkili mengajak rakyat Sabah, termasuk di Kota Marudu supaya menyokong penubuhan ESSCOM dan ESSZONE yang menurutnya memberi harapan baru kepada rakyat Sabah dalam mengekang pencerobohan pengganas Sulu dan kemasukan PATI.
Baca selengkapnya