Showing posts with label Barisan Pengguna Sabah. Show all posts
Showing posts with label Barisan Pengguna Sabah. Show all posts

4 Jul 2014

Berita Sabah : Menjelang Perayaan Aidilfitri, Pengguna Tak Perlu Panik Bekalan Cukup

KENINGAU: Bekalan gula, tepung dan minyak masak di sini sentiasa ada dan mencukupi untuk musim bulan Ramadan dan perayaan Hari Raya Aidilfitri, kata Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Geoffrey Gumalang, di sini kelmarin.

Katanya, pada masa ini terdapat lebih kurang 7.2 tan gula, tepung 3.67 tan dan minyak masak lebih kurang tiga tan yang dijual di dua pasaraya di daerah ini.

“Kalau pengguna tidak mendapat bekalan ini dari kedai-kedai biasa, mereka boleh mendapatkan dari dua pasar raya, Mee Woo dan Servay di sini,” katanya kepada media selepas melakukan lawatan dan pemeriksaan ke sebuah pasaraya di sini.

Menurut beliau, pemborong utama di Kota Kinabalu mempunyai bekalan yang mencukupi dan cuma penghantaran ke daerah ini sahaja yang lambat disebabkan masalah pengangkutan.

“Saya sudah menghubungi pejabat KPDNKK di Kota Kinabalu supaya penghantaran bekalan ke Keningau dapat dipercapatkan agar semua kedai di sini mendapat bekalan dan para pengguna mendapat bekalan yang cukup pada musim perayaan Hari Raya yang akan datang,“ katanya.

Geoffrey turut menasihat para peniaga di sini supaya tidak mengambil kesempatan menyorok barang-barang kawalan seperti gula, tepung dan minyak masak memandangkan keperluan yang semakin meningkat sehingga ada yang menyorok untuk tujuan mendapatkan harga berlebihan.

“Ini akan menyebabkan para pengguna sanggup membeli pada harga yang tinggi apabila sudah tidak ada bekalan.

“Kalau ada peniaga yang didapati mengambil kesempatan menyorok barang kawalan, kita akan ambil tindakan di bawah Akta Barang Kawalan dan jika sabit dengan kesalahan pertama mereka boleh didenda RM100,000 dan penjara tidak kurang tiga tahun.

“Dan bagi kesalahan kedua, peniaga yang didapati bersalah di bawah Akta ini boleh didenda RM250,000 dan lima tahun penjara,” katanya.

Selain itu, Geoffrey juga meminta para peniaga meletakkan tanda harga pada barang-barang yang dijual dan adalah menjadi satu kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatuan 2011 sekiranya tidak meletakkan tanda harga.

Beliau meminta para peniaga agar bekerjasama meletakkan tanda harga pada semua jenis barangan termasuk barang kawalan.

“Mereka yang didapati bersalah kerana tidak meletakkan tanda harga pada barangan yang dijual boleh dikenakan denda sebanyak RM100,000 bagi individu dan RM250,000 bagi syarikat atau penjara dua tahun,” katanya.

Pada masa sama, Geoffrey turut menasihat pengguna di sini supaya tidak merasa panik kerana bekalan barang sentiasa ada.

Katanya, terdapat pengguna yang merasa bimbang tidak ada bekalan sehingga sanggup membeli melebihi keperluan.

“Beli mengikut keperluan, jangan risau tentang bekalan dan kita akan usahakan supaya bekalan sentiasa ada dan mencukupi terutama pada bulan Ramadan dan Hari Raya,” katanya.
Baca selengkapnya

17 Jun 2014

Pelanggan Kecewa Kebersihan Kedai Makan Kota Kinabalu

Kedai makan di Kota Kinabalu sila ambil perhatian dan tingkatkan kebersihan kedai makan anda. Aduan ini diterima melalui peti inbox di Page 1SABAH dari seseorang yang terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu.

Berikut di bawah adalah catatan yang dihantar kepada Page 1SABAH
sekadar berkongsi..oder tomyam yang agak mengecewakan..sdh la menggunakan kualiti udang dan sotong yang kurang segar dan berbau..itu msh blh d maafkan..yang tidak dipuas hati jumpa pula ulat yg ada ekor dalam tomyam tu..bluwekkkk..stop mkn..terus komplen panggil pekerja dia..nasib tuan kedai xda..
skrg bkn masalah duit..tp masalah kebersihan..sekadar berkongsi cerita..#kdaimknkksabah




Di Bawah ini adalah print Screen daripada pengadu yang saya kongsikan kepada umum.


Buat masa ini pengadu masih belum menyatakan nama kedai makan terbabit dan perkongsian ini adalah sebagai peringatan kepada semua kedai makan yang beroperasi di Kota Kinabalu supaya meningkatkan tahap kebersihan di kedai mereka. Jika Pengadu sudah bersedia untuk menyatakan nama kedai tersebut saya akan kongsikan kepada umum.

TERKINI dikemaskini pada 17.06.2014, 16:24

Utk makluman restoran yang dimaksudkan di sekitar harbour city. Bagaimanapun nama restoran tidak akan didedahkan sehingga pengadu selesai membuat laporan rasmi kepada pihak yang berkenaan. Harap Maklum
Baca selengkapnya

15 Jun 2014

Sebanyak 129 Produk Dikesan Mengandungi Bahan Terlarang

Perkongsian Terkini Produk dikesan mengandungi bahan Terlarang

Semua produk ini telah dibatalkan pendaftaran/tidak berdaftar/tidak bernotifikasi dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan tidak dibenarkan dijual di pasaran.
Dikemaskini pada 20 MEI 2014








Baca selengkapnya

12 Jun 2014

Kes Penipuan online : Warga Sabah Berhati-hati


PETALING JAYA: Kes penipuan di internet bagai tiada penghujungnya apabila kumpulan-kumpulan penipu terus menyasarkan laman-laman popular jualan barangan dalam talian untuk mencari mangsa.

Jika sebelum ini penjual sering dikaitkan sebagai penipu, namun trend itu telah bertukar apabila pembeli pula dikesan menipu di laman web jualan barangan dalam talian.

Penyangak dalam talian ini dilihat semakin berani apabila mereka menggunakan pendekatan yang lebih mesra, iaitu berurusan secara langsung dengan peniaga melalui telefon, menjadikan peniaga yang diumpan lebih yakin dengan mereka.

Modus operandinya cukup mudah iaitu dengan menghubungi mana-mana individu yang mengiklankan barangan yang ingin dijual dalam talian dan berpura-pura menjadi pembeli yang kononnya sangat berminat dengan barangan yang diiklankan.
Gambar Hiasan
Bagi memastikan mangsa lebih cepat masuk ke perangkap yang dipasang, penyangak tersebut sanggup menawarkan bayaran yang lebih tinggi daripada harga asal.

Seorang pengiklan yang enggan dikenali berkata, dia terkejut apabila dihubungi seorang 'pembeli segera' selepas tidak sampai lima minit mengiklankan kamera yang ingin dijualnya di sebuah laman jualan barang popular di negara ini.

"Tidak sampai lima minit, seseorang kononnya dari UK (United Kingdom) menghubungi saya melalui 'WatsApp' menyatakan minat untuk membeli kamera yang saya iklankan. Katanya dia mahu menghadiahkan kamera itu untuk sepupunya di Amerika Syarikat.

"Saya macam terpukau...ikutkan hati memang saya nak jual sangat kamera tu, tapi atas nasihat kawan-kawan, saya tidak segera menjualnya.

"Dia di UK dan nak belikan untuk sepupu di AS. Itu sudah membuatkan saya curiga. Kenapa mahu beli dari Malaysia?

"Lagipun dia tak banyak bertanya tentang kamera saya, tetapi terus mahu beli siap tawar untuk tambah RM300 untuk bayar 'Poslaju' ke AS. Bagaimana pula dia tahu tentang Poslaju?," katanya kepada mStar Online baru-baru ini.

Antara salinan perbualan mangsa dengan individu yang didakwa cuba menipu untuk membeli sebuah kamera.

Lebih membuatkan penjual kamera itu bimbang apabila pembeli berkenaan seolah-olah tergesa-gesa meminta maklumat tentang dirinya seperti nama penuh, nombor akaun bank dan butiran lain.

Seorang lagi mangsa yang pernah ditipu empat tahun lalu terkejut apabila taktik penipuan itu semakin berjaya memperdaya penjual barangan dalam talian.

Katanya, dia mengalami kerugian kira-kira RM2,000 gara-gara ditipu individu yang kononnya mahu membeli barang untuk sepupunya di Nigeria.

"Dia beritahu sudah masukkan duit ke dalam bank tetapi duit ditahan oleh pihak bank yang mahukan resit penghantaran item sebagai bukti. Saya percaya kerana memang saya terima emel yang dihantar oleh bank kepada saya.

"Jadi saya pergi pos barang yang saya jual, tetapi sekali lagi dia minta bayaran RM1,000 dengan alasan tertentu. Akibatnya saya kerugian lebih kurang RM2,000 berserta barang saya," katanya sambil mengakui bertindak terburu-buru ketika itu.

Seorang lelaki yang deknali sebagai Hasan pula nyaris menjadi mangsa penipuan apabila kereta yang diiklankan di internet untuk dijual mendapat pembeli dari luar negara yang sanggup membayar dengan harga lebih tinggi.

"Kami berurus niaga guna Paypal. Saya bernasib baik sebab apabila saya pergi bank untuk kesan nombor paypal itu mendapati ia merupakan maklumat palsu dan tidak wujud dalam sistem syarikat berkenaan," katanya.

Gambar hiasan
Mengulas mengenai perkara ini, Penolong Pengarah Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Asisten Komisioner Kamaruddin Md Din berkata, selain pembeli terdapat banyak laporan penipuan daripada penjual.

Katanya, siasatan mendapati kebanyakan mereka sebenarnya hanya mahu mendapatkan maklumat untuk menipu peniaga atau pihak ketiga dengan 
teknik 'phishing'.

"Saya menasihatkan orang ramai yang sering menjalankan urusniaga jualan di internet supaya berhati-hati dengan sesiapa sahaja, sama ada peniaga atau pembeli yang mencurigakan.

"Seboleh-bolehnya bayaran biarlah dibuat secara COD (cash on delivery)," katanya.

Pengerusi Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia Reihana Abd Razak berkata, dalam kes peniaga yang ditipu pembeli, mereka perlu membuat tuntutan di Mahkamah Sivil.

"Jika mereka datang kepada kita, pihak tribunal nasihatkan mangsa supaya memfailkan tuntutan mereka di Mahkamah Sivil.

"Itulah satu-satunya saluran yang boleh digunakan peniaga yang mendakwa mereka ditipu," katanya.

Bersama-samalah kita untuk saling mengingatkan sahabat dan taulan agar tidak menjadi mangsa penipuan.
Baca selengkapnya

8 Jun 2014

PERKONGSIAN : Jangan Isi Minyak Penuh Tangki


JANGAN DERMA MINYAK KEPADA TAUKE STESEN MINYAK

Di dalam tangki minyak kereta telah direka untuk supaya ada ruangan minyak dan udara, jadi mengapa perlu kita isi minyak sampai penuh tangki. 

Ramai yang tidak sedar atau tidak tahu langsung, bahawa pam di stesen minyak ada sistem return pipe-line, dimana ia mengalirkan balik minyak kedalam tangki simpanan stesen minyak.

Apabila tangki minyak kereta sudah penuh, mekanisme pam akan selak injap masuk pam dan injap sistem return pipi-line dibuka, untuk membolehkan petrol berlebihan mengalir masuk balik ke tangki simpanan stesen minyak.

Ini bermakna ada telah MENDERMA MINYAK KEPADA TAUKE STESEN MINYAK.

Kalau boleh isilah petrol anda pada awal pagi semasa suhu tanah masih lagi sejuk. Keraana semua stesen minyak menanam tangki simpanan minyak mereka di bawah tanah.

Lebih sejuk tanah, lebih pada petrol. Dan apabila panas, petrol akan mengembang.

Jadi jika kita mengisi minyak di siang hari, seliter itu bukannya betul-betul seliter petrol yang anda bayar.

Apabila anda mengisi minyak, jangan tarik picu pam ke mod High ( iaitu mengisi dengan laju). Jika kita perhatikan picu pam, ia mempunyai tiga peringkat : Low, Middle dan High. 

Anda perlu tarik picu pam pada mod Low, bagi mengurangkan wap yang dicipta semasa proses mengepam minyak.

Semua hos di pam mempunyai saluran pulangan wap. Jika ada mengepam pada kadar yang cepat, ada cecair yang masuk ke dalam tangki anda akan menjadi wap. Wap itu akan disedut balik kembali ke dalam tangki simpanan bawah tanah.

Satu lagi tips yang penting adalah anda pelu mengisi apabila tangki petrol anda SEPARUH PENUH. Sebabnya adalah apabila lebih petrol ada di dalam tangki maka makin kurang udara mengisi ruang yang kosong. 

Petrol sebenarnya menyejat lebih cepat daripada apa yang kita bayangkan. Tangki minyak kereta mempunyai bumbung terapung di dalamnya. Bumbung ini berfungsi sebagai pelepasan sifar di antara petrol dan atmosfera. Bagi mengurangkan penyejatan.

Peringatan yang terkhir, jika anda terlihat ada trak petrol sedang pam minyak ke tangki simpanan bawah tanah di stesen petrol. JANGAN ISI MINYAK, kerana anda mungkin akan mengisi kotoran ke dalam tangki minyak kereta anda.
Baca selengkapnya

31 May 2014

KES Tuntutan Tribunal Pengguna Malaysia ( TTPM) | Mohon Share Agar semua Mendapat Manfaat

Tarikh : 22 Mei 2014


KES Tuntutan Tribunal Pengguna Malaysia ( TTPM) 
SAB-(B)-73-2014 
HASHIMA HASBULLAH VS  PICK N PAY



Fakta Kes: Pengguna telah membeli 2 paket kacang shandong. Harga terpamer adalah RM2.50 dan RM3.50 satu paket. Pembeli telah berkeras agar pengguna membayar harga lebih tinggi iaitu RM3.50 sepaket walaupun undang2 memperuntukkan pengguna hendaklah membayar harga yg lebih rendah apabila terpamer dua harga berlainan. ]

Penentang tidak hadir. 

Keputusan kes: Tuntutan pengguna dibenarkan iaitu RM52 (beza harga kacang dan kos mahkamah RM50). 

Presiden TTPM sebagai Hakim bersidang hari ini menyatakan kepujian di atas usaha pengguna memfailkan tuntutan walaupun amaun hanyalah RM2.00 krn ini pasti akan mengajar peniaga2 menjadi peniaga lebih beretika. Ini adalah pertama kali kes sebegini dibuat di TTPM Sabah dan berharap pengguna lain akan ambil iktibar.

Sumber : Hashimah Hasbullah  


###Saya sangat tertarik dengan kes tersebut. Sejujurnya saya hanya tahu sedikit sahaja mengenai KEPENGGUNAAN, bukan kerana tidak belajar tetapi ketika zaman persekolahan kurang mendapat pendedahan mengenai Siapa Pengguna dan Apa pula HAK Sebagai Pengguna. Anda pula macamana ? Untuk soalan di bawah ini adakah anda tahu? ( aik.. buyuk kamu cari di google.. heheeh) djk



1.  ADAKAH ANDA MENYEDARI / MENGETAHUI  HAK-HAK PENGGUNA ???
2.  MELALUI KACAMATA ANDA, SIAPAKAH PENGGUNA YANG DIMAKSUDKAN ??

Adik-adik yang masih belajar cuba tanya cikgu kamu atau sesiapa sahaja orang dewasa di sebelah kamu soalan di atas.


Consumers Front of SABAH

MOHON KEPADA SEMUA UNTUK  KONGSIKAN ARTIKEL INI AGAR SELURUH WARGA SABAH MENDAPAT MANFAAT DARINYA AGAR PARA PERUNCIT / PENIAGA DI LUAR SANA TIDAK BERANI UNTUK MENGAMBIL KESEMPATAN KEPADA PENGGUNA. 

Terima kasih atas sokongan semua. 

Sumber : djKupang
Baca selengkapnya

16 May 2014

Operasi Buru Perokok Dalam Kenderaan Awam!

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan sedang melaksanakan pengkuatkuasaan Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 yang melarang aktiviti menghisap rokok dalam kenderaan awam termasuk bas, teksi, keretapi, komuter, bot dan feri.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Lokman Hakim Sulaiman berkata, pengkuatkuasaan peraturan itu bertujuan melindungi orang awam daripada bahaya asap rokok pasif.

“Ia juga bertujuan membudayakan amalan tidak merokok dalam kalangan masyarakat dengan menghadkan kawasan merokok terutama di kawasan tumpuan orang ramai.

“Operasi itu turut melibatkan kerjasama pihak polis dan beberapa jabatan dan agensi kerajaan lain,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Lokman Hakim berkata, operasi itu antara lain memberi tumpuan terhadap aktiviti merokok penumpang dan pemandu kenderaan awam serta memastikan kenderaan awam mempamerkan tanda larangan merokok.

Jelasnya, jika sabit kesalahan boleh dikompaun maksimum RM5,000, denda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum dua.

Manakala, katanya, kegagalan mempamerkan tanda larangan merokok dalam kenderaan awam boleh dikompaun maksimum RM1,500, denda maksimum RM3,000 atau penjara maksium enam bulan.

Menurut beliau, operasi itu pada tahun lalu mencatakan pengeluaran kompaun bernilai RM95,250.

NewsHub
Baca selengkapnya

5 May 2014

'Live' Kini tiada lagi yang mustahil | Kempen Pemerkasaan Pendidikan dan Kesedaran Pengguna

Ketika menyiarkan secara langsung Kempen Pemerkasaan Pendidikan dan Kesedaran Pengguna
Utarafm adalah satu-satunya radio online di Sabah yang masih bertahan sejak 2008 dengan kini semakin aktif bergerak bersama NGO di negeri Sabah. Bertepatan dengan lafaz pelancaran oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-5 sebagai Radio Online Rasmi Gabungan NGO negeri Sabah pada 25 Julai 2009 bertempat di Rumah Rehat Lohan, Ranau.

Ini adalah disebabkan oleh komitmen semua penyampai radio  yang tidak pernah jemu untuk terus menghiburkan para pendengar setianya. Kesan daripada perkembangan yang positif ini maka tertubuhlah satu kelab iaitu Kelab Pendengar dan Peminat Setia Utarafm Sabah yang mana kelab ini sebenarnya banyak menyumbang terutama untuk memperkenalkan Utarafm kepada umum.

Pada tahun 2011/2012 Utarafm diberi kepercayaan untuk membuat ulasan perlawanan bolasepak di stadium Likas, Kota Kinabalu cuma bersebelahan bilik dengan Radio Sabahfm. Utarafm mempunyai identitinya tersendiri ketika membuat ulasan kerana lebih banyak menggunakan bahasa baku Sabah (slang sabah) dan ulasan lebih memihak kepada pasukan Sabah untuk memberi semangat kepada penyokong setia Sabah yang tidak dapat turun ke stadium. 

Terima kasih kepada semua pihak yang terus memberi peluang dan kepercayaan kepada kami yang masih belajar walaupun usia Utarafm sudah masuk tahun ke-6. Buat masa ini, Utarafm adalah Media Online Rasmi Persatuan Barisan Pengguna Sabah (Cfos). Setiap program yang dijalankan oleh Cfos akan kami siarkan secara langsung terus kepada pendengar melalui laman web kami [KLIK SINI].

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Utarafm boleh terus melayari Laman utama kami.

Untuk berinterksi secara langsung kepada kami :
Group di FB [KLIK SINI]
Fan page di FB [KLIK SINI]


Baca selengkapnya

05 MEI 2014 | Kempen Pemerkasaan Pendidikan dan Kesedaran Pengguna


Kempen Pemerkasaan Pendidikan dan Kesedaran Pengguna anjuran Consumers Front of Sabah dengan kerjasama KPDNKK dan Persatuan Wanita Jabatan Pelajaran Sabah ( PeWaniS ) akan diadakan pada hari ini 05 MEI 2014. Radio Online no 1 Sabah akan membawa program ini secara langsung dan boleh didengar melalui Blog ini dan Laman Web Utara.fm KLIK SINI

Bagi yang menggunakan melayari internet menggunakan telefon pintar download cari aplikasi (gambar di bawah) di telefon  anda. Install dan cari "utarafm". Sekarang anda sudah boleh mendengar kami menggunakan telefon pintar anda.

Baca selengkapnya

3 May 2014

[PENIAGA/PEMBELI ONLINE WAJIB BACA] Kenapa Laman web Penting

KES PENIPUAN BERLELUASA

Hampir Setiap hari ada sahaja kes penipuan di internet melibatkan pembeli yang menjalankan urusan jual beli secara atas talian. Mereka mudah terpedaya dengan pujukan dari peniaga yang mengambil kesempatan di atas kelemahan anda. Anda yang baru bermula untuk membuat transaksi jual beli online haruslah berhati-hati untuk memilih peniaga yang betul-betul serius dalam perniagaan/perkhidmatan mereka untuk mengurangkan risiko ditipu.

Menyelidik Terlebih dahulu

Apabila anda ditawarkan dengan barangan/perkhidmatan dengan harga yang lebih murah jangan mudah terpengaruh. Anda harus menyelidik dahulu kerana mereka yang menjalankan perniagaan melalui "Media Sosial" ini ada yang tidak serius dan ambil kesempatan. Sebagai pengguna kita berhak untuk memilih berurusan dengan mereka yang Profesional. Jangan sampai anda menjadi mangsa kepada penipu-penipu. 



Anda Serius dalam perniagaan ONLINE ? Mahu perniagaan ONLINE anda diyakini oleh pelanggan kamu? JIKA YA, kamu memerlukan TAPAK/KEDAI atau LEBIH JELAS, WEBSITE.

 Kenapa website sangat penting untuk perniagaan?

  -  Meningkatkan imej dan kredibiliti perniagaan anda.
  -  Menjual atau mempromosi produk/perkhidmatan secara atas talian (online).
  -  Di dalam website juga anda boleh membuat blog.
  -  Pelanggan adalah aset berharga. Perlu disajikan dengan persembahan berkualiti.
  -  Pusat maklumbalas pelanggan untuk meningkatkan mutu produk atau  perkhidmatan.
  - Media sosial adalah kuasa promosi berkesan. Tarik perhatian rakan sosial ke website perniagaan anda dan kawal mereka sepenuhnya.
  - Memperbesarkan pemasaran ke peringkat global.
  - Potensi tinggi untuk melonjakkan jualan.

Ramai peniaga mahukan website sendiri tetapi kurang kemahiran dan pengetahuan menyebabkan mereka tidak mampu mengadakannya. 

KAMI PAKAR DALAM BIDANG INI [KLIK SINI] 
Hubungi untuk pertanyaan WhatsApp : 013-888 0089 
FantasiMedia ditubuhkan sejak tahun 2008

Bagitahu Kami Berapa Budget anda !!! Kami Bantu


Baca selengkapnya

22 Mar 2014

Kesedaran Pengguna Melalui Program Seminar Pemerkasaan Pendidikan Pengguna


Consumers Front of Sabah (Cfos) atau Persatuan Barisan Pengguna Sabah adalah sebuah Badan NGO yang memperjuangkan nasib para pengguna yang telah terpedaya, tertipu dan seterusnya mendidik pengguna agar menjadi pengguna yang bijak baru-baru ini telah menganjurkan Seminar Pemerkasaan Pendidikan Pengguna selama dua hari di daerah Kota Marudu dan Pitas yang terletak di sebelah utara negeri Sabah dengan kerjasama KPDNKK, COPS Sabah, Radio Online Sabah Utara.Fm (Radio Online Rasmi Cfos) yang boleh dilayari di www.utarafm.net dan disokong oleh komuniti facebook 1SABAH dan Saya Anak Sabah (SAS).

Program seumpama ini adalah buat julung kalinya diadakan di dua daerah ini dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penduduk setempat. Pada 18 Mac 2014 Seminar Pemerkasaan Pendidikan Pengguna diadakan di daerah Kota Marudu yang dirasmikan oleh ADUN Tandek Y.B Puan Anita Baranting. Selepas acara perasmian pembukaan oleh Y.B Puan Anita Baranting yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Hal Ehwal Pengguna, beliau seterusnya memperkenalkan logo rasmi 'Saya Pengguna Bijak' yang digunakan Cfos sepanjang Kempen Pemerkasaan Pendidikan Pengguna berlangsung.


Seminar yang disampaikan oleh 3 orang penceramah yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan luas tentang kepenggunaan berjaya menarik perhatian para peserta yang mengikuti seminar ini. Hampir keseluruhan peserta tidak menyedari hak-hak mereka sebagai pengguna. Ketika sesi soaljawab diadakan, para peserta tidak melepaskan peluang untuk bertanya segala kemusykilan mereka. Antara penceramah yang hadir adalah Encik Abdul Rahman Samad, Pengerusi Persatuan Pengguna Daerah Kuala Terengganu yang juga merupakan Ahli Majlis Penasihat Pengguna Negara, Encik Kasim Anak Mana dan Encik Asiki Tarimoh dari KPDNKK Negeri Sabah.

Seterusnya pada 19 Mac 2014 acara yang sama diteruskan di Daerah Pitas yang dirasmikan oleh ADUN Pitas Y.B Datuk Bolkiah Hj Ismail, Pembantu Menteri di Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah. Dalam ucapannya beliau mengingatkan kepada semua peserta agar dapat memberi perhatian pada seminar yang diadakan pada kali ini. Selain ceramah, kuiz juga diadakan untuk setiap sesi ceramah bagi menguji kefahaman para peserta dan kepada mereka yang menjawab soalan dengan tepat akan mendapat hadiah. Cabutan nama peserta bertuah juga diadakan untuk setiap sesi dan pelbagai hadiah yang menarik termasuk basikal dan telefon pintar (smartphone) berjenama Samsung disumbangkan oleh Cfos.

Presiden Consumers Front of Sabah (Cfos), Datuk Nordin Bin A.H Thani ketika dihubungi memberitahu kepada Utara.FM, program seumpama ini akan diteruskan di daerah lain seperti Tenom, Keningau, Tuaran, Papar dan Ranau. Tarikh akan dimaklumkan kemudian dan untuk mengetahuinya boleh cari Cfos di facebook atau mendengar www.utarafm.net di mana penyampai yang bertugas akan mewar-warkan kepada anda melalui kuiz pendengar yang diadakan setiap hari Jumaat dan Sabtu pada jam 8.00- 10.00 malam.
Baca selengkapnya

15 Mar 2014

Selamat Hari Pengguna Sedunia


Selamat Hari Pengguna Sedunia. Jadilah Pengguna Bijak dengan memanfaatkan hak anda sebagai Pengguna. Kesedaran Bermula daripada diri sendiri,
Baca selengkapnya