5 Apr 2015

KONGSI Panduan Menghargai Ibu Bapa

Ketika saya berkongsi artikel ini saya masih mempunyai kedua orang tua

Mudah untuk mengatakan saya sayang ibu dan ayah saya. Adakah dengan ungkapan sahaja sudah menunjukkan kasih dan sayang kita kepada ibu dan ayah?

Syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Sesungguhnya kita semua sudah mengetahui bahawa syurga itu di tapak kaki ibu, tapi sejauh manakah kita menjaga syurga kita dalam hidup kita?

Ayah yang membanting tulang empat keratnya untuk membesarkan kita sehingga kita berjaya menjadi manusia yang bekerjaya di dunia ini. Apa balasan kita terhadap pengorbanannya?

Terbayarkah kita setiap keringat yang di keluarkan oleh ayah untuk melihat kita berjaya?

Hargailah ibu dan ayah selayaknya. Balaslah setiap pengorbanan mereka dengan kasih dan sayang kita. Biar setinggi mana pun kejayaan kita hargailah mereka yang berkorban untuk kita. 

Bagaimana anda menghargai ibu dan ayah anda ? Hanya Mahu Berkongsi..


  • Lemah-Lembut Semasa Berbicara
Apabila manusia semakin berumur mereka lebih sensitif dalam setiap perkara. Lidah umpama pisau yang tajam menghiris setiap hati manusia dengan kata-kata. Pastikan setiap bicara kita lemah-lembut apabila berhadapan dengan ibu dan ayah kita yang semakin berusia. 


  • Menggembirakan Hati Mereka
Semasa kecil, ibu dan ayah sentiasa memenuhi permintaan kita dengan harapan kita gembira. Balaslah jasa mereka dengan menggembirakan hati mereka. Tidak perlu duit beribu ringgit cukuplah kita prihatin dengan keperluan mereka. Gembira di sini terlalu banyak konteks yang boleh dibincangkan. Secara mudahnya, sekalipun tidak dapat memberi kesenangan kepada mereka, Janganlah menyusahkan mereka.


  • Mendoakan Ibu Bapa
Doa merupakan senjata orang mukmin. Biar jauh beribu batu tapi jangan lupa mendoakan kesejahteraan mereka dunia dan akhirat. Doa juga pengikat kasih sayang antara ibu, ayah dan anak-anak. Ibu bapa bukannya mahukan wang ringgit, mereka cuba mahukan perhatian. Jika kita tidak dapat melihat mereka selalu, hantarkan doa pada mereka pada bila-bila masa. Lebih afdal, setiap kali selepas solat, titipkan doa untuk mereka.


  • Hubungi Mereka Walau Di mana Kita Berada
Hubungilah ibu dan ayah anda sekerap yang mungkin. Mengambil berat tentang mereka adalah tanggungjawab setiap anak. Gunakan kemudahan teknologi yang ada sekarang untuk menghubungi mereka. Hargailah ibu dan ayah anda. Tanpa mereka siapalah kita. Cintailah mereka tanpa syarat, kerana kelahiranmu di dalam hidup mereka juga tidak bersyarat. Berkat kehidupan kita dengan redhanya kedua ibu bapa kita.


  • Hargai Mereka Pada Hari Lahir Kita
Biasanya, ramai orang menyambut ‘birthday’ dengan kawan-kawan. Jarang kita dengar ada yang hubungi ibu yang melahirkan kita. Ramai yang berseronok dengan kawan-kawan sehingga melupakan orang yang meraung kesakitan ketika melahirkan kita. Percayalah, setiap ibu akan menunggu anak-anak mengucapkan “Terima kasih mak” pada hari lahir anak-anaknya.


  • Peluk Dan Cium Ibu Bapa Selalu
Semakin mereka bertambah usia, semakin sensitif. Mahupun luaran tidak menunjukkan mereka ingin dipeluk dan disayang, ibu-bapa mahukan kasih sayang anak-anak yang semakin menjauh. Rumah yang pada masa dahulu penuh dengan hilai tawa, semakin suram. Anak-anak yang jarang melawat membuat mereka semakin terasa keseorangan. Pelukan dari cucu tidak sama dengan pelukan anak sendiri. Anda rasa sebak bila memeluk orang yang bertanggungjawab melahirkan kita.


  • Bawa Mereka Melawat Saudara Mara Dan Kawan Lama
Usah ingat mereka tidak mahu melihat dunia luar. Jangan salah tafsir di sini. Mereka bukannya mahu di bawa ke Ranau atau Pulau Mabul untuk bercuti hujung minggu atau semasa musim cuti sekolah. Bagi mereka, itu sudah lama berlalu. Jauh di sudut hati mereka, ibu-bapa mengharapkan anak-anak membawa mereka melawat saudara mara yang sudah lama tidak ketemu. Mereka ingin mengimbau tempat mereka membesar, sekolah mereka belajar dan tempat mereka mula-mula memulakan kehidupan sebelum kelahiran mereka. Permintaan ini jarang dizahirkan oleh mereka. Semoga anak-anak lebih memahami kehendak ibu-bapa ini.

BONUS : Sekiranya berkemampuan hantarlah kedua orang tua ke tanah suci Makkah untuk menunaikan umrah.

Kesimpulan : Semakin kita menginjak usia, semakin lembut hati ibu-bapa kita. Dahulunya garang, sekarang tidak lagi. Kita pasti terasa kelainan kerana layanan mereka pada cucu tidak sama dengan layanan mereka pada kita sewaktu kecil. Sungguh, hati mereka cuma mahukan kebahagiaan. Sekarang, tugas anak-anak membalas jasa ibu-bapa. Selagi hayat dikandung badan, gembirakanlah mereka. Semoga kita semua menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Amin.

VIDEO [ KASIH IBU  ]
Baca selengkapnya

18 Nov 2014

BUAH EPAL KHASIAT, KANDUNGAN SERTA KELEBIHAN

TAHUKAH KAMU APA KANDUNGAN SEBIJI BUAH EPAL ?

JAWAPANNYA : 

Kandungan Sebiji Epal : Asid Malik dan Tartaric Pektin Flavonoid

KELEBIHAN BUAH EPAL ADALAH : 
  1. Amalan menghidu epal dapat memperbaiki kapasiti peparu dan menenangkan fikiran.
  2. Membersihkan saluran usus serta membuang racun dan toksid dengan pantas.
  3. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  4. Melindungi sendi tulang.
  5. Membantu mengekalkan berat badan (epal hijau).
  6. Kandungan serat epal berupaya mengisi perut yang lapar dan mencegah kita daripada makan berlebihan.
  7. Meredakan masalah sembelit dan ianya makanan yang sihat untuk pesakit buasir.
  8. Anti-kolestrol. Membantu dalam mengekalkan tahap kolestrol dalam darah.
  9. Selepas makan makanan segera, elok amalkan makan epal supaya dapat menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan.

info djkupang & Friends
Saidina Ali Bin Abi Thalib karramallahuwajhah berkata,
“Apabila anda hendak makan epal, hidulah baunya dan kemudian barulah makan epal tersebut. Kerana apabila anda melakukan demikian, setiap penyakit dan bahaya akan dihilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu yang disebabkan oleh ANGIN akan lenyap”

Epal elok dimakan tanpa kulit atau dimasak sedikit supaya tidak mengurangkan kandungan vitamin C dan serabut yang terdapat di dalamnya jika berhasrat untuk mendapatkan khasiat herba.

Petua Membuang Toksid
Kisarkan sebiji epal hijau dengan daun saleri. Amalkan meminum jus ini setiap pagi sebelum memulakan sarapan.
Apakah kelebihannya?
  • Cara ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. 
  • Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. Sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman. 
  • Jus ini juga sesuai untuk orang yang sedang berdiet dan mempunyai masalah darah tinggi. Tapi tidak digalakkan minum setiap hari, boleh diselang sehari atau 2-3 kali seminggu.

Dengan panambahan dalam pengambilan buah-buahan seperti epal, yang bukan sekadar sedap dan rangup, malah baik untuk tubuh badan! Menurut saintis, epal mempunyai bilangan bahan kimia, yang terdapt pada isi dan kulitnya, yang lebih berkesan dari pengambilan Vitamin C. Bahan kimia tersebut dikenali sebagai flavanoid dan polyphenol yang menjalankan fungsi sebagai anti-oksida, menghapuskan molekul yang bertanggungjawab merosakkan sel yang menyebabkan penyakit.

TERINGAT IBU ANDA ?
Baca selengkapnya

14 Nov 2014

Minum Kopi Tenom Malaysian Book of Records

Minum Kopi Tenom Malaysian Book of Records

djkupang & Friends
Daerah Tenom akan mencipta sejarahnya sendiri apabila berlangsung program yang akan mempromosikan hasil pertaniannya iaitu Kopi Tenom.

Pesta kopi selama tiga hari bermula hari ini 12 hingga 14 November 2014 ialah ‘Minum Kopi Tenom Malaysian Book of Records’.

Sebagai INFO sebelum ini rekod meminum kopi secara serentak ialah seramai 3068 orang dan pada kali ini rekod tersebut akan dipecahkan iaitu dianggarkan 4000 orang yang mengambil bahagian dalam acara yang berlangsung hari ini.

Selain memperkenalkan kopi Tenom, acara itu juga memperkenalkan pelbagai tarikan pelancongan di Tenom yang kaya dengan kebudayaan suku kaum Murut. Program itu akan dimeriahkan dengan acara hiburan yang mana akan diadakan Konsert Sabah VFM sempena penganjuran pesta ini. 
Antara barisan artis yang menjayakan konsert ini Janrywine J. Lusin, Dayang Noraini, Sharin Amud, Francis Landong, Lum Kong Yaw, Ronie Bahan, Dino dan Wiwie Daunah. Selain itu, ada juga pertandingan mencipta kopi Tenom, Pesta Ratu Kopi Tenom dan mencipta lagu kopi tenom pada acara julung kali itu diadakan.

Pengurus penyiaran Keningau FM yang merupakan Pengerusi Penganjur iaitu Encik Razali Bin Haji Baba memaklumkan seramai 10 orang pencipta lagu akan berentap pada pertandingan mencipta lagu bertemakan kopi sempena Pesta Kopi Tenom di pentas utama padang Pekan Tenom. 

Hadiah yang bakal dibawa pulang oleh pemenang untuk kategori lirik terbaik berupa wang tunai RM1,500, sijil dan piala. Bagi persembahan dan vokal terbaik membawa pulang wang tunai RM500, sijil dan piala. Manakala, pemenang saguhati pula membawa wang tunai RM300 dan sijil.

Tenom kini semakin menyerlah sebagai satu daripada destinasi pelancongan di Sabah selain mempunyai potensi tinggi untuk dibangunkan sebagai kawasan pertanian bagi memenuhi keperluan negara memandangkan Tenom mempunyai produk tanaman dan buah-buahan yang ada nilai komersial tinggi.

Baca selengkapnya