Showing posts with label Video. Show all posts
Showing posts with label Video. Show all posts

30 Jul 2014

Video Kejam Bagaimana Anak Ayam Diwarnakan menjadi Warna Warni

Ayam Berwarna Warni Menarik Perhatian 


Pernahkah kamu melihat anak ayam yang berwarna warni begini?

Mungkin bukan semua yang pernah menyaksikan anak ayam berwarna warni yang ada dijual di pasar.

Anak ayam aneka warna termasuk kuning, biru, merah dan hijau ini kelihatan sangat comel hingga kanak-kanak yang melihatnya pasti teringin untuk meminta ibu bapa membelikannya untuk mereka.

Berdasarkan pengalaman penulis, peniaga yang menjual akan memberitahu bahawa anak ayam ini berwarna warni selepas disuntik sejak dalam telur lagi.


Baca selengkapnya

18 Jul 2014

TONTON VIDEO PESAWAT MH17, BOEING 777 DITEMBAK TERHEMPAS DI SEMPADAN RUSSIA UKRAINE

Perkongsian Video Pesawat Boeing 777 MH17 Terhempas di Russian, Ukraine



Takziah kepada seluruh Keluarga mangsa yang terlibat. Menurut laporan beberap akhbar tempatan hari ini difahamkan tiada seorang pun yang terselamat dari Tragedi Tragis MH17.
Baca selengkapnya

17 Jul 2014

[VIDEO] Kereta Gadis Seksi Jatuh Parit Depan Bangunan RTM Sabah

VIDEO Orang awam Prihatin Bantu Gadis Seksi Ketika Kereta Mereka Hilang Kawalan Terbabas Masuk Parit




Orang ramai yang kebetulan lalu di kawasan kejadian menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terlibat dalam kemalangan ini. 

P/S : Tidak Kurang juga yang "Tolong Tingu"
Baca selengkapnya

16 Jul 2014

[VIDEO] Wanita Bertukar Menjadi Pembuli Jalanan Selepas Peugeot 206 dilanggar

Wanita Bertukar Menjadi Pembuli Jalanan Selepas Peugeot 206 dilanggar

Insiden kemalangan kecil yang berlaku pada tengah hari 14 Julai tersebut telah menaikkan darah wanita berkenaan menyebabkan dia mengeluarkan pengunci stereng dan cuba bersemuka dengan lelaki tersebut.

Kejadian tersebut dirakam oleh orang awam yang berada di tempat kejadian sehingga video berdurasi 2.33 yang dimuat naik di laman sosial seperti Facebook, Twitter dan juga YouTube menjadi ‘viral’ dan ‘trending’.

Malah, apa yang lebih dikesalkan dalam video berkenaan wanita itu turut memaki hamun lelaki berkenaan dengan kata-kata nista seperti “Ini kereta barulah bodoh!” sambil menghentak pengunci stereng yang dipegangnya itu ke kereta milik lelaki warga emas berkenaan.

Selain itu cacian seperti “I don’t care, pay me RM2000 now!”, “you very stupid!” dan kata cacian berbaur perkauman kedengaran di penghujung video tersebut.

Sementara itu dalam satu majlis yang berlainan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu pemberita bahawa polis akan mengambil tindakan terhadap wanita tersebut.

“Sudah tentu itu bukanlah cara yang sepatutnya untuk menyelesaikan masalah tersebut dan undang-undang tidak boleh diletakkan di tangan sendiri,” katanya.




Baca selengkapnya

12 Jul 2014

Rakaman CCTV Rompakan Butik Inspirasihana

Rakaman CCTV Rompakan Butik Inspirasihana

Butik Inspirasihana yang beroperasi di Shah Alam dirompak secara terancang. Berikut adalah rakaman CCTV rompakan tersebut. Rompakan ini berlaku pada Selasa lalu, 8 Julai 2014. Pemilik premis ini meminta Oh!Media dan orang ramai supaya menyebarkan video ini bagi memudahkan proses penangkapan perompak-perompak ini.


Semoga Perompak akan dapat ditangkap dengan sokongan daripada semua.

Baca selengkapnya

9 Jul 2014

VIDEO : Pemandu Maut, Kereta Myvi Terbakar di Jalan ByPass Tuaran

VIDEO : Pemandu Maut, Kereta Myvi Terbakar di Jalan ByPass Tuaran

KOTA KINABALU: Seorang lelaki rentung selepas PERODUA Myvi dipandunya terbabas lalu merempuh pokok sebelum terbakar di Jalan Tuaran, berhampiran Taman Kwan Loke, di sini. 

Dalam KEJADIAN jam 9.20 malam ini, mangsa yang belum dikenalpasti identitinya dipercayai dalam perjalanan menuju ke Kota Kinabalu daripada Likas. 

Bagaimanapun, setibanya di tempat kejadian, mangsa dikatakan gagal mengawal kenderaannya lalu merempuh sebatang pokok di tepi jalan berkenaan. 

Kenderaan mangsa yang mengalami kerosakan teruk kemudian terbakar dan mangsa dipercayai gagal menyelamatkan diri akibat tersepit. 

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu. SUMBER -Berita Harian


ADMIN : Ketika Admin tiba di lokasi kejadian kereta sudah terbakar dan tiada orang yang berani untuk mendekati kereta tersebut kerana beberapa kali terdengar letupan kecil. Admin Ingatkan tiada orang di dalamnya. TAKZIAH kepada keluarga Mangsa. -djkupang.com

PERINGATAN Agar Tidak Meninggalkan Komen Yang NEGATIF sebagai menghormati KELUARGA MANGSA.


Baca selengkapnya

4 Jul 2014

Video : Kereta Perodua MYVI Jatuh Ketika Servis

Video kereta MYVI yang jatuh ketika sedang diservis. Kelihatan para pekerja agak kelam kabut mungkin terdengar bunyi yang kuat. Jika Itu adalah kereta anda, APA kah perasaan kamu?


Baca selengkapnya

20 Jun 2014

Berkenalan Dengan Suib Zainin Vokal Lelaki Terhebat - Artis Sabah

Biodata Suib Zainin




BUTIR-BUTIR PERIBADI



NAMA PENUH : SUIB  BIN  ZAININ

ASAL : KAMPUNG LINGKUNGAN BEAUFORT

AGAMA : ISLAM

BANGSA : KEDAYAN BRUNEI

JANTINA : LELAKI

ADIK BERADIK :  8 DARI 9 ORANG ADIK BERADIK

HOBI : MAIN GAME


---------------------------------------------------------------------------------


PENDIDIKAN

  • SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
PENGALAMAN KERJA
  • BEKERJA SENDIRI
  • PENYANYI UNDANGAN LEMBAGA KEBUDAYAAN NEGERI SABAH
  • ( LKNS)
  • PENYANYI UNDANGAN JABATAN PENYIARAN MALAYSIA SABAH (RTM)
  • VOKALIS UTAMA BAND THE FINGERS
  • JURI JEMPUTAN

ANUGERAH / PENCAPAIAN DALAM BIDANG SENI

  • FINALIS BINTANG KARAOKE SEMPENA HARI TERBUKA RTM SABAH
(2004, 2005,& 2007)

  • ANUGERAH PENYANYI PALING LAMA DALAM CARTA ARTIS SABAH 2005 ( CATS )

  • FINALIS WORLD STARS ROAD TO HOLLYWOOD  2009 ( KATEGORI VOKAL)

  • VOKAL TERBAIK  BATTLE OF THE BAND PERINGKAT NEGERI SABAH- 2009

  • VOKAL TERBAIK  CARNIVAL YOUTH TOWN  DBKK & NEW YEAR CELEBRATION 2010

  • VOKAL TERBAIK ANUGERAH JUARA  CARTA  LAGU  ARTIS SABAH MUSIM KE-5 (2012)

  • VOKAL TERBAIK 1 BAND  2K12  ANJURAN  AGENSI  ANTI  DADAH  KEBANGSAAN
(AADK) -2012

  • VOKAL TERBAIK  RHYTHM OF CHAMPION SEMPENA TAMU GADANG UMS KE-14 (2012)

  •  FINALIS ANUGERAH JUARA CARTA LAGU ARTIS SABAH MUSIM KE-4 (2011)

  • JOHAN BINTANG PUJAAN NESCAFE PERINGKAT NEGERI SABAH (2012)

  • FINALIS  BINTANG PUJAAN NESCAFE 2012

  • JUARA SENTUHAN IKON PERINGKAT KEBANGSAAN -2013
( BAND THE FINGERS)
  • VOKAL TERBAIK  ROCKAFELLA BAND BATTLE 2014

Sebarang Pertanyaan Atau Maklum Balas, Emailkan di :
suibzainin@yahoo.com
Baca selengkapnya

19 Jun 2014

Perkataan "This is Sabah" Tak Kena Tempat

Kenyataan dari seseorang berkaitan Video yang dikongsikan secara Viral di Laman Sosial Facebook. Seseorang telah menghantar inbox di Page 1SABAH tidak bersetuju dengan kenyataan ini. 
Print Screen asal yang dihntar ke Page 1SABAH

Macik ini daerah sebelah pekan sy je Tuaran, haha, mungkin ko tatau kot, ko trylah kaco kereta org sana biar engkau polis, tentera, kau balik malam kau bukan lagi polis atau tentera, itu ja kau kena ingat. hahahahaahaha. This is sabah !!!!!!!!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
EXTRA

#ADA orang mahu saya berikan penjelasan. Baiklah kali ini saya layan permintaan mereka yang bijak. Saya tuliskan d sini sbb tak mampu jawab pertanyaan satu-persatu.

Pertama sekali mungkin anda tidak membaca habis atau kurang faham tentang situasi sebenarnya apa yang berlaku. Untuk makluman video tersebut telah dikongsi secara meluas di laman sosial Facebook boleh tengok di Fan page FB Friends of Barisan Nasional. 

Admin mendapat INBOX dari seseorang melalui peti inbox minta supaya dikongsikan gambar "print screen" di atas pos ini kerana merasakan orang tersebut menggunakan "akaun fake"  sengaja untuk merosakkan nama baik Daerah Tuaran 

"Macik ini daerah sebelah pekan sy je Tuaran, haha, mungkin ko tatau kot, ko trylah kaco kereta org sana biar engkau polis, tentera, kau balik malam kau bukan lagi polis atau tentera, itu ja kau kena ingat. hahahahaahaha. This is sabah !!!!!!!!"

Tulisan di atas Admin tuliskan balik berdasarkan apa yang ditulis melalui gambar yang dikongsi sebab Admin tahu kalau tak tulis orang akan cakap "apalah Admin page ini nda nampak apa-apa pun".

Untuk Makluman saya jadi Admin page ini sudah 7 tahun lebih sejak awal penubuhannya. Seingat saya tidak pernah saya cuba untuk menjatuhkan mana-mana pihak dalam tulisan mahupun gambar yang dikongsikan melainkan jika ada Fan yang salah faham dan berakal pendek.

Jika saya dianggap salah saya mohon maaf tetapi jika anda pula ada sedikit rasa bersalah atas komen dan pandangan keterlaluan (dalam mana-mana komen sekalipun)  kita tidak akan rugi dan jatuh miskin apabila minta maaf di atas kesalahan yang kita buat. 

Bagaimanapun sebagai manusia biasa kita takkan terlepas melakukan silap dan salah dan menjadi tanggungjawab bersama untuk saling ingat-mengingati di antara satu sama lain demi untuk perpaduan kita di Negeri Sabah.
[Respon saya bukan bertujuan untuk mencari Publisiti tetapi lebih atas dasar tanggunjawab]
Harap Maklum.
- djkupang -
Baca selengkapnya

15 Jun 2014

CEMAS : Lelaki Tertelan Telefon Blackberry


PANGGILAN kecemasan yang diterima di Afrika Selatan ini luar biasa sekali apabila kecuaian seorang lelaki menyebabkan telefon bimbit tersangkut dalam mulutnya.
Dalam kejadian itu, seorang lelaki cemas apabila dikatakan tertelan telefon bimbitnya jenis Blackberry hingga ia tersangkut di tekak lelaki itu.

Sebaik tiba di hospital, doktor yang mengendalikan kes itu tidak dapat menahan ketawa melihatkan keadaan lelaki itu sambil berusaha mengeluarkan telefon bimbit itu dari mulut lelaki berkenaan.

Rakaman video menunjukkan pesakit dari Klerksdorp itu terbaring sambil mulutnya terbuka dan dikelilingi paramedik untuk menyaksikan prosedur yang lain daripada lain itu, malah ada dalam kalangan petugas hospital itu yang merakamkan kejadian itu menerusi telefon bimbit mereka.

Dapat didengar ketawa beberapa petugas hospital itu ketika forseps digunakan untuk menarik keluar telefon bimbit dari mulut pesakit itu.

Baca selengkapnya

Video Pengajaran : Sila Matikan Enjin Kereta dan Kunci Pintu Kereta ANDA



Paparan video ini menunjukkan sebuah kereta telah dilarikan di sebuah stesen minyak oleh penunggang motosikal.

Berdasarkan pemerhatian daripada video ini ia menunjukkan yang pemilik kenderaan tersebut tidak mematikan engin keretanya ketika ditinggalkan untuk buat pembayaran pada kaunter stensen minyak.

Kejadian ini telah dirakamkan di Taman Impian Emas, Skudai, Johor.

Walaubagaimanapun belum diketahui samada kenderaan tersebut sudah dijumpai ataupun tidak.


Baca selengkapnya

Perkongsian [VIDEO] : Pendapat Anda Mengenai Minuman Bergula dan Berkarbonat



Apa yang akan berlaku apabila minuman berkarbonat dipanaskan dalam kuali ?

Tonton Video di bawah kemudian kongsikan apa yang kamu fikirkan ?


Baca selengkapnya

Persembahan tarian "Mabuk dan Rojak" Memalukan Bangsa Rungus - Jelani Hamdan

Oleh MYUSUF ASHUKRI

Kota Kinabalu: Presiden Persatuan Momogun Rungus Sabah, Dato Jelani Hamdan hari ini mengecam tarian MONGIGOL SUMUNDAI RUNGUS yang dipersembahkan semasa  acara Sambutan Perayaan Tadau Kaamatan Peringkat Nasional pada 14.6.2014 dan menyifatkannya sebagai tarian yang tidak lebih dari tarian "mabuk dan rojak".

Beliau yang juga wakil rakyat ADUN N.4  Matunggong membuat kenyataan tersebut melalui tulisan di akaun laman sosial facebook miliknya dan turut menambah tarian tersebut amat memalukan dan menyinggung perasaaan bangsa Rungus.

Tarian Mongigol Sumundai tersebut telah diubah tanpa kebenaran masyarakat Rungus dan atas kapasiti beliau sebagai Presiden Rungus Sabah, satu nota bantahan akan dihantar kepada pihak berwajib dan terlibat.

"Sudahlah pakaian Rungus DIANAKTIRIKAN semasa pertandingan UNDUK NGADAU , tarian kita pula ditarikan sambil lewa dan main-main. Saya cadangkan agar pihak kementerian menubuhkan satu panel penasihat kebudayaan yang akan dianggotai oleh semua wakil dari semua suku kaum /etnik di Sabah" tambah beliau lagi.

Dato Jelani Hamdan di laman sosial Facebook

Baca selengkapnya

1 Jun 2014

Pendedahan : Bagasi Anda Tidak Selamat. Kamu Tahu ?

Sebatang pen cukup untuk seorang pencuri mengambil barangan berharga anda dalam tempoh masa kurang lima minit. Adakah kamu sedar hal ini?

Seorang pakar kunci dan pengembara Amerika Syarikat (AS) mendedahkan bagaimana bagasi baju begitu mudah dibuka tanpa menjejaskan mangga kunci yang dipasang kepada bagasi dengan hanya menggunakan sebatang pen.

“Jika anda berfikir dengan mengunci beg dapat menghalang pencuri membuka bagasi anda dan seterusnya mencuri barangan berharga di dalamnya, maka anda salah," katanya.

Portal berita dailymail.com dalam satu rakaman video yang menggemparkan mendedahkan betapa mudahnya sesebuah bagasi itu dibuka dan mencuri barangan di dalamnya atau memasukkan sesuatu yang mencurigakan ke dalam bagasi itu tanpa diketahui pemilik hanya dengan menggunakan sebatang pen.

Lebih mengejutkan sesebuah bagasi berkunci itu kemudian ditutup kembali dalam keadaan sediakala seperti tidak pernah disentuh oleh sesiapa, tanpa pengetahuan pemiliknya.

Pakar kunci itu yang hanya dikenali sebagai bosnianbill membuat pendedahan itu selepas bagasi seorang rakannya dipecah dan beberapa barangan berharga milik rakannya dicuri ketika dia dalam penerbangan dari Afrika ke Amerika Syarikat.

Teknik terbaharu yang mengejutkan itu menunjukkan bagaimana bagasi seseorang penumpang boleh dibuka tanpa diketahui pemiliknya sehingga penumpang itu meninggalkan lapangan terbang.

Adalah amat sukar bagi seseorang mangsa untuk membuat tuntutan jika berlaku kehilangan sesuatu barangannya di dalam bagasi, sejurus selepas seseorang penumpang itu meninggalkan premis lapangan terbang.

Bagi mengatasi masalah itu, bosnianbill mencadangkan penumpang atau pengembara menggunakan bagasi berkulit keras yang menggunakan mangga kunci demi keselamatan selain membawa bagasi mereka bersama untuk imbasan serta pemeriksaan lanjut jika diminta.




Penulis mencadangkan jika anda tidak mempunyai beg yang berkulit keras, salah satu inisiatif adalah dengan membungkus beg anda dengan plastik (biasanya perkhidmatan ini ada di lapangan terbang) dengan cara itu beg anda atau bagasi anda pasti akan lebih selamat.

Kongsi dan sebarkan info berguna ini kepada saudara mara dan sahabat handai anda agar tidak menjadi mangsa kehilangan barang berharga atau menjadi mangsa "fitnah/aniaya' mungkin ada orang yang akan simpan dadah dalam beg anda.

djkupang.com
Baca selengkapnya

Artis Sabah : Esther Applunius Popular Lagu Sipi-Sipi


Lagu Sipi-Sipi adalah lagu terbaru oleh Esther Applunius artis yang dikenali dunia hiburan Malaysia melalui program realiti TV One In A Million.



Director: Walter Misir
Art. Director & Make-Up Artist: Roshar (New York, USA)
Videography: Jason Jack
Lighting & Editing: Jimmy Tan
Studio & Photography: Radzie Rahman
Hair Stylist: Jani Junaidi
Production Assistant: DK Khai & Andi Nurfarrah
Song & Lyrics: Janrywine
Sound Engineer & Mixing: Chris Pereira (RAM Studio)
Remix: DJ Taro (Tokyo Japan)
Produced by : BRProduction
Official Catering: Bombers Burger, Gaya Street, KK Sabah, Malaysia
Accessories: Beautiful Nails, Warisan Square, KK Sabah, Malaysia
Media: Utusan Borneo (Dean), Daily Express (Ricardo Unto) & Breeze Magazine (Denoza)
Baca selengkapnya

29 May 2014

WAJIB TENGOK : Teknik Mengesan Makanan digoreng Campur Plastik


Sungguh memeranjatkan apabila mengetahui taktik mencampurkan plastik dalam minyak masakan yang popular di Indonesia ini sudah mula menular di Malaysia.

Sebelum ini, kita dikejutkan dengan pengakuan seorang peniaga ayam goreng rangup dari Indonesia yang telah membuat pengakuan mencampurkan plastik atau paket minyak itu sendiri ke dalam minyak masakannya untuk menghasilkan ayam goreng rangup dan tahan lebih lama.

Namun, ketidakjujuran ini akan mengakibatkan pelanggan mengalami masalah kesihatan terutama kepada organ dalaman.
                                   
Cara mengetahui samada ayam goreng atau goreng pisang dicampur plastik:

  1. Bawa bahan kajian anda balik ke rumah (ayam atau pisang dan sebagainya).
  2. Ambil mancis dan bakar ayam atau pisang tersebut.
  3. Sekiranya terhasil nyalaan, besar kemungkinan ayam atau pisang terbabit dicampur plastik.
  4. Segera laporkan kepada pihak berwajib untuk tindakan lanjut.

                                           

TONTON VIDEO BAGAIMANA AYAM GORENG RANGUP DIHASILKAN DI BAWAH.


Kira-kira 4 tahun lepas ada juga mendengar pasal pisang goreng yang garing dicampur dengan plastik. 
'SHARE' kepada keluarga atau rakan-rakan anda.
Baca selengkapnya

28 May 2014

Stacy AF : Pakaian Tak Kena Tempat Di Pesta Kaamatan


Baru-baru ini stacy pemenang AF yang berasal dari Negeri Sabah mengadakan persembahan di daerah Tenom. Pemilihan pakaian Stacy untuk mengadakan persembahan sempena Sambutan Pesta Kaamatan di sana adalah tidak sesuai dan tidak menggambarkan seperti berada di Pesta Kaamatan.

Sesetengah orang berpendapat itu HAK dia untuk berpakaian apa sahaja termasuk kalau tak pakai baju pun tetap masih hak dia. Tetapi sebagai seorang 'Public Figure' orang sekeliling sedang memerhatikan dia. Anak-anak muda dan remaja kini cenderung untuk menjadikan sesetengah artis sebagai ikon fesyen kerana artis sentiasa updated perkembangan fesyen. 

Masih bercakap mengenai Hak lagi ? Kes rogol di Sabah kini semakin berleluasa dan menular bukan sahaja di bandar malah di kampung-kampung juga. Antara faktornya adalah berpakaian menjolok mata. Berbeza dengan berpakaian normal si perogol mudah terangsang kepada mereka berpakaian seksi yang menonjolkan bahagian-bahagian yang tak sepatutnya. 

Bagaimanapun lebih ramai yang tidak bersetuju dengan pakaian yang dikenakan oleh Stacy.

Bukankah artis itu juga secara automatik menjadi duta kepada negeri atau negara sekiranya membuat persembahan di luar negara ?


Sebahagian komen di laman sosial.


Baca selengkapnya

28 Apr 2014

Video Bakat Baru Sabah : Zack Bakal Menjadi Seorang Penghibur

Zack atau nama penuhnya Zackiddin Zackry yang baru berumur 12 tahun bakal menyinar dalam industri hiburan negeri Sabah. Daerah Sook, Keningau bakal melahirkan seorang bintang  baru . Zack, finalis bintang RTM 2013 pada mulanya hanya suka-suka (cover) menyanyikan lagu orang lain sambil bermain keyboard tetapi mendapat respon yang baik apabila video nyanyiannya yang turut dikongsi oleh Fan Page 1SABAH dilihat oleh lebih 200, 000 ribu orang dalam tempoh kurang 3 hari.

Perkembangan yang positif itu menarik minat beberapa orang komposer tempatan termasuk komposer tempatan yang sudah dikenali di peringkat antarabangsa kerana lagu-lagu dan lirik ciptaanya pernah memenangi beberapa anugerah.

Pada 26.04.2014 yang lalu Zack mendapat jemputan untuk membuat persembahan di Keningau Mall bersempena dengan festival Muzik yang berlangsung di daerah itu. Sebelum itu dia membuat persembahan di Pusat Kebudayaan Murut, Tenom sempena Pesta Kalimaran 2014 sebagai penyanyi jemputan di Pertandingan Butitin (karaoke) . 

Selepas ini, Zack akan membuat persembahan di luar daerah Keningau kerana dia turut mendapat undangan ke Labuan, Sipitang dan beberapa daerah lagi. 

Kepada mereka yang berminat untuk menjemput zack dalam majlis yang bakal dianjurkan bolehlah menghubungi terus En. Zackry (Bapa) untuk pertanyaan dan info di talian telefon 
0128263432 / 0128545713


>



Semoga Zack akan mencapai cita-citanya.



Baca selengkapnya

19 Oct 2009