19 Jun 2014

Perkataan "This is Sabah" Tak Kena Tempat

Kenyataan dari seseorang berkaitan Video yang dikongsikan secara Viral di Laman Sosial Facebook. Seseorang telah menghantar inbox di Page 1SABAH tidak bersetuju dengan kenyataan ini. 
Print Screen asal yang dihntar ke Page 1SABAH

Macik ini daerah sebelah pekan sy je Tuaran, haha, mungkin ko tatau kot, ko trylah kaco kereta org sana biar engkau polis, tentera, kau balik malam kau bukan lagi polis atau tentera, itu ja kau kena ingat. hahahahaahaha. This is sabah !!!!!!!!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
EXTRA

#ADA orang mahu saya berikan penjelasan. Baiklah kali ini saya layan permintaan mereka yang bijak. Saya tuliskan d sini sbb tak mampu jawab pertanyaan satu-persatu.

Pertama sekali mungkin anda tidak membaca habis atau kurang faham tentang situasi sebenarnya apa yang berlaku. Untuk makluman video tersebut telah dikongsi secara meluas di laman sosial Facebook boleh tengok di Fan page FB Friends of Barisan Nasional. 

Admin mendapat INBOX dari seseorang melalui peti inbox minta supaya dikongsikan gambar "print screen" di atas pos ini kerana merasakan orang tersebut menggunakan "akaun fake"  sengaja untuk merosakkan nama baik Daerah Tuaran 

"Macik ini daerah sebelah pekan sy je Tuaran, haha, mungkin ko tatau kot, ko trylah kaco kereta org sana biar engkau polis, tentera, kau balik malam kau bukan lagi polis atau tentera, itu ja kau kena ingat. hahahahaahaha. This is sabah !!!!!!!!"

Tulisan di atas Admin tuliskan balik berdasarkan apa yang ditulis melalui gambar yang dikongsi sebab Admin tahu kalau tak tulis orang akan cakap "apalah Admin page ini nda nampak apa-apa pun".

Untuk Makluman saya jadi Admin page ini sudah 7 tahun lebih sejak awal penubuhannya. Seingat saya tidak pernah saya cuba untuk menjatuhkan mana-mana pihak dalam tulisan mahupun gambar yang dikongsikan melainkan jika ada Fan yang salah faham dan berakal pendek.

Jika saya dianggap salah saya mohon maaf tetapi jika anda pula ada sedikit rasa bersalah atas komen dan pandangan keterlaluan (dalam mana-mana komen sekalipun)  kita tidak akan rugi dan jatuh miskin apabila minta maaf di atas kesalahan yang kita buat. 

Bagaimanapun sebagai manusia biasa kita takkan terlepas melakukan silap dan salah dan menjadi tanggungjawab bersama untuk saling ingat-mengingati di antara satu sama lain demi untuk perpaduan kita di Negeri Sabah.
[Respon saya bukan bertujuan untuk mencari Publisiti tetapi lebih atas dasar tanggunjawab]
Harap Maklum.
- djkupang -

Bagikan

Jangan lewatkan

Perkataan "This is Sabah" Tak Kena Tempat
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"