Showing posts with label Pasukan Sabah. Show all posts
Showing posts with label Pasukan Sabah. Show all posts

18 Oct 2014

Bolasepak Sabah : El Hadji Diouf akan jejak Sabah minggu depan

Difahamkan, usaha untuk mendapatkan khidmat Diouf adalah sebahagian daripada usaha Sabah untuk menjadi sebuah pasukan yang lebih mantap musim depan khususnya di bahagian serangan.

djkupang & Friends
Bolasepak Sabah : El Hadji Diouf akan jejak Sabah minggu depan

BEKAS penyerang Liverpool dan pemain kebangsaan Senegal, El Hadji Diouf dilaporkan semakin hampir untuk menyarung jersi Sabah musim depan.

Sumber daripada Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) berkata, rundingan untuk membawa masuk penyerang berusia 33 tahun itu kini di peringkat akhir dan kemungkinan dia akan menjejakkan kakinya di Kota Kinabalu, minggu depan.

“Setakat ini, proses rundingan berjalan lancar dan jika tiada sebarang masalah, Diouf akan menyarung jersi pasukan Sabah musim depan,” katanya.

Difahamkan, usaha untuk mendapatkan khidmat Diouf adalah sebahagian daripada usaha Sabah untuk menjadi sebuah pasukan yang lebih mantap musim depan khususnya di bahagian serangan.

Kecederaan panjang dialami penyerang kebangsaan Rozaimi Abdul Rahman, 22, juga menyebabkan Sabah ketandusan penyerang berbisa selepas penyerang import dari Syria yang juga penjaring terbanyak pasukan musim lalu, Marwan Saydeh, tidak disambungkan kontrak.

Setakat ini, pasukan mempunyai beberapa penyerang muda termasuk Leopold Alfonso Otong yang pernah menjulang Sabah apabila memenangi ibu segala pingat pada SUKMA 2012 di Kuantan.

Selain Liverpool, Diouf sebelum ini juga pernah beraksi bersama kelab lain di England termasuk Bolton, Sunderland, Blackburn, Doncaster and Leeds.

Beliau yang pernah dua kali dinobatkan sebagai pemain terbaik Afrika dikatakan tidak terikat dengan mana-mana pasukan selepas menamatkan kontrak bersama Leeds. -PORTAL RASMI SAFA

- Model TERBARU Paling 'Meletup' Abad Ini -
Baca selengkapnya

25 Jun 2014

Keputusan Akhir Piala Datuk Seri Musa Aman 2014

TAHNIAH KEPADA TAWAU PASUKAN JUARA

Blog djkupang - Tawau akhirnya merangkul kejuaraan Piala Datuk Seri Musa Aman, Ketua Menteri Sabah selepas menumpaskan Kota Belud dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Penampang hari ini.

Sebanyak 26 daerah dari seluruh negeri Sabah yang bersaing untuk merebut hadiah wang tunai yang berjumlah RM 45,000. Pasukan yang menjadi juara akan mendapat wang tunai RM25,000 diikuti RM12,500 di tempat kedua, manakala dua pasukan yang tewas di separuh akhir juga akan membawa pulang wang tunai masing-masing RM4,000.

Sebelum itu pada peringkat separuh akhir Pasukan Tawau dan Kota Belud masing-masing menewaskan lawan sebelum dipertemukan di peringkat akhir.


Diharapkan dengan adanya penganjuran yang sebegini mampu untuk mencungkil bakat-bakat baru memandangkan setiap pasukan mesti menghantar pemain muda dan hanya boleh mendaftarkan pemain yang berusia 16 hingga 21 tahun dan lima pemain yang berusia antara 22 hingga 27 tahun.

26 daerah dibahagikan kepada lapan kumpulan Pada Peringkat Awal :

Kumpulan Satu : Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu; 
Kumpulan Dua : Ranau, Telupid dan Tongod; 
Kumpulan Tiga : Sandakan, Beluran dan Kinabatangan
Kumpulan Empat : Kota Marudu, Kudat serta Pitas.

Kumpulan Lima : Kota Belud, Tuaran dan Kota Kinabalu 
Kumpulan Enam : Penampang, Papar dan Putatan 
Kumpulan Tujuh : Beaufort, Kuala Penyu dan Sipitang 
Kumpulan Lapan : Keningau, Tambunan, Nabawan dan Tenom 



*Keningau Juara Bertahan terpaksa akur kepada Nabawan yang memenangi mewakili kumpulan Lapan. 

Selepas perlawanan semua pasukan empat pasukan yang melangkah ke separuh akhir adalah Kumpulan A Tawau dan Putatan sementara Kumpulan B dimenangi oleh pasukan dari Pantai Barat Utara Kota Belud dan Kota Marudu.

Sekali lagi TAHNIAH kepada Pasukan Tawau atas kejayaan menjuarai Piala Ketua Menteri Sabah.

-Majulah Sukan Untuk Negara-
Baca selengkapnya

24 Jun 2014

JDT II VS SABAH - Perlawanan Penutup Liga Perdana 2014

JDT II VS SABAH
20 : 45, 24 JUN 2014,
Stadium Pasir Gudang, Johor.

Perlawanan malam ini adalah perlawanan yang terakhir untuk Sabah dan pasukan lain yang bermain dalam Liga Perdana bagi musim 2014.

PDRM sudah pun mengesahkan kejuaraan Liga Perdana selepas membenam Negeri Sembilan di Stadium Paroi jumaat lepas dan seterusnya melayakkan mereka untuk melangkah ke Liga Super pada musim hadapan.

Ketika artikel ini dikongsikan kedudukan semasa JDT II Vs Sabah adalah  seri tanpa jaringan di separuh masa yang pertama dan bersambung sebentar lagi.

Sebagai Anak Jati Sabah, kita semua pasti mengharapkan kemenangan walaupun tidak melayakkan untuk bermain di mana-mana sekurang-kurangnya ia menjadi hadiah kepada penyokong Sabah di perlawanan yang terakhir ini.

Saya akan ulas lebih panjang lagi melalui tulisan kelak mengenai pencapaian Sabah untuk Liga Perdana pada tahun ini. Selamat malam semua.
Baca selengkapnya

13 Jun 2014

Senarai Pemain : Sabah VS PERLIS

Liga Perdana 2014 : SABAH VS PERLIS


Apa yang diharapkan pada malam ini Sabah akan bermain lebih baik dan tidak menghampakan penyokong yang sanggup turun ke stadium untuk terus beri sokongan kepada pasukan.

Coach Milomir berkata sesuatu kepada pemain

Senarai Pemain Sabah yang diturunkan malam ini

Baca selengkapnya

8 Jun 2014

Akhirnya Rozaimi Selamat Jalani Pembedahan

SELEPAS hampir tiga bulan menyepi, penyerang Sabah, Rozaimi Abdul Rahman akhirnya selamat menjalani pembedahan buku lali yang menghantuinya sejak Februari lalu di Hospital Pakar KPJ Damansara, Khamis lalu.

Pengurus Pasukan, Rahman Zakaria, berkata pembedahan ‘major’ yang dijalani Rozaimi berjalan lancar namun terpaksa berehat panjang dan hanya dijangka akan kembali beraksi semula musim depan.

“Beliau telah selamat jalani pembedahan dan dibenarkan keluar hospital petang tadi (Isnin), bagaimanapun kita masih belum dapat pastikan bila beliau akan mampu beraksi semula kerana beliau terpaksa menjalani pembedahan major berikutan beberapa uratnya terjejas akibat kecederaan dialaminya itu.

“Apapun marilah kita sama-sama berdoa supaya Rozaimi cepat sembuh kerana dia adalah aset penting pasukan dan dia juga termasuk dalam perancangan pasukan untuk musim depan,” katanya ketika ditemui selepas tamat sesi latihan pasukan Sabah di Stadium Likas, petang kelmarin.

ROZAMI DALAM PERANCANGAN SABAH

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya yakin Rozaimi akan kekal bersama pasukan musim depan kerana percaya ‘hati dan jiwa’ penyerang berusia 22 tahun itu masih bersama negeri di bawah bayu.

“Buat masa ini Rozaimi masih kekal bersama Sabah dan dia juga pernah menyuarakan hasrat untuk terus menabur bakti bersama pasukan negeri kelahirannya.

“Bagaimanapun kita tidak mahu tergesa-gesa untuk memasukkannya semula dalam barisan pasukan kerana kita mahu dia benar-benar sembuh, walaupun sebelum ini dia pernah mengatakan sudah ‘gatal kaki’ untuk beraksi…biarlah dia benar-benar sembuh, kerana jika kita terburu-buru dan dia mengalami kecederaan semula, ianya bukan sahaja merugikan Sabah, tetapi juga negara,” katanya.

CEDERA SEJAK FEBRUARI

Rozaimi yang pernah terpilih menjadi antara 10 pemain terbaik Asia  2012 oleh saluran sukan antarabangsa, ESPN mengalami kecederaan sejak 4 Februari lalu sewaktu menentang Kelantan pada saingan pusingan kedua Piala FA.

Beliau kemudian berehat panjang dan kemudian hanya beraksi kira-kira 15 minit ketika Sabah melayan kunjungan Pulau Pinang di Stadium Likas, pada 14 April lalu.

SAFA
Baca selengkapnya

29 May 2014

Bolasepak Sabah :Pergaduhan boleh Menjejaskan Semangat Kesukanan

Bolasepak : Maklumat mengatakan berlaku pergaduhan di Keningau
Bolasepak adalah satu permainan sukan yang popular di dunia dan mempunyai paling ramai peminat di seluruh negara. Dalam masa terdekat ini, Negara Brazil akan mencipta sejarahnya untuk kali kedua apabila menjadi tuan rumah dalam  Kejohanan Piala Dunia FIFA yang ke-20. Jika Malaysia adalah antara pasukan yang bertanding di Piala Dunia, saya yakin bolasepak itu pasti akan dapat menyatukan seluruh rakyat negara ini.

Mari kita lihat apa yang berlaku di peringkat bawahan sebelum mendongak tinggi ke atas. Kebiasaannya setiap kali berlangsungnya pertandingan bolasepak kita akan mendengar ada saja pergaduhan di antara pemain dan ada juga yang melibatkan satu kampung. Beberapa pertandingan/anjuran yang popular peringkat kampun  adalah "Kejohanan Bolasepak Piala YB" dan " PIALA MAGGI ".

PUNCA PERGADUHAN

Paling utama adalah kerana mahu menjadi juara. Bergantung kepada hadiah yang ditawarkan kalau wang tunai yang lebih besar itu mungkin akan mengundang lebih banyak kontroversi. Bermula dari pendaftaran, cabut undi sehingga perlawanan dimulakan kebiasaannya ada saja masalah akan timbul. 

Mereka yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan pertandingan tersebut ada yang "KAPSIT". Biasanya mereka sudah 'deal' dengan pengadil perlawanan untuk menjahanamkan pasukan yang bukan dari kalangan mereka. Tidak semua pengadil begitu tetapi di peringkat kampung atau daerah memang ada yang buyuk.

Adakalanya keputusan mereka boleh dipertikaikan (kalau pemain bola mesti faham) macam susah mau di 'explain' tapi macam mana juga kalau protes seja pun mau bayar duit lagi. Belum tentu lagi menang protes sebab pertandingan ini tidak dipantau oleh pihak-pihak sepatutnya. 

Untuk mengelakkan kejadian pergaduhan saya berpendapat ianya  bermula dari pihak penganjur itu sendri supaya tiada 'double standard' dan bersikap adil. Semua informasi yang berkaitan hendaklah dijelaskan dan dimaklumkan lebih awal agar tidak meyusahkan pemain. Paling penting juga mungkin adalah pengadil yang dipilih BERSIH rasuah barulah kita akan dapat melihat satu permainan yang berkualiti dipamerkan oleh para pemain.
Ditulis oleh djk berdasarkan pengalaman dan perkongsian dari kawan-kawan.

Baca selengkapnya

23 May 2014

Ketua Menteri Sabah : Melawat Anggota Keselamatan di Pos Pulau Adal

Status Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman di laman Sosial Facebook.

[ Bersama para pegawai dan anggota pasukan keselamatan kita di Pos Kawalan Pulau Adal dalam kawasan ESSZONE. Di samping semangat, moral dan dedikasi mereka yang cukup tinggi saya juga menekankan pentingnya kerjasama dan kesetiaan rakyat dalam soal keselamatan dan kedaulatan ini.

"Selamat berjuang untuk warga pasukan keselamatan kita" ]


















Sumber





Baca selengkapnya

Sabah FA : Tidak Rela Kempunan di gelanggang Sendiri

Oleh WILLIE JUDE JUNAIDI
willie@sabahfa.com
SELEPAS kemenangan di tempat lawan menentang Negeri Sembilan, Jumaat lalu, Sabah kini tidak mahu lagi menoleh ke belakang malah bertekad untuk terus berusaha bagi mencipta kemenangan demi kemenangan seterusnya merealisasikan impian layak ke Piala Malaysia.

Bagaimanapun, Sabah tidak memandang mudah cabaran UiTM FC di Stadium Likas malam ini kerana pasukan lawan itu juga dilihat mampu melakukan kejutan seperti mana sewaktu mereka mengikat penduhulu liga, PDRM di tempat lawan, minggu lepas.

Walaupun tanpa kelibat beberapa tonggak utama, Ketua Jurulatih, Milomir Seslija pastinya mempunyai ramuan tersendiri untuk menjinakkan UiTM FC di Likas, malam ini.

TERLEPAS AKSI

Sabah akan turun menentang pasukan lawan itu tanpa perancang utama, Andre Reinaldo Esposito dan Md Redzuan Nawi selepas masing-masing menerima kad merah pada perlawanan menentang Negeri Sembilan, Jumaat lalu.

Selain itu, pasukan yang lebih gemar diberi jolokan Badak oleh peminat itu turut kehilangan khidmat penyerang muda dari Liberia, Jerome Suku Doe kerana masih cedera selain Rozaimi Abdul Rahman yang dikhabar akan menjalani pembedahan buku lalinya yang cedera dalam tempoh terdekat ini.

“Kita banyak kali melalui detik sukar tanpa beberapa pemain sama ada cedera atau digantung tapi kita masih mampu beraksi cemerlang dan berjaya mengatasinya.

“Sama seperti menentang Negeri Sembilan minggu lalu, kita kehilangan beberapa tonggak utama namun kita berjaya menunjukkan satu permainan menarik serta semangat juang yang tinggi…akhirnya kita menang.

YAKIN DENGAN PEMAIN

“Saya yakin dengan pemain saya, sekiranya mereka menunjukkan semangat juang seperti ketika menentang Negeri Sembilan lalu, kita pasti akan meneruskan momentum kemenangan kita,” katanya ketika ditemui selepas tamat sesi latihan di Padang B, Likas, petang kelmarin.

Milomir berkata, walaupun kehilangan Andre dan Redzuan di bahagian tengah, namun beliau masih mempunyai pilihan lain untuk memantapkan bahagian itu termasuklah Rosdin Wasli dan Didie Arizal.

“Ia memang sukar tetapi kita akan cuba kerana kita mempunyai beberapa pilihan, kita ada Rosdin, Didie, Pocuca (Pedrag) dan Julamri…mereka semua berkebolehan bermain di posisi tengah.

“Rosdin mungkin akan beraksi pada 20 minit terakhir, Pocuca dan Julamri juga boleh bermain di bahagian tengah…kita akan tengok malam esok,” katanya.

KELUARGA BESAR

Sementara itu, beliau berkata suasana dalam pasukan sangat baik dengan semua pihak sentiasa bekerjasama untuk memantapkan pasukan Sabah.

“Kita seperti satu keluarga besar, semua memainkan perana masing-masing dengan baik…pemain, pegawai, media dan juga penyokong, semua menjalinkan kerjasama yang baik,” katanya.

Baca selengkapnya

21 May 2014

SUKAN MALAYSIA KE-17 : KONTINJEN SABAH SASAR 20 EMAS DI PERLIS

Sabah Sertai 20 Jenis Sukan Dan Sasar 20 Pingat Emas Di Sukma Ke-17, Perlis

KOTA KINABALU, 20 Mei (Bernama) -- Sabah akan mengambil bahagian dalam 20 jenis sukan daripada 24 jenis sukan yang dipertandingkan di Sukan Malaysia (Sukma) Ke-17 di Perlis yang bermula dari 24 Mei hingga 4 Jun ini.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata pada Sukma Perlis ini kontinjen Sabah akan menumpukan perhatian kepada jenis sukan yang atlet-atlet Sabah mampu memberi saingan hebat kepada lawan mereka.

Justeru, cuma empat jenis sukan sahaja yang tidak disertai kontinjen Sabah yang diketuai Setiausaha Tetap Kementeriannya Datuk Suzannah Liaw pada Sukma kali ini iaitu gimrama, skuasy, kanu dan wushu.

"Kekuatan kontinjen (Sabah) adalah 428 orang, yang terdiri daripada 333 orang atlet, 95 orang pegawai berbanding (kekuatan kontinjen) pada 2012 yang berjumlah 299 orang atlet dan 80 orang pegawai," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tawfiq berkata pada kejohanan kali ini, Sabah menyasarkan 20 pingat emas.

"Harapan saya kepada atlet Sabah ialah supaya sedaya upaya memberi saingan yang hebat serta mengutip pingat dan sekaligus memperbaiki kedudukan serta keputusan yang lebih cemerlang daripada Sukma yang lalu," katanya.

-- BERNAMA
Baca selengkapnya

17 May 2014

Liga Perdana 2014 : Sabah Menang 0-1 walaupun bermain 9 orang


Tahniah untuk semua pemain dan pihak pengurusan Sabah F.A atas kejayaan menundukkan Pasukan Negeri Sembilan di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi yang berlangsung pada malam tadi. Kemenagan pada malam ini adalah di luar jangkaan peminat-peminat pasukan Sabah.

Marwan Saydeh mencipta nama sebagai penjaring pasukan Sabah pada minit ke-64 dengan melakukan satu sepakan voli yang terus menerjah gawang Negeri Sembilan. Sebelum itu kedua-dua pasukan saling bertukar serangan dengan Sabah lebih banyak mengasak ke kubu pasukan negeri Sembilan. Kedudukan kekal tanpa jaringan sehingga tamat permainan separuh masa pertama.

Bersambung perlawanan di babak kedua Sabah kehilangan seorang pemain apabila minit ke-55 Mohd Redzuan dilayangkan kad kuning kedua memaksa Sabah untuk bermain 10 orang. Selang dua minit kemudian Halim pula dibuang padang selepas mendapat kad kuning kedua, 

Jaringan Marwan kekal sehingga tamat perlawanan namun pada minit ke 80 Sabah terpaksa bermain dengan 9 orang apabila Andre turut menerima nasib serupa Redzuan diarah keluar padang selepas mendapat kad kuning kedua. Negeri Sembilan gagal memanfaatkan kesempatan itu untuk merapatkan kedudukan.

Marwan sempat membalas komen peminat di FB SabahFA
Perlawanan pada malam ini menyaksikan Pengadil Perlawanan, Kamal Ahmad melayangkan 10  kad kuning 6 untuk Sabah dan 4 kepada pasukan tuan rumah dan tiga orang pemain dibuang padang. Keputusan di tempat lain Kedah 1-0 Felda United SPA Putrajaya 2-1 PBAPP, Pulau Pinang 2-1 Perlis dan PDRM 1-1 UiTM.

Pemain yang bermain malam tadi turun dengan motivasi yang tinggi untuk mencipta kejayaan selepas gagal mencari kemenangan dalam beberapa perlawanan termasuk keputusan seri 2-2 ketika bertemu PDRM di Stadium Likas walaupun sudah mendahului 2-0 pada satu masa. Sabah kini  berada di kedudukan ketujuh Liga dan akan bermain turun mennetang UITM di stadium Likas pada 23 Mei 2014.

Artkel ini ditulis oleh djk melalui  rujukan Sabah FA Fan Club.

Baca selengkapnya

11 May 2014

[WAJIB BACA] Sentuhan "The Legend" Berbisa | Angkat JKNS Juara Pertandingan Bolasepak KKM


The Legend adalah gelaran yang diberikan oleh peminat pasukan bolasepak negeri Sabah kepada mantan penyerang kebangsaan dan negeri Sabah iaitu Matlan Marjan, anak jati Kampung Timbang Dayang, Kota Belud.

Baru-baru ini berlangsung Kejohanan Sukan Kementerian Kesihatan Malaysia di negeri Melaka di mana Pasukan Kesihatan Negeri Sabah berjaya mendapat Pingat Emas untuk menjuarai pertandingan tersebut. Pasukan yang digelar "Blood Brothers" Health Football Team dibimbing oleh Matlan Marjan.

Matlan Marjan adalah satu nama yang besar dalam arena bolasepak Malaysia sekitar tahun 90-an. Beliau cukup disegani kerana memiliki pengalaman dan kemahiran individu yang tinggi. Beliau telah membuktikan kemampuannya kepada seluruh peminat bolasepak Malaysia apabila mengetuai pasukan negara dalam perlawanan persahabatan peringkat antarabangsa yang berlangsung di Stadium Merdeka menentang England pada 12 Jun 1991.

Walaupun pasukan negara tewas 2-4 kepada England namun ia tidak begitu menghampakan penyokong kerana para pemain menunjukkan komitmen yang tinggi berjuang sehabis-habisnya dan dua gol hasil jaringan Matlan Marjan membuatkan pasukan gergasi dunia tidak boleh memandang rendah kepada kemampuan Malaysia pada ketika itu.

Walaubagaimanapun, imej dan reputasi beliau hancur berkecai apabila beliau bersama 4 orang rakan sepasukannya (pasukan Sabah) ditahan polis pada Jun 1995 atas tuduhan rasuah. Pada waktu tersebut beliau baru berusia 26 tahun. Selepas didapati bersalah hukumannya adalah Gantung seumur hidup dari mewakili pasukan negeri dan negara.

Jiwanya dan bolasepak sudah begitu sebati umpama irama dan lagu. Walaupun tidak boleh mewakili pasukan negeri tetapi dalam senyap menyumbangkan pengalaman kepada pihak-pihak yang menaruh kepercayaan kepada kemampuannya berdasarkan pengalaman yang dimilikinya.

Beliau juga sering kelihatan di Stadium Likas untuk memberi sokongan moral kepada pasukan Sabah terutama kepada adiknya Zainizam Marjan yang memakai nombor keramat 20. Dalam Perlawanan lalu Zainizam menjaringkan gol pembukaan menentang PDRM tetapi nasib tidak menyebelahi Sabah apabila sekadar mencatat keputusan seri 2-2.

Soalan 1 : Apa pendapat Abang Matlan dengan pasukan Sabah pada era 90-an dan sekarang ?

Matlan Marjan : Ini pendapat Peribadi saya. Sabah Sekarang susah saya nilai kerana banyak pemain kita ada pontesi tapi tiada dalam skuad negeri. Dulu pemilihan melalui kejohanan antara zon. Tapi sekarang .......... 
----------------------Akan bersambung----------------------------------

PANAS !!!!!
Pengakuan Matlan Marjan Selepas hampir 20 tahun digantung tidak boleh mewakili Pasukan Negeri dan Kebangsaan

Sumber ini diperolehi secara SAH melalui temubual/pertanyaan secara terus kepada individu yang dimaksudkan [ Matlan Marjan ]. Sebarang isi kandungan  dari laman ini tidak menjadi tanggungjawan ADMIN apabila diubah/disiarkan di halaman lain. Komen anda adalah tanggungjawab anda.

Artikel ini juga dikongsi Portal satusabah

Lagi bacaan : Kedudukan Sabah selepas 15 Perlawanan
Baca selengkapnya

10 May 2014

Kedudukan Terkini SABAH | Ada Yang enda Kena

 UPDATED 9 MEI 2014


Kali terakhir Sabah Menang adalah ketika menentang PBAPP FC 3-1 di Stadium Likas pada 4 April 2014. Perlawanan itu adalah penutup untuk pusingan pertama Liga Perdana. 

Selang seminggu Pusingan kedua bermula SABAH sekali lagi berhadapan dengan PBAPP kali ini di tempat lawan. Semua orang membayangkan Sabah tiada masalah untuk tundukkan PBAPP. Namun meleset apabila Sabah tewas 1-0

Episod kekalahan berterusan lagi ketika melayan Pulau Pinang di Likas KENA 1-3. Berdepan dengan Felda United di MPSJ kena juga 2-1

Bersambung lepas 'break season' pada perlawanan semalam ketika menentang pendahulu Liga, PDRM bukan kerja mudah tetapi mereka sudah hampir meleburkan REKOD Tanpa Kalah PDRM apabila berada di depan 2-0 hasil jaringan Zainizam dan Marwan tetapi mereka gagal mempertahankan kedudukan tersebut apabila perlawanan tamat PDRM berjaya mengikat kedudukan 2-2 untuk memastikan mereka balik dengan 1 MATA.

***Semasa break season pasukan Sabah mengadakan perlawanan persahabatan dengan SIME DARBY [Menang 0-2] seterusnya dengan PERAK [Kalah 4-1].

Pasti ada yang tidak kena apabila keputusan seringkali tidak memihak kepada penyokong dan peminat pasukan SABAH. 

Sebelum ini ada disebut antara puncanya adalah ketidakfahaman di antara jurulatih dan pemain. Milomir dikatakan gagal dalam 'kemahiran komunikasi' dengan pemain. Beliau seorang yang tegas dan 'cakap lepas' dengan pemain apabila mereka melakukan kesalahan kemudian membiarkan pemain tanpa memujuk/memperbetulkan kesalahan pemain tersebut. 

Walaupun pihak  pengurusan antara yang terbaik setakat ini tetapi kalau hal kecil ini tidak ditangani segera ia boleh menjadi besar. Silap-silap pada musim akan datang pemain akan berhijrah jika mendapat tawaran dari kelab lain yang mana akhirnya merugikan pasukan.

"Walau apapun keadaannya secara peribadi tetap akan menyokong SABAH sampai bila-bila sebab Saya adalah Anak Sabah dan itu tidak akan pernah bertukar. SABAH TATAP sampai bila-bila tapi kasih bagus2 la bah kasih manang baru meriah."

P/S : Ada yang mengeluarkan kata-kata kesat kepada pasukan Sabah sebenarnya dia orang mana? Kalau mahu tegur sekalipun gunakanlah bahasa yang lebih sopan kerana kalau terus memaki hamun tiada perkara yg akan selesai... <senyum>
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

UPDATED : Apa kata The Legend


Baca selengkapnya

1 May 2014

[1 MEI 2014] SABAH F.A | Kekalahan Besar Akibat Amukan Sang Seladang

IPOH : 1 MEI 2014, menyaksikan  Pasukan Sabah F.A terpaksa akur dengan ketangkasan Sang Seladang apabila berjaya menundukkan Sang Helang 4-1 di Stadium Ipoh sebentar tadi dalam siri perlawanan persahabatan.

Kesebelasan Utama Sabah Menentang Perak

Gol pasukan Seladang dihasilkan seawal minit pertama permainan melalui pemain importnya Milan Porovic. Selepas itu kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dengan Sabah melakukan beberapa percubaan menerusi Marwan  dan pada minit ke-17, rembatan kencangnya sudahpun menewaskan penjaga gol Perak namun palang menjadi penyelamat. Kedudukan itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, ketua jurulatih Sabah Seslija Milomir membuat beberapa pertukaran pemain sebagai usaha untuk menguji beberapa pemain muda untuk diserap ke dalam skuad senior namun pada minit ke-69 Perak menambah gol mejadikan kedudukan 2-0. Minit ke-77 Perak mendapat sepakan penalti dan mudah disempurnakan menjadi kedudukan 3-0.

Minit ke-78 Irwan Jamil menggantikan Fazli dan selang empat minit kemudian Perak menambah untuk gol keempat. Sabah mendapat gol saguhati menerusi Marwan pada minit ke-89. Keputusan Penuh Perak menang 4-1. 

Sebelum ini pada 27 April lepas dalam satu perlawanan persahabatan yang lain Sabah berjaya menjinakkan Sime Darby 0-2 bermain di tempat lawan. 

"Kita menguasai permainan tapi kita kalah, tiga kesilapan dan satu penalti...apa pun ia satu perlawanan yang baik untuk memantapkan lagi pasukan...juga perlawanan baik untuk pemain-pemain muda kita yang jarang diturunkan...kita akan lebih baik lagi selepas ini", komen ringkas Ketua Jurulatih, Milomir Seslija selepas perlawanan persahabatan menentang Perak sebentar tadi.

Jangan LUPA untuk ke Stadium Likas pada 09 MEI 2014 (Jumaat) Sabah akan melayan pendahulu Liga Perdana 2014 PDRM, mereka akan melakukan sepak mula pada jam 8.15 malam. Jumpa di sana.. :) 


Baca selengkapnya

8 Jul 2011

11 Apr 2011

Kemenangan Sabah ke atas Perak hadiah hari jadi ke-60 Presiden SAFA

Tahniah kepada pasukan Sabah yang telah berjaya memecahkan rekod tanpa kalah Perak dengan jaringan 2 - 1 di Stadium Likas. Kemarau pujian kepada pasukan Sabah kini disirami dengan hujan gembira dan semestinya jutaan terima kasih kepada sokongan padu hawksters yang tetap setia menjadi penyokong fanatik Sabah dalam apa juga keadaan. Walaupun ketinggalan 0-1 kepada perak di separuh masa yang pertama tetapi itu tidak mematahkan semangat juang pemain Sabah untuk mencipta kejayaan.

Kemenangan ini adalah hadiah hari jadi yang ke-60 kepada YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Presiden SAFA yang juga merupakan orang No. 1 Sabah.

Teruskan dengan semarak-maraknya menyokong Sabah. Go! Sabahawks !!!








Baca selengkapnya

17 Feb 2011

Pengulas bolasepak Live at Stadium Likas Sabah|Liga Super

Gambar ihsan ReeBrOs (Jurugambar Sabahawks)
dari kiri : djkupang, Djrumputt, DJLUGU, Felix AF3, DJ AK, DJLM dan Wady
Sebahagian aksi mengulas ketika berada di Bilik Media Stadium Likas

Boleh dikatakan ini adalah pengalaman baru saya di dalam penyiaran Radio Online apabila UtaraFM, Media Online Rasmi Sabahawks Fan Club diberi peluang untuk menjadi mengulas perlawanan yang melibatkan pasukan Sabah di Stadium Likas.

Saya bersama beberapa orang Penyampai di UtaraFM iaitu rumputt, LUGU, LM dan Teknikal kami Wady pertama kali menjejakkan kaki ke dalam bilik Media Stadium Likas pada 12 Februari 2011 telah mencuba untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua penyokong Pasukan Sabah tidak kira walau di mana juga mereka berada untuk terus mengikuti Secara Langsung perkembangan terkini pasukan Sabah semasa perlawanan.

Perlawanan pertama Sabah di Stadium Likas adalah bertemu Kedah di mana Sabah berjaya menundukkan Skuad Sang Kenari itu dengan kelebihan 1-0. Sementara perlawanan kedua, Sabah tewas kepada Johor FC 0-1. Kami di UtaraFM mengharapkan agar semua orang yang mengikuti siaran kami akan terhibur dan berasa puas. Kami akan cuba untuk memperbaiki sebarang kelemahan kami di perlawanan yang akan datang iaitu pada 15 Mac 2011 di mana Sabah akan menanti kunjungan pasukan Kelantan.

Terima kasih kepada Tuan Mohd. Joh Hj. Wid Pengerusi Kelab Penyokong Sabahawks kerana memberikan kepercayaan ini kepada kami. Kepada semua yang ada mendengarkan kami terima kasih atas sokongan anda kepada Pasukan Sabah.

P/S : Mari kita datang beramai-ramai ke Stadium Likas untuk menyuntik semangat pemain Sabah.
Baca selengkapnya

31 Jan 2011

DJ UtaraFM bakal menjadi pengulas bolasepak|Stadium Likas, Sabah


Pada 12 Februari 2011 ini Radio Online Sabah UtaraFm akan mencipta sejarahnya sendiri apabila akan bersiaran di bilik Media Stadium Likas di bawah kelolaan Sabahawks Fan Club untuk membuat ulasan perlawanan yang melibatkan Pasukan Sabah dan Kedah pada jam 4.45 petang.

DJ Aldusuni dan DJ Siiputt ketika menemubual Ketua Menteri Sabah

Ini bakal menjadi pengalaman baru kepada penyampai-penyampai di Radio Online Sabah UtaraFm yang juga adalah Media Online Rasmi sewaktu Majlis Pelancaran Kelab Rasmi Penyokong Bolasepak Sabah. UtaraFM sempat menemubual Ketua Menteri Sabah, Y.A.B Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman yang juga merupakan Presiden Sabah F.A pada majlis tersebut.

Dalam perkembangan lain, UtaraFm yang kini bernaung di bawah Konsortium Radio Online Sabah (KROS) berkemungkinan akan membuka peluang ini kepada semua Radio Online Sabah yang menyertai KROS. Walaubagaimanapun hal ini akan diberitahu nanti melalui KROS selepas perbincangan dengan pihak Sabahawaks Fan Club.

Nantikan kemunculan penyampai UtaraFM beraksi di Stadium Likas bukan sebagai pemain bolasepak tetapi pengulas bagi perlawanan yang melibatkan Pasukan Sabah.


Baca selengkapnya

16 Jan 2011

Pelancaran Sabahawks FanClub (Kelab Penyokong Pasukan Bolasepak Sabah)

Logo Sabahawks


Temubual bersama Ketua Menteri Sabah


Kelihatan Presiden Sabahawks FanClub (kanan sekali)

Mohd. Joh Hj. Wid menunjukkan T-shirt FanClub kepada

Y.A.B Ketua Menteri Sabah merangkap Presiden Sabah F.A


Pemimpin dan AMT Sabah F.A bersama dengan Pemain


Dari kiri : DJrumputt, DJsiiputt, DJLugu, DJAldusuni dan DJkupang


Akhirnya Pasukan Sabah mempunyai Kelab Rasmi Penyokong Pasukan Bolasepak Sabah (SABAHAWKS FANCLUB) yang mana telah dilancarkan secara rasminya oleh Ketua Menteri Sabah Y.A.B Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Sabah (SABAH F.A).

Radio Online Sabah adalah Media Online rasmi dalam majlis tersebut. Penyampai dari Utara.FM juga berpeluang untuk menemubual Y.A.B dan akan membuat siaran ulangan pada satu masa yang akan ditetapkan nanti. Ini adalah satu penghormatan kepada Radio Online dan Terima Kasih kami ucapkan kepada Presiden Sabahawks FanClub Tuan Mohd. Joh Hj. Wid kerana memberikan kepercayaan kepada kami. Djrumputt adalah pengacara bagi Majlis tersebut.

Setelah lima tahun berturut-turut bermain di Liga Perdana, akhirnya Pasukan Sabah kembali ke Liga Super pada musim ini dan pastinya harapan tinggi diletakkan kepada para pemain untuk membawa pulang Piala ke negeri di bawah bayu. Sokongan dari seluruh warga Sabah adalah perlu bagi menyuntik semangat baru kepada pemain.
Baca selengkapnya

14 Jan 2011

Kelab Rasmi Penyokong Pasukan Bolasepak Sabah - Sabahawks



Selamat datang Ke Kelab Rasmi Penyokong Bolasepak Sabah yang akan disempurnakan oleh Y.A.B Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman, Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Persatuan Bolasepak Sabah di Hotel Le Meridien pada 14 Januari 2011 (Jumaat) jam 2.30 Petang.

Radio Online Sabahan Utara.FM adalah Media Rasmi dalam majlis tersebut. Saya melihat ini sebagai permulaan dalam menaiktaraf mutu permainan Pasukan Sabah yang akan beraksi dalam saingan Liga Super Musim ini. Penyertaan daripada seluruh orang Sabah dalam kelab ini bakal membakar semangat para pemain untuk terus berjuang mengangkat pasukan Sabah sebagai salah sebuah pasukan yang disegani.

Rakan-rakan juga boleh mengikuti perkembangan Kelab Rasmi Penyokong Bolasepak Sabah di Facebook (Sabahawks Fan Club).

Baca selengkapnya