21 May 2014

SUKAN MALAYSIA KE-17 : KONTINJEN SABAH SASAR 20 EMAS DI PERLIS

Sabah Sertai 20 Jenis Sukan Dan Sasar 20 Pingat Emas Di Sukma Ke-17, Perlis

KOTA KINABALU, 20 Mei (Bernama) -- Sabah akan mengambil bahagian dalam 20 jenis sukan daripada 24 jenis sukan yang dipertandingkan di Sukan Malaysia (Sukma) Ke-17 di Perlis yang bermula dari 24 Mei hingga 4 Jun ini.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata pada Sukma Perlis ini kontinjen Sabah akan menumpukan perhatian kepada jenis sukan yang atlet-atlet Sabah mampu memberi saingan hebat kepada lawan mereka.

Justeru, cuma empat jenis sukan sahaja yang tidak disertai kontinjen Sabah yang diketuai Setiausaha Tetap Kementeriannya Datuk Suzannah Liaw pada Sukma kali ini iaitu gimrama, skuasy, kanu dan wushu.

"Kekuatan kontinjen (Sabah) adalah 428 orang, yang terdiri daripada 333 orang atlet, 95 orang pegawai berbanding (kekuatan kontinjen) pada 2012 yang berjumlah 299 orang atlet dan 80 orang pegawai," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tawfiq berkata pada kejohanan kali ini, Sabah menyasarkan 20 pingat emas.

"Harapan saya kepada atlet Sabah ialah supaya sedaya upaya memberi saingan yang hebat serta mengutip pingat dan sekaligus memperbaiki kedudukan serta keputusan yang lebih cemerlang daripada Sukma yang lalu," katanya.

-- BERNAMA

Bagikan

Jangan lewatkan

SUKAN MALAYSIA KE-17 : KONTINJEN SABAH SASAR 20 EMAS DI PERLIS
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.