Showing posts with label Berita hiburan. Show all posts
Showing posts with label Berita hiburan. Show all posts

5 Sept 2014

ADIRA BAKAL MENDIRIKAN RUMAHTANGGA ? SIAPA JEJAKA PILIHANNYA? IKUTI KISAH SELANJUTNYA

Dalam diam-diam Ubi Berisi. Perubahan Imej terkini Adira adalah mesej jelas dia serius untuk untuk melangkah ke alam berumahtangga.

Adira dan Shahrul
HUBUNGAN antara penyanyi, Adira dengan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia, Shahrul Nasrun Datuk Kamaruddin bukan lagi rahsia.

Bahkan sejak mengakui mereka kini dalam proses mengenali hati budi, peminat bagaikan merestui dan tidak sabar melihat mereka mendirikan rumah tangga.

Dek kerana itu, kesempatan bertemu Shahrul pada Majlis Pelancaran Kempen Salute Malaysia di Universiti Kuala Lumpur, Rabu, digunakan pihak media untuk bertanyakan dengan lebih lanjut perkembangan hubungan pasangan ini.

"Alhamdulillah, hubungan kami seperti biasa, dia sibuk dengan kerjaya dia, saya sibuk dengan kerja saya. Tapi kami selalu berkomunikasi menerusi telefon. Cuma ada kelapangan seminggu atau dua minggu sekali baru saya jumpa," ujarnya yang pada mula enggan berbicara lanjut mengenai Adira.

Namun Shahrul, 28, tidak berat mengakui bahawa dia sudah bersedia untuk membawa hubungan mereka selangkah ke depan.

"Baik saya mahu pun dia sudah berjumpa keluarga masing-masing. Sikap Adira yang peramah, pandai menyesuaikan diri dengan sesiapa sahaja dan pihak mengambil hati orang tua saya menyebabkan ibu saya cukup menyenanginya.

"Kalau bercakap soal perkahwinan, siapa yang tidak mahu hubungan yang dibina ini kekal hingga ke jinjang pelamin, tapi kerana kesibukan karier masing-masing, jadi saya tangguhkan hasrat itu terlebih dahulu.

"Saya mahu memberi fokus pada kerja terlebih dahulu dan saya bimbang kalau terlalu sibuk, saya akan mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga pula selepas berkahwin nanti,” ujarnya yang merancang untuk berkahwin dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi.

Syukur doa termakbul

Sementara itu, ditanya media mengenai imej Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 23, yang kini sudah bertudung, Shahrul berkata, dia bersyukur kerana doanya yang menginginkan kekasihnya itu berhijab akhirnya tertunai.

Bagaimanapun dia berharap agar masyarakat tidak memberi tanggapan negatif terhadap imej baharu Adira.

"Alhamdulillah saya pun senang melihat imej baharunya itu, tapi ingin saya tegaskan dia bertudung bukan kerana saya. Tapi saya akui ada mendoakan dan memberi 'hint' kepadanya, contohnya sebelum menjelang Aidilfitri lalu, saya ada belikan dia banyak tudung dan saya pujilah dia dengan mengatakan dia nampak lebih cantik bila bertudung.

"Alhamdulillah doa saya dimakbulkan," katanya yang turut gembira melihat Adira sudah menjual baju-baju lamanya dan mendermakan wang tersebut kepada anak yatim.
Baca selengkapnya

6 Jul 2014

Semasa : "Jangan Keluarkan Gambar Tak Berhijab" - Pesanan Terakhir Sharifah Aini

Semasa : "Jangan Keluarkan Gambar Tak Berhijab" - Pesanan Terakhir Sharifah Aini

PEMERGIAN biduanita tersohor negara, Datuk Sharifah Aini, 61, awal pagi semalam sememangnya meninggalkan kesan yang cukup mendalam di hati para peminatnya.
Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Allahyarhamah telah meninggalkan tiga pesanan iaitu jangan mengambil gambar jenazahnya, jangan membuka tutup muka dan juga mahukan anak tunggalnya, Aliff Omar, 32, mengimamkan solat jenazah.
Bagaimanapun, mungkin ramai yang terlepas pandang mengenai satu lagi ‘wasiat’ Allahyarhamah yang pernah diungkapkannya sewaktu program ‘Celik Hati Prof Muhaya’ pada Jun tahun lalu.
Pada minit ke 12:16 rakaman tersebut, beliau telah memberi pesanan kepada stesen televisyen dan rakan media agar tidak mengeluarkan video atau gambar-gambar lamanya yang tidak berhijab.
“Saya ada permintaan kepada stesen TV, kepada kawan-kawan di media. Kalau nak keluarkan gambar-gambar, tolonglah jangan keluarkan yang dulu yang tak berhijab. Kesian kat kita semua. Kami semua dah ‘move on’. Kita tak kata kita baik, tapi kita nak jadi baik. Kita nak dekat dengan Allah. Setiap hari kita mencari keredhaan Allah,” ujarnya.
Pada masa yang sama, Allahyarhamah turut berpesan agar tidak melengah-lengahkan waktu solat kepada para penonton dan juga rakan-rakan artis.
“Bila masuk saja waktu, saya memang dah siap dah dengan wudhu’. Saya tak nak tinggal, saya tak nak lambat. Saya takut in between, kalau saya mati? Lima minit can make a lot of differences,” katanya.
Diharap dengan perkongsian ini, orang ramai di luar sana termasuklah pihak media akan berusaha untuk menghormati permintaan beliau agar rohnya sentiasa tenang di sana.
Jadikan juga setiap pesanannya sebagai peringatan untuk kita lebih bersungguh-sungguh dalam melaksanakan ibadah kepada-Nya selepas ini.
Al-Fatihah…
MYNEWSHUB -djkupang.com
Baca selengkapnya

26 Jun 2014

Artis Sabah - Berkenalan dengan Fifi Finolla

BIODATA FIFI FINOLLA  


NAMA SEBENAR                : FINOLLA LAUSOK  
NAMA KOMERSIAL          : FIFI FINOLLA  
TARIKH LAHIR                   : 24 SEPTEMBER 1992  
TEMPAT LAHIR                  : HOSPITAL KENINGAU,KENINGAU.  
TEMPAT DIBESARKAN  : KAMPUNG KENINGAU, SABAH.

PENDIDIKAN:     

  1. SEKOLAH RENDAH     : SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG KENINGAU, SABAH (1999-2004) - UPSR.  
  2. SEKOLAH MENENGAH : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GUNSANAD KENINGAU, SABAH (2005-2009) – PMR &SPM     
PEKERJAAN SEKARANG: SINGER –SONG WRITER     

PEMBABITAN DALAM BIDANG SENI:     

MULA MEMBABITKAN DIRI SEJAK BERADA DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH DALAM PERSEMBAHAN DAN PERTANDINGAN NYANYIAN,
PERTANDINGAN TEATER, PERSEMBAHAN TARIAN DAN TELAH MULA MENCIPTA LAGU PADA USIA 11TAHUN
.     

MENDAPAT TEMPAT SEBAGAI NAIB JUARA BINTANG REMAJA PESTA KAYU KONINGAU(2010)     
ARTIS KETIGA DIBAWAH NAUNGAN RUNGUS FM ( PURUVAN RECORD.SDN.BHD )  

ALBUM:  

TELAH MENGHASILKAN ALBUM BERSAMA ANDREW UYU 
(ANGGOTA KUMPULAN NOKURO29) 
‘RALAN KOPOSIZON’ (CD) PADA TAHUN 2012, 
ANTARA LAGU HITS DALAM ALBUM IALAH 
‘RALAN KOPOSIZON’, ‘IKAU NOH’ DAN ‘TEGARKAN JIWA’. 
Baca selengkapnya

21 Jun 2014

Bendera Negeri Sabah Berkibar di Brazil Sempena World Cup 2014

Bendera Negeri Sabah di Brazil

Tahniah Farish Aziz atas usaha memperkenalkan negeri Sabah ke Peringkat antarabangsa dengan mengibarkan bendera Sabah di Brazil sempena FIFA World Cup 2014.

Usaha 'kecil' beliau ini patut diberikan sedikit pujian kerana atas kesungguhan dan minatnya yang mendalam dalam bolasepak, beliau tidak lupa dengan asal usulnya sebagai Anak Sabah ketika berpeluang untuk menyaksikan sendiri depan mata perlawanan Piala Dunia pada edisi kali ini.

Berasal dari Kota Kinabalu, Farish yang pernah mewakili negeri sabah dalam sukan bolasepak dari tahun 1999-2005 (Bawah 15 tahun - Bawah 23 tahun) sememangnya sudah lama menyimpan hasrat untuk menjejakkan kaki di Brazil.

Farish Aziz atau nama sebenarnya Mohd Farish bin Aziz Sulaiman adalah Pengacara dan Pelakon dan kini menjadi deejay di Radio Suria FM Sabah sanggup menghabiskan sehingga RM 16,000 menurut laporan di PORTAL ASTRO GEMPAK termasuk harga tiket penerbangan, tempat tinggal, makan dan juga tiket untuk menonton perlawanan Brazil menentang Crotia.

Pasukan yang diminati oleh Farish di Piala Dunia adalah England.

Lagi Gambar mengenai Farish Aziz

Usaha 'kecil' Farish patut dijadikan contoh
Merakam saat ketika menyaksikan depan mata World Cup
Gambar yang saya ambil - Farish dan Zack di Majlis Pemain bersama Penyokong Sabah pada Januari tahun ini

Baca selengkapnya

20 Jun 2014

Berkenalan Dengan Suib Zainin Vokal Lelaki Terhebat - Artis Sabah

Biodata Suib Zainin




BUTIR-BUTIR PERIBADI



NAMA PENUH : SUIB  BIN  ZAININ

ASAL : KAMPUNG LINGKUNGAN BEAUFORT

AGAMA : ISLAM

BANGSA : KEDAYAN BRUNEI

JANTINA : LELAKI

ADIK BERADIK :  8 DARI 9 ORANG ADIK BERADIK

HOBI : MAIN GAME


---------------------------------------------------------------------------------


PENDIDIKAN

  • SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
PENGALAMAN KERJA
  • BEKERJA SENDIRI
  • PENYANYI UNDANGAN LEMBAGA KEBUDAYAAN NEGERI SABAH
  • ( LKNS)
  • PENYANYI UNDANGAN JABATAN PENYIARAN MALAYSIA SABAH (RTM)
  • VOKALIS UTAMA BAND THE FINGERS
  • JURI JEMPUTAN

ANUGERAH / PENCAPAIAN DALAM BIDANG SENI

  • FINALIS BINTANG KARAOKE SEMPENA HARI TERBUKA RTM SABAH
(2004, 2005,& 2007)

  • ANUGERAH PENYANYI PALING LAMA DALAM CARTA ARTIS SABAH 2005 ( CATS )

  • FINALIS WORLD STARS ROAD TO HOLLYWOOD  2009 ( KATEGORI VOKAL)

  • VOKAL TERBAIK  BATTLE OF THE BAND PERINGKAT NEGERI SABAH- 2009

  • VOKAL TERBAIK  CARNIVAL YOUTH TOWN  DBKK & NEW YEAR CELEBRATION 2010

  • VOKAL TERBAIK ANUGERAH JUARA  CARTA  LAGU  ARTIS SABAH MUSIM KE-5 (2012)

  • VOKAL TERBAIK 1 BAND  2K12  ANJURAN  AGENSI  ANTI  DADAH  KEBANGSAAN
(AADK) -2012

  • VOKAL TERBAIK  RHYTHM OF CHAMPION SEMPENA TAMU GADANG UMS KE-14 (2012)

  •  FINALIS ANUGERAH JUARA CARTA LAGU ARTIS SABAH MUSIM KE-4 (2011)

  • JOHAN BINTANG PUJAAN NESCAFE PERINGKAT NEGERI SABAH (2012)

  • FINALIS  BINTANG PUJAAN NESCAFE 2012

  • JUARA SENTUHAN IKON PERINGKAT KEBANGSAAN -2013
( BAND THE FINGERS)
  • VOKAL TERBAIK  ROCKAFELLA BAND BATTLE 2014

Sebarang Pertanyaan Atau Maklum Balas, Emailkan di :
suibzainin@yahoo.com
Baca selengkapnya

16 Jun 2014

AWIE wings Kecewa dan Kesal Enggan sambung Kontrak dengan KRU Studio

PETALING JAYA: Penyanyi rock Awie (Wings) mengakui berasa menyesal kerana menjalinkan kerjasama dengan pihak KRU Music Group lebih-lebih apabila isu beberapa lagu dalam album terbaharu mereka terbitan syarikat itu, Menakluk Kosmos yang dicetak rompak seperti tidak diambil peduli.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, berkata, keadaan itu juga membuatkan kumpulan itu enggan manyambung kontrak dengan KRU Studios sekiranya ditawarkan lagi kerana menganggap pihak syarikat itu seperti tidak serius dalam pembikinan album tersebut.

"Dulu, saya ditawarkan untuk bekerjasama dengan KRU Studios secara solo, tetapi saya tak nak. Kemudian mereka mengajak Wings pula, dan pemain gitar utama kami, Joe bersetuju, dan saya pun ikut sahaja.

"Selepas album siap, kami bersemangat mahu lancarkan album tersebut sebaik-baiknya, tetapi malang sekali, majlis dibuat seperti 'melepaskan batuk di tangga'. Malah tiada sebarang poster menunjukkan ia adalah majlis pelancaran kami.

"Sudahlah beberapa lagu dalam Menakluk Kosmos dicetak rompak. Dan apabila meminta penjelasan Norman (Presiden Eksekutif KRU Music) dia hanya memberikan komen menerusi Youtube. Kenapa mesti Youtube? Cukuplah satu album kerjasama kami dengan mereka," katanya.

Pada 20 Mei lalu, Wings telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Taman Malawati, Hulu Kelang, dekat sini berhubung empat lagu  dalam album terbaru mereka iaitu Peti Pandora Mu, Ingatkan Dia, Bisa Yang Tertunda dan Hei Lihat Sini telah dicetak rompak.

Lagu kumpulan itu bukan sahaja boleh dimuat naik secara percuma malah album itu juga boleh didengari menerusi aplikasi Spotify dan Deezer bagi pengguna telefon pintar sebelum sempat ia dilancarkan.

Perkara itu dikatakan berpunca daripada kelemahan pihak KRU sendiri.

Sementara itu, Awie berkata, pihak kerajaan juga sepatutnya perlu sama-sama membanteras isu cetak rompak, namun apa yang dilihatnya, perjuangannya itu hanya dilakukan oleh golongan penggiat industri muzik sahaja.

"Isu cetak rompak ini sudah lama dah sampaikan artis-artis sendiri terpaksa terima perkara tersebut dengan rasa sakit hati.

"Saya harap sangat agar pihak kerajaan peka dengan situasi ini dan cuba membanterasnya. Saya percaya setiap masalah ada jalan penyelesaiannya, terpulang pada individu itu sama ada mereka mahu membantu ataupun tidak," ujarnya.
Baca selengkapnya

15 Jun 2014

Artis Sabah : Marsha mahu tamatkan zaman solonya pada usia 30

MENGINJAK usia 29 tahun membuatkan Marsha Milan yakin dia semakin matang dalam segala hal. Daripada soal kerjaya sehinggalah penampilan, segala-galanya dijaga dengan baik berbanding ketika dia mula menapak dalam industri satu ketika dahulu.

Baginya sikap dan kematangan semakin terserlah tatkala melewati satu lagi fasa baru di dalam hidup dan pastinya perkara berkenaan memberikan kesan positif kepada wanita yang berasal dari Sabah ini.

Jika dahulu nama Marsha kerap dikaitkan dengan isu seksi dan pelbagai isu remeh yang mencalarkan reputasi dirinya, kini perkara berkenaan semakin kurang diperkatakan.

“Saya kini menjaga banyak hal di dalam kehidupan seharian. Tak mungkin saya menjadi orang yang sama seperti tahun-tahun awal kemunculan saya dalam industri ini.

“Pelajaran dan pengalaman berharga yang saya lalui saya kutip satu persatu untuk mematangkan diri," luahnya pada satu sesi fotografi baru-baru ini.

Bagi Marsha dia tidak pernah melupakan apa sahaja peristiwa pahit yang pernah terjadi sepanjang bergelar anak seni. Tidak hanya mengenang perkara yang manis-manis, segala kontroversi dan cerita panas turut disimpan di dalam hati.

Ujarnya, ketelanjuran perbuatan masa lalu dijadikan pedoman untuk membina masa hadapan yang lebih bermaruah.

Tidak mungkin selama-lamanya dia mahu terus memahat nama sebagai artis yang dilabel dengan pelbagai konotasi negatif sedangkan masih banyak perkara elok yang boleh dikenang tatkala menyebut namanya.

“Mungkin satu masa dahulu saya terlalu muda dan hanya mementingkan keseronokan. Saya tak pernah menafikan perkara berkenaan pernah berlaku kepada saya satu masa dahulu.

“Tapi kini hidup saya lebih tenang. Dalam fasa akhir usia 20-an ini pastinya saya lebih matang dalam setiap perbuatan. Segala-galanya perlu difikirkan terlebih dahulu buruk baiknya.

“Jika ada kelapangan saya lebih gemar duduk di rumah sahaja. Tak ada lagi masa senggang dengan berhibur semata-mata memandangkan masih banyak perkara lain yang harus saya lakukan," tegasnya lagi.

Sedia kahwin

Jika satu masa dahulu dia pernah menetapkan angka 25 tahun untuk menamatkan zaman bujang kini Marsha berharap usia 30 tahun bakal menjadi penamat kepada status solonya.

Bukan berniat mahu berselindung daripada pengetahuan umum tapi Marsha enggan memberikan lagi janji manis sedangkan perkara tersebut tidak menjadi kenyataan.

“Saya ingat lagi dulu pernah berharap untuk menamatkan zaman bujang pertengahan usia 20-an. Tapi sampai sekarang pun masih belum ada jodoh. Yang malunya saya juga kerana bercerita lebih awal.

“Tapi bagi wanita macam saya pastinya berharap jodoh akan datang cepat. Mungkin tahun hadapan adalah waktu yang paling cocok untuk saya berkahwin dan membina sebuah keluarga," jelasnya.

Biarpun adakalanya dia rimas dengan persoalan ini tetapi sebagai orang yang dikenali dia sudah terbiasa menjawab soalan yang sama berkali-berkali sejak dulu.

Pun begitu, pelakon filem Laga ini mendedahkan yang dia sering kali diusik oleh ahli keluarganya tentang masa depan dan perancangan untuk mendirikan rumahtangga.

“Setiap kali bersama keluarga, bapa saya tak pernah lekang bertanyakan soalan itu. Untungnya mereka akan berjenaka atau membuat lawak untuk mengusik saya dan bukannya bertanya secara serius.

“Tapi sebagai wanita saya faham soalan-soalan itu diajukan sebab mereka mengambil berat tentang saya. Kalau ada jodoh tak ke mana," katanya.

Ditanya sama ada dia sudah bersedia untuk bergelar isteri dan juga ibu sedikit masa lagi, Marsha mengiyakannya dan memberitahu sudah bersiap sedia sepenuhnya.

Malah akuinya, dia tiada masalah untuk menamatkan zaman bujang pada bila-bila masa andai jodohnya sudah tertulis akan hadir sedikit masa lagi.

Buat masa ini Marsha enggan mendedahkan dengan siapa dia berkawan kerana biarpun hatinya kini dekat dengan seseorang tetapi hubungan mereka masih belum sampai ke tahap untuk berumahtangga.

“Cukuplah kalau orang tahu saya rapat dengan seseorang. Kalau sudah ada perancangan untuk berkahwin, mungkin pada masa itu saya sudah bersedia untuk mendedahkan siapa orang tersebut.

“Dulu saya pernah mengalami tekanan perasaan bila putus cinta. Saya anggap itu pelajaran paling berharga buat bekalan hari ini.

“Kalau tak melalui fasa-fasa yang memeritkan mungkin saya tak belajar banyak perkara. Saya kena jaga emosi dan fizikal agar tak melakukan apa-apa yang buruk di kemudian hari," tegasnya.

UTUSAN ONLINE
Baca selengkapnya

Laporan Polis : Preity Zinta dakwa dicabul Teman Lelaki

NEW DELHI: Pelakon popular Bollywood Preity Zinta telah memfailkan satu laporan polis mendakwa dia telah dicabul, didera dan diugut oleh bekas teman lelakinya pada satu perlawanan kriket Liga Perdana India (IPL), kata seorang pegawai polis hari ini.

Preity menuduh ahli perniagaan Ness Wadia, pemilik bersama pasukan IPL Kings XI Punjab, mendera dan mencabulnya selepas pasangan itu bergaduh ketika menyaksikan pasukan mereka menentang  Chennai Super Kings pada 30 Mei.

"Kami menerima aduan Preity pada hari Jumaat," kata pegawai polis Mumbai Vijay Mane kepada pemberita.

"Beliau (Preity) melaporkan bahawa kedua-dua mereka duduk bersama di stadium Wankhede Mumbai pada 30 Mei sebelum  bertelingkah mengenai  sesuatu perkara. Selepas itu Preity mendakwa telah diugut, ditolak dan dilemparkan dengan kata-kata kesat,” kata Vijay.

Preity turut mengeluarkan kenyataan pada hari Sabtu menyifatkannya insiden itu sebagai "satu tempoh yang sukarbuatnya".

"Niat saya bukan untuk melukakan hati sesiapa, tetapi hanya untuk melindungi diri saya sendiri," kata kenyataan itu, menurut agensi berita Press Trust of India.

Ness juga mengeluarkan kenyataan media menyatakan  beliau "terkejut" dengan dakwaan terhadapnya itu dan berkata "dakwaan terhadap saya adalah tidak benar sama sekali dan tidak berasas".

Pesuruhjaya Polis Mumbai Rakesh Maria berkata siasatan sedang dijalankan.

"Kami akan merekodkan kenyataan-kenyataan saksi," Rakesh memberitahu saluran berita CNN-IBN.

Ness adalah pewaris kumpulan Wadia, satu konglomerat India dengan kepentingan perniagaan termasuk dalam hartanah, tekstil dan syarikat penerbangan bajet rendah.

Dia dan Preity telah memutuskan hubungan yang dijalin selama lima tahun pada tahun 2009. Walau bagaimanapun mereka terus menjadi rakan kongsi perniagaan, menurut media tempatan.
Baca selengkapnya