Showing posts with label AWIE. Show all posts
Showing posts with label AWIE. Show all posts

17 Jul 2014

Kes Awie Pukul Isteri : Rozana Misbun Sebak Dihalang Jumpa Anak Kandung

Kes Awie Pukul Isteri : Rozana Misbun Sebak Dihalang Jumpa Anak Kandung

KUALA LUMPUR:  Air mata wanita ini menitis satu persatu tatkala bercerita peristiwa sedihnya termasuklah kegagalan berjumpa anak-anak.

Rozana Misbun, 36, juga tidak dapat menahan sebak kerana usaha untuk berjumpa anak kandung sendiri dihalang oleh suami, Ahmad Azhar Othman atau Awie, 46.

“Ina rindukan anak-anak Ina… Sudah sebulan Ina tak jumpa mereka. Panggilan telefon juga tak dijawab,” jelas Rozana yang membahasakan dirinya Ina tatkala membuka bicara.

Dalam satu pertemuan eksklusif dengan mStar Online di Bangsar pada malam Isnin lalu, jelas terbayang pada wajah wanita ini akan trauma kehidupan rumah tangganya bersama Awie.

Namun, dia masih mampu untuk menyembunyikan kisah sebenar alam rumah tangganya malah turut mengelak untuk berkongsi  rentetan peristiwa hitam, insiden dia dikatakan dibelasah suami sendiri.

“Usahlah sentuh kisah Ina dipukul kerana ia sudah melibatkan pihak mahkamah. Cuma Ina ingin kongsi kisah sedih mengenai hati seorang ibu…” pintanya.

Terdahulu Awie telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang pada 3 Julai lalu atas tuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya, Rozana Misbun di kediaman mereka di Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada 2 Jun lalu.


Air mata Rozana gugur apabila bercerita mengenai kerinduannya terhadap anak-anak.

Awie bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut yang dibacakan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu mahkamah menetapkan 11 Ogos depan untuk sebutan semula kes berkenaan.

Awie dan Rozana bernikah di Songkhla, Thailand pada 20 Jun 2005. Hasil perkahwinan itu merkeka dikurniakan tiga orang anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4.

Menerusi perkahwinan terdahulu Awie bersama penyanyi Arni Nazira, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Puteri Aleeya Antasha, 14, dan Puteri Aleefa Antasha, 12, yang kini tinggal bersama Awie.

Rozana juga telah membuat tiga laporan polis di Balai Polis Daerah Brickfields berhubung kejadian yang berlaku keatasnya termasuklah ancaman halangan untuk berjumpa tiga anak kandungnya.

Berikut dikongsikan tembual mStar Online bersama Rozana.

Gambar-gambar kecederaan Rozana ini tersebar di Internet sehingga menimbulkan pelbagai kontroversi.

Saya simpati dengan nasib menimpa Ina. Bagaimana Ina boleh simpulkan sembilan tahun perkahwinan Ina dengan Awie?

Alhamdulillah... Ina bahagia dengan Awie. Dia suami yang bertanggungjawab terhadap Ina dan anak-anak. Tetapi sedihnya apabila satu ujian telah berlaku dalam rumah tangga kami, kasih-sayang yang telah disemai selama sembilan tahun akhirnya musnah.


Saya difahamkan sudah sebulan Ina tak jumpa anak-anak. Bagaimana ia boleh berlaku?

Ina hidup dalam keadaan trauma. Emosi Ina juga tertekan akibat kejadian hitam yang menimpa Ina. Keadaan fizikal Ina yang sakit turut menambahkan lagi rasa bimbang. Sehinggalah kira-kira hampir dua minggu selepas peristiwa itu (iaitu pada 15 Jun 2014), Ina membuat keputusan untuk keluar rumah dan tinggal bersama ibu di Bangsar (Kuala Lumpur).


Jika Ina sayangkan anak-anak, kenapa tidak bawa mereka bersama?

Sejak awal-awal lagi Awie telah ingatkan Ina agar tidak berebut anak. Ina buat keputusuan untuk tingggalkan rumah ketika anak-anak sedang tidur iaitu kira-kira pukul 6.30 pagi. Ina bimbang kalau-kalau mereka terjaga, mereka pasti mahu ikut Ina kerana ia akan mengharu-birukan lagi keadaan rumah tangga Ina yang sedang tegang.

Hanya Allah sahaja yang tahu betapa berat hati Ina untuk melangkah keluar ketika anak-anak sedang lena dibuai mimpi. Hati Ina benar-benar sayu. Lillahi Taala, abang... Ina tak pernah berpisah dengan anak-anak walaupun sesaat.

Tetapi Ina terpaksa meneruskan langkah keluar rumah untuk ke rumah ibu dalam keadaan sehelai sepinggang menaiki teksi kerana perasaan trauma yang menghantui jiwa Ina.

Rozana (dua dari kanan) bersama Awie dan anak-anak mereka.
Ina ada hubungi anak-anak atau tidak untuk melepaskan rindu?

Sudah tentu abang tapi sayangnya bila Ina call, panggilan tidak berjawab. Ina tak tahu apakah sebabnya. Pernah juga bila Ina call, hanya sekali sekali sahaja ringing dan kemudiannya putus.

Kenapa Ina tidak ke sekolah mereka? Kan lebih mudah berjumpa di sana!

Ina ada hubungi pihak sekolah untuk bercakap dengan anak-anak. Tapi Ina benar-benar terkejut apabila pihak sekolah tidak membenarkan Ina bercakap dengan mereka.

Pihak sekolah memaklumkan pada Ina, Awie telah menghantar surat bertarikh 21 Jun 2014 agar tidak membenarkan Ina menemui mereka. Pihak sekolah terpaksa akur kerana mereka tidak mahu timbul masalah di kemudian hari.

Kalau Ina pergi juga ke sekolah dan jumpa mereka, tentulah anak-anak akan beritahu bapa mereka. Anak-anak kan tidak pandai berbohong. Sudah pasti banyak masalah lain akan timbul nanti.


Saya dapat bayangkan betapa tertekannya jiwa seorang ibu. Kalau begitu, bagaimana Ina ikuti perkembangan anak?

Ina tak ada pilihan bang! Ina hanya melihat perkembangan anak sulung Ina (Ahmad Merrah) menerusi Instagram dia sahaja. Dia dah kelihatan agak kurus, mungkin rindukan Ina.


Ina... saya ada dengar kononnya Ina mengabaikan tanggungjawab pada anak-anak Awie bersama Arni. Apakah benar khabar itu?

Fitnah bang… itu semua cerita rekaan. Hubungan Ina dengan anak-anak tiri Ina sangat rapat. Semasa Ina dalam keadaan sakit, anak tiri Ina iaitu Puteri Aleefa yang temankan Ina ke hospital. Malah Puteri Aleefa sanggup tidur di sebalah Ina untuk menjaga ibu tirinya ini.

Kalau benar Ina abaikan mereka, kenapa kisah ini hanya timbul semasa kontroversi rumah tangga Ina sedang berlaku. Sepatutnya sejak dulu lagi. Ia fitnah!.

Keadaan kesihatan Ina pula bagaimana? Masih sakit?

Ina tak tipu… mestilah masih ada kesan sakit. Rusuk kiri iaitu tulang sembilan dan tulang sepuluh retak. Sekarang masih dalam rawatan dan doktor sedang beri perhatian serius. Doktor beritahu, kecederaan tu nyaris-nyaris nak kena paru-paru. 

Dalam gambar yang tersebar kelihatan hidung dan bahagian telinga seperti cedera. Bagaimana keadaannya?

Tulang hidung Ina retak dan masih lagi membengkak. Ia menyebabkan hidung sebelah kanan Ina akan mengalami halangan atau akan mudah tersumbat. Doktor kata ia akan ambil masa tiga bulan untuk pulih.

Telinga sebelah kiri sebelum ini ada pendarahan. Doktor kata, hanya sedikit sahaja lagi kecederaan telinga itu nak kena gegendang. Kalau tidak, mungkin Ina akan pekak sebelah. Tapi Allah selamatkan Ina. Keadaan dah okey.


Aduhhh! Saya tak sanggup nak dengar kesakitan itu. Ina masih trauma?

Tentulah. Ina dah jadi fobia dan trauma. Tapi jujurnya jiwa Ina tertekan kerana tidak dapat jumpa anak-anak. Setiap malam ketika hendak pejamkan mata, Ina akan teringatkan mereka. Dan tentunya Ina akan bayangkan keadaan anak-anak dan persiapan hendak menyambut Aidilfitri nanti. Ina Cuma harap agar Allah memberi kekuatan, kesabaran dan petunjuk untuk Ina hadapi ujian hidup yang sedang Ina lalui ini.

Bagaimana perasaan Ina terhadap Awie selepas melalui ujian-ujian getir seperti ini?

Entahlah... Ina susah nak jawab. Fikiran Ina kosong sekarang ni. Jujurnya Ina tak dendam apa-apa dengan dia, sungguh!

SUMBER MSTAR ONLINE
Baca selengkapnya

9 Jul 2014

Berita Semasa : Kes Awie Pukul Isteri, Ini Kenyataan Keluarga Haliza Misbun

Memang kecoh satu negara apabila timbul cerita penyanyi rock terkenal Awie membelasah isterinya.

Kisah yang pada mulanya enggan diakui oleh Awie akhirnya pecah selepas dia didakwa di mahkamah disebabkan kes berkenaan.

Sampai sekarang, hanya kenyataan di pihak Awie sahaja didengari di dada media. Antaranya kepada Studio H Awie menyifatkan perkara ini sebagai hikmah dalam hidupnya dan meminta supaya tidak diadili sebelum tahu kisah sebenar.

Bagaimanapun sebuah blog, sangkakalajari9.blogspot.com tiba-tiba menjadi tumpuan ramai apabila menyiarkan jawapan balas daripada keluarga isteri Awie, Rozana Misbun berkenaan hal ini.

Blog berkenaan turut mendedahkan Rozana yang kini berada dalam perlindungan polis dan keluarga berkeadaan trauma dan mengalami gangguan emosi ekoran tindakan Awie memisahkannya daripada anak-anak.

Di bawah adalah kandungan blog tersebut yang kian tersebar di laman-laman hiburan online:

Mungkin ramai yang tidak tahu apa kejadian sebenar menimpa isteri artis terkenal yang baru-baru ini gambar keadaan beliau dibelasah oleh suaminya tersebar luas di dalam Facebook.

Bagi mengelakkan pelbagai spekulasi yang tidak bertanggungjawab dari terus bertiup kencang, pihak keluarga Rozana mengesahkan bahawa sememangnya beliau telah dipukul.

Setelah ditahan di hospital bagi mendapatkan rawatan dan dibenarkan keluar, Rozana kini berada dibawah jagaan serta pemerhatian keluarga selain diberi perlindungan polis.

Pihak keluarga beliau memohon agar orang ramai tidak terus-terusan menyebarkan dakyah palsu yang boleh mengganggu-gugat proses penghakiman yang sedang berlangsung ketika ini sekaligus memburukkan lagi keadaan psikologi dan emosi Rozana yang masih lagi dalam keadaan trauma; yang kini dalam kesedihan kerana telah disekat daripada berjumpa mahupun berhubung menerusi telefon dengan anak-anaknya iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6 dan Putri Qasseh Antasha, 4, sejak beberapa minggu yang lalu.

Walau pun begitu, pihak keluarga Rozana masih percaya pada undang-undang di negara ini dan di bulan Ramadan yang barakah ini, keluarga beliau akan terus medoakan keadilan untuk Rozana Misbun. Kepada mereka yang bersimpati dan memahami situasi getir yang harus didepani keluarga beliau ketika ini, keluarga Rozana mengucapkan jutaan terima kasih

Surat nikah tidak berdaftar

Pihak keluarga Rozana kini dikatakan menghadapi kesukaran dalam mendapatkan salinan sijil nikah Rozana Misbun dan Ahmad Azhar Othman (Awie) yang dipercayai dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS) bertarikh 20 Jun 2005.

Segala usaha yang dilakukan akhirnya menemui jalan buntu berikutan MAIS yang dikatakan tidak mempunyai sistem pengkomputeran itu membayangkan kesukaran untuk mengesan sijil berkenaan.

Lebih memburukkan lagi keadaan, menurut sumber yang layak dipercayai, banyak dokumen yang hilang apabila mereka berpindah ke pejabat sekarang beberapa tahun lalu. Justeru keluarga Rozana memohon campur tangan pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Malaysia selain Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan bagi membolehkan surat nikah asli dapat diperolehi dan dikenal pasti kesahihannya.

Ini adalah kerana, tanpa surat nikah yang dikeluarkan oleh MAIS serta pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla, Thailand, pernikahan tersebut tidak dapat didaftarkan di Malaysia dan ini mengakibatkan peguam yang dilantik bagi mewakili Rozana tidak dapat berbuat apa-apa.

Buat masa sekarang, hasrat bagi memohon Interim Custody (hak penjagaan sementara) terhadap Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha terbantut di tengah jalan.

Manakala dalam konteks pendaftaran bagi Sijil Kelahiran bagi ketiga-tiga anak mereka pula, keluarga beliau turut meminta jasa baik Jabatan Pandaftaran Negara dalam menangani permasalahan baru yang berbangkit dimana Nombor Daftar Kahwin yang digunapakai di dalam Sijil Kelahiran anak-anak itu terbukti dari sindiket palsu.

Larangan berjumpa anak

Awie dikatakan telah menghantar satu surat arahan kepada Adni Islamic International School, Taman Melawati dan Smart Reader, Ukay Perdana pada 21 Jun 2014 yang melarang Rozana dari berhubung samada menerusi telefon atau berjumpa dengan anak-anak mereka di sekolah-sekolah terbabit.

Bagaimana mungkin pihak sekolah membenarkan perkara ini berlaku? Mengikut undang-undang kekeluargaan, surat larangan untuk berjumpa ibu atau bapa hanya sah diperakui dengan adanya perintah makhamah.

Ibubapa yang berdepan dengan masalah rumahtangga tidak wajar menjadikan anak-anak sebagai mangsa yang pastinya memberi impak negatif kepada emosi serta psikologi mereka.

Lebih-lebih lagi Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha masih kecil dan amat memerlukan kasih sayang serta perhatian dari seorang ibu.

Memisahkan anak-anak yang tidak berdosa ini dari ibu yang mengandung, melahir dan membesarkan mereka dari sebesar telapak tangan, sesungguhnya satu perbuatan yang tidak berperikemanusiaan.

Jabatan Kebajikan Masyarakat yang sebelum ini telah bekerjasama dengan PDRM dalam meluluskan Interim Protection Order (perlindungan sementara) terhadap Rozana, diharap dapat juga berbuat demikian sekali lagi bagi memastikan keselamatan serta kebajikan ketiga-tiga beradik itu terpelihara.

Kutukan terhadap Rozana

Satu jari yang menuding orang lain, sembilan jari yang lain menuding diri sendiri. Apa jua kata hentaman dan nista yang dilemparkan terhadap Rozana, bagi keluarga beliau ianya tidak lebih dari bersifat ‘character assassination’ atau ‘pembunuhan karakter’ dalam usaha untuk mencemarkan integriti Rozana sebagai seorang wanita; baik sebagai isteri mahupun ibu. Jadi apa perlunya keluarga beliau membazirkan masa dan tenaga dalam memberi perhatian terhadap sebarang pertuduhan mala fide (berniat jahat) itu?

Wang yang didakwa dicuri oleh Rozana yang kononnya berjumlah RM250,000 rupa-rupanya diperuntukkan sebagai nafkah anak-anak dan isteri serta belanja keperluan rumah selama beberapa tahun kebelakangan ini.

Duit itu jugalah yang terpaksa dikeluarkan oleh Rozana dari masa ke semasa bagi menampung perniagaan kelab malam milik suaminya itu yang beroperasi di Ipoh.

Apa buktinya Rozana mencuri? Itu akaun peribadinya; dia tidak mencuri kad ATM sesiapa jauh sekali kata kunci bagi mengeluarkan duit secara penipuan dari akaun pihak ketiga.

Jadi, atas kapasiti apa tuduhan ‘mencuri’ dilemparkan kepada Rozana? Adakah ianya semata-mata bertujuan untuk menghalalkan perbuatan mengaib serta memukul Rozana tanpa belas kasihan? Satu perkara yang harus diingat, keadilan dan perlaksanaan undang-undang adalah didasari fakta, bukannya emosi.

Dua persoalan yang patut kita renungkan bersama:

1) Apakah wujud istilah ‘curi’ dalam harta sepencarian?

2) Andai pengorbanan seorang isteri yang mengorbankan seluruh jiwa, masa, tenaga serta usia mudanya demi keharmonian rumahtangga.. serta sebagai ibu yang mengandung, melahir dan membesarkan anak itu boleh diukur dengan wang ringgit: Berapakah nilainya?

Walau apa pun, itu lah nasib Rozana yang kini melalui pelbagai rintangan dan halangan.
Sumber : PERSEPSI
Baca selengkapnya

5 Jul 2014

Awie Pukul Isteri : Haliza Misbun akhirnya Buka Mulut

KUALA LUMPUR: Meskipun vokalis Awie Wings mengaku tidak bersalah atas dakwaan membelasah isterinya, Rozana Misbun, namun sebagai seorang kakak, pelakon Haliza Misbun percaya bahawa Allah Maha Mengetahui segalanya tentang kejadian tersebut. 

"Saya cuma mampu berdoa agar adik saya, Rozana Misbun terus diberi kekuatan dalam menempuh ujian yang hebat ini. Meskipun dilempar dengan pelbagai tohmahan dan cacian yang tidak munasabah. 

"Selain daripada menanggung kesan kesakitan fizikal yang masih berbisa dan ditambah pula dengan kerinduan dan kesedihan yang teramat akibat berminggu-minggu tidak berjumpa dengan anak-anaknya iaitu Putra Ahmad Merrah, 7 tahun, Putra Ahmad Rezzki, 6 tahun dan Putri Qasseh Antasya, 4 tahun. Namun, dia (Rozana) masih cuba berfikiran positif," katanya kepada Portal Murai.

Dalam pada itu, Haliza yang juga pelakon siri Cinderella (1998), Kiranya Aku Tahu (2001) dan Sumayyah (2005) juga turut melemparkan pandangan peribadi dari sisi seorang wanita mengenai isu ini. 

Katanya, wanita perlu tahu hak mereka sebagai isteri SEBELUM mengambil keputusan untuk berkahwin.

"Wanita bukan saja perlu mencapai kata sepakat dengan suami dalam 'deklarasi harta sepencarian' disaat sedang bahagia, tetapi soal hak penjagaan anak-anak harus juga dititikberatkan sebagai salah satu dari terma-terma yang termaktub dalam deklarasi itu. 

"Ini penting agar kita tidak perlu naik turun makhamah apabila penceraian terjadi. Oh ya! Paling penting, perkara pertama yang perlu anda lakukan sebaik menikah: Pastikan salinan sijil nikah ada dalam simpanan anda," katanya. -murai.com
Baca selengkapnya

4 Jul 2014

Apa Kata Amanda Misbun Kes Awie Pukul Kakaknya


Pelakon Amanda Misbun merupakan adik kepada Rozana Misbun iaitu isteri kepada penyanyi Wings, Awie.Kini kecoh di laman sosial gambar seorang wanita dikatakan kakaknya cedera akbiat dipukul Awie. 

Ini kata dari Amanda Misbun:

“Maaf, saya tidak boleh memberi sebarang komen memandangkan saya tidak layak berbuat demikian. saya juga tidak boleh sahkan sama ada itu gambar dia.

 “Saya harap semua orang boleh tunggu, sebab ada orang yang boleh menjelaskan keadaan sebenar," “Keluarga kami memang tidak campur soal rumah tangga, sebab itu lebih kepada masalah peribadi.

Tetapi setahu saya kakak saya bahagia, saya ada berjumpanya sebelum ini dia nampak elok, "Setelah sembilan tahun mereka berkahwinkenapa baru timbul kisah- kisah begini.Saya anggap ini hanya khabar angin sahaja,"

Amanda Misbun berharap semua peminat mendoakan keselematan dan kebahagiaan keluarga Awie dan kakaknya.Amanda tidak mahu mengesahkan gambar tersebut dan memberitahu kakaknya bahagia dengan Awie.

Amanda juga berkata ada pihak akan menjelaskan keadaan sebenar tidak lama lagi.
Baca selengkapnya

16 Jun 2014

AWIE wings Kecewa dan Kesal Enggan sambung Kontrak dengan KRU Studio

PETALING JAYA: Penyanyi rock Awie (Wings) mengakui berasa menyesal kerana menjalinkan kerjasama dengan pihak KRU Music Group lebih-lebih apabila isu beberapa lagu dalam album terbaharu mereka terbitan syarikat itu, Menakluk Kosmos yang dicetak rompak seperti tidak diambil peduli.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, berkata, keadaan itu juga membuatkan kumpulan itu enggan manyambung kontrak dengan KRU Studios sekiranya ditawarkan lagi kerana menganggap pihak syarikat itu seperti tidak serius dalam pembikinan album tersebut.

"Dulu, saya ditawarkan untuk bekerjasama dengan KRU Studios secara solo, tetapi saya tak nak. Kemudian mereka mengajak Wings pula, dan pemain gitar utama kami, Joe bersetuju, dan saya pun ikut sahaja.

"Selepas album siap, kami bersemangat mahu lancarkan album tersebut sebaik-baiknya, tetapi malang sekali, majlis dibuat seperti 'melepaskan batuk di tangga'. Malah tiada sebarang poster menunjukkan ia adalah majlis pelancaran kami.

"Sudahlah beberapa lagu dalam Menakluk Kosmos dicetak rompak. Dan apabila meminta penjelasan Norman (Presiden Eksekutif KRU Music) dia hanya memberikan komen menerusi Youtube. Kenapa mesti Youtube? Cukuplah satu album kerjasama kami dengan mereka," katanya.

Pada 20 Mei lalu, Wings telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Taman Malawati, Hulu Kelang, dekat sini berhubung empat lagu  dalam album terbaru mereka iaitu Peti Pandora Mu, Ingatkan Dia, Bisa Yang Tertunda dan Hei Lihat Sini telah dicetak rompak.

Lagu kumpulan itu bukan sahaja boleh dimuat naik secara percuma malah album itu juga boleh didengari menerusi aplikasi Spotify dan Deezer bagi pengguna telefon pintar sebelum sempat ia dilancarkan.

Perkara itu dikatakan berpunca daripada kelemahan pihak KRU sendiri.

Sementara itu, Awie berkata, pihak kerajaan juga sepatutnya perlu sama-sama membanteras isu cetak rompak, namun apa yang dilihatnya, perjuangannya itu hanya dilakukan oleh golongan penggiat industri muzik sahaja.

"Isu cetak rompak ini sudah lama dah sampaikan artis-artis sendiri terpaksa terima perkara tersebut dengan rasa sakit hati.

"Saya harap sangat agar pihak kerajaan peka dengan situasi ini dan cuba membanterasnya. Saya percaya setiap masalah ada jalan penyelesaiannya, terpulang pada individu itu sama ada mereka mahu membantu ataupun tidak," ujarnya.
Baca selengkapnya

21 May 2014

Kumpulan Wings buat laporan polis lagu album baharu dicetak rompak

Kuala Lumpur: Kumpulan Wings membuat laporan di Balai Polis Melawati, di sini, kira - kira jam 7.30 malam tadi berikutan lagu daripada album baharu mereka, Menakluk Kosmos dicetak rompak tiga hari sebelum majlis pelancaran, semalam.

Vokalisnya, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, berkata mereka sudah muak menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab yang mencuri karya muzik untuk jalan mudah selain mendesak pihak berkaitan urusan pemasaran dan pengedaran album itu turut serius menangani isu berkenaan. 

"Kami bukan menyalahkan KRU Music Group (KMG) mahu pun Sony di atas isu ini tetapi tiada tindakan susulan diambil walaupun sudah melaporkan empat lagu baru kami dimuat turun secara percuma pada 17 Mei kepada pihak pengurusan kami. 

"Hinggalah hari pelancaran seakan tiada maklum balas. Laporan ini sebagai bukti kami bertegas memastikan album yang kami hasilkan selepas lebih 13 tahun tanpa album baru tidak dicuri begitu saja," katanya ketika dihubungi, malam tadi.

Awie ditemani anggota Wings lain iaitu Joe, Black dan Eddie ketika membuat laporan polis. 

Terdahulu, mereka meluahkan kekecewaan selepas lagi berjudul Peti Pandora Mu, Ingatkan Dia serta Bisa Yang Tertunda yang dilancarkan lebih awal di iTunes untuk tujuan dimuat turun percuma tanpa kawalan.

Lebih pelik apabila sebuah lagu yang belum dilancarkan, Hey Lihat Sini yang sepatutnya akan digunakan sebagai lagu runut bunyi sebuah filem terbitan KRU turut mudah dimuat turun.

Kali terakhir kumpulan rock itu menerbitkan album ialah pada 2002 dengan Naga Keramat. 

Wings yang hampir tiga dekad berada dalam industri muzik bernaung di bawah KMG sejak Julai 2012 demi album Menakluk Kosmos selepas mengakui tertarik dengan strategi promosi serta pasaran syarikat terbabit.

-Berita Harian-
Baca selengkapnya