Showing posts with label Sukan Sabah. Show all posts
Showing posts with label Sukan Sabah. Show all posts

18 Oct 2014

Bolasepak Sabah : El Hadji Diouf akan jejak Sabah minggu depan

Difahamkan, usaha untuk mendapatkan khidmat Diouf adalah sebahagian daripada usaha Sabah untuk menjadi sebuah pasukan yang lebih mantap musim depan khususnya di bahagian serangan.

djkupang & Friends
Bolasepak Sabah : El Hadji Diouf akan jejak Sabah minggu depan

BEKAS penyerang Liverpool dan pemain kebangsaan Senegal, El Hadji Diouf dilaporkan semakin hampir untuk menyarung jersi Sabah musim depan.

Sumber daripada Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) berkata, rundingan untuk membawa masuk penyerang berusia 33 tahun itu kini di peringkat akhir dan kemungkinan dia akan menjejakkan kakinya di Kota Kinabalu, minggu depan.

“Setakat ini, proses rundingan berjalan lancar dan jika tiada sebarang masalah, Diouf akan menyarung jersi pasukan Sabah musim depan,” katanya.

Difahamkan, usaha untuk mendapatkan khidmat Diouf adalah sebahagian daripada usaha Sabah untuk menjadi sebuah pasukan yang lebih mantap musim depan khususnya di bahagian serangan.

Kecederaan panjang dialami penyerang kebangsaan Rozaimi Abdul Rahman, 22, juga menyebabkan Sabah ketandusan penyerang berbisa selepas penyerang import dari Syria yang juga penjaring terbanyak pasukan musim lalu, Marwan Saydeh, tidak disambungkan kontrak.

Setakat ini, pasukan mempunyai beberapa penyerang muda termasuk Leopold Alfonso Otong yang pernah menjulang Sabah apabila memenangi ibu segala pingat pada SUKMA 2012 di Kuantan.

Selain Liverpool, Diouf sebelum ini juga pernah beraksi bersama kelab lain di England termasuk Bolton, Sunderland, Blackburn, Doncaster and Leeds.

Beliau yang pernah dua kali dinobatkan sebagai pemain terbaik Afrika dikatakan tidak terikat dengan mana-mana pasukan selepas menamatkan kontrak bersama Leeds. -PORTAL RASMI SAFA

- Model TERBARU Paling 'Meletup' Abad Ini -
Baca selengkapnya

20 Jun 2014

Tawau Teruskan Rentak kemenangan - Piala DSP Musa Aman

Kota Kinabalu : Kemaskini keputusan Pertandingan bolasepak Piala Datuk Seri Musa Haji Aman.

Tawau meneruskan rentak kemenangan pada hari ini dengan kemenangan tipis ke atas Ranau 1-0. Ini sekaligus membayangkan mereka sudah layak untuk ke peringkat separuh akhir yang berlangsung pada 23 Jun 2014.

Sementara itu Kota Belud bangkit dari kekalahan pada perlawanan yang berlangsung kelmarin dengan menjinakkan Kota Marudu 1-0 yang cemerlang menewaskan Nabawan 3-1 pada perlawanan kelmarin.

Sementara itu Sipitang dan Putatan Seri 2-2 begitu juga dengan Kinabatangan dan Nabawan yang berkesudahan 2-2.

Perlawanan pada esok hari pastinya akan menjadi lebih menarik dengan semua pasukan kecuali Tawau perlu untuk menang bagi mencerahkan peluang untuk melangkah ke peringkat yang seterusnya.

Bagi yang berkesempatan apa kata kita menonton kepada pasukan daerah bermain untuk memberi mereka sokongan moral.

Selamat Berjaya kepada semua pemain dan pasukan.

Pasukan yang berwarna Kuning adalah pasukan yang memang

INFO : MALAM INI SABAH BERDEPAN DENGAN DRB HICOMM DI STADIUM LIKAS.


Baca selengkapnya

19 Jun 2014

Keputusan Terkini dan Jadual Pusingan Akhir Piala Datuk Seri Musa Aman

Keputusan Terkini  Pusingan Akhir Piala Datuk Seri Musa Aman yang berlangsung pada 19.06.2014.

Tawau dan Kota Marudu bermula garang pada perlawanan pembukaan untuk merebut piala Datuk Seri Musa Haji Aman dengan Tawau menundukkan Sipitang 3-0 dan Kota Marudu Pula menjinakkan Nabawan 3-1. 

Sementara itu Kinabatangan pula menang tipis ke atas Kota belud 1-0 dan Putatan mengatasi Ranau 2-1.

8 pasukan yang terbaik ini akan merebut hadiah yang berjumlah RM 45, 000.

Juara akan mendapat wang tunai RM25,000 diikuti RM12,500 di tempat kedua, manakala dua pasukan yang tewas di separuh akhir juga akan membawa pulang wang tunai masing-masing RM4,000.



Berikut adalah jadual sebagai perkongsian kepada semua. Jadual ini yang saya ambil dari Laman Sosial Facebook yang dikongsikan oleh kumpulan Rocasia salah satu kumpulan Muzik Sabah yang sentiasa memberi sokongan dan berkongsi info berkaitan bolasepak Negeri Sabah.


Harap-harap kamu buli nampak ini Jadual
Baca selengkapnya

8 Pasukan Berentap Pusingan Akhir Piala Datuk Seri Musa Aman

SEBANYAK 26 daerah Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) bakal bersaing untuk merebut hadiah wang tunai berjumlah RM45,000 dalam pertandingan bola sepak Piala Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, bulan depan.

Timbalan Presiden SAFA, Datuk Lawrence Gimbang, berkata pusingan awal kejohanan itu akan bermula pada 6 hingga 15 Jun manakala pusingan akhir pada 18 hingga 25 Jun.

LAPAN KUMPULAN

“26 daerah yang bertanding itu akan dibahagikan kepada lapan kumpulan dan hanya juara bagi setiap kumpulan akan beraksi di pusingan akhir,” katanya pada sidang media yang turut dihadiri Setiausaha Agung SAFA, Alijus Sipil, kelmarin.

Kumpulan Satu terdiri daripada pasukan Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu; Kumpulan Dua Ranau, Telupid dan Tongod; Kumpulan Tiga Sandakan, Beluran dan Kinabatangan; dan Kumpulan Empat Kota Marudu, Kudat serta Pitas.

Empat lagi kumpulan lain ialah Kota Belud, Tuaran dan Kota Kinabalu (Kumpulan Lima), Penampang, Papar dan Putatan (Kumpulan Enam), Beaufort, Kuala Penyu dan Sipitang (Kumpulan Tujuh) serta juara bertahan Keningau, Tambunan, Nabawan dan Tenom (Kumpulan Lapan).

LAPAN PASUKAN YANG BERAKSI DALAM PUSINGAN AKHIR



PELUANG TUNJUK BAKAT

“Kita harap para pemain akan mengambil peluang menerusi kejohanan ini untuk menunjukkan bakat sebenar mereka, bagi pemain yang dikesan berbakat mungkin akan diserapkan dalam pasukan negeri tahun depan,” katanya sambil menambah kejohanan itu diadakan awal sebagai persiapan untuk membolehkan pemain berbakat menyertai pasukan Sabah tahun depan.

Lawrence berkata, setiap pasukan boleh mendaftarkan pemain yang berusia 16 hingga 21 tahun dan lima pemain yang berusia antara 22 hingga 27 tahun.

“Bagaimanapun, hanya dua pemain yang berusia 22 hingga 27 tahun yang boleh beraksi di atas padang pada setiap perlawanan,” katanya.

Pasukan yang menjadi juara akan mendapat wang tunai RM25,000 diikuti RM12,500 di tempat kedua, manakala dua pasukan yang tewas di separuh akhir juga akan membawa pulang wang tunai masing-masing RM4,000.

Info Kredit : Willie Jude
Baca selengkapnya

29 May 2014

SUKMA PERLIS : SABAH KUASAI SEPAK TAKRAW WANITA SUMBANG EMAS


Sabah merangkul 2 emas melalui acara sepak takraw bagi kategori regu dan double wanita.

Regu double Sabah diwakili Kamisah Khamis dan Razmah Anam menewaskan regu dari Wilayah Persekutuan dengan straight set 21- 18 dan 21- 11.

Manakala, menerusi gandingan regu Sabah, Emilia Eva Natasha, Nurfateha Rossli dan Lailah menewaskan regu dari Pulau Pinang dengan keputusan straight set, 21- 13 dan 21-18.

Tahniah kepada semua yang berjaya !!!
SABAH BULI !!!
Baca selengkapnya