Showing posts with label Sukan Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Sukan Malaysia. Show all posts

4 Sept 2014

GEMPAR !! SILING BUMBUNG BADMINTON RUNTUH DI HO CHI MINH, VIETNAM

BAM sahkan tiada seorang pun pemain badminton negara yang tercedera dalam kejadian siling bumbung runtuh dan semua dalam keadaan selamat ketika ini.

Blog djkupang
Gambar menunjukkan stadium badminton yang runtuh di Kompleks Sukan Phan Dinh Phung, Ho Chi Minh
"Semua pemain selamat dan sudah kembali fokus kepada kejohanan Terbuka Vietnam yang bermula, semalam", memetik kata Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Mohamad Norza Zakaria.

Ketika ini 30 pemain negara, termasuk wanita dihantar ke kejohanan di Bandaraya Ho Chi Minh yang menawarkan hadiah wang tunai AS$50,000 (RM159, 075).

Disebabkan kejadian malang tersebut, kejohanan terpaksa dipindahkan ke Kompleks Sukan Tan Binh yang pernah menjadi hos kepada acara badminton pada Sukan SEA 2003.

Petanda awal akan berlaku sesuatu memang sudah kelihatan apabila debu mula bertaburan di atas gelanggang sebelum siling plaster berukuran 40 meter persegi itu runtuh.
-Sumber BHarian-
Baca selengkapnya

16 Jul 2014

Senarai 23 Pemain Pilihan Dollah Salleh Galas Cabaran Bolasepak Negara 2014

Senarai 23 Pemain Pilihan Dollah Salleh Galas Cabaran Bolasepak Negara 2014

KUALA LUMPUR: Sejumlah 23 pemain dipanggil oleh pengendali baharu skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh, untuk menjalani latihan pusat, sebagai persediaan menghadapi perlawanan antarabangsa menentang Tajikistan di tempat lawan, 8 Ogos ini. 

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini berkata, semua pemain berkenaan akan melaporkan diri kepada Dollah untuk sesi latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya, beberapa hari sebelum mereka bertolak ke Tajikistan. 

Perlawanan menentang Tajikistan merupakan tugasan pertama Dollah selepas dilantik oleh FAM sebagai pengendali baharu skuad Harimau Malaya pada 9 Julai lepas. 

Malaysia dijangka menentang Jordan pada aksi kedua persahabatan kelas 'A', 11 Okt ini yang antara lain menjadi medan persiapan pasukan bagi menghadapi Kejohanan Piala AFF Suzuki 2014 yang bakal dihoskan oleh Singapura dan Vietnam pada November ini. 

Presiden baharu FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menetapkan sasaran ke final Piala AFF Suzuki 2014 kepada skuad Harimau Malaya. 

Senarai 23 pelatih skuad Harimau Malaya: 
----------------------------------------- 
Mahalli Jasuli, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak, Mohd Amri Yahyah, Norshahrul Idlan Talaha, Safiq Rahim, Mohd Asraruddin Putra Omar, Mohd Safee Sali, Mohamad Fadhli Mohd Shas (Johor Darul Ta'zim). 

Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid, R. Gopinathan, Azamuddin Mohd Akil, Mohd Hafiz Kamal (Pahang); Mohd Farizal Marlias, S. Kunalan, Mohd Bunyamin Umar (Selangor); Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Badhri Mohd Radzi, Ahmad Fakri Saarani (Kelantan). 

Mohd Norfarhan Mohamad, Muhammad Zubir Mohd Azmi (Terengganu); Mohd Muslim Ahmad (PDRM); S. Chanturu (Sarawak); Baddrol Bakhtiar (Kedah). 
 BERNAMA 
Baca selengkapnya

29 May 2014

SUKMA PERLIS : SABAH KUASAI SEPAK TAKRAW WANITA SUMBANG EMAS


Sabah merangkul 2 emas melalui acara sepak takraw bagi kategori regu dan double wanita.

Regu double Sabah diwakili Kamisah Khamis dan Razmah Anam menewaskan regu dari Wilayah Persekutuan dengan straight set 21- 18 dan 21- 11.

Manakala, menerusi gandingan regu Sabah, Emilia Eva Natasha, Nurfateha Rossli dan Lailah menewaskan regu dari Pulau Pinang dengan keputusan straight set, 21- 13 dan 21-18.

Tahniah kepada semua yang berjaya !!!
SABAH BULI !!!
Baca selengkapnya

25 May 2014

Piala Thomas : Lee Chong Wei Beri Mata Pertama kepada Malaysia

Piala Thomas 2014 : Terima kasih Datuk Lee Chong Wei kerana memberikan mata pertama kepada Malaysia dengan kemenangan 21-12, 21-16. Laluan sudah dibuka oleh pemain nombor satu negara ini untuk membawa balik Piala Thomas ke negara kita. 

Semoga yang lain-lain akan mengikut jejak beliau.

Baca selengkapnya

Bolasepak Malaysia : Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah Presiden FAM Baru

Presidesn Baru FAM
KUALA LUMPUR: Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah telah dilantik sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu.

Beliau dilaporkan mendapat 27 undi sekaligus mengalahkan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mendapat 12 undi dalam persaingan dua penjuru itu.

Pada pusingan pertama pemilihan, Tengku Abdullah meraih 24 undi manakala Tunku Ismail meraih 15 undi namun pemilihan terpaksa diadakan semula kerana keputusan itu tidak mencapai majoriti dua pertiga mengikut Artikel 39.2 bagi pemilihan jawatan Presiden FAM.

Pemilihan ini berlangsung ekoran Presiden Persatuan FAM Sultan Ahmad Shah menarik diri daripada mempertahankan jawatan presiden pada Kongres Tahunan Ke-50 untuk memberi ruang kepada kepimpinan baharu.

Sultan Ahmad Shah menjadi Presiden FAM sejak tahun 1984.
Baca selengkapnya

21 May 2014

SUKAN MALAYSIA KE-17 : KONTINJEN SABAH SASAR 20 EMAS DI PERLIS

Sabah Sertai 20 Jenis Sukan Dan Sasar 20 Pingat Emas Di Sukma Ke-17, Perlis

KOTA KINABALU, 20 Mei (Bernama) -- Sabah akan mengambil bahagian dalam 20 jenis sukan daripada 24 jenis sukan yang dipertandingkan di Sukan Malaysia (Sukma) Ke-17 di Perlis yang bermula dari 24 Mei hingga 4 Jun ini.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata pada Sukma Perlis ini kontinjen Sabah akan menumpukan perhatian kepada jenis sukan yang atlet-atlet Sabah mampu memberi saingan hebat kepada lawan mereka.

Justeru, cuma empat jenis sukan sahaja yang tidak disertai kontinjen Sabah yang diketuai Setiausaha Tetap Kementeriannya Datuk Suzannah Liaw pada Sukma kali ini iaitu gimrama, skuasy, kanu dan wushu.

"Kekuatan kontinjen (Sabah) adalah 428 orang, yang terdiri daripada 333 orang atlet, 95 orang pegawai berbanding (kekuatan kontinjen) pada 2012 yang berjumlah 299 orang atlet dan 80 orang pegawai," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tawfiq berkata pada kejohanan kali ini, Sabah menyasarkan 20 pingat emas.

"Harapan saya kepada atlet Sabah ialah supaya sedaya upaya memberi saingan yang hebat serta mengutip pingat dan sekaligus memperbaiki kedudukan serta keputusan yang lebih cemerlang daripada Sukma yang lalu," katanya.

-- BERNAMA
Baca selengkapnya