3 Sept 2014

PENJELASAN TENTANG FENOMENA CAHAYA MERAH DI NEGERI SABAH

03/09/2014, Fenomena Tiang Cahaya (Light Pillar) : Cahaya Aneh Gemparkan Penduduk Sabah atau Cahaya merah terangi langit di pantai Sabah cetus misteri antara tajuk berita hari ini yang menjadi cakap-cakap rakan Sabahan.

Kejadian ini bukanlah fenomena mahupun kejadian yang pertama berlaku di negara ini. Jika ada yang masih ingat pada bulan ramadhan lalu di Negeri Sarawak juga ada berlaku kejadian yang dikenali sebagai Fenomena Tiang Cahaya (Light Pillar). 

Pelbagai andaian dan teori bermain di fikiran rakan-rakan terutama mereka yang berada di media sosial termasuk andaian yang tidak masuk akal. 

Di bawah ini saya kongsikan kejadian yang pernah berlaku di Bintulu pada 10 JULAI 2014.




Untuk makluman anda juga kejadian Fenomena Light Pillars ataupun Tiang cahaya ini pernah berlaku di Negeri Kedah.



KLIK Link di sebelah untuk mengetahui bagaimana Fenomena Tiang Cahaya (Light Pillar) berlaku.

Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abdul Malik Tussin, tidak menolak kemungkinan cahaya terbabit muncul disebabkan fenomena 'Light Pillar' iaitu pantulan cahaya ke atas hablur ais di awan.
Katanya, fenomena 'Light Pillar' atau turut disebut 'Sun Pillar' itu pernah berlaku di negeri ini, namun tidak dihebohkan.
Difahamkan, Light Pillar adalah fenomena optik yang dibentuk oleh pantulan cahaya bulan atau matahari ke atas hablur ais dalam atmosfera, selain terbentuk melalui sumber cahaya lain seperti lampu jalan. -Abdul Malik Tussin [Berita Harian 09/03/2014]

Semua yang dikongsikan penulis adalah melalui carian dan kefahaman penulis. Sebarang kekurangan sila tambahkan.. 
djkupang.com

Bagikan

Jangan lewatkan

PENJELASAN TENTANG FENOMENA CAHAYA MERAH DI NEGERI SABAH
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"