Showing posts with label Sabah F.A. Show all posts
Showing posts with label Sabah F.A. Show all posts

18 Oct 2014

Bolasepak Sabah : El Hadji Diouf akan jejak Sabah minggu depan

Difahamkan, usaha untuk mendapatkan khidmat Diouf adalah sebahagian daripada usaha Sabah untuk menjadi sebuah pasukan yang lebih mantap musim depan khususnya di bahagian serangan.

djkupang & Friends
Bolasepak Sabah : El Hadji Diouf akan jejak Sabah minggu depan

BEKAS penyerang Liverpool dan pemain kebangsaan Senegal, El Hadji Diouf dilaporkan semakin hampir untuk menyarung jersi Sabah musim depan.

Sumber daripada Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) berkata, rundingan untuk membawa masuk penyerang berusia 33 tahun itu kini di peringkat akhir dan kemungkinan dia akan menjejakkan kakinya di Kota Kinabalu, minggu depan.

“Setakat ini, proses rundingan berjalan lancar dan jika tiada sebarang masalah, Diouf akan menyarung jersi pasukan Sabah musim depan,” katanya.

Difahamkan, usaha untuk mendapatkan khidmat Diouf adalah sebahagian daripada usaha Sabah untuk menjadi sebuah pasukan yang lebih mantap musim depan khususnya di bahagian serangan.

Kecederaan panjang dialami penyerang kebangsaan Rozaimi Abdul Rahman, 22, juga menyebabkan Sabah ketandusan penyerang berbisa selepas penyerang import dari Syria yang juga penjaring terbanyak pasukan musim lalu, Marwan Saydeh, tidak disambungkan kontrak.

Setakat ini, pasukan mempunyai beberapa penyerang muda termasuk Leopold Alfonso Otong yang pernah menjulang Sabah apabila memenangi ibu segala pingat pada SUKMA 2012 di Kuantan.

Selain Liverpool, Diouf sebelum ini juga pernah beraksi bersama kelab lain di England termasuk Bolton, Sunderland, Blackburn, Doncaster and Leeds.

Beliau yang pernah dua kali dinobatkan sebagai pemain terbaik Afrika dikatakan tidak terikat dengan mana-mana pasukan selepas menamatkan kontrak bersama Leeds. -PORTAL RASMI SAFA

- Model TERBARU Paling 'Meletup' Abad Ini -
Baca selengkapnya

11 Jul 2014

Penyerang Australia, Tim Cahill khabarnya dipancing untuk ke Sabah

Penyerang Australia, Tim Cahill khabarnya dipancing untuk ke Sabah

WALAUPUN bayangan barisan pemain untuk musim depan belum pun kelihatan, namun, pelbagai spekulasi telah mula tersebar termasuk khabar yang mengatakan penyerang kebangsaan Australia, Tim Cahill sedang ‘dipancing’ untuk menyarung jersi negeri Di Bawah Bayu.

Cerita hangat berkenaan mula timbul selepas sebuah ‘page’ di laman sosial Facebook, HarimauMelaya yang mempunyai hampir 1 juta pengikut menyiarkan satu artikel, mengatakan penyerang yang menjaringkan antara gol tercantik Piala Dunia 2014 di Brazil baru-baru ini, sedang berunding dengan sebuah syarikat yang berpengkalan di Sabah untuk membawa bintang Australia itu ke Sabah.

sabahfa djkupang
SANGGUP BELANJA RM3 JUTA

Artikel terbabit turut menyatakan bahawa syarikat berkenaan serius untuk mendapatkan khidmat Cahill dan sanggup melabur RM3 juta untuk membawa pemain berkenaan terbang ke Sabah.

Bagaimanapun, sejauh mana kesahihan khabar berkenaan masih belum dapat dipastikan kerana setakat ini belum ada kenyataan rasmi yang dikeluarkan pihak Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) berhubung perkara itu.

Khabar yang disiarkan itu turut menerima pelbagai respon daripada peminat bola sepak tanah air, khususnya, penyokong Sabah.

Ada di antara mereka yang berharap perkara itu menjadi kenyataan, namun ada juga yang melahirkan rasa kurang setuju dan menganggapnya satu pembaziran.

BEKAS BINTANG ENGLAND JADI JURULATIH?
Sementara itu, baru-baru ini, beberapa akhbar tempatan turut menyiarkan berita mengatakan seorang bekas pemain kebangsaan England berminat untuk menjadi pengendali Sabah musim depan.

Tanpa mendedahkan nama individu berkenaan, akhbar berkenaan turut menyatakan beberapa lagi jurulatih tempatan dari Semenanjung kini berada dalam ‘radar’ SAFA untuk mengambil alih tugas Milomir Seslija yang telah tamat kontraknya pada bulan lalu.

Apapun spekulasi yang tercetus, penulis yakin pihak pengurusan pasukan kini berusaha keras untuk memantapkan lagi skuad Sabah selepas prestasi kurang memberangsangkan musim lalu.

Kini, hampir kesemua pemain musim lalu telah kembali menjalani latihan kendalian pemangku ketua jurulatih, Justin Ganai di Stadium Likas.

Selain barisan pemain skuad utama musim lalu, latihan yang diadakan itu turut disertai beberapa pemain daripada skuad Piala Presiden dan juga pasukan Sabah Cebagoo FC.


Difahamkan, beberapa lagi pemain yang dikenalpasti pada kejohanan Piala Datuk Seri Musa Aman, baru-baru ini, akan turut menyertai latihan berkenaan bagi mengintai peluang diserapkan ke pasukan utama negeri.
Sumber : Portal SABAH FA
Baca selengkapnya

9 Jul 2014

Sabah FA : Kini Kembali Menjalani Latihan

SELEPAS berehat hampir dua minggu, pasukan Sabah kembali menjalani latihan di Stadium Likas dengan dikendalikan Justin Ganai yang memangku jawatan ketua jurulatih ketika ini.

Walaupun masih ada beberapa pemain yang masih bercuti, namun sebilangan besar pemain skuad senior turun untuk berlatih bagi mengekalkan kecergasan mereka dalam menghadapi musim baharu, tahun depan.

Selain pemain dari skuad utama, latihan yang bermula jam 4.30 petang itu turut dihadiri beberapa pemain dari skuad Piala Presiden dan Cebagoo FC yang dipercayai cuba mengintai peluang diserapkan ke pasukan utama negeri musim depan.

Antara pemain daripada pasukan Piala Presiden yang menyertai latihan termasuk Jenius Karib, Azizan Nordin, Rusmanizam Roseland, Billy Doliente dan beberapa lagi.

Manakala Abdul Taufiq Haq, Mohd Ahzuan Aman Khan, Razlan Oto serta penjaga gol Usman Baloon merupakan antara pemain Cebagoo FC yang menjalani latihan.

Selain Justin, tenaga jurulatih lain yang turut membantu pada sesi latihan berkenaan ialah Burhan Ajui, Dusan ‘Dule’ Momcilovic, Mohd Noor @ Francis, Jelius Ating, dan Andrew Majanggim.

Justin ketika ditemui berkata, sesi latihan berjalan lancar walaupun sebilangan besar pemain menjalani ibadah puasa.

“Saya memuji sikap para pemain khususnya pemain muda yang menunjukkan kesungguhan pada sesi latihan ini walaupun berpuasa,” katanya.

Sementara itu, beberapa jurulatih dikhabarkan berada dalam radar Sabah bagi menggalas tugas sebagai pengendali pasukan pada musim depan.

Nama-nama berkenaan bagaimanapun masih dirahsiakan kerana difahamkan usaha untuk mendapatkan khidmat jurulatih terbabit masih dalam proses awal.

Bagaimanapun, terdapat khabar angin mengatakan beberapa jurulatih tempatan berpengalaman kini berada dalam senarai berkenaan selain beberapa calon jurulatih import lain termasuk seorang bekas bintang Liga Perdana Inggeris yang dikatakan berminat untuk menggalas tanggungjawab itu.
Kredit - Willie Jude Junaidi PORTAL SABAHFA
Baca selengkapnya

24 Jun 2014

JDT II VS SABAH - Perlawanan Penutup Liga Perdana 2014

JDT II VS SABAH
20 : 45, 24 JUN 2014,
Stadium Pasir Gudang, Johor.

Perlawanan malam ini adalah perlawanan yang terakhir untuk Sabah dan pasukan lain yang bermain dalam Liga Perdana bagi musim 2014.

PDRM sudah pun mengesahkan kejuaraan Liga Perdana selepas membenam Negeri Sembilan di Stadium Paroi jumaat lepas dan seterusnya melayakkan mereka untuk melangkah ke Liga Super pada musim hadapan.

Ketika artikel ini dikongsikan kedudukan semasa JDT II Vs Sabah adalah  seri tanpa jaringan di separuh masa yang pertama dan bersambung sebentar lagi.

Sebagai Anak Jati Sabah, kita semua pasti mengharapkan kemenangan walaupun tidak melayakkan untuk bermain di mana-mana sekurang-kurangnya ia menjadi hadiah kepada penyokong Sabah di perlawanan yang terakhir ini.

Saya akan ulas lebih panjang lagi melalui tulisan kelak mengenai pencapaian Sabah untuk Liga Perdana pada tahun ini. Selamat malam semua.
Baca selengkapnya

13 Jun 2014

Senarai Pemain : Sabah VS PERLIS

Liga Perdana 2014 : SABAH VS PERLIS


Apa yang diharapkan pada malam ini Sabah akan bermain lebih baik dan tidak menghampakan penyokong yang sanggup turun ke stadium untuk terus beri sokongan kepada pasukan.

Coach Milomir berkata sesuatu kepada pemain

Senarai Pemain Sabah yang diturunkan malam ini

Baca selengkapnya