Showing posts with label Ketua Menteri Sabah. Show all posts
Showing posts with label Ketua Menteri Sabah. Show all posts

16 Jul 2014

PEMULIHARAAN HUTAN SIMPAN ULU SEGAMA MALUA JADI MODEL UNESCO

Hutan Simpan Ulu Segama Malua yang didiami lebih 1,000 ekor Orang Utan


KOTA KINABALU, (15 Julai) — Projek pemuliharaan Hutan Simpan Ulu Segama Malua yang didiami lebih 1,000 ekor Orang Utan, iaitu yang terbanyak di Malaysia, telah dijadikan model konservasi hutan oleh Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata semua aktiviti pembalakan di kawasan itu dihentikan pada 2007 untuk memberi laluan kepada penubuhan santuari Orang Utan.

Kerajaan kehilangan pendapatan berbilion ringgit sebagai kesan projek ini namun kerajaan negeri tidak akan berganjak daripada pelaksanaan dasar ini demi masa depan hutan simpan dan hidupan liar Sabah, katanya menjawab soalan Datuk Joniston Bangkuai (BN-Kiulu) di Dewan Undangan Negeri, di sini, Selasa.

Musa berkata projek pemuliharaan yang meliputi kawasan seluas 240,000 hektar itu hanya sebahagian daripada pelbagai inisiatif konservasi yang dilaksana oleh kerajaan Sabah seiring dengan komitmen Malaysia mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus kawasan berhutan.

Usaha lain ialah ‘Kinabatangan Corridor of Life’ (K-Kol) yang melibatkan pemuliharaan riparian sungai seluas 150,000 hektar dengan dana daripada pihak swasta, katanya.

Musa berkata inisiatif lain ialah Pemuliharaan Lower Kinabatangan dan Segama Wetlands atau tapak Ramsar yang terbesar di Malaysia dengan keluasan 79,000 hektar, Trusmadi Conservation Area (74,736 hektar), Danum Valley Conservation Area (43,800 hektar), Maliau Basin Conservation Area (105,443 hektar) dan Imbak Canyon Conservation Area (30,000 hektar).

“Pewartaan Hutan Simpan Gunung Rara sebagai kawasan perlindungan, mewujudkan jalinan hubungan Maliau, Imbak, Malua-Ulu Segama dan Danum sebagai kawasan dilindungi sepenuhnya dengan keluasan lebih 500,000 hektar, iaitu yang terbesar di Malaysia,” katanya.

Selain itu Musa berkata Sabah juga merancang untuk meningkatkan keluasan kawasan dilindungi sepenuhinya daripada 1.35 juta hektar kepada 2.1 juta hektar atau 30 peratus daripada kawasan hutan dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Katanya kerajaan negeri Sabah melalui Jabatan Perhutanan, sedang mengenal pasti beberapa kawasan untuk diwartakan atau dikelaskan semula menjadi Hutan Simpan Kelas 1 (Perlindungan) dan seterusnya meningkatkan keluasan kawasan Hutan Simpan Kelas 1 kepada sejuta hektar pada tahun ini.

Menjawab soalan tambahan Datuk Wilfred Bumburing (PKR-Tamparuli), Musa berkata pendapatan kerajaan negeri Sabah menerusi royalti pembalakan telah menurun daripada RM1 bilion setahun kepada RM100 juta. — BERNAMA
Baca selengkapnya

14 Jul 2014

Bonus Raya Untuk Negeri Sabah 2014 : RM500 Bayaran Bermula 21 Julai 2014

KOTA KINABALU 14 Julai - Kerajaan negeri hari ini mengumumkan pemberian bonus hari raya RM500 kepada kira-kira 17,000 kakitangannya.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, pembayaran akan dibuat pada 21 Julai melibatkan jumlah keseluruhan RM8.5juta. - UTUSAN ONLINE

Baca selengkapnya

25 Jun 2014

Keputusan Akhir Piala Datuk Seri Musa Aman 2014

TAHNIAH KEPADA TAWAU PASUKAN JUARA

Blog djkupang - Tawau akhirnya merangkul kejuaraan Piala Datuk Seri Musa Aman, Ketua Menteri Sabah selepas menumpaskan Kota Belud dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Penampang hari ini.

Sebanyak 26 daerah dari seluruh negeri Sabah yang bersaing untuk merebut hadiah wang tunai yang berjumlah RM 45,000. Pasukan yang menjadi juara akan mendapat wang tunai RM25,000 diikuti RM12,500 di tempat kedua, manakala dua pasukan yang tewas di separuh akhir juga akan membawa pulang wang tunai masing-masing RM4,000.

Sebelum itu pada peringkat separuh akhir Pasukan Tawau dan Kota Belud masing-masing menewaskan lawan sebelum dipertemukan di peringkat akhir.


Diharapkan dengan adanya penganjuran yang sebegini mampu untuk mencungkil bakat-bakat baru memandangkan setiap pasukan mesti menghantar pemain muda dan hanya boleh mendaftarkan pemain yang berusia 16 hingga 21 tahun dan lima pemain yang berusia antara 22 hingga 27 tahun.

26 daerah dibahagikan kepada lapan kumpulan Pada Peringkat Awal :

Kumpulan Satu : Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu; 
Kumpulan Dua : Ranau, Telupid dan Tongod; 
Kumpulan Tiga : Sandakan, Beluran dan Kinabatangan
Kumpulan Empat : Kota Marudu, Kudat serta Pitas.

Kumpulan Lima : Kota Belud, Tuaran dan Kota Kinabalu 
Kumpulan Enam : Penampang, Papar dan Putatan 
Kumpulan Tujuh : Beaufort, Kuala Penyu dan Sipitang 
Kumpulan Lapan : Keningau, Tambunan, Nabawan dan Tenom 



*Keningau Juara Bertahan terpaksa akur kepada Nabawan yang memenangi mewakili kumpulan Lapan. 

Selepas perlawanan semua pasukan empat pasukan yang melangkah ke separuh akhir adalah Kumpulan A Tawau dan Putatan sementara Kumpulan B dimenangi oleh pasukan dari Pantai Barat Utara Kota Belud dan Kota Marudu.

Sekali lagi TAHNIAH kepada Pasukan Tawau atas kejayaan menjuarai Piala Ketua Menteri Sabah.

-Majulah Sukan Untuk Negara-
Baca selengkapnya

20 Jun 2014

Tawau Teruskan Rentak kemenangan - Piala DSP Musa Aman

Kota Kinabalu : Kemaskini keputusan Pertandingan bolasepak Piala Datuk Seri Musa Haji Aman.

Tawau meneruskan rentak kemenangan pada hari ini dengan kemenangan tipis ke atas Ranau 1-0. Ini sekaligus membayangkan mereka sudah layak untuk ke peringkat separuh akhir yang berlangsung pada 23 Jun 2014.

Sementara itu Kota Belud bangkit dari kekalahan pada perlawanan yang berlangsung kelmarin dengan menjinakkan Kota Marudu 1-0 yang cemerlang menewaskan Nabawan 3-1 pada perlawanan kelmarin.

Sementara itu Sipitang dan Putatan Seri 2-2 begitu juga dengan Kinabatangan dan Nabawan yang berkesudahan 2-2.

Perlawanan pada esok hari pastinya akan menjadi lebih menarik dengan semua pasukan kecuali Tawau perlu untuk menang bagi mencerahkan peluang untuk melangkah ke peringkat yang seterusnya.

Bagi yang berkesempatan apa kata kita menonton kepada pasukan daerah bermain untuk memberi mereka sokongan moral.

Selamat Berjaya kepada semua pemain dan pasukan.

Pasukan yang berwarna Kuning adalah pasukan yang memang

INFO : MALAM INI SABAH BERDEPAN DENGAN DRB HICOMM DI STADIUM LIKAS.


Baca selengkapnya

17 Jun 2014

Musa Aman gesa Agensi Penguatkuasaan Tingkatkan Risikan

KOTA KINABALU, (16 Jun) — Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman pula menggesa agensi penguatkuasaan Malaysia mempertingkatkan risikan sebagai usaha meminimumkan peluang jenayah rentas sempadan di Sabah, terutama di bahagian timur negeri ini.

Beliau berkata tindakan itu perlu kerana semua pihak bersetuju bahawa kaedah konvensional sahaja mungkin tidak cukup bagi menangani jenayah rentas sempadan di pantai timur Sabah meskipun sembilan langkah sudah digaris sebelum ini dan sedang dilaksanakan.

“Kami ingin menegaskan bahawa usaha sedang ditumpu bagi mengelak insiden ini daripada berulang. Saya berhubung dengan Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan.

“Kami meminta kajian dilakukan ke atas operasi Tentera Laut, Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin bagi mengulas insiden penculikan itu.

Beliau berkata kerajaan negeri kesal dengan penculikan itu dan menggesa pihak polis, tentera dan pengawal pantai dalam keadaan berjaga-jaga berikutan insiden berkenaan.

Musa turut mengingatkan orang ramai agar memainkan peranan mereka dengan melaporkan sebarang aktiviti yang dianggap ancaman kepada keselamatan negara. — BERNAMA
Baca selengkapnya

28 May 2014

Sabah Terima RM15.4 Juta Untuk Naik Taraf, Baik Pulih Sekolah Daif, Rosak

TAWAU, 27 Mei (Bernama) -- Sabah memperoleh RM15.4 juta daripada kerajaan pusat bagi menaik taraf dan membaik pulih sekolah rosak akibat kebakaran dan banjir termasuk 640 sekolah daif, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata daripada jumlah itu, RM5 juta diperuntukkan untuk membaiki sekolah yang rosak akibat kebakaran dan banjir baru-baru ini.

"Jabatan Pendidikan Sabah sudah membuat laporan dan guru besar serta pengetua sudah diarahkan mengenal pasti bahagian sekolah mereka yang perlu dibaiki," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan Hari Guru peringkat negeri di sini Selasa.

Musa juga berkata kerajaan negeri akan terus memohon peruntukan daripada kerajaan pusat bagi membaiki sekolah-sekolah lain yang mengalami kerosakan.

"Kita perlu jaga sekolah kita seperti kita jaga rumah sendiri kerana sekolah adalah tempat anak-anak kita belajar dan kita perlu pastikan sekolah berada dalam keadaan selamat untuk anak-anak kita," tambahnya.

Berkenaan guru, Musa berkata kerajaan negeri akan sentiasa memastikan golongan profesional tersebut terus disokong dan dibantu dalam mendidik dan melahirkan modal insan berguna.

Pada majlis itu, Awang Mohdzar Abdul Samad, 74, anak kelahiran Sindumin, Sipitang dan Aron @ Anifah Warso, 64, dari Kampung Kalampunan, Keningau dinobatkan sebagai Tokoh Guru Negeri Sabah 2014.

Sementara itu pada majlis sambutan Hari Guru Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) di Kota Kinabalu, Musa meminta jabatan itu menggalakkan budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan tenaga pengajarnya.

Beliau berkata langkah itu bukan sahaja membolehkan kaedah serta teknologi pengajaran dan pembelajaran baharu ditemui dan diguna pakai, malah ia juga akan memperkasa lagi mutu pendidikan di negeri ini.

"Perkembangan ini pastinya menuntut para guru bukan setakat mengajar, tetapi juga harus berpandangan jauh, membudayakan kreativiti dan inovasi bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik serta menyeronokkan," kata Musa.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah Datuk Ariffin Arif.

-- BERNAMA

Baca selengkapnya

23 May 2014

Ketua Menteri Sabah : Melawat Anggota Keselamatan di Pos Pulau Adal

Status Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman di laman Sosial Facebook.

[ Bersama para pegawai dan anggota pasukan keselamatan kita di Pos Kawalan Pulau Adal dalam kawasan ESSZONE. Di samping semangat, moral dan dedikasi mereka yang cukup tinggi saya juga menekankan pentingnya kerjasama dan kesetiaan rakyat dalam soal keselamatan dan kedaulatan ini.

"Selamat berjuang untuk warga pasukan keselamatan kita" ]


















Sumber





Baca selengkapnya

17 May 2014

MUSA AMAN INGATI BELIA JANGAN TERIKUT-IKUT GOLONGAN BAWA PORAK PERANDA

RANAU, (17 Mei) — Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mengingatkan golongan belia supaya menghindarkan diri serta tidak terikut-ikut dengan tindak-tanduk golongan tidak bertanggungjawab yang cuba memporak-perandakan masyarakat kerana ia membawa natijah tidak baik kepada semua pihak.

Beliau sebaliknya mengajak golongan belia yang mewakili 41 peratus daripada keseluruhan penduduk Sabah supaya terus menyokong dan bersama-sama dengan kerajaan bagi menjayakan pelbagai program dan aktiviti yang diperkenalkan untuk membawa lebih banyak pembangunan dan kemakmuran kepada rakyat khususnya para belia.

“Kita mahukan keaamanan, makmur dan hidup sentosa. Kita ingin melihat rakyat terus hidup tenteram tanpa rasa takut. Inilah harapan kerajaan dan ibu bapa,” katanya ketika merasmikan pelancaran sambutan Hari Belia peringkat negeri di Kompleks Sukan Ranau di sini Sabtu.

Beliau turut merasmikan pembukaan kompleks tersebut yang turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Yahya Hussin, Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Ewon Ebin.

Menurutnya, kerajaan amat memahami hasrat serta aspirasi golongan belia dan akan terus berusaha memberi ruang kondusif dan peluang kepada kumpulan berkenaan untuk memajukan diri berdasarkan kencenderungan masing-masing dengan menyediakan kemudahan yang diperlukan bagi memudahkan mereka mengambil bahagian.

Musa berkata komitmen tinggi kerajaan untuk membangunkan potensi belia yang merupakan pelapis kepimpinan negara masa depan, termasuk menyediakan peruntukan besar yang meningkat setiap tahun kepada pelbagai kementerian dan agensi bagi menjayakan pelbagai program seperti kemahiran dan keusahawanan untuk belia.

Beliau berkata pada masa lalu, peruntukan yang diberikan kepada Kementerian Belia dan Sukan Sabah cuma sekitar RM10 juta namun bagi tahun 2014, kerajaan memperuntukkan hampir RM100 juta atas kesedaran mengenai pentingnya peranan belia dalam pembangunan negara.

Mengenai kompleks sukan tersebut yang dibina sejak 2007 melalui tiga fasa dengan kos keseluruhan RM37 juta, katanya kerajaan sanggup berbelanja besar untuk membangunkan kompleks berkenaan sebagai tanda pengiktirafan kerajaan terhadap kehendak dan keperluan belia.

Musa turut menyampaikan anugerah kepada individu dan persatuan yang telah berjaya serta banyak berjasa dan menyumbang kepada pembangunan belia dan masyarakat dalam pelbagai bidang termasuk dalam bidang keusahawanan, kerja kesukarelaan dan kewartawanan.

Sementara itu Tawfiq berkata sambutan Hari Belia Negeri Sabah tahun ini yang bertemakan ‘Dari Belia Untuk Belia’ membawa kelainan apabila sambutannya tidak lagi tertumpu di kawasan bandar utama sahaja sebaliknya turut disambut di daerah kecil di kawasan pedalaman. Katanya selain di Ranau, sambutan akan turut diadakan di Kudat, Tawau, Beaufort, Papar, Keningau, dan Sandakan.
– BERNAMA
Baca selengkapnya