17 Jun 2014

Musa Aman gesa Agensi Penguatkuasaan Tingkatkan Risikan

KOTA KINABALU, (16 Jun) — Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman pula menggesa agensi penguatkuasaan Malaysia mempertingkatkan risikan sebagai usaha meminimumkan peluang jenayah rentas sempadan di Sabah, terutama di bahagian timur negeri ini.

Beliau berkata tindakan itu perlu kerana semua pihak bersetuju bahawa kaedah konvensional sahaja mungkin tidak cukup bagi menangani jenayah rentas sempadan di pantai timur Sabah meskipun sembilan langkah sudah digaris sebelum ini dan sedang dilaksanakan.

“Kami ingin menegaskan bahawa usaha sedang ditumpu bagi mengelak insiden ini daripada berulang. Saya berhubung dengan Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan.

“Kami meminta kajian dilakukan ke atas operasi Tentera Laut, Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin bagi mengulas insiden penculikan itu.

Beliau berkata kerajaan negeri kesal dengan penculikan itu dan menggesa pihak polis, tentera dan pengawal pantai dalam keadaan berjaga-jaga berikutan insiden berkenaan.

Musa turut mengingatkan orang ramai agar memainkan peranan mereka dengan melaporkan sebarang aktiviti yang dianggap ancaman kepada keselamatan negara. — BERNAMA

Bagikan

Jangan lewatkan

Musa Aman gesa Agensi Penguatkuasaan Tingkatkan Risikan
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"