Showing posts with label wanita. Show all posts
Showing posts with label wanita. Show all posts

22 Oct 2014

KISAH BENAR TRAGIS : Gadis peluk bekas kekasih di khalayak Ramai

Kita mungkin seringkali menyaksikan drama atau filem tempatan yang melakonkan aksi bercinta dan berkahwin dengan orang lain. Ketika majlis perkahwinan berlangsung belum pernah kita mendengar bekas kekasih datang memeluk kekasihnya di khalayak ramai. 

djkupang & Friends

Kisah BENAR yang sangat TRAGIS ini menceritakan bagaimana penderitaan cinta yang tidak diperkenan oleh orang tua.

Kisah berlaku di daerah Sulawesi Selatan, Indonesia pada satu majlis perkahwinan yang dilangsungkan pada 17 Oktober lepas.

Pada tarikh tersebut seorang lelaki dikenali sebagai Rais melangsungkan pernikahannya.

Antara yang hadir di hari berbahagianya itu adalah bekas teman wanita Rais dikenali sebagai Risna, 22.

Persis babak sedih dalam drama, Risna tiba-tiba tidak dapat menahan diri lalu memeluk bekas kekasihnya itu di hadapan khalayak ramai termasuk isteri Rais.

Difahamkan, Risna dan Rais telah berpacaran selama tujuh tahun tetapi kerana jodoh tiada, Rais akhirnya berkahwin dengan wanita lain.

Tindakan Risna membuat suasana majlis menjadi agak kecoh namun ada juga jemputan turut menangis menyaksikan babak drama realiti percintaan yang berlaku depan mata mereka itu.

Keluarga Rais menyatakan pihak mereka sudah pernah bertemu keluarga Risna untuk datang melamarnya bagi dijadikan isteri selepas mereka berpacaran lama, namun lamaran ditolak oleh keluarga Risna dengan pelbagai alasan.

“Jodoh di tangan Tuhan, bukan manusia yang menentukan,” jelas keluarga Rais lagi.

Gambar Risna memeluk Rais di hari perkahwinan lelaki itu yang juga bekas 
kekasihnya yang tersebar di Indonesia.

Gambar Viral kisah wanita peluk bekas kekasih kini semakin popular di Malaysia.

Adakah anda fikir pasangan kekasih yang tidak mendapat restu kedua orang tua adalah sebagai salah satu faktor yang menyumbang kepada masalah sosial seperti kes pembuangan bayi ? Penulis sangat bersetuju jika anda katakan semua itu berpunca dari diri sendiri. 

TERBAIK !! MODEL TERBARU TOYOTA YANG PALING HANGAT
Baca selengkapnya

16 Oct 2014

ROGOL : Wanita Dakwa Dirogol Pemeriksa Tiket bas

djkupang & Friends
ROGOL : Wanita Dakwa Dirogol Pemeriksa Tiket bas
SIBU : Seorang wanita berusia 21 tahun dari Rantau Panjang di sini mendakwa dirinya dirogol seorang pemeriksa tiket bas pada 10 Oktober lalu.
Kejadian itu didakwanya berlaku dua kali, pertama di dalam kereta suspek berusia 30-an dan kali kedua di bilik yang disewanya di Jalan Pedada di sini pada hari sama.
Semasa kejadian, mangsa dikatakan sedang menunggu rakannya berhampiran sebuah kedai di Jalan Pedada untuk membawanya pulang ke Rantau Panjang sekitar jam 9.30 malam dan secara kebetulan suspek difahamkan datang dengan keretanya.
Suspek dikatakan menghantar mangsa pulang selepas dia merogolnya.
Mangsa tampil membuat laporan polis di sini, kelmarin.
Mangsa dikatakan mengenali suspek kerana dia kerap berulang-alik ke rumah menggunakan bas.
UTUSAN BORNEO

- Model TERBARU Paling 'Meletup' Abad Ini -
Baca selengkapnya

21 Jul 2014

TERKINI Buli Warga Tua : Kiki dihadapkan ek Mahkamah Majistret Selasa ini

21/07/2014 Terkini -  Kiki dihadapkan ek Mahkamah Majistret Selasa ini

WANITA PEMBULI JALANAN- Siti Fairrah Asyikin Kamaruddin, 30, atau dikenali sebagai Kiki yang didakwa bertindak ganas dengan membuli seorang warga emas Isnin lalu akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, Selasa ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, wanita berkenaan yang bertindak menyerang Sim Siak Heong, 68, dengan mengetuk kereta mangsa menggunakan pengunci stereng kereta akan didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana merosakkan harta benda awam.

"Jika sabit kesalahan, Kiki bakal berdepan dengan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

"Dia ditahan pada pukul 4 petang Khamis lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini dan dibebaskan dengan jaminan pada lewat malam hari yang sama," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Abdul Aziz, sehingga kini pihaknya masih belum menemui pengunci stereng kereta yang dibuang wanita berkenaan di kawasan Pasar Besar Kuantan di sini pada hari kejadian tersebut.

Terdahulu, kejadian pada pukul 1.10 petang berhampiran Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini itu dirakam oleh orang awam sebelum rakaman berdurasi 2.33 minit dimuat naik ke laman-laman sosial.

Rakaman itu kemudiannya menjadi viral sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai terhadap Kiki yang dilihat membuli lelaki berkenaan selepas dikatakan warga emas itu melanggar keretanya.

Kiki dilihat mengetuk beberapa kali kereta warga emas itu dengan menggunakan pengunci stereng kereta yang juga milik lelaki berkenaan sambil mengeluarkan kata-kata kesat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memandang serius kejadian itu dan mengakui terkejut dengan tindakan wanita berkenaan sebelum mengarahkan siasatan lanjut dilakukan. 
UTUSAN ONLINE
Baca selengkapnya

19 Jul 2014

Berita Semasa: KIKI Kamaruddin Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Selepas l5 jam ditahan untuk soal siasat, wanita pembuli jalanan  bebas dengan jaminan polis


KUANTAN – Selepas lebih lima jam ditahan untuk soal siasat, wanita yang mencetuskan kontroversi kerana membuli seorang warga emas di parkir kenderaan berhampiran Pusat Transformasi Bandar (UTC), di sini, pada Isnin lalu dibebaskan dengan jaminan polis.

Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin, 30, dibebaskan lewat malam kelmarin selepas ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, polis membebaskannya selepas berpuas hati dengan keterangan diberikan dan dia memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang proses berkenaan.

“Kita berpuas hati dengan keterangan diberikannya dan dia kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis lewat malam semalam (kelmarin).

“Siasatan kes ini dilakukan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana merosakkan harta benda dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Siti Fairrah hadir bersama ibu bapa dan ahli keluarganya di IPD Kuantan pada jam 4 petang kelmarin bagi memberikan kenyataan berhubung insiden berkenaan.

Abdul Aziz berkata, polis kini sedang melengkapkan kertas siasatan dengan mengambil keterangan beberapa saksi lagi termasuk orang awam dan anggota polis.

“Siasatan lanjut masih dijalankan, tetapi buat masa ini, kita membebaskan dulu wanita terbabit selepas berpuas hati dengan siasatan yang dijalankan.

“Namun, kita akan merujuk kepada kepada timbalan pendakwa raya untuk sebarang perubahan seksyen berikutan tindakan wanita itu membuang pengunci stereng yang menjadi bahan bukti dalam kes terbabit,” katanya. – Harian Metro
Baca selengkapnya

17 Jul 2014

Berita Semasa : Kiki Kamaruddin Wanita Pembuli Jalan Ditahan Polis

Kiki Kamaruddin Wanita Pembuli Jalan Ditahan Polis

KUANTAN: Polis menahan seorang wanita berhubung kes buli jalanan pada Isnin bagi membantu siasatan jenayah dan kerosakan.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Saleh berkata Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin, 30, hadir ke balai polis pada Khamis selepas disaman dan ditahan.

Beliau tidak menyatakan berapa lama wanita itu yang juga dikenali sebagai Kiki Kamaruddin akan ditahan.

"Itu bergantung kepada siasatan, kita melihat perkara ini terlebih dahulu," katanya.

Abdul Aziz berkata Siti Fairrah telah membuang pengunci stereng yang digunakan semasa kejadian di suatu tempat di Kuantan.

Siasatan di bawah Seksyen 427 dan 506 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali di bawah setiap seksyen.

Dalam kejadian itu,tindakan seorang wanita yang berang dan mengetuk kenderaan seorang lelaki tua dengan kunci stereng telah dirakam selepas lelaki tersebut secara tidak sengaja melanggar kereta Peugeot barunya.
Baca selengkapnya

16 Jul 2014

[VIDEO] Wanita Bertukar Menjadi Pembuli Jalanan Selepas Peugeot 206 dilanggar

Wanita Bertukar Menjadi Pembuli Jalanan Selepas Peugeot 206 dilanggar

Insiden kemalangan kecil yang berlaku pada tengah hari 14 Julai tersebut telah menaikkan darah wanita berkenaan menyebabkan dia mengeluarkan pengunci stereng dan cuba bersemuka dengan lelaki tersebut.

Kejadian tersebut dirakam oleh orang awam yang berada di tempat kejadian sehingga video berdurasi 2.33 yang dimuat naik di laman sosial seperti Facebook, Twitter dan juga YouTube menjadi ‘viral’ dan ‘trending’.

Malah, apa yang lebih dikesalkan dalam video berkenaan wanita itu turut memaki hamun lelaki berkenaan dengan kata-kata nista seperti “Ini kereta barulah bodoh!” sambil menghentak pengunci stereng yang dipegangnya itu ke kereta milik lelaki warga emas berkenaan.

Selain itu cacian seperti “I don’t care, pay me RM2000 now!”, “you very stupid!” dan kata cacian berbaur perkauman kedengaran di penghujung video tersebut.

Sementara itu dalam satu majlis yang berlainan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu pemberita bahawa polis akan mengambil tindakan terhadap wanita tersebut.

“Sudah tentu itu bukanlah cara yang sepatutnya untuk menyelesaikan masalah tersebut dan undang-undang tidak boleh diletakkan di tangan sendiri,” katanya.




Baca selengkapnya

11 Jul 2014

Kesihatan : Perkongsian Tips Penting Kurangkan Berat Badan

Kesihatan : Perkongsian Tips Penting Kurangkan Berat Badan


Mungkin kamu sudah biasa membaca Tips dan cara untuk kurangkan berat badan namun berat masih juga sama malah semakin meningkat. Mengapa Hal ini berlaku ?

1- Patuh pada peraturan. andai kata anda telah membuat jadual atau telah diberi jadual. Ikuti jadual pemakanan tu sepatuh mungkin supaya anda dapat mendisplinkan diri dan mampu mengawal cara pemakanan yang betul.

2- Jangan tinggal sarapan pagi atau mana2 masa makan.even anda diet. Anda perlu pastikan semua masa makan anda, anda makan.Tapi makan dengan kuantiti  yang sedikit. Berkala dengan jumlah kalori anda seharian.

3- Selalu amalkan pemakanan dengan kuantiti yang sedikit. setiap kali masa makan anda digalakkan berhenti makan sebelum kenyang. Maksudnya, anda makan sekadar memerlukan tenaga dan bukan untuk kenyang. Apabila anda amalkan selalu ia mampu mempercepatkan pembakaran lemak2 yang lama tinggal dalam badan kita.

4- Fokus pada kesihatan bukan untuk kurus. kita perlu fokus pada kesihatan. Kita kurangkan berat badan sebab kita nak elak terkena penyakit merbahaya. Jadi apabila kita berfikiran macam tu, kita mampu mengingatkan diri kita apabila tiap kali nak menjamah makanan. Pemilihan makanan kita. Ia akan menjadi satu rutin yang berkekalan.

5- Jaga kalori semasa anda makan. sekarang macam2 website yang memberi anda pengiraan jumlah kalori bagi seharian yang patut anda ambil dalam seharian. Ia sangat bagus sebab diet kalori paling cepat mengurangkan berat badan. Mari kira kalori anda.


Paling UTAMA adalah disiplin kita dalam mengamalkan sesuatu. Memulakan sesuatu perkara itu amat mudah berbanding "maintain" dengan apa yang sudah diusahakan. Semoga Bermanfaat
-djkupang.com
Baca selengkapnya

Perkongsian : Tabiat Seharian Pengaruhi Kecantikan

Kesihatan
Ada wanita cukup cerewet dalam soal penjagaan kecantikan. Kemunculan satu bintik kecil di muka boleh mengundang duka di hati mereka. Namun sedarkah anda kecantikan tidak hanya pada muka, tetapi skopnya lebih luas membabitkan fizikal dan spiritual.

Ada banyak faktor lain yang turut mempengaruhi kecantikan seseorang khususnya gaya hidup. Gaya hidup kurang sihat dan tidak aktif menjadi penyumbang utama kepada kemerosotan kesihatan yang secara tidak langsung turut menjejaskan kecantikan. Antara tabiat harian yang boleh mempengaruhi kecantikan ialah: 


• Merokok 

Merokok tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada kita sama ada si perokok sendiri atau orang di sekelilingnya. Merokok sebenarnya cara terbaik untuk mendapatkan kedutan pada kulit muka khususnya di sekitar mulut dan tepi mata. Tidak kira berapa mahal pun krim antipenuaan yang anda gunakan, ia tetap tidak dapat melawan kesan asap rokok.



• Tidak memakai kaca mata pelindung suria 

Ada orang menganggap kaca mata pelindung suria atau kaca mata hitam hanya dipakai ketika cuaca panas. Anggapan ini kurang tepat kerana fungsi sebenar kaca mata hitam adalah untuk melindungi mata daripada sinaran ultra lembayung A dan B (UVA dan UVB). Walaupun pada hari yang agak suram, sinar UV tetap ada kerana ia boleh menembusi lapisan awan dan sampai ke kulit kita. 

Memakai kaca mata hitam juga dapat mengelakkan kita daripada mengecilkan mata yang akan turut menyebabkan kulit di hujung mata berkedut. Carilah kaca mata hitam yang memberikan perlindungan UV paling baik mengikut kemampuan poket anda. 


• Tidak minum air secukupnya 

Sudah lali agaknya kita dengan nasihat minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari. Malah, ada juga pihak yang mempertikaikan jumlah itu kerana menyifatkannya terlalu banyak. Biar apapun dakwaan mereka, satu perkara yang perlu diingat ialah memastikan badan kita cukup air. 

Minum air secukupnya bukan saja akan mengekalkan hidrasi, malah membuatkan kita berasa lebih sihat. Ia juga cara terbaik untuk menyingkirkan semua toksin yang ada dalam badan setiap hari. 


• Tidak memakai tabir suria 

Ramai wanita hanya menyapukan krim tabir suria apabila mahu melakukan aktiviti luar. Mujurlah pengeluar produk kecantikan sekarang peka mengenai hal ini dan memasukkan faktor pelindung suria (SPF) dalam krim siang, bedak asas, krim BB atau pelembap supaya wajah anda mendapat perlindungan yang diperlukan setiap hari. 

Cahaya matahari memberi kesan lebih kurang sama dengan asap rokok yang menyebabkan kedutan dan penuaan awal. Ada juga wanita yang mengalami tompok gelap akibat selaran matahari dan berita buruknya, ia lebih sukar untuk dipudarkan. Jadi pilihlah krim siang, krim BB atau bedak asas yang mengandungi sekurang-kurangnya SPF30. Pada masa sama, bibir juga perlukan perlindungan. Jika anda tidak gemar memakai gincu, oleskan pelembap bibir yang ada SPF. 

Untuk kesan lebih baik, sapukan semula krim tabir suria setiap dua jam. Memang ia agak leceh, tetapi anda perlu ingat dos pertama pada waktu pagi tidak cukup untuk memberi perlindungan sehari suntuk apatah lagi jika anda melakukan aktiviti di luar atau membabitkan air. 


• Terlalu banyak gula 

Ramai tahu terlalu banyak gula tidak elok untuk kesihatan. Kini ada satu lagi sebab kita perlu mengurangkan pengambilan gula, ia boleh merosakkan kolagen dan sel lain yang membantu mengekalkan kesihatan serta keremajaan kulit. Dalam kata lain, terlalu banyak gula boleh membuatkan kita nampak cepat tua. 

Cuba kurangkan pengambilan gula sebanyak mungkin. Untuk langkah permulaan, kurangkan minum minuman manis. Hadkan kepada satu atau dua gelas saja sehari. Gantikan makanan manis dengan buah-buahan dan sayur-sayuran yang akan membantu memberi kesegaran selain membekalkan banyak zat. 


• Selalu tertekan 

Apabila sentiasa tertekan, badan akan menghasilkan hormon kortisol yang bertanggungjawab membuatkan berat bertambah, mempengaruhi tekanan darah dan kemusnahan kolagen secara berterusan. Akibatnya kulit akan cepat mengalami penuaan dan berkedut. 

Tekanan juga boleh menyebabkan keguguran rambut dan kemunculan jerawat orang dewasa kerana ketidakseimbangan hormon. Orang yang tertekan juga lebih cenderung untuk memicit jerawat untuk melegakan perasaan tanpa menyedari ia membuatkan jerawat jadi lebih banyak. Akhirnya individu ini akan rasa lebih tertekan. 

Bagi individu yang ada masalah alahan, gejala alahan akan muncul lebih kerap apabila anda tertekan. Ini kerana apabila berada dalam keadaan tertekan, kulit akan menghasilkan histamin sebagai tindak balas biokimia terhadap hormon kortisol. Histamin inilah yang akan menyebabkan munculnya gejala alahan dan keradangan. 

Tekanan juga membuatkan emosi seseorang turun naik, cepat marah, sukar tidur dan cepat letih. Semua ini memberi kesan langsung kepada kecantikan seseorang. Jadi sebagai langkah pencegahan, belajarlah cara untuk menangani tekanan dan bertenang.
Baca selengkapnya

9 Jul 2014

TIPS : Bagaimana Elak Kulit Muka Berminyak

TIPS : Bagaimana Elak Kulit Muka Berminyak

Tips, Perkongsian djkupang
Semua orang mengimpikan kulit wajah yang mulus dan cantik, tetapi hakikatnya kita tidak terkecuali berhadapan dengan masalah seperti kulit berminyak. 

Kulit berminyak berlaku kerana beberapa faktor iaitu tekanan, hormon atau pilihan alat solekan. Jika anda tidak merawatnya dengan segera, ia akan menyebabkan masalah bintik hitam, jerawat dan jeragat. 

Ikuti cara-cara berikut untuk rawatan kulit berminyak di rumah: 

JANGAN GUNA PELEMBAB 
Kebiasaannya kulit berminyak akan rasa kering selepas dicuci, lantas anda pasti mahu menggunakan pelembab. Namun elak daripada menggunakan pelembab konvesional, sebaliknya gantikan dengan minyak semulajadi seperti minyak jojoba, minyak badam, minyak zaitun atau minyak kelapa. Mungkin agak pelik menggunakan minyak atas kulit berminyak, tetapi ia sebenarnya akan mengurangkan penghasilan minyak pada wajah anda. 

ELAK BASUH MUKA DENGAN KERAP
Elak membasuh muka anda dengan kerap lebih-lebih lagi menggunakan sabun yang kasar kerana ia akan menghasilkan lebih banyak minyak. Ini kerana ia akan menggantikan minyak yang hilang ketika dibasuh. 

JANGAN SENTUH MUKA 
Elakkan daripada menyentuh wajah anda pada hari siang. Ini kerana jari anda yang mengandungi minyak itu akan dipindahkah pada muka anda, termasuk bakteria. Ia akan menyebabkan kulit wajah anda lebih berminyak dan bakteria yang dipindahkan akan mengakibatkan jerawat. 

AMALKAN DIET SEIMBANG
Salah satu cara untuk menangani kulit berminyak adalah dengan mengamalkan cara pemakanan yang sihat. Makanan yang diambil boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan anda, sekaligus menjadikan kulit lebih berminyak. Elak mengambil makanan yang diproses dan banyakkan buah-buahan segar dan sayur-sayuran. Kurangkan makanan yang diperbuat daripada produk tenusu kerana ia meningkatkan penghasilan minyak dalam kulit anda. 

GUNA SKRAB SEMULAJADI
Elakkan penggunaan produk kimia kasar kerana ia akan mendatangkan masalah kepada kulit dan membuat wajah anda lebih berminyak. Untuk pengelupasan kulit, anda boleh menggunakan produk semulajadi seperti gula dan madu atau minyak zaitun. 

LAP MUKA MENGGUNAKAN TISU
Salah satu cara untuk mengelak muka anda berminyak adalah dengan menggunakan tisu. Ini kerana tisu wajah boleh menyerap lebihan minyak pada wajah anda dengan pantas. Selain daripada itu, anda boleh juga mendapatkan bedak yang melindungi kulit daripada berminyak. 

GUNAKAN SUSU MAGNESIA
Penggunaan susu Magnesia dikatakan salah satu cara efektif untuk menangani kulit berminyak. Letakkan ia pada kulit anda selepas mencucinya dan biarkan selama sepuluh minit sebelum dicuci bersih. Susu Magnesia dikatakan mampu membuatkan kulit anda bebas minyak untuk satu tempoh yang agak lama.

SUMBER : Yahoo
-djkupang.com
Baca selengkapnya

13 Oct 2010

TIPS KESELAMATAN UNTUK WANITA

djkupang & Friends
TipS Keselamatan Untuk Wanita ini saya fikir perlu untuk dikongsikan Selepas kejadian ngeri yang menimpa mendiang Annie John. Sebelum ini saya sudah poskan di facebook page 1Sabah. Tips ini saya kutip dari seorang blogger yang lain.

SEMASA BERJALAN
  • Berjalanlah di kawasan yang mempunyai cukup kadar cahaya dan elakkan jalan-jalan atau kaki lima yang gelap atau samar-samar.
  • Berjalan dalam langkah yang yakin. Jangan menggunakan telefon bimbit atau tercari-cari beg duit ketika itu kerana ia akan menghilangkan tumpuan anda pada apa yang berlaku di sekeliling.
  • Tangan anda mesti sentiasa bebas daripada memegang sesuatu yang akan menyukarkan anda daripada melawan apabila diserang. Elakkan memakai beg tangan bertali panjang yang boleh terhayun ke sana ke mari.
  • Berjalanlah bertentangan daripada arah trafik supaya anda tidak diserang dari belakang.

SEMASA MEMANDU
  • Jangan letakkan beg tangan atau briefcase di tempat duduk penumpang tetapi sebaliknya letakkan di lantai kereta. Pastikan kesemua pintu kereta dikunci.
  • Sekiranya anda rasa sedang diekori pandulah terus ke balai polis berdekatan dan jika mempunyai telefon bimbit buatlah panggilan ke balai polis untuk memberikan keterangan. (Simpanlah nombor telefon Balai Polis yang berdekatan sama kamu)

SEMASA MENAIKI KENDERAAN AWAM
  • Sentiasa ingat nama pemandu dan nombor teksi yang anda naiki. Jika anda mempunyai telefon bimbit SMS kan nama dan nombor itu kepada salah seorang kawan anda.
  • Pastikan kenderaan awam itu tidak dikunci.
  • Jika di dalam bas seboleh-bolehnya duduklah berhampiran dengan pintu untuk turun.

SEMASA DALAM BANGUNAN ATAU TEMPAT LETAK KERETA
  • Letak kereta di tempat yang ada kemasukan cahaya serta sberhampiran pintu masuk dan keluar atau lif.
  • Jika anda ternampak sesiapa yang mencurigakan berulang alik berhampiran kereta anda, menimbulkan syak atau ada seseorang yang duduk bersendirian di dalam kereta berdekatan kereta anda, segera minta pengawal bertugas di situ menemankan anda ke kereta.
  • Sebelum pergi ke kereta pastikan kuncinya telah anda pegang di tangan. Ia boleh dijadikan senjata sekiranya anda tiba-tiba diserang.
  • Periksa kereta anda sesegera mungkin sebelum memasukinya bagi memastikan tidak ada sesiapa berada berhampiran. Sebaik berada di dalam kereta kunci terus pintu dan pandu keluar segera. Berlengah-lengah di tempat letak kereta akan menjadikan anda sasaran penyerang.

SEKIRANYA DISERANG
  • Menjeritlah sekuat-kuat hati. Jeritan seperti "Api... api..." akan menarik perhatian orang segera kepada anda.
  • Peralatan kecemasan peribadi yang anda ada juga berkesan untuk mengejutkan perhatian sekeliling serta orang yang cuba menyerang.
  • Sekiranya penyerang itu meminta barangan milik anda seperti telefon bimbit, wang, barang kemas; serahkan sahaja. Yang penting, jika anda boleh lari buang sahaja barang berharga itu ke satu arah dan larilah ke arah yang bertentangan dengannya.
  • Jika anda dicampak ke dalam kereta tendang cermin bahagian sisi belakang dan lambaikan tangan anda ke luar dari lubang itu.

SEKIRANYA ANDA TINGGAL DI KONDOMINIUM DAN MENGGUNAKAN TEMPAT LETAK KERETA
  • Buat laporan mengenai orang-orang yang disyaki dan sebagainya kepada pengawal yang bertugas. Kemudian buat ulangan pertanyaan untuk mengetahui apa tindakan yang telah diambil.
  • Awas dengan keadaan sekeliling serta tempat di mana anda selalu meletak kereta.
  • Elakkan situasi yang merbahaya.
  • Jangan sekali-kali membenarkan orang yang tidak dikenali memasuki kondominium anda.
  • Minta bukti pengenalan diri untuk orang asing yang datang tiba-tiba dan mengakui dia pengawal kondominium, pekerja pencuci di situ dan sebagainya.
  • Akhir sekali anda perlu sentiasa tahu di mana tempat untuk melaporkan sebarang kejadian yang berlaku di sekitar premis anda

Semoga bermanfaat kepada semua untuk hari ini dan di masa akan datang
Baca selengkapnya