Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts

23 Sept 2014

TERBARU KAMERA CCTV TERSEMBUNYI DITEMUI DI PINTU TANDAS UIAM [GAMBAR]

Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) Gombak digemparkan dengan penemuan kamera CCTV yang disembunyikan di salah sebuah tandas di Kafeteria Kulliyah kampus berkenaan.

Djkupang & Friends
Terbaru Kamera CCTV Tersembunyi ditemui di Pintu Tandas UIAM

djkupang & friends
Terbaru Kamera CCTV Tersembunyi ditemui di Pintu Tandas UIAM

Pendedahan itu turut dikongsikan menerusi Facebook Ma’ruf Club UIAM dan kini tersebar secara meluas menerusi laman sosial. Tindakan itu juga mendapat kecaman hebat kerana menceroboh privasi dan keselamatan pelajar terutamanya kepada kaum wanita.


Baca selengkapnya

10 Sept 2014

PANAS !! UJIAN UPSR Kertas Science 018 "Bocor" tarikh baharu 30 September 2014 - Lembaga Peperiksaan

Lembaga Peperiksaan SAHKAN Kertas Science 018 "Bocor" tarikh baharu 30 September 2014 -10/09/2014 UJIAN UPSR : 


Blog djkupang
Kertas Science 018 "Bocor" tarikh baharu 30 September 2014

KUALA LUMPUR: Kertas peperiksaan Science 018 bagi UPSR tahun 2014 yang dijadualkan pada 11 September 2014 adalah ditangguhkan kerana didapati bocor.

Lembaga Peperiksaan (LP) dalam kenyataan sebentar tadi berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati kandungan soalan bagi kertas peperiksaan tersebut telah tersebar menerusi media sosial.



Baca selengkapnya

31 Jul 2014

FAKTA NEGERI SABAH : ASAL USUL NAMA KAMPUNG GENTISAN, SEPANGGAR SABAH

STATUS SEBENAR : PENJELASAN ASAL USUL KAMPUNG GENTISAN

Assalammualaikum dan Salam Perpaduan,
Merujuk kepada bencana Kebakaran di Kampung Gentisan baru-baru ini yang mana status Rumah Setinggan sepertimana yang dilaporkan oleh Media Rasmi adalah TIDAK BENAR.

Asal Usul Kampung Gentisan
Secara Ringkasnya di Bawah ini saya kongsikan Penjelasan dari En. Mohd Nuralim bin Talawi Mengenai Status Sebenar Kampung Gentisan

Saya terpanggil untuk menjelaskan status sebenar kampung saya iaitu Kg. Gentisan yang baru-baru ini ditimpa musibah kebakaran dan turut mengorbankan ahli keluarga saya sendiri. Saya tidak hairan jika pihak media turut mengatakan kampung ini sebagai kampung setinggan kerana sepanjang saya mengikuti perkembangan berita media massa, sentiasa ada maklumat yang tidak sahih yang digembar-gemburkan oleh mereka (pihak media) dek kerana ingin mendapatkan perhatian daripada segenap penjuru.

Saya bercakap berdasarkan fakta yang telah dikaji oleh Dr. Gusni bin Saat yang kini merupakan pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS). Beliau telah mengkaji komuniti Sama-Bajau di Asia Tenggara lebih 20 tahun khususnya di Teluk Sepanggar. 

Dari segi politik, komuniti di Kg. Gentisan telah wujud pada zaman pra-pemerintahan Brunei dan pemerintahan berpusat pada waktu tersebut masih belum wujud. Kampung Gentisan adalah antara kampung yang menerima dua zaman pemerintahan di daerah Teluk Sepanggar, iaitu zaman Kesultanan Brunei dan zaman Penjajahan British. Pengalaman sejarah yang dialami oleh daerah ni telah mengakibatkan perubahan besar secara fizikal dan social. Dan kini Teluk Sepanggar telah dimasukkan dalam kawasan pentadbiran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Dari segi sejarah sosial, nama Gentisan telah tercatat secara bertulis dalam sejarah Brunei dengan kehadiran salah seorang Bendahara di Teluk Sepanggar sekitar tahun 1700 Masihi (Harrison, 1976). Kemudian, catatan mengenai kawasan Teluk Sepanggar telah diteruskan oleh para pengembara dan penyelidik dari Eropah seperti St. John (1974), Whitehead (1893) dan Dalrymple (1884). Catatan lengkap tentang Teluk Sepanggar telah dilakukan oleh pihak Pemerintah Syarikat Borneo Utara British (SBUB) dan kemudian dikenali sebagai Pemerintah Penjajah British.

Petempatan di kawasan ini adalah petempatan kampung berkonsepkan petempatan tradisional dari segi reka bentuk bangunan, organisasi sosial dan interaksi sosial. Dari aspek status, petempatan kampung ialah sebuah petempatan bumiputera mengikut Undang-undang Tanah Negeri Sabah, iaitu Land Ordinance Cap.68 : Section 78 (1) & (2). Akta ini memberi kuasa kepada Yang Dipertua Negeri Sabah untuk mengisytiharkan mana-mana tanah negeri sebagai tanah simpanan bumiputera, bagi kepentingan dan kebajikan kaum bumiputera Sabah. Ini bermaksud, tanah kampung hanya boleh diberikan dan diduduki oleh kaum pribumi sahaja. 

Sebagai kesimpulan, Kampung Gentisan adalah antara kampung yang telah wujud sejak zaman pemerintahan Brunei. Saya menegaskan bahawa status kampung ini bukanlah sebagai kawasan setinggan seperti yang dikhabarkan oleh pihak media tidak kira dari Astro Awani, Berita Harian, dan mana-mana pihak media. Saya juga menuntut agar semua pihak menarik balik kenyataan mereka yang menyatakan bahawa kampung ini sebagai petempatan setinggan dan sebenarnya penduduk kampung ini adalah penduduk asal Gentisan dan Teluk Sepanggar.

Rujukan;
- Komuniti Samah-Bajau di Bandar (2003), 
- Pribumi Teluk Sepanggar (2004),

Mohd Nuralim bin Talawi,
Kg. Gentisan,
SRC IIUM 2013/2014

Artikel ini mendapat kebenaran dari pemilik asal untuk disiarkan di djkupang.com
Baca selengkapnya

24 Jul 2014

Kelakar : Agensi Berita AP Tersilap Tweet mendapat Kritikan

Agensi Berita AP Tersilap Tweet mendapat Kritikan 

Agensi berita The Associated Press (AP) pada Rabu melakukan kesilapan besar apabila tersalah tweet sehingga menimbulkan kekecohan di laman sosial itu apabila mengatakan pesawat Belanda yang membawa mayat mangsa nahas Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 terhempas di Belanda.

AP menyiarkan tweet “BREAKING: Dutch military plane carrying bodies from Malaysia Airlines Flight 17 crash lands in Eindhoven. (“TERGEMPAR: Pesawat tentera Belanda yang membawa mayat nahas Penerbangan Malaysia MH17 terhempas di Eindhoven”).

Status Twitter itu kemudiannya diulang Tweet (retweet) oleh pengikut laman sosial berkenaan kira-kira 3,851 kali.

Pesawat tentera Belanda yang dimaksudkan sebenarnya selamat mendarat di lapangan terbang Eindhoven, selatan negara itu.

Menerusi laman Twitter rasmi AP, status berkenaan mendapat kritikan antaranya pemilik akaun Dejavucook (@dejavuccok) berkata: "You are so stupid/you just wrote 'crash lands' (Anda sangat bodoh/anda baharu sahaja menulis 'terhempas').

AP membuat penjelasan mengenai berita pesawat Belanda yang membawa mayat mangsa nahas MH17 tiba di Eindhoven. 

AP bagaimanapun mengeluarkan kenyataan terbaharu selepas itu dengan menjelaskan pesawat Belanda yang membawa mayat mangsa nahas MH17 itu selamat mendarat di Eindhoven.

Pesawat MH17 dalam penerbangannya dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada Khamis lalu terhempas dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine menyebabkan kesemua 298 penumpang dan anak kapal terbunuh.
Baca selengkapnya

17 Jul 2014

Punca Sebenar Gadis Seksi Masuk Parit Besar Depan Bangunan RTM Kota Kinabalu Sabah

PANAS : Punca Sebenar Gadis Seksi Masuk Parit Besar Depan Bangunan RTM Kota Kinabalu Sabah


Kisah Kereta Wanita Seksi Masuk Parit ini mungkin Tidak sehebat Wanita Pembuli Jalanan yang mendapat perhatian UMUM dan menjadi Isu Semasa  di Malaysia.

Menurut Sumber Blog Semuanyapanas.blogspot.com dikatakan Gadis Seksi ini pada hari sebelum kejadian mereka berhibur dan bersukaria terlebih dahulu. 

Jika melihat kepada baju yang dipakai mungkin ada betulnya juga. Apapun kita sama-sama jadikan kisah ini sebagai pengajaran. 

Sama ada BETUL atau TIDAK yang penting mereka selamat cuma kereta sahaja yang mungkin memerlukan sedikit kos untuk dibaiki.

VIDEO orang awam Bantu Mereka ketika Kemalangan


"YANG BAIK JADIKAN TAULADAN, YANG BURUK BIKIN SEMPADAN"
Baca selengkapnya

11 Jul 2014

Kucing Parah Dibuang dari Bangunan Tinggi

KIRA-KIRA dua hari lalu, seekor kucing ditemui dalam keadaan cedera parah dipercayai dicampak dari bangunan tinggi di Hougang Ave 8, Singapura.

Maklumat mengenainya telah dikongsikan menerusi Facebook Yishun 326 Tabby Cat dan turut mendapat simpati ramai.
Ia turut menyebut kucing yang dinamakan Arial itu mengalami beberapa kecederaan termasuklah:

  • Pelvis terkehel
  • Rahang patah
  • Tulang belakang patah
  • Patah kaki kanan bahagian depan
  • Kebarangkalian pundi kencing terkoyak
  • Kebarangkalian mengalami kecederaan dalaman


Sehingga semalam, Arial masih mengalami pendarahan di bahagian mulut akibat keretakan rahangnya.

Kucing tersebut juga telah dihantar ke bahagian kecemasan Hospital Veterinar Mount Pleasant.

Bagaimanapun, status terbaru di akaun itu menyatakan pendarahan Arial sudah berjaya dihentikan, namun ia masih dalam keadaan sakit dan terpaksa menggunakan tiub untuk makan.


Biarpun ia cuma seekor kucing, namun tidak salah untuk kita mendoakan agar Arial akan sembuh dan kembali sihat seperti sediakala.
MYNEWSHUB -djkupang.com
Sekadar Berkongsi kisah Kucing
Baca selengkapnya

28 Jun 2014

Perkongsian Info : Kehebatan Air Kelapa

Perkongsian Info : Kehebatan Air Kelapa

Air kelapa telah digunakan untuk merawat pelbagai masalah kesihatan daripada dahulu lagi. Ia digunakan sebagai tonik perubatan untuk minuman sukan kerana kandungan yang tinggi kalium dan antioksidan.

Dengan gula lebih kurang daripada yang lain minuman sukan dan jus buah-buahan, ia adalah cara yang paling semula jadi untuk menambah bekalan elektrolit dalam badan kita dan mengelakkan dehidrasi dan keasidan. Di sini pergi beberapa manfaat kesihatan air kelapa:

1. Ia mempunyai anti-penuaan dan anti-karsinogenik hartanah penting yang membantu untuk mengurangkan penuaan kulit dan menyimpan tisu penghubung terhidrat dan kuat.

2. Pengambilan air kelapa meningkatkan kadar metabolisme yang membantu untuk membakar gula dan kehilangan lemak lebih cepat.

3. Air kelapa juga membantu dalam melarutkan batu karang kerana kehadiran kalium, yang memainkan peranan penting dalam air kencing alkalizing dan mencegah pembentukan batu karang.

4. Air kelapa membantu dalam penghadaman. Air ini mempunyai mineral seperti kalsium, mangan dan zink yang membantu dalam menambahkan semula badan.

5. Air kelapa mempunyai kurang gula dan kandungan natrium dan mempunyai kandungan kalium yang tinggi, kalsium dan klorida yang membantu untuk hidrat, menambah dan menguatkan tubuh badan.

6. Air kelapa kaya dengan kalsium dan diperlukan untuk tulang yang sihat, otot dan juga tisu.

7. Air kelapa membantu untuk mengawal kencing manis. Ia mempunyai keupayaan untuk meningkatkan peredaran darah, meluaskan saluran darah yang mendapatkan terhad disebabkan oleh pembentukan plak di dalam mereka dan membantu darah mengalir dengan lancar melalui mereka.

8. Kelapa datang sebagai bantuan yang besar dalam menurunkan tekanan darah.


Kelapa kaya sebagai nutrisi dan kaya dengan serat, vitamin dan mineral. Ia diklasifikasi sebagai makanan berfungsi "functional food" kerana ia meyediakan banyak faedah kesihatan merangkau kandungan nutrisinya. Minyak kelapa, salah satu tarikan yang khas kerana ia mempunyai nilai perubatan menjangkau mana mana minyak dieteri dan banyak digunakan dalam rawatan tradisional dikalangan penduduk Asian dan Pasifik. Kepulauan Pasifik menganggap minyak kelapa sebagi penyembuh segala penyakit. Pokok kelapa amat bernilai sebagai sumber makanan dan perubatan, ia dipanggil pokok kehidupan "The Tree of Life". Hanya terkini sahaja perubatan sains moden dapat meleraikan rasiah keajaiban kuasa penyembuh dari buah kelapa.
djkupang.com
Baca selengkapnya

26 Jun 2014

Blog DJ Kupang Capai 1 JUTA HIT

Pada 26 Jun 2014 Blog DJ Kupang akhirnya mencapai HITS Satu Juta, selepas sebulan lebih menumpukan pada "updated" Blog sambil membuat kerja yang lain.

Kebetulan pada ketika mula-mula aktif, mendapat satu isu pada ketika itu blog djkupang menjadi rujukan iaitu kes Wanita Bunuh Diri di Pusat Beli-Belah di Kota Kinabalu iaitu Centre Point. 

Pada ketika itu pengunjung tidak putus-putus untuk membaca artikel yang saya tulis berdasarkan gambar dan maklumbalas ahli keluarga mangsa.

Jumlah Pelawat yang sempat saya Print Screen pada hari tersebut
Maklumat Lanjut [KLIK SINI]
Baca selengkapnya

16 Jun 2014

Salah Tetap Salah : Kenderaan Polis Tetap SAMAN


Gambar baru yang sedang tersebar di media sosial dan beberapa buah blog dimana gambar seorang polis traffik sedang menyaman seorang anggota polis lain.

Melihat kepada gambar berkenaan, kereta yang disaman itu adalah kegunaan Polis Diraja Malaysia. Walaubagaimanapun punca saman tidak diketahui.

Peristiwa yang membanggakan polis ini sekaligus menaikkan imej anggota polis traffik yang mana selama ini masyarakat hanya tahu melabelkan mereka ini penerima rasuah. Itulah masyarakat kita senang sangat melabelkan mana-mana pihak walaupun hanya segelintir yang terlibat dengan masalah rasuah.
Baca selengkapnya

15 Jun 2014

CEMAS : Lelaki Tertelan Telefon Blackberry


PANGGILAN kecemasan yang diterima di Afrika Selatan ini luar biasa sekali apabila kecuaian seorang lelaki menyebabkan telefon bimbit tersangkut dalam mulutnya.
Dalam kejadian itu, seorang lelaki cemas apabila dikatakan tertelan telefon bimbitnya jenis Blackberry hingga ia tersangkut di tekak lelaki itu.

Sebaik tiba di hospital, doktor yang mengendalikan kes itu tidak dapat menahan ketawa melihatkan keadaan lelaki itu sambil berusaha mengeluarkan telefon bimbit itu dari mulut lelaki berkenaan.

Rakaman video menunjukkan pesakit dari Klerksdorp itu terbaring sambil mulutnya terbuka dan dikelilingi paramedik untuk menyaksikan prosedur yang lain daripada lain itu, malah ada dalam kalangan petugas hospital itu yang merakamkan kejadian itu menerusi telefon bimbit mereka.

Dapat didengar ketawa beberapa petugas hospital itu ketika forseps digunakan untuk menarik keluar telefon bimbit dari mulut pesakit itu.

Baca selengkapnya

8 Jun 2014

PERKONGSIAN : Jangan Isi Minyak Penuh Tangki


JANGAN DERMA MINYAK KEPADA TAUKE STESEN MINYAK

Di dalam tangki minyak kereta telah direka untuk supaya ada ruangan minyak dan udara, jadi mengapa perlu kita isi minyak sampai penuh tangki. 

Ramai yang tidak sedar atau tidak tahu langsung, bahawa pam di stesen minyak ada sistem return pipe-line, dimana ia mengalirkan balik minyak kedalam tangki simpanan stesen minyak.

Apabila tangki minyak kereta sudah penuh, mekanisme pam akan selak injap masuk pam dan injap sistem return pipi-line dibuka, untuk membolehkan petrol berlebihan mengalir masuk balik ke tangki simpanan stesen minyak.

Ini bermakna ada telah MENDERMA MINYAK KEPADA TAUKE STESEN MINYAK.

Kalau boleh isilah petrol anda pada awal pagi semasa suhu tanah masih lagi sejuk. Keraana semua stesen minyak menanam tangki simpanan minyak mereka di bawah tanah.

Lebih sejuk tanah, lebih pada petrol. Dan apabila panas, petrol akan mengembang.

Jadi jika kita mengisi minyak di siang hari, seliter itu bukannya betul-betul seliter petrol yang anda bayar.

Apabila anda mengisi minyak, jangan tarik picu pam ke mod High ( iaitu mengisi dengan laju). Jika kita perhatikan picu pam, ia mempunyai tiga peringkat : Low, Middle dan High. 

Anda perlu tarik picu pam pada mod Low, bagi mengurangkan wap yang dicipta semasa proses mengepam minyak.

Semua hos di pam mempunyai saluran pulangan wap. Jika ada mengepam pada kadar yang cepat, ada cecair yang masuk ke dalam tangki anda akan menjadi wap. Wap itu akan disedut balik kembali ke dalam tangki simpanan bawah tanah.

Satu lagi tips yang penting adalah anda pelu mengisi apabila tangki petrol anda SEPARUH PENUH. Sebabnya adalah apabila lebih petrol ada di dalam tangki maka makin kurang udara mengisi ruang yang kosong. 

Petrol sebenarnya menyejat lebih cepat daripada apa yang kita bayangkan. Tangki minyak kereta mempunyai bumbung terapung di dalamnya. Bumbung ini berfungsi sebagai pelepasan sifar di antara petrol dan atmosfera. Bagi mengurangkan penyejatan.

Peringatan yang terkhir, jika anda terlihat ada trak petrol sedang pam minyak ke tangki simpanan bawah tanah di stesen petrol. JANGAN ISI MINYAK, kerana anda mungkin akan mengisi kotoran ke dalam tangki minyak kereta anda.
Baca selengkapnya

21 May 2014

Rumah guru rosak akibat bom buatan sendiri

IPOH - Seorang guru wanita tidak menyangka bunyi kuat di hadapan rumahnya di Taman Silibin Ria di sini, yang disangkakan guruh sebenarnya adalah letupan bom buatan sendiri.

Letupan kuat pada pukul 4.20 pagi tadi mengakibatkan pintu utama rumah, siling tempat letak kereta pecah serta sebuah kereta jenis Nissan Sylphy mengalami kerosakan.

Guru berusia 32 tahun yang mengajar mata pelajaran khas itu berkata ketika kejadian, lima penghuni termasuk suami berumur 39 tahun dan seorang pembantu rumah warga Indonesia berusia 28 tahun, sedang nyenyak tidur.

"Saya mula curiga apabila terhidu bau asap kuat dari arah ruang tamu rumah, apabila turun ke bawah saya dapati kaca pintu utama sudah pecah. Siling tempat letak kereta turut pecah selain tanah dari pasu bunga bertebaran dan berselerakan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.

Dia kemudian memaklumkan perkara itu kepada suaminya yang merupakan seorang kontraktor sebelum melaporkannya kepada polis.

Beliau berkata dia tidak mengetahui motif kejadian itu kerana keluarganya tidak mempunyai musuh.

"Mungkin suspek bertindak demikian sebagai cara untuk memecah masuk rumah kami memandangkan kami adalah penduduk pertama yang masuk ke kawasan rumah baharu ini," kata ibu kepada dua anak masing-masing berusia setahun dan lima tahun.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, polis masih menyiasat motif sebenar kejadian itu.

"Letupan itu dipercayai berpunca daripada bahan letupan yang diletakkan dalam satu pasu bunga sebelum diletupkan di depan pintu utama rumah mangsa.

"Siasatan di tempat kejadian mendapati bahan letupan yang digunakan adalah sejenis mercun atau bunga api yang mampu menghasilkan letupan kuat," katanya. - Bernama
Baca selengkapnya

10 May 2014

HUJAN METEOR 2014 : Penduduk Malaysia Berpeluang untuk Melihat


KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan juraian hujan meteor daripada Komet 209P/Linear pada 23 dan 24 Mei ini.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) menyatakan kira-kira 100 hingga 400 meteor sejam dapat dilihat dengan mata kasar pada malam itu.

"Titik hujan meteor ini adalah daripada buruj Camelopardalis di langit utara dan dijangka masa puncak hujan meteor ini adalah pada 6UTC hingga 8UTC iaitu dari 2 petang hingga 4 petang waktu tempatan," kataAngkasa dalam kenyataan hari ini.

Hujan meteor itu boleh dilihat di kawasan yang kurang mengalami pencemaran cahaya dan bergantung kepada keadaan cuaca langit malam kawasan itu.

Selain keadaan cuaca dan awan tebal, kebarangkalian untuk menyaksikan meteor itu berkurangan sedikit kerana terdapat bulan sabit tua yang akan terbit kira-kira 3 pagi pada tarikh hujan meteor itu.

Justeru itu, orang ramai yang ingin melihat hujan meteor disaran berbuat demikian sebelum bulan terbit iaitu sebelum 3 pagi kedua-dua hari berkenaan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Planetarium Negara di talian 03-22734303 atau Observatori Negara Langkawi di talian 04-9668870.
Baca selengkapnya

6 May 2014

Datuk Aziz Satar : Pelakon, Pelawak Veteran Meninggal Dunia


Gambar  dari google
CHERAS: Suasana hiba menyelubungi kediaman anak bongsu Allahyarham Datuk Aziz Sattar di Bandar Tun Hussein Onn, di sini apabila adik beradiknya yang datang dari Singapura terlampau sedih sehingga terpaksa dipapah.

Dua adiknya, Zaini dan Umaiyah tiba pada jam 9.40 pagi manakala seorang lagi saudara terdekat mereka, Aminah yang sampai lebih awal dilihat sudah berada di sisi jenazah sambil ditenangkan saudara mara. 

Seniman veteran itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 89 tahun akibat penyakit jantung di Hospital KPJ Kajang, kira-kira jam 2 pagi tadi. 

Terdahulu, beliau dimasukkan ke wad sehari sebelumnya selepas mengadu sakit dada namun ketika itu keadaannya tidak membimbangkan.

Anak perempuannya, Sandakiah memaklumkan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tun Hussein Onn selepas Zuhur.

Antara artis yang hadir menziarahi jenazah ialah Datuk Mustapha Maarof, Azlina Aziz, Rahim Jalani dan Aspalela Abdullah.


Sumber : Berita Harian

AL FATIHAH..
Baca selengkapnya

Kota Marudu : Kebakaran di SK Simpangan [Gambar]



Kebakaran yang belum dapat dipastikan puncanya memusnahkan 5 Bilik darjah dan 1 bilik guru. Kejadian ini berlaku malam tadi. Semoga peruntukan untuk membaikpulih sekolah ini dapat dipercepatkan bagi membolehkan pelajar di sini tidak ketinggalan dalam pembelajaran mereka.

Sumber : DJ Siiputt
Baca selengkapnya

5 May 2014

05 MEI 2014 | Kempen Pemerkasaan Pendidikan dan Kesedaran Pengguna


Kempen Pemerkasaan Pendidikan dan Kesedaran Pengguna anjuran Consumers Front of Sabah dengan kerjasama KPDNKK dan Persatuan Wanita Jabatan Pelajaran Sabah ( PeWaniS ) akan diadakan pada hari ini 05 MEI 2014. Radio Online no 1 Sabah akan membawa program ini secara langsung dan boleh didengar melalui Blog ini dan Laman Web Utara.fm KLIK SINI

Bagi yang menggunakan melayari internet menggunakan telefon pintar download cari aplikasi (gambar di bawah) di telefon  anda. Install dan cari "utarafm". Sekarang anda sudah boleh mendengar kami menggunakan telefon pintar anda.

Baca selengkapnya

1 May 2014

1 MEI 2014 | SELAMAT HARI PEKERJA

SELAMAT HARI PEKERJA
Hari Pekerja atau Hari Buruh adalah satu nama untuk pelbagai cuti tahunan yang diraikan pada 1 Mei (atau dalam permulaan bulan Mei). Akan tetapi sebenarnya hari ini disebut juga sebagai Hari Pekerja Antarabangsa, yang mana ia merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja. Tarikh 1 Mei digunakan kerana pada tahun 1884,Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh, yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour 1872 di Kanada, meminta lapan-jam waktu berkerja di Amerika Syarikat, dikuatkuasakan pada 1 Mei, 1886. Ini mengakibatkan mogok umum dan Mogok Haymarket tahun 1886, tetapi beransur-ansur juga di pejabat selama lapan-jam waktu bekerja. Sumber

Gambar Hiasan



Baca selengkapnya

28 Apr 2014

Blog Dj Kupang Berwajah Baru

Paparan sebelum ini

Assalammualaikum dan Salam Perpaduan. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Terima kasih kepada semua yang mengunjungi blog ini samaada disengajakan atau tidak.

Selepas lebih 3 tahun kini barulah berpeluang untuk 'update' blog sendiri sesuai dengan peredaran masa mengikut citarasa masakini. Semoga anda semua akan selesa dan terhibur apabila bersama dengan kami.

Baca selengkapnya

5 Mar 2011

Kenapa perlu bersabar ?


Mudah untuk mengucapkan SABAR tetapi sukar pula untuk dilakukan. Sememangnya kita selalu mendengar perkataan SABAR ini diucapkan oleh orang yang memberi nasihat atau peringatan kepada kita apabila berhadapan dengan sesuatu masalah tetapi sejauh manakah kesedaran kita mengenai ucapan SABAR?

Bagi sesetengah orang perkataan ini macam sudah lali dalam hidup mereka sehingga terlupa betapa pentingnya kesabaran dalam kehidupan ini. Ikut rasa Binasa, ikut hati mati antara peribahasa melayu yang selalu mengingatkan kita untuk terus bersabar di samping mengajak kita untuk berfikir secara rasional mengapa harus bersabar.

Seorang yang memikirkan untuk membeli kereta sanggup untuk meminjam duit daripada ALONG sedangkan kalau dia bersabar dan terus bekerja dalam masa sama membuat simpanan dia juga boleh membeli kereta. Akibat tidak dapat menahan kemahuan diri akhirnya berhutang dengan ALONG.

Setelah mendapat wang daripada ALONG kemudian membeli kereta maka semakin bertambah beban yang terpaksa ditanggungnya. Dia terpaksa memikirkan minyak harian, CCM bulanan serta bayar balik ALONG dan bermacam lagi yang mana apabila tersilap langkah kereta entah ke mana dirinya pula menjadi buruan lintah darat. 

Perlukah bersabar ?

Dalam menjalinkan hubungan cinta pula kesabaran adalah sangat dituntut kerana biasanya kalau sedang hangat bercinta pasti ingin bertemu setiap hari dan kalau boleh apa juga yang dilakukan oleh sidia kamu mesti mahu ambil tahu. 

Tidak salah juga tu tindakan kamu tetapi perlu diingat selagi dia belum menjadi milikmu sepenuhnya dia masih punya ruang untuk dirinya sendiri menikmati kehidupan ini. Jadi haruslah bersabar kalau keinginan kamu tidak dapat dipenuhi disebabkan sidia ada hal lain.  
Paling teruk apabila kamu melemparkan tuduhan disebabkan hilang kesabaran. Disebabkan hal ini hubungan kamu akan berakhir.

Berfikirlah menggunakan akal yang waras dan sentiasa berdoa kepada Yang Maha Kuasa untuk dikurniakan kesabaran dalam diri. Semuanya bermula dari hati.

P/S : Sabar separuh daripada IMAN
djkupang.com

Baca selengkapnya

3 Feb 2011

Tahniah Kepada Pemenang Karaoke 2011|Kampung Salimpodon Laut

Ruddy Awah

Tahniah kami ucapkan kepada pemenang Pertandingan Karaoke Keluarga Tuan Ruddy Awah (BK). Acara yang bermula pada jam 11.00 malam tadi berlanjutan sehingga jam 3 pagi berlangsung dalam suasana cukup meriah dengan penyertaan yang menggalakkan daripada ahli keluarga Tuan Ruddy Awah.

Dipecahkan kepada beberapa kategori iaitu Karaoke Terbuka Lelaki, Karaoke Terbuka Wanita, Duet, Kanak-kanak dan Karaoke Veteran (untuk mereka yang berumur 45 tahun ke atas). Ini adalah kali pertama acara Pertandingan Karaoke keluarga Tuan Ruddy Awah berlanjutan sehingga pagi tetapi ini tidak menjejaskan sedikitpun perjalanan majlis tersebut kerana pertandingan ini menjanjikan sejumlah wang tunai kepada pemenang.

Sebelum acara bermula, Tuan Ruddy Awah telah bermurah hati memberikan Ang Pow kepada tetamu yang datang dan ini bukanlah kali pertama beliau melakukannya kerana setiap tahun menjelang Sambutan Tahun Baru Cina di Kampung Salimpodon Laut, Pitas pasti beliau akan mengadakan sambutan untuk semua. Boleh dikatakan "pesta 1Malaysia" Kampung Salimpodon kerana berbilang bangsa dan kaum yang bersatu untuk menjayakan sambutan ini.

Hari ini 3 Februari 2011 sehingga 6 Februari 2011 pelbagai acara menarik yang akan berlangsung termasuk pertandingan SepakTakraw yang berjaya menarik penyertaan dari luar daerah Pitas iaitu daerah Kota Marudu dan Kota Belud. Selain itu, pertandingan lawak jenaka (ala-ala rajalawak), Pertandingan Pencak Silat, Battle Of The Band dan Pertandingan Karaoke Terbuka juga akan dijalankan. Jangan lepaskan peluang untuk menyertainya dan jangan lupa beritahu kepada kawan-kawan kamu yang berminat untuk datang ke Kg. Salimpodon Laut, Pitas.

P/S : Ada juga ikut bertanding pagi tadi tapi tewas.. Tidak mengapa tahun hadapan cuba lagi..

Baca selengkapnya