Showing posts with label Perintah Berkurung. Show all posts
Showing posts with label Perintah Berkurung. Show all posts

6 Nov 2014

PERINTAH BERKURUNG ESSZONE DILANJUT !

KOTA KINABALU: Perintah berkurung di enam daerah dalam kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) akan dilanjutkan mulai 7 hingga 22 November ini.

DJKUPANG & fRIENDS
Memasuki fasa ketujuh setakat ini, perintah berkenaan akan dijalankan bermula jam 7 petang dan berakhir 5 pagi itu membabitkan daerah-daerah di pantai timur iaitu Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau meliputi 121,272 batu persegi atau 194,035 kilometer.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abd Rahman berkata, langkah lanjutan terbabit diambil mengambil kira beberapa faktor termasuk ancaman penceroboh serta aktiviti penyeludupan di perairan itu.

“Lanjutan perintah berkurung itu adalah bagi meningkatkan sekatan terhadap ancaman-ancaman jenayah di kawasan terbabit termasuklah pencerobohan dan penculikan,” katanya pada sidang media di sini kelmarin.

Sementara itu dalam perkembangan berasingan, Jalaluddin berkata usaha rundingan pembebasan anggota polis berpangkat Konstabel Zakiah Aleip, 26, yang diculik di Pulau Mabul, Semporna pada 12 Julai lepas masih giat dijalankan termasuklah mengadakan rundingan bersama Kerajaan Negeri dan Ketua Menteri Sabah bagi menangani perkara terbabit sebaik mungkin.

Zakiah adalah anggota Pasukan Polis Marin (PPM) yang diculik manakala rakan setugasnya Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, terbunuh selepas ditembak dalam serangan hendap di Jeti Smart Water Bungalow Resort, Pulau Mabul.

“Pihak polis telah menulis surat kepada polis Filipina untuk sama-sama membantu berhubung kes ini,” katanya.

Sehingga ke hari ini katanya, sebanyak 104 panggilan diterima oleh pihak keluarga Zakiah daripada kumpulan penculik itu dan rundingan berkenaan masih dibuat serta disifatkan positif.

“Masih dalam peringkat rundingan, namun pendirian Kerajaan Malaysia tidak mahu tetapi atas dasar kemanusian kita masih berunding dan mengharapkan situasi menang-menang,” katanya.

WAJIB TONTON ! PUNCA AMBI PUR CAR JADI PILIHAN UMUM 
Baca selengkapnya

5 Aug 2014

Kemaskini Tempoh Lanjutan Perintah Berkurung ESSZONE Negeri Sabah akan tamat

Komander Esscom Datuk Abdul Rashid Harun Umumkan tempoh Perintah Berkurung akan taman pada 17 OGOS 
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) memaklumkan tempoh lanjutan perintah berkurung di perairan enam daerah di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang diumumkan semalam akan tamat pada 17 Ogos ini.

Komander Esscom Datuk Abdul Rashid Harun dalam satu kenyataan di sini memberitahu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah meluluskan arahan pelanjutan itu yang dilaksanakan bermula 6 petang hingga 6 pagi.

"Kita ingin menyeru semua pihak agar dapat memberi kerjasama sepanjang perintah berkurung itu bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku," katanya di sini sebentar tadi.

Semalam, Abdul Rashid mengumumkan perintah berkurung yang diadakan di enam daerah dalam kawasan Esszone sejak dua minggu lalu dilanjutkan sehingga ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Katanya, keputusan untuk melanjutkan tempoh itu dibuat hasil perbincangan dengan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengenai keselamatan di ESSZON.
Baca selengkapnya

4 Aug 2014

ISU KESELAMATAN SABAH | PERINTAH BERKURUNG DILANJUTKAN

04 ogos 2014 : Buat masa ini Ia adalah langkah terbaik bagi menyekat anasir luar menceroboh negeri Sabah 

Lanjutan perintah berkurung di enam daerah di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) merupakan langkah terbaik bagi menyekat anasir-anasir yang tidak diingini termasuk mengekang jenayah rentas sempadan dan pencerobohan di kawasan terbabit.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata, buat masa ini, perintah berkurung perlu dilanjutkan sehingga pihak berkuasa serta kerajaan berpuas hati dan bersedia untuk menamatkan arahan itu.

"Kita belum berpuas hati (perintah berkurung), tetapi kita sentiasa berwaspada dengan apa perkara yang dilakukan kerana ada kesan dan pihak tertentu sedar kita serius menangani masalah ini dengan adanya perintah berkurung.

"Pihak keselamatan akan mengambil tindakan sekeras-kerasnya apabila mereka yang menceroboh dan memasuki perairan kita mengikut keadaan semasa.


"Apabila keadaan tenteram, aman dan tiada masalah...kita akan longgarkan sedikit. Setakat ini kita rasakan masih perlu untuk keselamatan rakyat dan Sabah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bulan Kemerdekaan dan Kempen Mengibar Jalur Gemilang peringkat negeri di sini, hari ini.
BERNAMA
Baca selengkapnya

PERINTAH BERKURUNG SABAH DILANJUTKAN SELEPAS TEMPOH AWAL BERAKHIR 02 OGOS 2014

Enam Daerah : Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau Masih dalam Perintah Berkurung

Komander Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah ESSCOM, Datuk Abdul Rashid Harun mengumumkan lanjutan tempoh perintah berkurung di enam daerah di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang dikenakan sebelum ini walau sepatutnya berakhir semalam.

Beliau berkata, ia bermula pukul 6 petang hingga 6 pagi berkuat kuasa hari ini sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Ia merangkumi daerah Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Sehubungan itu beliau menyeru agar semua pihak dapat memberi kerjasama sepanjang perintah berkurung itu bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

“Saya telah berbincang dengan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengenai keselamatan di ESSZone dan sehubungan itu di bawah kuasa-kuasa yang diberi kepada beliau (Jalaluddin) dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi oleh Akta Polis 1967, perintah berkurung akan disambung dengan mengambil kira perkembangan terkini situasi keselamatan di Esszone,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Esscom di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan Komander Esscom, Brig Jen Subari Tomo dan Pengarah Maritim Esscom, Laksamana Pertama Maritim, M. Karunanithi.

Mengenai pematuhan perintah berkurung terdahulu, Abdul Rashid berkata secara keseluruhan pihaknya berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan anggota masyarakat terutama golongan nelayan.

Namun beliau berkata sepanjang tempoh 14 hari perintah berkurung itu, Esscom menahan 46 nelayan berusia antara 19 dan 50 tahun serta 11 buah bot dalam lapan kes berasingan kerana didapati melanggar arahan.

Katanya, tiga daripada kes tersebut akan didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 31 (2) Akta Polis 1967 yang suspek boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM500 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Beliau berkata, 37 permit dikeluarkan kepada nelayan di Sandakan dan tiga di Tawau untuk membenarkan mereka keluar menangkap ikan dalam tempoh perintah berkurung sebelum ini. Sumber
Baca selengkapnya

25 Jul 2014

Perintah Berkurung Sabah : Tempoh Penguatkuasaan Bergantung Situasi di Selatan Filipina

Perkembangan Perintah Berkurung : Tempoh Bergantung Kepada Situasi di Selatan Filipina

SEMPORNA: Tempoh penguatkuasaan perintah berkurung di Tawau, Kunak, Semporna, Lahad Datu, Kinabatangan dan Sandakan bergantung kepada perkembangan situasi di Selatan Filipina.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, perintah berkurung tidak akan diteruskan jika perkembangan baik di wilayah jiran itu dapat diwujudkan.

“Kita akan melihat perkembangan semasa di ‘seberang’ kerana ancaman keselamatan akan berterusan datang dari Selatan Filipina jika wilayah itu tidak aman,” katanya di sini kelmarin.

Menurut Wan Junaidi, pelaksanaan perintah itu dilihat tidak perlu dilaksanakan sekiranya ada perkembangan baik dari sudut ekonomi, sosial dan sudut lain di wilayah terbabit.

Bagaimanapun, perkara itu turut bergantung kepada tindakan pihak-pihak yang mengancam keselamatan negara melalui aktiviti pencerobohan, penculikan dan tebusan.

“Sekiranya pihak-pihak terbabit berhenti melakukan kegiatan mereka, kita tidak lagi melihat perlunya untuk melaksana atau melanjutkan arahan perintah berkurung,” katanya.

Selagi ancaman berterusan katanya, kerajaan dan pasukan keselamatan terpaksa bertindak untuk mempertahankan rakyat dan negara ini daripada diganggu-gugat.

Beliau berkata, pihaknya memahami jika ada rungutan masyarakat yang mempersoalkan keputusan kerajaan dan pasukan keselamatan mengambil pendekatan terbabit.

“Namun, kita kena ingat perkara ini tidak dapat dielakkan kerana sudah menjadi tugas kerajaan dan pasukan keselamatan untuk memastikan negara kita bebas dari ancaman.

“Keselamatan negara dan masyarakat jauh lebih penting berbanding sebarang perkara sekalipun termasuk jika dibandingkan dari sudut ekonomi atau perkara lain,” katanya.

Wan Junaidi percaya arahan perintah berkurung yang buat kali kedua diisytiharkan selepas era konfrontasi itu relevan dengan situasi semasa dan perlu diterima ramai.

“Kita sudah biasa dengan situasi sebegini dan demi keselamatan negara, kita perlu bersama-sama menerima hakikat betapa keselamatan negara harus diutamakan,” katanya.
Utusan Borneo
-djkupang.com
Baca selengkapnya

21 Jul 2014

Hari Kedua Perintah Berkurung Negeri Sabah ESSCOM Tahan 69 Nelayan

ESSCOM TAHAN 69 Nelayan termasuk 10 Wanita 11 bot di sekitar perairan Sandakan, Lahad Datu dan Semporna Langgar Arahan Berkurung

LAHAD DATU: Pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menahan 69 nelayan termasuk 10 wanita dan 11 bot di sekitar perairan Sandakan, Lahad Datu dan Semporna kerana melanggar perintah berkurung pada hari kedua pelaksanaan perintah itu. 

Komander ESSCOM, Datuk Abdul Rashid Harun, berkata tujuh daripada 11 bot itu ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) manakala selebihnya oleh Pasukan Polis Marin. 

"Kita tahan mereka (nelayan) kerana berada di kawasan larangan semasa perintah berkurung dikuatkuasakan dari 6 petang semalam hingga 6 pagi tadi. 

"Majoriti yang ditahan tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Sehubungan itu, Abdul Rashid mengingatkan orang ramai agar mematuhi perintah berkurung yang bertujuan membendung jenayah rentas sempadan, terutama aktiviti penculikan dan penyeludupan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE). 

Sabtu lepas, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, mengisytiharkan perintah berkurung di kawasan perairan pantai timur Sabah bermula dari Tanjung Pundaras, Sandakan hingga ke Jeti Tawau berkuat kuasa petang 19 Julai hingga 2 Ogos ini. 

Jalaluddin berkata, kawasan perintah berkurung bermula selepas tiga batu nautika dari pantai sepanjang perairan dari Sandakan melalui daerah Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna hingga ke Jeti Tawau sejauh 362 batu nautika meliputi kawasan seluas 121, 270 batu nautika persegi. 

Mana-mana pihak yang melanggar peraturan perintah berkurung boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM500 atau penjara tidak melebihi enam bulan. 

Jalaluddin berkata, apabila terdapat suspek yang disyaki telah melakukan penculikan ataupun pembunuhan yang hukumannya adalah gantung sampai mati atau penjara seumur berada di kawasan perintah berkurung, maka anggota keselamatan boleh melepaskan tembakan ke sasaran berkenaan. 
BERNAMA 
-djkupang.com
Baca selengkapnya

Perintah Berkurung Hari Pertama Berjalan Lancar - Komander ESSCOM

Semporna, SABAH : Perintah Berkurung Sabah hari Pertama Berjalan Lancar


Perintah berkurung yang dikuatkuasakan di enam daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) semalam berjalan lancar tanpa dicemari sebarang insiden tidak diingini.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) DCP Datuk Abdul Rashid Harun berkata tiada tangkapan dibuat pada hari pertama perintah berkurung itu yang bermula 6 petang semalam hingga 6 pagi tadi.

“Setakat ini keadaan terkawal. Semua pihak terutama nelayan telah memberikan kerjasama sepenuhnya dan kita harap keadaan ini berterusan sehinggalah perintah berkurung ditarik balik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Abdul Rashid mengingatkan orang ramai khususnya penduduk pesisir pantai dan nelayan di daerah terbabit supaya sentiasa mematuhi arahan perintah berkurung itu bagi mengelak berlakunya perkara yang tidak diingini.

Semalam, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengisytiharkan perintah berkurung di kawasan perairan pantai timur Sabah bermula dari Tanjung Pundaras, Sandakan hingga ke Jeti Tawau berkuat kuasa petang semalam hingga 2 Ogos ini.

Jalaluddin berkata kawasan perintah berkurung bermula selepas tiga batu nautika dari pantai sepanjang perairan dari Sandakan melalui daerah Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna hingga ke Jeti Tawau sejauh 362 batu nautika meliputi kawasan seluas 121, 270 batu nautika persegi.

“Memandangkan keadaan keselamatan di perairan di beberapa daerah di Sabah dalam keadaan terancam dan menimbulkan kegusaran kepada orang ramai serta mengganggu kehidupan ekonomi masyarakat setempat berikutan berlakunya pencerobohan pengganas Sulu, maka pihak polis memutuskan untuk menguatkuasakan perintah berkurung di kawasan terlibat,” katanya.

Mana-mana pihak yang melanggar peraturan perintah berkurung boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM500 atau penjara tidak melebihi enam bulan.

Jalaluddin berkata apabila terdapat suspek yang disyaki telah melakukan penculikan ataupun pembunuhan yang hukumannya adalah gantung sampai mati atau penjara seumur berada di kawasan perintah berkurung, maka anggota keselamatan boleh melepaskan tembakan ke sasaran berkenaan.
Baca selengkapnya

19 Jul 2014

Terkini Sabah : Perintah Berkurung Negeri Sabah dikuatkuasakan

Bermula dari 19 Julai 2014 sehingga tamat 02 Ogos 2014 Bermula 6.00 Petang Sehingga 6.00 Malam Larangan

KOTA KINABALU : Perintah berkurung diumumkan Pesuruhjaya Polis Sabah,Datuk Jalaluddin Abdul Rahman di enam daerah kawasan Esszone yang berkuatkuasa pada hari ini.

Antara daerah terlibat adalah Tawau,Sandakan,Semporna,Kinabatangan, Beluran dan Lahad Datu.

Bagaimanapun perintah berkurung berkenaan yang bermula jam 6 petang hingga 6 pagi itu hanya membabitkan kawasan perairan dan pantai di daerah-daerah terbabit dengan melibatkan keluasan 121,272 batu persegi.

Perintah berkurung ini akan tamat pada 2 ogos.
Baca selengkapnya

Perintah Berkurung Dan Darurat, Apa Perbezannya?

Apakah Perbezaan Perintah Berkurung dan Darurat

Sempena Bulan Kemerdekaan Logo sambutan ke-57
Perintah berkurung ialah perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan yang mengarahkan orang ramai supaya tinggal di rumah dalam jangka waktu yang tertentu. Lazimnya perintah berkurung dikeluarkan untuk mengelak berlakunya rusuhan dan memelihara ketenteraman awam.

Darurat ialah sesuatu pengisytiharan kerajaan yang lazimnya menggantungkan fungsi-fungsi biasa tertentu dalam kerajaan, mengingatkan rakyat agar mengubah tabiat biasa mereka, atau mengarahkan agensi kerajaan untuk melaksanakan rancangan persediaan darurat. Darurat juga boleh dijadikan rasional untuk menggantung kebebasan sivil. Pengisytiharan sebegini biasanya keluar ketika berlakunya bencana alam, pergolakan sivil, atau menyusuli pengisytiharan perang (maka, dalam negara demokrasi ramai yang memanggilnya undang-undang ketenteraaan, kebanyakannya dengan niat yang tidak bersifat kritikal). Justitium merupakan persamaannya dalam undang-undang Rom.

Di sesetengah negara, darurat dan kesannya terhadap kebebasan sivil dan prosedur kerajaan dikawal oleh perlembagaan atau undang-undang yang mengehadkan kuasa-kuasa yang digunakan ketika darurat atau hak-hak yang digantung. Adalah juga selalunya menyalahi undang-undang untuk mengubah undang-undang darurat atau Perlembagaan ketika darurat.

Sumber : WikiPedia
Baca selengkapnya

17 Jul 2014

Berita Sabah : Perkampungan Air Laluan Masuk Penceroboh, Pengganas Ke Sabah

Kerajaan akan melaksanakan perintah berkurung serta mewujudkan laluan yang telah ditetapkan di perairan Pantai Timur Sabah bagi mengukuhkan keselamatan kawasan tersebut.

KUALA LUMPUR: Polis mendapati kawasan perkampungan air di Sabah menjadi 'sarang' kepada penceroboh, penculik dan pengganas daripada selatan Filipina untuk menjalankan aktiviti jenayah mereka.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, bancian dibuat polis mendapati selain orang tempatan, ada pendatang haram yang menetap di perkampungan tersebut dengan menjadikan ia sarang aktiviti jenayah.

"Ada tangkapan dibuat terhadap mereka dalam operasi secara berkala, namun ia tidak menghapuskan 'tapak' jenayah itu, selagi perkampungan seperti itu wujud," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Op Selamat 5/ 2014 Sempena Hari Raya Aidilfitri di sini, Khamis.

Justeru, beliau berkata, pihaknya mencadangkan kepada kerajaan negeri Sabah agar mempercepatkan proses penempatan semula penduduk perkampungan air di negeri itu bagi mengekang aktiviti jenayah di sana.

Beliau mengulas cadangan Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammad semalam agar kerajaan pusat dan negeri Sabah memindahkan penduduk di Perkampungan Air ke lokasi lebih selamat kerana ia menjadi sarang jenayah.

Komen itu timbul susulan insiden tembak-menembak yang mengakibatkan seorang anggota keselamatan terkorban manakala seorang lagi diculik.

Dalam insiden tembak-menembak di Pulau Mabul di Semporna Sabtu lepas dengan sekumpulan lapan individu bersenjata berat, Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, maut manakala rakannya, Konstabel Zakia Ali, 26, diculik.

Berikutan insiden itu juga, kerajaan akan melaksanakan perintah berkurung serta mewujudkan laluan yang telah ditetapkan di perairan Pantai Timur Sabah bagi mengukuhkan keselamatan kawasan tersebut.

Kawasan perairan Pantai Timur Sabah seluas 1,400 kilometer nermula dari daerah Kudat hingga ke Tawau, adalah berjiran dengan selatan Filipina, serta sering kali menimbulkan konflik aktiviti jenayah termasuk kes siri penculikan, kemasukan pendatang haram dan pencerobohan kumpulan militan.

Kerajaan menubuhkan mekanisme keselamatan iaitu Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszone) setelah mematahkan pencerobohan kumpulan militan bersenjata dari selatan Filipina, yang berhasrat merampas Sabah, pada 12 Febuari 2013.
Baca selengkapnya