Showing posts with label Kemalangan. Show all posts
Showing posts with label Kemalangan. Show all posts

31 Oct 2014

KONGSI GAMBAR : Kemalangan Maut di Jalan Lokawi - Papar 30/10/2014

KONGSI GAMBAR : Kemalangan Maut di Jalan Lokawi - Papar 30/10/2014

KEMALANGAN LORI DAN KERETA di Jalan lama Lokawi Papar, Kg Lokawi Baru pada pukul 2.02 petang kemarin. Mangsa 2 orang lelaki maut ditempat kejadian dan disahkan oleh pegawai perubatan bertugas . Mangsa diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut. Operasi berkenaan dilakukan oleh BBP Penampang dan Kota Kinabalu.

Takziah kepada ahli keluarga terlibat.







Baca selengkapnya

29 Jul 2014

Berita Sabah | Terkini Kereta Jatuh Gaung di Tawau Seorang Kanak-kanak Hilang

Kemalangan Terkini Sempena Perayaan Sambutan Aidilfitri di Tawau, 29 Julai 2014

Berita Terkini Sabah - Tiga orang maut manakala seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun tujuh bulan hilang selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas lalu terjatuh ke dalam gaung di Sungai Kakano, Batu 9 Jalan Kalabakan-Keningau, dekat sini semalam.
   
Mereka yang terbunuh dalam kejadian 8 malam itu dikenali sebagai Fatmawati Mustafa, 38, Riduan Sabtula, 47, Najar Abdul, 36, dan Mohd Ryan Firdaus yang dilaporkan hilang.

Bagaimanapun, seorang lagi penumpang Megawati Mustafa, 30 yang turut menaiki kereta jenis Proton Saga itu terselamat.
   
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Superitendan Awang Besar Dullah berkata kejadian itu berlaku semasa mereka dalam perjalanan dari Tawau menuju ke Keningau.
   
Beliau berkata, ketika sampai di tempat kejadian pemandu kereta terbabit dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu terbabas dan sebelum kenderaan terbabit terjunam ke gaung sedalam 25 hingga 30 meter sebelum terbalik di dalam sungai.

"Mayat ketiga-tiga mangsa itu dihantar ke Hospital Besar Tawau untuk dibedah siasat manakala usaha mencari bayi tersebut masih diteruskan oleh pihak bomba, kata Awang Besar dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
   
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Rudy Fredzek berkata pihaknya menerima panggilan 8.16 malam dan tiba di tempat kejadian pada 10.06 malam.
   
"Satu operasi segera dilakukan bagi mengeluarkan kesemua mangsa yang terperangkap dalam kereta. Kami mengalami kesukaran mengeluarkan mangsa
berikutan arus sungai yang deras dan terpaksa memotong pintu bagi memudahkan pasukan penyelamat mengeluarkan kesemua mangsa.
   
Katanya mereka turut dibantu Pasukan Bomba Sukarelawan Umas, polis dan kakitangan Klinik Felda Umas.
   
Operasi dihentikan seketika pada 12.48 tengah malam dan disambung semula 8 pagi tadi bagi mengesan kanak-kanak yang hilang itu, katanya. 
BERNAMA
Baca selengkapnya

17 Jul 2014

Punca Sebenar Gadis Seksi Masuk Parit Besar Depan Bangunan RTM Kota Kinabalu Sabah

PANAS : Punca Sebenar Gadis Seksi Masuk Parit Besar Depan Bangunan RTM Kota Kinabalu Sabah


Kisah Kereta Wanita Seksi Masuk Parit ini mungkin Tidak sehebat Wanita Pembuli Jalanan yang mendapat perhatian UMUM dan menjadi Isu Semasa  di Malaysia.

Menurut Sumber Blog Semuanyapanas.blogspot.com dikatakan Gadis Seksi ini pada hari sebelum kejadian mereka berhibur dan bersukaria terlebih dahulu. 

Jika melihat kepada baju yang dipakai mungkin ada betulnya juga. Apapun kita sama-sama jadikan kisah ini sebagai pengajaran. 

Sama ada BETUL atau TIDAK yang penting mereka selamat cuma kereta sahaja yang mungkin memerlukan sedikit kos untuk dibaiki.

VIDEO orang awam Bantu Mereka ketika Kemalangan


"YANG BAIK JADIKAN TAULADAN, YANG BURUK BIKIN SEMPADAN"
Baca selengkapnya

[VIDEO] Kereta Gadis Seksi Jatuh Parit Depan Bangunan RTM Sabah

VIDEO Orang awam Prihatin Bantu Gadis Seksi Ketika Kereta Mereka Hilang Kawalan Terbabas Masuk Parit




Orang ramai yang kebetulan lalu di kawasan kejadian menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terlibat dalam kemalangan ini. 

P/S : Tidak Kurang juga yang "Tolong Tingu"
Baca selengkapnya

15 Jul 2014

Kemalangan Jalan Raya : Kancil Tembung Lori, Jururawat Selamat

Berita Sarawak, Kemalangan Libatkan Kancil Dan Lori Simen

KUCHING: Nasib ternyata menyebelahi seorang jururawat apabila terselamat daripada maut meskipun kenderaan dipandunya separuh terperosok di bawah lori muatan simen di Batu 5, Jalan Matang, semalam.

Dalam insiden sekitar jam 8 pagi itu, jururawat berkenaan dipercayai hilang kawalan ke atas Perodua Kancil dipandunya sebelum masuk ke laluan bertentangan dan berlanggar dengan lori tersebut.

Mangsa yang merupakan kakitangan pusat perubatan pakar itu mengalami kecederaan agak teruk apabila tersepit di dalam kenderaan berkenaan.

Dia bagaimanapun berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dan kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak.

Wanita berkenaan dikatakan menerima rawatan di Zon Merah HUS namun setakat berita ini ditulis keadaannya dilaporkan stabil.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki warganegara Indonesia cedera serius apabila motosikal ditunggangnya berlanggar dengan sebuah lagi motosikal di Batu 11, Jalan Matang di sini.

Dalam insiden sekitar jam 8 malam Ahad itu, lelaki berkenaan bersama seorang lagi rakannya dikatakan keluar dari sebuah simpang apabila berlanggar dengan sebuah lagi motosikal.

Rakannya dan dua lagi lelaki yang menaiki motosikal berasingan itu dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius.

Mangsa dimasukkan ke Zon Merah HUS untuk menerima rawatan.
UTUSAN BORNEO
Baca selengkapnya

14 Jul 2014

Menyangka Terlanggar "Hantu", Pemandu Lari Tinggalkan Mangsa

GARA-GARA tidak menemui ‘objek’ yang dilanggarnya, seorang pemandu kereta di Kuching melarikan diri selepas meninjau kawasan sekeliling kerana menyangka dia telah melanggar hantu.

Lelaki berusia 30-an yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Matang itu sebenarnya telah melanggar sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan selepas memasuki laluannya secara tiba-tiba, memetik laporan Borneo Post.

Malangnya, dia tidak nampak apa yang dilanggarnya sekaligus berasa takut sebelum beredar dari tempat kejadian.

Mujurlah beberapa penduduk di kawasan tersebut mendengar dentuman kuat dan bergegas ke tempat kejadian.

Hasilnya, mereka berjaya menemui seorang mangsa yang cedera serta sebuah motosikal di dalam parit dan segera menghubungi pihak ambulans untuk bantuan.

Pemandu yang melanggar mangsa juga kembali ke tempat kejadian selepas beberapa minit dan menceritakan perkara tersebut kepada pihak polis.

Mangsa kini stabil dan sedang menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS).
Baca selengkapnya

Sabah : Bapa Ustaz Nazrey Johani (Raihan) Meninggal Dunia

Sabah : Bapa Ustaz Nazrey Johani (Raihan) Meninggal Dunia

TAKZIAH kami ucapkan kepada bekas penyanyi utama kumpulan nasyid Raihan, Ustaz Nazrey Johani atas berita pemergian bapanya yang telah mengadap Ilahi di bulan Ramadhan ini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi status dan gambar yang dimuatnaik di Facebook Ustaz Haniff Talib Al-Hafiz, hari ini.

Kami doakan semoga roh bapanya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Diharap agar Ustaz Nazrey tabah menghadapi dugaan di bulan penuh mulia ini. AL-Fatihah
Baca selengkapnya

9 Jul 2014

VIDEO : Pemandu Maut, Kereta Myvi Terbakar di Jalan ByPass Tuaran

VIDEO : Pemandu Maut, Kereta Myvi Terbakar di Jalan ByPass Tuaran

KOTA KINABALU: Seorang lelaki rentung selepas PERODUA Myvi dipandunya terbabas lalu merempuh pokok sebelum terbakar di Jalan Tuaran, berhampiran Taman Kwan Loke, di sini. 

Dalam KEJADIAN jam 9.20 malam ini, mangsa yang belum dikenalpasti identitinya dipercayai dalam perjalanan menuju ke Kota Kinabalu daripada Likas. 

Bagaimanapun, setibanya di tempat kejadian, mangsa dikatakan gagal mengawal kenderaannya lalu merempuh sebatang pokok di tepi jalan berkenaan. 

Kenderaan mangsa yang mengalami kerosakan teruk kemudian terbakar dan mangsa dipercayai gagal menyelamatkan diri akibat tersepit. 

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu. SUMBER -Berita Harian


ADMIN : Ketika Admin tiba di lokasi kejadian kereta sudah terbakar dan tiada orang yang berani untuk mendekati kereta tersebut kerana beberapa kali terdengar letupan kecil. Admin Ingatkan tiada orang di dalamnya. TAKZIAH kepada keluarga Mangsa. -djkupang.com

PERINGATAN Agar Tidak Meninggalkan Komen Yang NEGATIF sebagai menghormati KELUARGA MANGSA.


Baca selengkapnya

7 Jul 2014

Berita Sabah : Rakan kongsi Mangsa yang diculik dari sangkar ternakan ikan di Silam Maut

Berita Sabah : Rakan kongsi Mangsa yang diculik dari sangkar ternakan ikan di Silam Maut

Berita Sabah djkupang
KOTA KINABALU: Seorang ahli perniagaan warganegara Hong Kong yang dalam perjalanan ke Sandakan untuk berbincang mengenai syarat pembebasan rakan kongsinya yang diculik dari sangkar ternakan ikan di Silam, terbunuh dalam kemalangan jalan raya pada petang Sabtu.

Tiga lagi yang lain turut terbunuh dalam kemalangan yang membabitkan sebuah teksi dengan kenderaan pacuan empat roda di KM21, Jalan Lubuk di Sandakan kira-kira pukul 5.30 petang.

Ahli perniagaan itu yang dikenal pasti sebagai Kee Kwok Edien, 63, pemilik Wonderful Terrace Fish Farm, lokasi Yang Zau Lin, warga China berusia 34 tahun diculik sekumpulan lelaki bersenjata dari Filipina pada 6 Mei lalu.

Laporan tidak rasmi mendakwa Kee membawa sejumlah wang dipercayai wang tebusan untuk membebaskan rakan kongsinya itu.

Kee berada di dalam teksi tersebut bersama dua penumpang lain, Jaafar Kassim, 40, dan warga Filipina, Pedro Jr Pajimola, 36, dan pemandu teksi Salah Ibno, 64.

Dua orang maut di tempat kejadian manakala dua lagi semasa dalam perjalanan ke Hospital Duchess of Kent di Sandakan.

Pemandu kenderaan pacuan empat roda berusia 24 tahun itu dan dua wanita masing-masing berusia 24 dan 32 tahun hanya mengalami kecederaan ringan.

Laporan tersebut turut menyebut keluarga Kee dalam perjalanan ke Sandakan untuk menuntut mayatnya.

Kee difahamkan dihubungi oleh wakil kumpulan bersenjata warga Filipina itu untuk urusan pembebasan rakan kongsinya yang ditahan di kubu kuat kumpulan Abu Sayyaf di Kepulauan Jolo, selatan Filipina.
Baca selengkapnya

6 Jul 2014

Berita Sabah : Pemandu teksi dan tiga penumpangnya Maut di Sandakan

djkupang
ACP Rowell Marong

Berita Sabah : Pemandu teksi dan tiga penumpangnya Maut di Sandakan

SANDAKAN, (6 Julai) — Seorang pemandu teksi dan tiga penumpangnya maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan lain di Batu 21 Jalan Labuk, semalam.

Pemandu teksi dikenali sebagai Salah Bin Ibno, 64, manakala tiga penumpang ialah Kee Kwok Edein, 63, Jaafar Kasim, 40, dan Pedro Jr Pajimola, 36. 

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong berkata tiga lelaki tempatan itu maut di tempat kejadian, manakala lelaki warga Filipina, Pajimola, meninggal ketika menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent Sandakan pada pukul 8.30 malam tadi.

Katanya insiden berlaku kira-kira pukul 5.30 petang apabila sebuah kenderaan jenis Jeep dari arah Bandar Sandakan memasuki laluan bertentangan lalu melanggar sebuah kenderaan lain sebelum bertembung dengan teksi dinaiki empat mangsa yang maut.

Siasatan di tempat kejadian mendapati ia adalah jalan lurus mempunyai garisan berkembar dan mendaki bukit jika datang dari arah Bandar Sandakan, katanya di sini hari ini.

Beliau berkata pemandu Jeep seorang lelaki berusia 24 tahun dan dua penumpang wanita berusia 25 dan 32 tahun turut mengalami cedera parah dalam kejadian itu.

Katanya keadaan tiga mangsa yang cedera parah itu dilaporkan stabil. BERNAMA
Baca selengkapnya

5 Jul 2014

Gambar Kemalangan Maut Kenderaan Perisai Negara

Gambar Kemalangan Maut Kenderaan Perisai Negara

Kuala Kangsar : Dua anggota maut manakala dua lagi cedera apabila kereta perisai milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terbabas sebelum terbalik di Kilometer 232 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dekat sini, 6.40 petang tadi.

Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada orang awam pada jam 6.46 petang.

"Ketika jentera pertama tiba di lokasi kejadian, anggota penyelamat mendapati sebuah kereta perisai terbalik dan terdapat empat anggota tentera di dalam kenderaan terbabit.

"Seorang anggota tentera terbabit terkorban di tempat kejadian manakala tiga lagi dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan sebelum seorang lagi mangsa meninggal dunia," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Difahamkan, ketika kejadian kenderaan itu gagal dikawal sebelum terbabas dan melanggar konkrit pembahagi lebuh raya sebelum terbalik di bahu kiri jalan.

Menurut sumber, dua anggota yang meninggal dunia dikenali sebagai Sarjan Bayong dan Kpl Fatanah Ismail manakala anggota yang cedera ialah pemandu kereta perisai dikenali sebagai L/kpl Fredy dan Kpl Sharifuddin Abdullah.






Baca selengkapnya

29 Jun 2014

Kemalangan Maut - Sayu Menjelang 1 Ramadhan

KEMAMAN - “Dalam keadaan keluarga kami tak sabar untuk berpuasa, adik pula maut,” rintih Nabila Safie, 19, yang menggigil sebaik melihat mayat adiknya tersangkut di celah pengadang besi lebuh raya.

Adiknya terbabit dalam kemalangan ngeri yang turut mengorbankan seorang lagi penunggang motosikal, lewat petang kelmarin.

Nahas jam 6.05 petang di Kilometer 302.6 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) yang masih dalam pembinaan dekat Bandar Seri Bandi itu mengakibatkan adik Nabila, Muhamad Syafiq, 15, pelajar sebuah sekolah pondok dan buruh ladang sawit, Muhsan, 47, maut di lokasi kejadian.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila kedua-dua mangsa yang menunggang motosikal dari arah bertentangan bertembung menyebabkan Mohamad Syafiq tercampak dan tersangkut di celah pengadang lebuh raya, sementara motosikal jenis Yamaha LC ditunggangnya terseret sejauh 29 meter.

Muhsan yang berasal dari Lombok, Indonesia pula tersembam ke atas jalan dan cedera parah di muka serta kepala.

Ketika kejadian, Muhsan baru pulang dari bekerja di Ladang Ketengah Jaya dan menghala ke arah Kuantan.

Dia gagal mengelak dari bertembung dengan Mohamad Syafiq yang menunggang motosikal dari arah bertentangan bersama beberapa rakan lain.

Kemalangan turut menyebabkan motosikal Honda Wave yang ditunggang mangsa rosak teruk dan beberapa komponen motosikalnya hancur.

Nabila berkata, adiknya, anak ketiga daripada lima beradik, keluar bersama rakan-rakannya jam 2.30 petang selepas solat Jumaat.

“Semasa dia keluar rumah dan bawa motosikal ayah, saya rasa tak sedap hati. Dada berdebar-debar, tapi saya tak sangka musibah menimpa Syafiq.

“Sejak tiga hari kebelakangan ini  dia gemar menyakat saya dan buatkan saya marah. Rupa-rupanya itulah gurauan akhir saya bersamanya,” katanya.

Nabila yang merupakan anak kedua berkata, adiknya belajar bidang Syariah di Madrasah As Sirotol Mustaqim (Pondok Al Mustaqim) Kampung Batu 4 dekat Binjai dan setiap minggu dia akan pulang ke rumah mereka di Kampung Bukit Takal untuk menghabiskan cuti hujung minggu.

Sementara itu, Penyelia Ladang Ketengah Rakyat, Mohd Azam Abdullah berkata, Muhsan bekerja dengan pihak ladangnya sejak sembilan tahun lalu dan seorang pekerja yang rajin.

“Mangsa sudah berkahwin dan mempunyai beberapa orang anak. Saya difahamkan sebelum kejadian, dia dalam perjalanan menuju ke rumah pekerja ladang. Memang setiap hari dia berulang-alik menggunakan laluan ini,” katanya.

Urusan penghantaran pulang jenazah mangsa ke Lombok akan diuruskan sepenuhnya pihak syarikat.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam mengesahkan kemalangan itu.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Kemaman untuk bedah siasat.
-Sumber Sinar Harian
Baca selengkapnya

Terkini : Treler Terbalik Susu Bertaburan

BERTABURAN: Mutalib (kanan) bersama seorang anggotanya melakukan pemeriksaan ke atas treler yang terbabit dalam kemalangan di Batu 13 Jalan Sibu-Bintulu, petang kelmarin.

SIBU: Seorang lelaki berumur 35 tahun nyaris maut selepas treler yang dipandunya terbabas di satu selekoh di Batu 13 Jalan Sibu-Bintulu, petang kelmarin.

Difahamkan, treler yang mambawa muatan bekalan susu tin tersebut sedang dalam perjalanan dari Sibu ke Bintulu apabila ia gagal dikawal sebelum terbabas di selekoh berkenaan pada jam 6.30 petang.

Pemandu terbabit dikatakan tercampak keluar menyebabkan cermin hadapan treler tersebut pecah.

Keadaan di jalan raya turut dipenuhi dengan tin susu yang bertaburan.

Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan kecemasan pada 6.30 petang mengerahkan pasukannya untuk pergi ke tempat kejadian.

Ketika ditanya pihak bomba, pemandu treler memberitahu bahawa dia kurang pasti sama ada kelindan ada bersamanya menyebabkan mereka bimbang kemungkinan kelindannya berada di bawah timbunan tin susu.

Setelah menunggu sehingga 8.30 malam, Ketua Balai Bomba Sentral Abdul Mutalib mengesahkan pemandu treler tersebut hanya berseorangan.

Treler tersebut dimiliki oleh sebuah syarikat di Bintulu.

Bagaimanapun, pemandu treler tersebut terpaksa dimasukkan ke wad selepas mengalami kecederaan di bahagian dada dan kepala.
Baca selengkapnya

23 May 2014

Latest News SABAH : Kereta Terbakar Petang tadi 23 Mei 2014

Keningau - Sekitar jam 6 petang tadi menurut sumber sebuah kereta jenis Perodua Kancil terbakar berhampiran kilang Bata di Jalan Tenom. Punca kejadian belum diketahui lagi walaupun beberapa andaian di kalangan rakan-rakan kita di Keningau.

[Gambar 1] Krdit Admin Page : Kami Sayang Keningau 2.0



[Gambar 2 Kredit : Christopher Hau]



Gambar ini saya Edit Gambar 1 untuk ZOOM.

Sesiapa ada maklumat silalah berkongsi dengan kami.




Baca selengkapnya

Kota Kinabalu, Sabah : Seorang Maut, Dua Cedera

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan terbunuh selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di lampu isyarat Sutera Harbour, Jalan Coastal di sini tengah malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, mangsa dikenali sebagai Lanson Mahil, 40, dari Kinarut, Papar meninggal dunia selepas dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

Terdahulu, sebelum kejadian berlaku mangsa yang memandu Perodua Kelisa itu sedang dalam perjalanan menuju ke Kepayan dari arah pusat bandar.

Setibanya di lokasi insiden, kenderaan mangsa dipercayai terempuh bahagian belakang kenderaan jenis Nissan Almera dan pada masa yang sama, muncul sebuah pacuan empat roda Isuzu Dmax lalu terlanggar bahagian belakang Kelisa dipandu mangsa.

Akibat rempuhan itu mengakibatkan Kelisa berkenaan hancur remuk dan mangsa turut dikatakan tersepit sebelum berjaya dikeluarkan dengan bantuan sepasukan anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian.

Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 3 pagi selepas mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Queen Elizabeth (HQE) I.

Manakala dua lagi lelaki yang merupakan pemandu Nissan serta Dmax masing-masing berusia 30 dan 31 itu hanya mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan itu.

Ketua Polis Kota Kinabalu Asisten Komisioner Jauteh Dikun ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

“Orang ramai yang ada menyaksikan atau mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil bagi membantu siasatan.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

BORNEO POST
Baca selengkapnya