6 Jul 2014

Berita Sabah : Pemandu teksi dan tiga penumpangnya Maut di Sandakan

djkupang
ACP Rowell Marong

Berita Sabah : Pemandu teksi dan tiga penumpangnya Maut di Sandakan

SANDAKAN, (6 Julai) — Seorang pemandu teksi dan tiga penumpangnya maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan lain di Batu 21 Jalan Labuk, semalam.

Pemandu teksi dikenali sebagai Salah Bin Ibno, 64, manakala tiga penumpang ialah Kee Kwok Edein, 63, Jaafar Kasim, 40, dan Pedro Jr Pajimola, 36. 

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong berkata tiga lelaki tempatan itu maut di tempat kejadian, manakala lelaki warga Filipina, Pajimola, meninggal ketika menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent Sandakan pada pukul 8.30 malam tadi.

Katanya insiden berlaku kira-kira pukul 5.30 petang apabila sebuah kenderaan jenis Jeep dari arah Bandar Sandakan memasuki laluan bertentangan lalu melanggar sebuah kenderaan lain sebelum bertembung dengan teksi dinaiki empat mangsa yang maut.

Siasatan di tempat kejadian mendapati ia adalah jalan lurus mempunyai garisan berkembar dan mendaki bukit jika datang dari arah Bandar Sandakan, katanya di sini hari ini.

Beliau berkata pemandu Jeep seorang lelaki berusia 24 tahun dan dua penumpang wanita berusia 25 dan 32 tahun turut mengalami cedera parah dalam kejadian itu.

Katanya keadaan tiga mangsa yang cedera parah itu dilaporkan stabil. BERNAMA

Bagikan

Jangan lewatkan

Berita Sabah : Pemandu teksi dan tiga penumpangnya Maut di Sandakan
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"