Home / ESSZONE
Showing posts with label ESSZONE. Show all posts
Showing posts with label ESSZONE. Show all posts
16 Jul 2014
15 Jul 2014
Berita Sabah
Berita Terkini
ESSCOM
ESSZONE
Berita Sabah : Kapal Bunga Mas 5 Bakal Memperkukuhkan Keselamatan Perairan Sabah
KERAJAAN bakal menempatkan Kapal Bunga Mas 5 milik Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia Bhd (MISC) di perairan pantai Timur Sabah yang bersempadan dengan Filipina, bagi memperkukuh pertahanan di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kapal itu berperanan sebagai kapal induk dan dilengkapi pasukan anggota keselamatan dan bot-bot laju bagi menangani jenayah rentas sempadan.
"Saya fikir kerjasama rakyat juga penting. Kalau kita beri maklumat kepada musuh, maka musuh dapat membolosi sistem pertahanan negeri ini...saya harap ini dapat dielakkan, jika tak, apa jua sistem pertahanan canggih pun boleh ditembusi jika ada yang beri maklumat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa dan makan malam bersama Perdana Menteri dan Isteri di sini, malam ini.
Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan isteri Datin Seri Faridah Tussin, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Mohd Shafie Apdal, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan serta beberapa menteri Kabinet negeri.
Kapal Bunga Mas Lima milik MISC itu telah diubah menjadi sebuah kapal Auxiliary TLDM bagi tujuan mengiringi dan melindungi kapal-kapal MISC yang melalui Teluk Aden bermula pada 2008.
Bunga Mas Lima merupakan sebuah kapal kontena bersaiz 699 TEU, merupakan kapal dagang pertama di Malaysia yang diubahsuai sebagai sebuah kapal Auxiliary TLDM.
Kerja-kerja pengubahsuaian telah dijalankan oleh Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn Bhd (MMHE), anak syarikat MISC, di limbungan kapal MMHE, Pasir Gudang, Johor.
Projek pengubahsuai kapal Bunga Mas Lima telah diusahakan berikutan insiden rampasan dua kapal MISC, Bunga Melati Dua dan Bunga Melati Lima.
Sehubungan itu MISC, TLDM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah berkerjasama menyelesaikan kedua-dua insiden tersebut menerusi Ops Fajar yang menjadikan Bunga Mas Lima sebagai kapal Auxiliary.
Sepanjang penugasannya di Teluk Eden, Bunga Mas Lima berjaya memastikan keselamatan 33 konvoi yang terdiri daripada 45 buah kapal dagang milik negara.
Sejak operasi Bunga Mas Lima dilancarkan tiada kapal MISC ataupun kapal-kapal yang berkepentingan kepada negara dirampas oleh lanun terutama di Teluk Eden.
Jika mengikut undang-undang antarabangsa, kapal auxiliary adalah kapal yang terletak di bawah kawalan ketenteraan yang diberikan keistimewaan tertentu untuk menjayakan misinya termasuk di perairan antarabangsa.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, dua pelantar minyak Petronas akan ditempatkan di perairan Semporna dan Lahad Datu sebagai barisan pertahanan terakhir dengan dilengkapi sistem radar yang dapat memantau pergerakan di perairan berkenaan.
Perkara itu akan dilakukan enam bulan lagi sebagai langkah meyakinkan rakyat Sabah terhadap peranan Esscom sejajar penstrukturan semula Esscom yang dipimpin seorang Komander.
Sebagai Pengarah Keselamatan Negara, Najib berkata beliau akan kembali melakukan lawatan kerja ke Sabah dalam masa terdekat bagi mengumumkan lebih banyak bentuk insiatif dalam soal pembangunan dan keselamatan negeri ini khususnya Esscom.
Penstrukturan semula Esscom mewujudkan dua komponen utama iaitu pengurusan keselamatan dan pertahanan serta penguatkuasaan dan tindakan awam, bertujuan menggembleng sumber agensi-agensi keselamatan bagi mempertingkat keberkesanan operasi.
Pelantikan Abd Rashid sebagai Komander Esscom berkuat kuasa Selasa ini.
Najib dan Rosmah turut menyampaikan sumbangan duit raya dari Pusat Zakat Sabah kepada anak-anak yatim, ibu tunggal dan warga emas di sekitar Kota Kinabalu.
Terdahulu, Najib menghadiri taklimat khas Pembangunan Sabah oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Sabah sebelum menghadiri majlis perjumpaan bersama pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah di sini.
11 Jul 2014
Berita Sabah
berita semasa
ESSCOM
ESSZONE
ESSCOM : KEDUDUKAN MOHAMMAD MENTEK BAKAL DITENTUKAN MKN, PERDANA MENTERI
ESSCOM : KEDUDUKAN MOHAMMAD MENTEK BAKAL DITENTUKAN MKN, PERDANA MENTERI
KOTA KINABALU — Kedudukan Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Mohammad Mentek akan ditentukan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Perdana Menteri, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“Perkara ini akan ditentukan oleh MKN dan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa dengan warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.
Hadir sama Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dan bekas Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.
Ahmad Zahidi dipetik oleh Bernama sebagai berkata demikian ketika ditanya mengenai perkara itu berikutan penstrukturan semula ESSCOM.
Pada Selasa, Perdana Menteri mengumumkan penstrukturan semula ESSCOM yang menyaksikan pewujudan dua komponen utama iaitu pengurusan keselamatan dan pertahanan serta penguatkuasaan dan tindakan awam.
Najib turut mengumumkan pelantikan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam Esscom, Datuk Abd Rashid Harun sebagai Komander Esscom untuk komponen pengurusan keselamatan dan pertahanan.
Mohammad Mentek dilahirkan di Semporna pada 20 April 1964. Anak ketiga dari enam adik beradik ini mendapat pendidikan awal di SRK Pekan Semporna (1971-1976) sebelum melanjutkan pendidikan menengah di SM Sains Pulau Pinang (1977-1981).
Selepas itu, beliau mendapat biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk melanjutkan pengajian di University of Minniesota, Amerika Syarikat sehingga memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Matematik (Bsc Mathematics) (1983-1987) kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di universiti yang sama dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Sains dalam Statistik (1987-1989).
Sekembalinya ke tanahair, beliau sempat menjadi pensyarah sambilan di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang) pada tahun 1990. Selepas itu, beliau menjadi guru sandaran di Sekolah Vokasional Lahad Datu pada tahun 1991 dan kemudian bertugas selama empat bulan sebagai Ahli Kaji Cuaca.
Pada Disember 1992, beliau memasuki Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) dan kemudian ditugaskan di Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos di Cawangan Perjawatan, Perkhidmatan dan Latihan sehingga Jun 1998. Beliau menjadi orang Sabah pertama dilantik sebagai Penolong Pegawai Kewangan Negeri Perak di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Perak dari 1998-2001.
Selepas itu, beliau dilantik sebagai Pengarah Imigresen Labuan selama tiga bulan sebelum dilantik sebagai Pengarah Kampus Intan Sabah yang pertama dari 2001 hingga Oktober 2010.
Beliau kemudian dilantik sebagai Pengarah Imigresen Sabah l orang Sabah pertama dilantik ke jawatan itu dari Oktober 2010 hingga April 2013. Kini beliau diamanahkan sebagai Ketua Pengarah ESSCOM sejak April tahun lepas (2013).
27 Jun 2014
Berita Sabah
berita sabah terkini
Breaking News Sabah
ESSCOM
ESSZONE
Sabah
Berita Sabah : Pecat Ketua kampung, JKKK 24 jam jika didapati Subahat - Ongkili
KOTA MARUDU, (26 Jun) Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mahu pihak berkuasa melucutkan jawatan dalam tempoh 24 jam mana-mana ketua kampung dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang didapati bersekongkol atau melindungi pendatang tanpa izin (PTI) termasuk pengganas di Sabah.
Beliau berkata ini penting bagi memastikan kes suspek pengganas Sulu yang bersembunyi di sekitar Kunak semalam tidak berulang terutama di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).
“Kes seperti ini (ketua kampung melindungi PATI) tidak begitu banyak kerana pihak unit pemimpin kemajuan rakyat sentiasa memantau dan mana-mana yang bersuhabat akhirnya akan diketahui awam.
“Apa yang penting ialah apabila ada kes terjadi, tindakan tegas harus diambil terhadapmereka….lucutkan jawatan mereka dalam tempoh 24 jam. Kalau tidak mereka akan terus berpura-pura,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Komuniti Belia ESSZONE Daerah Kota Marudu di Dewan Komuniti Kota Marudu, di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Haji Mohammad bin Mentek dan pegawai daerah Kota Marudu Sualim Sanan.
Ongkili berkata berkata demikian ketika diminta mengulas bentuk tindakan yang perlu diambil terhadap mana-mana ketua kampung dan pengerusi JKKK yang menyorok PATI atau penjenayah ekoran insiden terbaru di Kunak.
Dalam insiden itu, enam suspek pengganas Sulu termasuk seorang wanita ditahan Cawangan Khas Bukit Aman dan pasukan ESSCOM dalam operasi khas sekitar Kunak di pantai timur Sabah, dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dipetik sebagai berkata tangkapan terbaru itu adalah susulan daripada insiden pencerobohan di Lahad Datu pada Februari tahun lalu.
Beliau berkata ketua kampung dan pengerusi JKKK perlu bertindak sebagai “pemain utama” dalam menangani masalah PATI di Sabah.
Katanya walaupun kerajaan telah mewujudkan ESSCOM sebagai penyelaras operasi pelbagai agensi keselamatan dan pertahanan di ESSZONE namun faktor pengumpulan maklumat yang tepat atau perisikan peringkat akar umbi perlu diberi perhatian.
“Disinilah ketua kampung dan pengerusi JKKK memainkan peranan yang penting terutama menyalurkan maklumat mengenai kehadiran PATI ataupun penjenayah di kawasan masing-masing.
“Kita perlukan maklumat orang awam di peringkat akar umbi. Sebab itu, amat penting bagi pemimpin masyarakat sentiasa berhubung dan gunakan saluran yang ada untuk bagi maklumat dan laporan terkini kepada pihak berkuasa keselamatan.
“Mereka juga perlu menasihatkan penduduk kampung supaya tidak melindungi PATI atau bersubahat dengan PATI. Pada masa yang sama, mereka perlu menggalakan rondaan bersama rukun tetanga di kawasan perkampungan mereka, sekaligus memastikan keselamatan di negeri ini sentiasa terjamin.
Terdahulu, dalam ucapannya, Ongkili menyambut baik usaha ESSCOM mengadakan program Komuniti Belia ESSZONE bagi meningkatkan kefahaman semua lapisan masyarakat khususnya golongan belia mengenai peranan dan tanggungjawab ESSCOM.
Katanya program seumpama itu dapat mendedahkan golongan belia dengan hala tuju ESSCOM dalam mengekalkan keamanan dan keselamatan khususnya di kawasan Timur Sabah, selaras dengan visi dan misi ESSCOM.
Sehubungan itu, Ongkili mengajak rakyat Sabah, termasuk di Kota Marudu supaya menyokong penubuhan ESSCOM dan ESSZONE yang menurutnya memberi harapan baru kepada rakyat Sabah dalam mengekang pencerobohan pengganas Sulu dan kemasukan PATI.
25 Jun 2014
Berita Sabah
berita sabah terkini
breaking news
ESSCOM
ESSZONE
Kunak
Lahad Datu
SABAH : ESSCOM nafi berlaku aksi Tembak Menembak di Kunak SABAH
ESSCOM nafi berlaku aksi Tembak Menembak di Kunak
LAHAD DATU, (25 Jun) — Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Haji Mohammad bin Mentek menafikan berlaku aksi tembak-menembak membabitkan penjenyah rentas sempadan di Kunak awal hari ini.
Sebaliknya, beliau berkata keadaan di sekitar pekan Kunak adalah selamat dan tidak berlaku sebarang ketegangan seperti yang tersebar luas melalui media sosial.
Bagaimanapun, Mohammad mengesahkan ESSCOM melancarkan Ops Gasak ke-22 di pangkalan Kunak yang merangkumi tiga kampung iaitu Kg Bakau, Nelayan dan Kg Basilan.
Katanya Ops gasak ke-22 yang diketuai Pengarah Operasi ESSCOM DCP Datuk Abdul Rashid Harun itu melibatkan pelbagai agensi pasukan keselamatan dan pertahanan termasuk Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Sabah.
“Ops Gasak ini dilancarkan ekoran kes penculikan di Kampung Air Sapang, Kunak baru-baru ini, dan saya berharap orang bertenang dan tidak menyebarkan berita palsu terutama di media sosial,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu, Abdul Rashid berkata seramai 129 orangyang dipercayai PATI ditahan dalam Ops Gasak yang dijalankan selama tujuh jam bermula dari pukul 3 pagi.
Beliau berkata kesemua mereka, termasuk 34 wanita, ditahan kerana tidak memilik dokumen pengenalan diri yang sah.
Abdul Rashid berkata kumpulan PATI itu telah dibawa ke Dewan Masyarakat Kunak sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen.
Berita Bernama
Gambar di atas disebarkan melalui WhatSAPP tentang kereta kebal dan askar berkumpul di daerah Kunak. Bagi sahabat tang tinggal di sekitar daerah Kunak atau mempunyai saudara mara di sana cuba kamu tanya sama durang dulu.
22 Jun 2014
Berita Sabah
berita sabah terkini
Breaking News Sabah
ESSCOM
ESSZONE
Pendatang Tanpa Izin
PTI
Sabah
PTI Menyamar Rakyat Tempatan Salurkan Maklumat Kepada Penculik
KUALA LUMPUR 22 Jun - Golongan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dipercayai menjadi dalang kegiatan penculikan bersiri di kawasan Pantai Timur Sabah.
Pengarah Bahagian Perisikan Keselamatan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Ahmad Nadzer Nordin berkata, terdapat golongan PATI yang menyamar sebagai rakyat tempatan, menetap dan bekerja di kawasan pantai berkenaan.
Beliau berkata berdasarkan maklumat, kemasukan penculik-penculik terbabit ke Sabah, yang bertujuan memeras ugut wang tebusan, dipercayai mendapat maklumat daripada PATI berkenaan.
"Ada di antara mereka yang bekerja di pusat peranginan dan kawasan ternakan ikan," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata susulan maklumat itu, Esscom telah memberi amaran kepada pemilik pusat-pusat peranginan termasuk pengusaha syarikat ternakan ikan agar tidak mengambil pekerja tanpa dokumen pengenalan diri yang sah.
Ahmad Nadzer turut mendedahkan sebanyak tujuh cubaan penculikan oleh pihak tertentu dapat ditumpaskan selepas Esscom ditubuhkan.
Berdasarkan maklumat risikan, katanya terdapat 14 kumpulan penculik berasal dari selatan Filipina dan sekurang-kurangnya empat anggota kumpulan itu pernah melakukan kegiatan itu di Sabah.
``Kita telah kenal pasti kumpulan ini ...bagaimanapun siasatan lanjut perlu dijalankan termasuk mendapatkan kerjasama daripada orang awam untuk mengecam anggota kumpulan ini termasuk pihak berkuasa Filipina sebelum mereka ditahan,'' katanya.
Tahun ini, sebanyak tiga kes penculikan dilaporkan berlaku di Pantai Timur Sabah iaitu pada 2 April lepas, seorang lelaki warga China dan seorang pekerja wanita warga Filipina diculik di Singamata Adventures Reef and Resort di Semporna oleh sekumpulan tujuh lelaki bersenjata.
Pada 6 Mei pula, lima lelaki bersenjata menculik seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar warga China di Pulau Baik, Lahad Datu dan kejadian terbaharu ialah pada Isnin lepas yang menyaksikan dua lelaki dilarikan dua lelaki bersenjata di Kampung Sapang, barat Pulau Timbun Mata, Kunak.
Dalam usaha `membersihkan' lambakan PATI, Ahmad Nadzer berkata Ops Gasak dilancarkan di seluruh 10 daerah di wilayah Esszone termasuk di pusat peranginan.
``Dalam operasi yang telah dijalankan sejak Mac lepas, sebanyak 4,000 orang telah diperiksa dan daripada jumlah itu, sebanyak 1,500 orang didapati tidak mempunyai dokumen dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk dihantar pulang ke Manila,'' katanya.
Beliau berkata operasi bersepadu itu turut melibatkan polis, tentera, Jabatan Pendaftaran Negara serta Jabatan Imigresen.
Menurutnya Ops Gasak juga boleh dilaksanakan di seluruh Sabah memandangkan negeri itu berhadapan dengan masalah kebanjiran PATI.
- BERNAMA
21 Jun 2014
ESSCOM
ESSZONE
ESSCOM ESSZONE
ESSZONE DAN ESSCOM
APAKAH BEZA ESSZONE DAN ESSCOM?
Pada 7 Mac 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, semasa lawatannya ke Lahad Datu, mengumumkan bahagian timur Sabah sebagai ‘kawasan keselamatan khas’(Special Security Area) bagi menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri ini.
Kawasan Keselamatan Khas itu berpusat di Lahad Datu yang akan menjadi pusat perintah yang menempatkan beberapa kabin sementara supaya ia dapat berfungsi dengan segera, khususnya kawasan operasi pembersihan saki-baki pengganas Sulu yang menceroboh Sabah sejak 12 Februari lepas.
Lima batalion terdiri daripada pasukan polis dan tentera ditempatkan di bahagian berkenaan bagi memastikan kawasan tersebut kekal aman tanpa pencerobohan.
Menurut Perdana Menteri penubuhan kawasan kawasan keselamatan khas akan memberikan keyakinan kepada rakyat timur Sabah bahawa meskipun operasi ini akan berakhir tetapi keselamatan (mereka) dan kedaulatan (negeri) mereka akan terus dipertahankan.
Pada 25 Mac 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam ucapannya di Pusat Latihan Polis (Pulapol) sempena peringatan Hari Polis ke-206 di Kuala Lumpur, mengumumkan pewujudan Zon Selamat Sabah Timur atau ESSZONE di 10 kawasan di timur Sabah.
Najib berkata Yang di-Pertuan Agong memperkenankan penubuhan ESSZONE di Peraturan-Peraturan Pemeliharaan Keselamatan Awam 2013.
“Dengan penubuhan jawatankuasa ESSZONE, kerajaan sedang mengamalkan dasar holistik dan bukan satu pendekatan tentera semata-mata untuk melindungi timur Sabah dan mencari penyelesaian kepada isu pencerobohan,” kata Najib.
Zon tersebut merangkumi 10 daerah yang meliputi 1,733.7 kilometer dari Kudat ke Tawau. Daerah-daerah terbabit ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau.
ESSCOM
ESSCOM merupakan “ejen penguatkuasaan keselamatan” bagi ESSZONE yang merangkumi 10 daerah itu, dan diwujudkan khusus bagi menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri ini ekoran krisis pencerobohan di Tanduo, Lahad Datu.
Pewujudan ESSZONE turut menyaksikan penubuhan satu jawatankuasa menurut Peraturan-Peraturan PemeliharaanKeselamatan Awam 2013 yang digubal oleh Menteri Dalam Negeri.
Jawatankuasa ESSZONE itu dipengerusikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman manakala PerdanaMenteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempengerusikan jawatankuasa pemantau.
HALATUJU ESSCOM
VISI: Peneraju kepada keselamatan demi kesejahteraan rakyat di Kawasan Timur Sabah menjelang 2017.
MISI: Mengekal dan meningkatkan keselamatan Kawasan Timur Sabah dari sebarang ancaman melalui kerjasamastrategik antara agensi kerajaan bagi memacu pembangunan dan kesejahteraan rakyat.
FUNGSI DAN PERANAN
(Peraturan-peraturan Pemeliharaan Keselamatan Awam 2013)
Memastikan dan mempertingkatkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
Memastikan kesejahteraan hidup, kesihatan awam dan kewujudan bersama.
Memastikan, memelihara dan memudahkan di kawasan Kawasan Timur Perjalanan secara bebas.
Tindakan yang sewajarnya untuk menempatkan semula orang atau kumpulan orang.
TERAS STRATEGIK
1. Mengukuhkan kawalan keselamatan secara bersepadu.
2. Meningkatkan keupayaan risikan dan perkongsian maklumat.
3. Merancang dan menyelaras penempatan semula.
4. Memupuk semangat patriotism
5. Menyelaras pembangunan sosio ekonomi
17 Jun 2014
Berita Sabah
berita sabah terkini
berita semasa
Berita Terkini
Breaking News Sabah
ESSCOM
ESSZONE
Kunak
Sabah
Penculikan Kunak : Seorang Mangsa Berjaya Terjun Dari Bot
LAHAD DATU: Salah seorang daripada dua orang yang diculik oleh lelaki bersenjata Filipina dari pusat ternakan ikan dalam sangkar berhampiran Kunak di pantai timur Sabah awal Isnin telah berjaya melarikan diri.
Difahamkan, pekerja yang hanya dikenali sebagai Maslan itu bertindak terjun dari bot laju kumpulan lelaki bersenjata, manakala penternak ikan Chan Sai Chiun dari Perak masih tidak diketahui nasibnya.
Maslan dipercayai melarikan ketika bot itu memecut dan berenang naik ke darat untuk membuat laporan polis.
Kumpulan lelaki bersenjata itu telah menculik Chan dan Maslan kira-kira pukul 12.45 pagi dari pusat ternakan di Kampung Sapang di Kunak kira-kira 60km dari sini.
Bersenjatakan senapang, dua lelaki bertopeng menyelinap masuk ke kawasan yang gelap yang merupakan kawasan tempat tinggal pekerja pusat ternakan ikan itu dan menculik dua orang yang sedang tidur di dalam bilik mereka, menurut sumber.
Mereka berkata Chan dan Maslan telah ditolak ke dalam sebuah bot laju dengan kelajuan 40 kuasa kuda di mana dua lagi rakan sejenayah dilihat menunggu di dalam bot berasingan.
Berita Sabah
berita sabah terkini
Berita Terkini
Breaking News Sabah
ESSCOM
ESSZONE
Isu Sabah
Safety
KES SABAH : PDRM, ATM DIMINTA PANTAU ANGGOTA SENDIRI ELAK JADI TALI BARUT MILITAN
KUALA LUMPUR, (17 Jun)– Kementerian Dalam Negeri meminta Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia dengan bantuan agensi-agensi perisikan peringkat antarabangsa memantau anggota masing-masing bagi mengelak wujudnya tali barut militan.
Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ini kerana ‘orang dalam’ yang menjadi tali barut dikhuatiri menyalurkan maklumat risikan bagi aktiviti militan.
“Contoh kes terbaharu penangkapan seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Sandakan, Sabah yang disyaki terbabit dalam kegiatan militan.
“Ketika insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah seorang anggota polis Cawangan Khas ditangkap kerana dipercayai memberi maklumat dalaman,” katanya selepas program Ruang Bicara Bernama TV bertajuk ‘Cabaran Keselamatan Negara’ di Wisma Bernama di sini, Isnin malam.
Ahmad Zahid berkata pemantauan dan risikan dalam kalangan anggota pasukan keselamatan bertujuan mengelakkan kemungkinan adanya ‘musuh dalam selimut’.
Mengulas mengenai kadar jenayah terancang, beliau berkata terdapat penurunan antara 10 hingga 12.3 peratus, malah tahap keyakinan masyarakat terhadap polis juga meningkat kepada 19 peratus berdasarkan kajian syarikat perunding global Frost & Sullivan.
“Bagaimanapun pasukan keselamatan masih menghadapi kekangan dari segi anggota dan aset. Contohnya, di negara maju seorang anggota polis menjaga kira-kira 350 individu tetapi di negara ini secara puratanya seorang anggota polis menjaga kira-kira 3,600 orang penduduk,” katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata tugas membanteras jenayah dapat dilaksanakan jika masyarakat bekerjasama dan menganggotai badan-badan sukarela seperti Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), program kepolisan masyarakat, Askar Wataniah dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).—BERNAMA
Berita Sabah
berita sabah terkini
berita semasa
Berita Terkini
Breaking News Sabah
ESSCOM
ESSZONE
Kunak
Sabah
Penculikan Kunak Sabah : Didalangi "orang dalam"
KUNAK 17 Jun - Kes penculikan yang berlaku di pusat ternakan ikan dalam sangkar di Kampung Sapang Air, di sini awal pagi semalam dipercayai didalangi orang dalam, kata Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Mohammad Mentek.
Berdasarkan maklumat yang diperoleh, pihaknya mendapati kes penculikan itu mempunyai unsur penglibatan orang dalam kerana penjenayah seperti mengetahui keadaan selok-belok di kawasan itu.
``Kawasan ini terpencil, dikelilingi pulau dan kawasan laut yang luas. Saya percaya hanya orang dalam atau orang yang sudah lama berada di sini tahu mengenai keadaan di pusat ternakan ikan ini,'' katanya kepada pemberita selepas meninjau pusat ternakan ikan dalam sangkar di Kampung Air Sapang, di sini hari ini.
Beliau berkata sejurus mendapat laporan tentang kejadian penculikan itu, beberapa aset dikerah ke tempat yang telah dikenal pasti untuk memintas penjenayah itu keluar dari perairan negara.
Bagaimanapun penjenayah itu berkemungkinan besar menggunakan jalan alternatif hingga berjaya meloloskan diri dan kini berada di kawasan negara jiran, katanya.
Mohammad berkata, siasatan awal mendapati modus operandi penjenayah semasa insiden itu hampir sama dengan kejadian penculikan di Pulau Baik, Lahad Datu pada 6 Mei lepas.
``Kedua-dua kumpulan penjenayah itu menggunakan pekerja untuk mencari siapa pemilik syarikat berkenaan dan penculik itu juga dipercayai fasih berbahasa Melayu. Cara penculik itu masuk dan keluar dari pusat ternakan ikan dalam sangkar itu juga sama,'' katanya.
Beliau turut menekankan Esscom kini berdepan cabaran besar jenayah rentas sempadan yang didalangi orang yang telah menetap lama di negeri ini khususnya di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).
Dalam kejadian pada kira-kira 12.40 tengah malam itu, pengusaha pusat ternakan ikan dalam sangkar, Chan Sai Chiun, 32, dan seorang pekerja yang hanya dikenali sebagai Mazlan berumur sekitar 20-an diculik dua lelaki bersenjata di pusat ternakan ikan dalam sangkar Kampung Air Sapang, Kunak.
Ini merupakan kes penculikan ketiga di kawasan pantai timur Sabah tahun ini.
Pada 6 Mei lepas, lima lelaki bersenjata menculik seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar warga China di Pulau Baik di Lahad Datu, sebulan selepas seorang pelancong wanita warga China diculik di sebuah resort di Semporna.
Sementara, itu Mohammad mengulangi gesaannya agar semua pihak termasuk pengusaha resort dan pengusaha sangkar ikan mematuhi peraturan sedia ada yang menghendaki mereka hanya menggaji pekerja yang mempunyai dokumen sah.
``Kita telah berkali-kali menasihatkan pengusaha resort dan pengusaha ikan dalam sangkar agar tidak lagi mengambil pekerja asing yang tidak mempunyai dokumen.
``Apa yang berlaku masih ramai di kalangan mereka yang ingkar termasuklah syarikat di sini. Jadi inilah apa yang berlaku (kes penculikan) apabila kita tidak mematuhi peraturan,'' katanya.
Sehubungan itu, Mohammad berkata ESSCom tidak lagi berkompromi dengan majikan yang enggan mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Katanya Operasi Gasak juga akan diteruskan untuk membersihkan pendatang tanpa izin di kawasan Esszone. - BERNAMA
Berita Sabah
berita sabah terkini
Breaking News Sabah
ESSCOM
ESSZONE
Ketua Menteri Sabah
Sabah
Musa Aman gesa Agensi Penguatkuasaan Tingkatkan Risikan
KOTA KINABALU, (16 Jun) — Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman pula menggesa agensi penguatkuasaan Malaysia mempertingkatkan risikan sebagai usaha meminimumkan peluang jenayah rentas sempadan di Sabah, terutama di bahagian timur negeri ini.
Beliau berkata tindakan itu perlu kerana semua pihak bersetuju bahawa kaedah konvensional sahaja mungkin tidak cukup bagi menangani jenayah rentas sempadan di pantai timur Sabah meskipun sembilan langkah sudah digaris sebelum ini dan sedang dilaksanakan.
“Kami ingin menegaskan bahawa usaha sedang ditumpu bagi mengelak insiden ini daripada berulang. Saya berhubung dengan Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan.
“Kami meminta kajian dilakukan ke atas operasi Tentera Laut, Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin bagi mengulas insiden penculikan itu.
Beliau berkata kerajaan negeri kesal dengan penculikan itu dan menggesa pihak polis, tentera dan pengawal pantai dalam keadaan berjaga-jaga berikutan insiden berkenaan.
Musa turut mengingatkan orang ramai agar memainkan peranan mereka dengan melaporkan sebarang aktiviti yang dianggap ancaman kepada keselamatan negara. — BERNAMA
Berita Sabah
berita sabah terkini
Breaking News Sabah
ESSCOM
ESSZONE
Sabah
Mangsa Culik Sabah "jangan Kacau isteri saya"
KUNAK, 16 Jun (Bernama) — “Jangan kacau isteri saya. Saya akan ikut kamu,” kata Chan Sai Chiun, 32, sebelum dia dipercayai dilarikan dua lelaki bersenjata di Kampung Sapang Air yang terletak kira-kira 20 kilometer dari sini tengah malam Ahad.
Chin Paek Nyuen, 40, terdengar suaminya berkata demikian selepas penjenayah terbabit cuba memecah pintu bilik di mana dia dan anak perempuannya yang berusia dua tahun tidur.
“Saya hanya menyedari kejadian itu selepas mendengar anjing menyalak. Apabila saya keluar untuk melihat apa terjadi, saya ternampak dua lelaki bersenjata serta memakai topeng telah menahan suami.
“Terkejut dengan kejadian itu, saya terus masuk ke bilik dan beberapa minit kemudian, penculik itu datang dan cuba untuk memecahkan pintu bilik. Pada masa yang sama, suami saya berkata ‘jangan kacau isteri saya. Saya akan ikut kamu’ membuatkan penculik itu terus beredar meninggalkan tempat ini,” katanya ketika ditemui di pusat ternakan ikan dalam sangkar itu, pada Isnin.
Dia berkata selain menculik suaminya dan seorang pekerja di situ, penjenayah terbabit turut melarikan beberapa barangan termasuk sebuah televisyen dan enjin bot.
Chin juga berkata suaminya mengusahakan pusat ternakan itu bersama dua lagi rakan kongsi.
Dalam kejadian pada kira-kira 12.40 tengah malam itu, Chan dan seorang pekerja yang hanya dikenali sebagai Mazlan berumur sekitar 20-an diculik oleh dua lelaki bersenjata di pusat ternakan ikan dalam sangkar Kampung Air Sapang, Kunak.
Ini merupakan kes penculikan ketiga di kawasan pantai timur Sabah tahun ini. Pada 6 Mei lepas, lima lelaki bersenjata menculik seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar warga China di Pulau Baik di Lahad Datu, sebulan selepas seorang pelancong wanita warga China diculik di sebuah resort di Semporna.
Sementara itu, di KOTA KINABALU, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP Omar Mamah menafikan tanggapan bahawa pengusaha ternakan ikan dalam sangkar menjadi sasaran ‘penculikan’ untuk tebusan.
Beliau berkata polis masih menyiasat sama ada kumpulan itu terbabit dalam kes penculikan seorang pelancong China di Singamata Adventures Reef Resort di Semporna pada 2 April l
lalu.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman maksimum penjara seumur hidup dan enam sebatan, jika sabit kesalahan.
“Setakat ini, belum ada sebarang tuntutan diterima dan polis akan menyiasat jika ada faktor orang dalam… jangan buat sebarang spekulasi buat masa ini,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini pada Isnin.
Omar berkata pihaknya dimaklumkan kejadian itu oleh rakan kongsi mangsa.
Beliau berkata semasa kejadian, terdapat lagi dua pekerja dan seorang anak saudara Chan berusia dua tahun yang tinggal bersama mangsa serta isteri.
Katanya, polis percaya penculik berjaya meloloskan diri ke Pulau Sitangkai (Filipina) yang mengambil masa 40 minit dan ada suspek lain terlibat.
Beliau berkata semasa kejadian, tiada tembakan dilepaskan di pusat ternakan yang tidak mempunyai pegawal keselamatan terlatih itu. — BERNAMA
16 Jun 2014
Berita Sabah
berita sabah terkini
breaking news
Breaking News Sabah
ESSCOM
ESSZONE
Sabah
Berita Sabah Terkini : DUA LELAKI DICULIK DI KAMPUNG SAPANG SEMPORNA
SEMPORNA, (16 Jun) — Dua lelaki seorang penjaga pusat ternakan ikan dalam sangkar dan seorang suku kaum Suluk dilarikan oleh dua lelaki bersenjata di Kampung Sapang, barat Pulau Timbun Mata, di sini tengah malam tadi.
Menurut laporan awal, penjaga pusat ternakan itu dipercayai bernama Chan Sai Chiun, 32, berasal dari Perak dan lelaki Suluk itu yang hanya dikenali sebagai Mazlan berumur sekitar 20-an.
Mereka dikatakan diculik kira-kira pukul 12.40 tengah malam tadi di pusat ternakan ikan milik syarikat Davel Bay di sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP Omar Mamah mengesahkan kejadian itu ketika dihubungi Bernama.
Ini merupakan kes penculikan ketiga di kawasan pantai timur Sabah tahun ini. Pada 6 Mei lepas, lima lelaki bersenjata menculik seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar warga China di Pulau Baik di Lahad Datu, sebulan selepas seorang pelancong wanita warga China diculik di sebuah resort di Semporna. — BERNAMA
31 May 2014
Berita Sabah
berita semasa
Breaking News Malaysia
Breaking News Sabah
ESSCOM
ESSZONE
PDRM
Kes Culik Sabah : Dua Wanita dibebaskan Pulang ke Negara Asal
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang diberi taklimat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), memaklumkan bahawa dua wanita yang diculik dari sebuah resort di Sabah pada April lalu berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasa negara ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh Najib menerusi posting terbarunya di laman Twitter beliau @NajibRazak, sebentar tadi.
“Kita sedang mengambil langkah-langkah wajar untuk menghantar tebusan warga China itu pulang ke negara asal mereka dengan segera,” katanya.
Najib berkata, tiada wang tebusan dibayar bagi membebaskan mereka dan kejayaan pembebasan mereka itu berdasarkan kerjasama pasukan keselamatan Malaysia dan Filipina.
“Saya berterima kasih kepada semua yang terlibat,” katanya.
Dua wanita yang diculik ialah Gao Huayuan warga China dan Marcy Dayawan dari Filipina.
Kenyataan Media Hamza
KOTA KINABALU: Polis Sabah, mengesahkan dua mangsa culik di Singamata Reef Resort, Semporna, April lalu, diselamatkan di Kepulauan Jolo, Selatan Filipina, jam 10.30 pagi tadi.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata kedua-dua mangsa, masing-masing warga China dan Filipina sudah berada di Sabah, petang tadi.
Beliau berkata, polis akan mempercepatkan usaha menghantar pulang wanita warga China berkenaan, Goa Huayun, 29, pulang ke negaranya dengan segera.
27 May 2014
Berita Sabah
Breaking News Sabah
ESSCOM
ESSZONE
Pendatang Tanpa Izin
PTI
1,296 Pati Ditahan Di Esszone Dalam Ops Gasak Sejak November Lepas
LAHAD DATU, 27 Mei (Bernama) -- Sebanyak 1,296 individu dipercayai pendatang tanpa izin (Pati) ditahan menerusi 17 Ops Gasak yang diselaraskan oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) sejak 24 Nov lepas di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).
Pengarah Operasi Esscom Datuk Abdul Rashid Harun berkata mereka antara 3,323 individu yang diperiksa dalam operasi bersepadu melibatkan pelbagai agensi termasuk polis, tentera, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, imgresen dan Jabatan Pendaftaran Negara.
Kesemua mereka ditahan kerana tidak memiliki dokumen yang sah atau memiliki dokumen yang meragukan, katanya dalam kenyataan, di sini Selasa.
Menurut Abdul Rashid, Esscom akan memperhebat Ops Gasak dalam usaha membersihkan Esszone daripada Pati, sekali gus menunjukkan kerajaan serius dalam menangani masalah pendatang tanpa izin dan jenayah rentas sempadan di Sabah.
Selain pulau peranginan dan perkampungan pesisir pantai, Abdul Rashid berkata Ops Gasak juga dilancarkan di beberapa pusat menternak ikan di dalam sangkar susulan insiden penculikan di Pulau Baik, berhampiran pekan Lahad Datu pada 6 Mei lepas.
Dalam kejadian itu seorang pengurus syarikat ternakan ikan di dalam sangkar diculik lima lelaki bersenjata yang menaiki sebuah bot.
Sementara itu, Abdul Rashid berkata 62 Pati termasuk 31 wanita ditahan dalam Ops Gasak 17 di Kampung Lok Bikin, Pulau Sakar, dekat sini semalam.
Katanya operasi itu berlangsung hampir tiga jam bermula pukul 3.30 petang.
BERNAMA
23 May 2014
Berita Sabah
Breaking News Sabah
ESSCOM
ESSZONE
Lahad Datu
Sabah
ESSCOM TERIMA 30 BOT PELBAGAI GUNA HUJUNG BULAN
LAHAD DATU, (22 Mei ) –Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dijangka menerima semua 30 buah bot pelbagai guna yang diperuntuk oleh Kerajaan Pusat menjelang hujung bulan ini.
Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi ESSCOM, Datuk Seri Musa Aman berkata setakat ini dua daripada bot itu sudah diterima.
“Aset ini akan ditempatkan di kawasan yang telah dikenal pasti dan diharap dapat memperketatkan lagi kawalan keselamatan, khususnya di pantai timur Sabah,” katanya selepas melakukan lawatan kerja di Pos Kawalan Pasukan Gerakan Am, di Pulau Adal dekat sini hari ini.
Sementara itu, Musa meminta rakyat di Sabah terutama di kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) agar tidak bersekongkol atau melindungi pendatang tanpa izin (PATI).
“Sekiranya melihat atau mengetahui terdapat PATI di kawasan masing-masing, kita perlu segera laporkan perkara itu kepada pihak keselamatan serta jangan sesekali lindungi mereka kerana ia boleh memudaratkan keselamatan negara.
“Sesiapa sahaja yang didapati bersekongkol dan melindungi pendatang asing akan dikenakan tindakan tegas…pihak berkuasa tidak akan berkompromi dengan mereka yang melakukan kesalahan itu,” katanya.
Terdahulu, Musa yang juga Pengerusi Pemegang Amanah Yayasan Sabah merasmikan kilang membuat baja Sabah Softwoods Hybrid Fertiliser Sdn Bhd di Kluster Industri Minyak Sawit (POIC), Lahad Datu.
Beliau berkata, pembinaan kilang membuat baja biokimia itu amat relevan dan penting bagi menyokong industri kelapa sawit dalam meningkatkan hasil tuaian serta hasil yang berkualiti.
“Pembinaan kilang ini juga akan meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk tempatan khususnya di daerah ini menerusi penyediaan peluang pekerjaan. Oleh itu saya berharap sektor ini akan berjaya, sekali gus dapat membantu meningkatkan ekonomi negeri Sabah,” katanya.- BERNAMA
Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi ESSCOM, Datuk Seri Musa Aman berkata setakat ini dua daripada bot itu sudah diterima.
“Aset ini akan ditempatkan di kawasan yang telah dikenal pasti dan diharap dapat memperketatkan lagi kawalan keselamatan, khususnya di pantai timur Sabah,” katanya selepas melakukan lawatan kerja di Pos Kawalan Pasukan Gerakan Am, di Pulau Adal dekat sini hari ini.
Sementara itu, Musa meminta rakyat di Sabah terutama di kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) agar tidak bersekongkol atau melindungi pendatang tanpa izin (PATI).
“Sekiranya melihat atau mengetahui terdapat PATI di kawasan masing-masing, kita perlu segera laporkan perkara itu kepada pihak keselamatan serta jangan sesekali lindungi mereka kerana ia boleh memudaratkan keselamatan negara.
“Sesiapa sahaja yang didapati bersekongkol dan melindungi pendatang asing akan dikenakan tindakan tegas…pihak berkuasa tidak akan berkompromi dengan mereka yang melakukan kesalahan itu,” katanya.
Terdahulu, Musa yang juga Pengerusi Pemegang Amanah Yayasan Sabah merasmikan kilang membuat baja Sabah Softwoods Hybrid Fertiliser Sdn Bhd di Kluster Industri Minyak Sawit (POIC), Lahad Datu.
Beliau berkata, pembinaan kilang membuat baja biokimia itu amat relevan dan penting bagi menyokong industri kelapa sawit dalam meningkatkan hasil tuaian serta hasil yang berkualiti.
“Pembinaan kilang ini juga akan meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk tempatan khususnya di daerah ini menerusi penyediaan peluang pekerjaan. Oleh itu saya berharap sektor ini akan berjaya, sekali gus dapat membantu meningkatkan ekonomi negeri Sabah,” katanya.- BERNAMA
Berita Sabah
Breaking News Sabah
ESSCOM
ESSZONE
Ketua Menteri Sabah
Pasukan Sabah
Ketua Menteri Sabah : Melawat Anggota Keselamatan di Pos Pulau Adal
Status Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman di laman Sosial Facebook.
[ Bersama para pegawai dan anggota pasukan keselamatan kita di Pos Kawalan Pulau Adal dalam kawasan ESSZONE. Di samping semangat, moral dan dedikasi mereka yang cukup tinggi saya juga menekankan pentingnya kerjasama dan kesetiaan rakyat dalam soal keselamatan dan kedaulatan ini.
"Selamat berjuang untuk warga pasukan keselamatan kita" ]
Sumber
Subscribe to:
Comments (Atom)
About me
Labels
ARTIKEL TERBARU
Latest Posts
About me
Rekomendasi
-
Dua orang gadis manis ini adalah antara tetamu utara.FM yang paling menarik perhatian semasa Program 48 jam bersama DJ Utara.Fm. Saya juga t...
-
STATUS SEBENAR : PENJELASAN ASAL USUL KAMPUNG GENTISAN Assalammualaikum dan Salam Perpaduan, Merujuk kepada bencana Kebakaran di Kam...
-
Jepp, Shuaib dan Rahim Sepahtu akan bersiaran setiap hari jam 6.00-10.00 pagi d Sinar FM 29/11/2015 - Tiga pelawak terkenal tanaha...
-
Dashyat Kenyataan orang ini yang buat posting menggunakan Page JIM Jemaah ISIS Malaysia yang dikongsikannya di Laman Sosial Facebook. ...
-
Saya bercadang mewujudkan sebuah PORTAL ONLINE khas untuk Pitas sahaja yang boleh dilayari oleh semua orang di seluruh dunia yang akan ...
-
BINTULU: Gara-gara terlampau taksub dengan profesion jururawat, seorang wanita tempatan berumur 20-an dicekup oleh pengawal keselamatan...
-
Berita Terkini Sabah : Kemaskini Terbaru STATUS Kampung Gentisan djkupang.com menerima respon dari penduduk yang bermaustautin di Kam...
-
Seorang Lelaki Rentung dalam Kebakaran di Putatan Sabah Peristiwa Pagi Raya Keempat : Seorang lelaki rentung selepas rumah yang did...
-
“ IZINKAN SAYA BERZINA NGAN ANAK PAKCIK ?” Gadis (G) : Masuk lah dulu, jumpa dengan ayah saya Teruna (T) : Boleh ke? G : Ma...
Komentar
Popular Posts
-
Berita terkini..... Kejadian bunuh diri berlaku pada pukul 12.30 pagi ini ... Mangsa seorang wanita yg berasal dari Bongawan dikatakan...
-
Dashyat Kenyataan orang ini yang buat posting menggunakan Page JIM Jemaah ISIS Malaysia yang dikongsikannya di Laman Sosial Facebook. ...
-
Ketua Penolong Pengarah Risikan, Operasi dan Rekod, Pasukan Polis Diraja Malaysia, PDRM Bukit Aman, Datuk Abdul Manaf Abdul Razak berkata,...
-
“ IZINKAN SAYA BERZINA NGAN ANAK PAKCIK ?” Gadis (G) : Masuk lah dulu, jumpa dengan ayah saya Teruna (T) : Boleh ke? G : Ma...
-
Perhatian kpd kwn2 yg kja d hospital atau pun d klinik kesihatan kerajaan.. Perkara ini berlaku d hospital beaufort dan lbh khusu...



















