ESSCOM nafi berlaku aksi Tembak Menembak di Kunak
LAHAD DATU, (25 Jun) — Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Haji Mohammad bin Mentek menafikan berlaku aksi tembak-menembak membabitkan penjenyah rentas sempadan di Kunak awal hari ini.
Sebaliknya, beliau berkata keadaan di sekitar pekan Kunak adalah selamat dan tidak berlaku sebarang ketegangan seperti yang tersebar luas melalui media sosial.
Bagaimanapun, Mohammad mengesahkan ESSCOM melancarkan Ops Gasak ke-22 di pangkalan Kunak yang merangkumi tiga kampung iaitu Kg Bakau, Nelayan dan Kg Basilan.
Katanya Ops gasak ke-22 yang diketuai Pengarah Operasi ESSCOM DCP Datuk Abdul Rashid Harun itu melibatkan pelbagai agensi pasukan keselamatan dan pertahanan termasuk Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Sabah.
“Ops Gasak ini dilancarkan ekoran kes penculikan di Kampung Air Sapang, Kunak baru-baru ini, dan saya berharap orang bertenang dan tidak menyebarkan berita palsu terutama di media sosial,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu, Abdul Rashid berkata seramai 129 orangyang dipercayai PATI ditahan dalam Ops Gasak yang dijalankan selama tujuh jam bermula dari pukul 3 pagi.
Beliau berkata kesemua mereka, termasuk 34 wanita, ditahan kerana tidak memilik dokumen pengenalan diri yang sah.
Abdul Rashid berkata kumpulan PATI itu telah dibawa ke Dewan Masyarakat Kunak sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen.
Berita Bernama
Gambar di atas disebarkan melalui WhatSAPP tentang kereta kebal dan askar berkumpul di daerah Kunak. Bagi sahabat tang tinggal di sekitar daerah Kunak atau mempunyai saudara mara di sana cuba kamu tanya sama durang dulu.
Bagikan
SABAH : ESSCOM nafi berlaku aksi Tembak Menembak di Kunak SABAH
4/
5
Oleh
admin
"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"