LAHAD DATU, (22 Mei ) –Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dijangka menerima semua 30 buah bot pelbagai guna yang diperuntuk oleh Kerajaan Pusat menjelang hujung bulan ini.
Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi ESSCOM, Datuk Seri Musa Aman berkata setakat ini dua daripada bot itu sudah diterima.
“Aset ini akan ditempatkan di kawasan yang telah dikenal pasti dan diharap dapat memperketatkan lagi kawalan keselamatan, khususnya di pantai timur Sabah,” katanya selepas melakukan lawatan kerja di Pos Kawalan Pasukan Gerakan Am, di Pulau Adal dekat sini hari ini.
Sementara itu, Musa meminta rakyat di Sabah terutama di kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) agar tidak bersekongkol atau melindungi pendatang tanpa izin (PATI).
“Sekiranya melihat atau mengetahui terdapat PATI di kawasan masing-masing, kita perlu segera laporkan perkara itu kepada pihak keselamatan serta jangan sesekali lindungi mereka kerana ia boleh memudaratkan keselamatan negara.
“Sesiapa sahaja yang didapati bersekongkol dan melindungi pendatang asing akan dikenakan tindakan tegas…pihak berkuasa tidak akan berkompromi dengan mereka yang melakukan kesalahan itu,” katanya.
Terdahulu, Musa yang juga Pengerusi Pemegang Amanah Yayasan Sabah merasmikan kilang membuat baja Sabah Softwoods Hybrid Fertiliser Sdn Bhd di Kluster Industri Minyak Sawit (POIC), Lahad Datu.
Beliau berkata, pembinaan kilang membuat baja biokimia itu amat relevan dan penting bagi menyokong industri kelapa sawit dalam meningkatkan hasil tuaian serta hasil yang berkualiti.
“Pembinaan kilang ini juga akan meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk tempatan khususnya di daerah ini menerusi penyediaan peluang pekerjaan. Oleh itu saya berharap sektor ini akan berjaya, sekali gus dapat membantu meningkatkan ekonomi negeri Sabah,” katanya.- BERNAMA

Bagikan
ESSCOM TERIMA 30 BOT PELBAGAI GUNA HUJUNG BULAN
4/
5
Oleh
Unknown